welcome

 

 

Selamat Datang Ke Bintongan

DIMANA MELAYU BANGGANG DI SITU UMNO MENANG

 

 

 

Ni Pengikut Gua

Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world

zwani.com myspace graphic comments



Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world to work and live in, while Malaysians are warm, friendly people who easily accept foreigners into their circle of friends.
Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world to work and live in. In addition, the country's tropical climate with its uniform temperatures allows light, comfortable clothing throughout the year.
Expatriates and their families will enjoy a safe and comfortable living environment with 21st century amenities, good healthcare and medical facilities, excellent educational institutions, and world-class recreational and sports facilities - at costs much lower than in their own countries.
One of the country's most distinctive features is its rich diversity of cultures, a heritage derived from its racial mix of some of the world's oldest civilisations - Malay, Chinese and Indian. This potpourri of race and culture has enabled Malaysians to speak at least two, and even three, languages - Malay (the national language), English, and their own mother tongue. Living in such a cosmopolitan environment, Malaysians are warm, friendly people who easily accept foreigners into their circle of friends.


StarBug

HATE


Berkicauan

Monday, March 3, 2014

Tengah rajin ni !! baca laa !!

“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta”
 "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason" 




Negara Persekutuan tetapi ditadbir ala Malayan Union

Apabila Negri Sembilan terpaksa membiarkan Dewan Legislatif nya terbubar dengan sendiri itu, maka saya hendak menyebut semula isu Persekutuan sekali lagi. Membiarkan Dewan Undangan Negeri terbubar dengan sendiri itu merupakan petanda jelas yang negara kita seolah-olah sedang ditadbir seperti Malayan Union yang ingin dibentuk oleh British dahulu.
Ramai yang keliru tentang isu ini termasuk mereka yang memimpin. Oleh itu kita melihat cara negara kita ditadbir urus tidak seperti sebuah negara Persekutuan. Kita seolah-olah di tadbir oleh kerajaan yang cuba dibentuk oleh British dahulu, iaitu kerajaan Malayan Union dalam mana negara kita hendak ditadbir seperti sebuah negara ‘unitary’.
British hampir berjaya membentuk dan melaksanakan Malayan Union terhadap semenanjung ini. Brtitish telah merangka semenanjung ini sebagai sebuah negara ‘unitary’ tanpa mempunyai sempadan di antara kesemua negeri dalam semenanjung ini. Kuala Lumpur merupakan pusat pentadbiran Malayan Union itu. Tidak ada lagi Selangor, tidak ada lagi Negri Sembilan dan semua negeri-negeri yang kita ada sekarang ini. Raja-Raja Melayu dirancang untuk menjadi penasihat-penasihat kepada Malayan Union itu dalam bentuk ‘ceremonial’ sahaja.
Tetapi semuanya itu dapat ditolak sehinggakan kita berjaya membentuk sebuah negara Persekutuan pada bulan Februari 1948 dan kerajaan Persekutuan itu lah yang meneruskan perjuangan kemerdekaan sehingga kemerdekaan itu tercapai pada bulan Ogos 1957. Raja-Raja Melayu telah mendapat semula negeri-negeri jajahan baginda semua dengan mempunyai Legisltif nya sendiri dan Ketua Eksekutif sendiri, walaupun Ketua Eksekutif itu dilantik oleh British.
Justeru dalam pemahaman kita yang mudah, negeri-negeri ini adalah negeri-negeri berdaulat di bawah naungan Raja-Raja Melayu dan dalam perjanjian Persekutuan pada Februari 1948 itu. Negeri-negeri ini bersetuju untuk bergabung dalam sebuah negara Persekutuan yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu. Kedaulatan negeri-negeri inilah sumber kedaulatan negara persekutuan yang baru terbentuk itu.
Oleh itu perhubungan Putrajaya dengan kerajaan negeri-negeri di dalam persekutuan itu mestilah perhubungan dengan negeri-negeri yang berdaulat dan merdeka. Persekutuan mesti melayani negeri-negeri dalam persekutuan itu dengan hormat seperti negara kita menghormati kerajaan negara lain yang berdaulat itu. Tetapi ini tidak berlaku di negara kita di mana Persekutuan telah menentukan segala-galanya dan negeri-negeri di dalam persekutuan ini terpaksa tunduk kepada kehendak Putrajaya seratus peratus.
Ramai merasakan terbubarnya Dewan Undangan Negeri Sembilan dengan sendiri itu adalah di sebabkan keadaan dan masalah yang ada di peringkat persekutuan. Itu masalah persekutuan. Tetapi jika Negri Sembilan ditadbir politiknya oleh Negri Sembilan sendiri, Mohamad Hasan sepatutnya membubarkan Dewan Undangan Negri Sembilan itu dahulu sebelum DUN iu terbubar dengan sendirinya. Biarlah Negri Sembilan mengadakan pilihanrayanya dahulu kerana seperti yang kita dengar selalu, Menteri Besar NS selalu berkata, “kito dah ready bilo-bilo maso untuk pilihanrayo”
Sebagai sebuah negeri yang berdaulat dalam persekutuan ini Negri Sembilan sepatutnya memanggil pilihanraya DUN dahulu. Jika kita terpaksa menunggu pimpinan persekutuan untuk menyelesaikan masalahnya di Putrajaya sebelum kita memanggil pilihanraya untuk DUN Negeri inilah masalahnya yang timbul. Terbubarnya DUN Negri Sembilan secara sendiri itu telah memberikan persepsi jelas yang UMNO dan BN itu sesungguhnya sedang menghadapi masalah.
Jika benar Negri Sembilan bertindak sebagai sebuah negeri yang berdaulat membiarkan Dewan Undangan Negeri terbubar itu adalah satu kejadian yang tidak sepatutnya berlaku. Menteri Besar nya yang telah di beri kuasa untuk menentukan pembubaran itu tidak melakukannya kerana masalah pimpinan Persekutuan yang belum bersedia itu. Putrajaya tidak menghormati nilai sebuah negara persekutuan seolah-olah kita masih terikat dengan budaya mentadbir ala Malayan Union dahulu. Tiada kebebasan barang sedikit untuk negeri-negeri dalam persekutuan itu.
Bukannya salah untuk memahami dan membantu masalah yang di hadapi oleh pimpinan persekutuan itu, tetapi tidak lah sampai membiarkan Dewan Undangan Negeri yang berdaulat dan mulia itu terbubar begitu sahaja kerana kehendak Persekutuan itu. Nampaknya Johor pun sudah menunjukkan tanda-tanda DUN akan terbubar dengan sendiri itu.
Nampaknya satu demi satu DUN-DUN negeri-negeri yang menganggotai persekutuan kita ini akan terbubar secara ‘automatic’ semata-mata kerana kelalaian dan kelemahan pimpinan Persekutuan. Mereka lebih mementingkan politik kepartian walaupun parti yang memerintah itu sudah hampir kepada penamat usianya.
Mungkin keadaan ini terjadi kerana untuk memberikan kesedaran kepada semua, yang perubahan kepada negara sudah menjadi fardhu kifayah yang sangat penting kita lakukan. Parti pemerintah negara ini sudah terlalu uzur dan berusia untuk terus mentadbir kita.
Tengok sahaja lah, Dewan Undangan Negeri pun terbubar dengan sendirinya. Apa lagi alasan yang ada yang bagi kita mempertahankan kerajaan yang sudah uzur ini?

Dari Blog Aspan Alias !!!

Tuesday, October 29, 2013

Kakitangan Awam... Suka la sangat sangat ....!!!!

Laundry is the only thing that should be separated by color. ~Author Unknown~




 posting ni gua rebat 110% dari blog sahabat gua :----

IkutSukaAku - Isa



Beberapa minggu lepas, saya ada berbicara dengan kawan saya yang berkerja di Nestle dan beberapa kawan saya dari luar negara khususnya di US, Australia dan UK. Apa yang saya nak highlightkan adalah di negara-negara maju dan di syarikat multinasional yang berpengkalan di negara maju, gaji mereka dibayar mengikut minggu.

Malah, Labour Department mereka juga menguatkuasakan pengiraan gaji berdasarkan minggu dan bukan bulan (walaupun ada beberapa syarikat mereka yang membayar lumpsump setiap 4 minggu, tetapi pengiraan gaji dikira berdasarkan kepada minggu dan bukannya bulan).

Soalannya : Mengapa..???



Jika soalan ini ditanya kepada Menteri-Menteri Cap Ayam Malaysia, pastinya mereka akan mengatakan sistem pemberian gaji di Malaysia adalah yang terbaik di dunia kerana sekiranya gaji diberikan setiap minggu pastinya penerima gaji terbabit akan boros berbelanja setiap minggu. Atau, jika gaji setiap bulan diberikan berasaskan kepada pengiraan minggu, negara akan muflis.

Sebelum saya pergi lebih lanjut, mari saya terangkan apa beza pengiraan gaji berdasarkan minggu vs pemberian gaji berdasarkan bulan:

(1) Pengiraan gaji Berdasarkan Jumlah Minggu. Sebenarnya, pengiraan gaji berdasarkan minggu adalah dengan mengambil jumlah hari dalam setahun , dan berapa minggu di dalam tempoh 365 hari tersebut: 1 minggu = 7 hari (i) X minggu = 365 hari (ii) X minggu = 365/7 = 52 minggu Bermakna, 365 hari = 52 minggu. Maka kerajaan negara negara maju akan membayar para penjawat awam mereka gaji sebanyak 52 minggu dalam setahun. (2) Pengiraan Gaji Berdasarkan Jumlah Bulan. 1 tahun = 12 bulan (i) 1 bulan = 4 minggu (ii) Maka, setahun = (12 x 4) minggu = 48 minggu

Bermakna, dalam setahun yang sebenarnya ada 52 minggu dan 365hari, kerajaan kita hanya membayar gaji untuk sebanyak 48 minggu sahaja.

Nah.., mari kita tengok beza minggu antara 2 teknik pembayaran gaji (Bandingkan (1) dan (2)). = 52 minggu (dari (1)) - 48 minggu (dari (2)) = 4 minggu (lebih kurang satu bulan) # Kesimpulan : - Ini adalah sebab utama, mengapa Kerajaan kita dapat membayar bonus satu bulan gaji pada setiap hujung tahun, kerana bonus tersebut sebenarnya adalah datang dari (4 minggu/sebulan gaji).

Jika, Kerajaan hanya membayar setengah bulan gaji sebagai bonus, mereka sebenarnya "mencuri" setengah bulan gaji para penjawat awam pada tahun tersebut. Kerajaan di negara-2 maju, walaupun mereka tidak mempunyai agama rasmi (bukan mengaku Islam), tetapi mereka sebenarnya lebih telus dan berhati-perut dalam menjaga kebajikan rakyat mereka yang bekerja, bukannya seperti negara yang Agama Rasminya adalah Islam.

Kerajaan Malaysia sentiasa mengambil contoh terburuk dari negara maju (kononnya) untuk dibandingkan dengan negara kita, sebagai contoh di dalam isu 800,000 penjawat awam yang di lay offkan selama 2 minggu akibat US Government Shutdown.

Tetapi mereka tidak pernah mengambil, membandingkan dan mengimplementasikan aspek paling fundamental di dalam menjaga kebajikan para penjawat awam mereka iaitu "Pengiraan gaji Berdasarkan Jumlah Minggu".

Satu lagi nota penting : Dan fakta ini menjelaskan mengapa kerajaan kita hampir tidak pernah memberikan bonus kepada penjawat awam melebihi 1 bulan gaji pada setiap hujung tahun.

Sekian.

Admin - nampak tak kita kena tipu...????

hahahaha.... ramai dikalangan kakitangan awam adalah penyokong setia dan macai umno laknatullah, eloklah kena tipu.... padan dengan muka diorang... hahahahaha.... sejak dulu, kini dan selamanya memanjang kena tipu...., ada otak tapi takda akal pasal tu suka sangat kena tipu... sudah seperti makhluk dalam hutan daaaaa......!!!!

Saturday, October 26, 2013

Yang Kaya Bertambah Kaya Yg Miskin Papa Kedana!!!

Laundry is the only thing that should be separated by color. ~Author Unknown~


Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) seperti yang diumumkan Dato' Sri Najib Tun Razak dalam ucapan belanjawannya di Parlimen hari ini adalah satu tamparan hebat kepada golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Malah, bermula pada kadar 6%, adalah sangat melampau. Perbandingan pelaksanaan GST yang dilaksanakan di Singapura pada kadar 7% sekarang ini juga adalah cubaan mengelirukan rakyat kerana ia mula diperkenalkan pada tahun 1994 dengan kadar hanya 3%, sejak 13 tahun yang lalu.
Dalam apa keadaan pun, membuat perbandingan dengan negara seperti Singapura dan negara-negara Eropah adalah sia - sia disebabkan tahap urus tadbir yang baik jauh lebih tinggi di negara - negara tersebut.
Bagi rakyat Malaysia, kos sara hidup sudah cukup membebankan tanpa GST. Dengan adanya cukai ini, beban yang lebih berat akan menimpa golongan miskin memandangkan mereka hampir tidak ada pilihan lain selain membelanjakan juga sebahagian besar daripada pendapatan boleh guna (disposable income) yang ada.

Hujah Najib bahawa GST akan menyebabkan kos barangan dan perkhidmatan semakin berkurang adalah bohong dan sekali lagi cuba mengelirukan rakyat.

Majoriti rakyat tidak akan dapat memanfaatkan GST dengan penjimatan ataupun pelaburan seperti golongan kaya dan berpendapatan tinggi. Ini akan mewujudkan jurang yang lebih nyata dan menyebabkan ketidakadilan sosial yang lebih berpanjangan.

Jika belanjawan tahun lalu adalah belanjawan rakyat disebabkan pilihanraya bulan Mei lalu, maka yang ini merupakan belanjawan orang kaya kerana kerajaan UMNO dan Barisan Nasional merasakan ia sudah tidak lagi terhutang budi kepada rakyat.

Mereka lewatkan GST kerana mereka tahu rakyat akan membantah dan kini selepas pilihan raya mereka melaksanakannya. Maka Belanjawan 2014 ini hanya akan melebarkan kesenjangan ekonomi rakyat. Jurang kaya - miskin, gini - coefficient rakyat akan terus meluas.
Selain itu, saya meramalkan tekanan inflasi yang bakal menimbun serta kos sara hidup yang kian meningkat.

Dorongan untuk memacu sektor pelancongan, dengan membina lebih banyak hotel bertaraf lima bintang dan bersaing dengan dunia untuk memiliki bandar terhebat tidak memberi kelebihan dan kemakmuran kepada rakyat.

Di mana usaha Kerajaan untuk merendahkan kos pengangkutan atau memperbaiki pengangkutan awam ? Tidak ada disebut tentang perumahan mampu milik. Malah program kesihatan rakyat terus diabaikan.

Meskipun peruntukan yang diumumkan amat substansial, namun yang masih menjadi permasalahan adalah pengagihan dan penggunaan dana tersebut. Perbelanjaan negara tahun lalu tentang latihan Bahasa Inggeris sahaja sudah cukup menjadi contoh bagaimana pembaziran berlaku.

Dana keusahawanan melalui pinjaman mudah bagi mengurangkan pengangguran di kalangan graduan hanya akan menjurus kepada nilai hutang yang semakin memuncak. Apa yang diperlukan oleh graduan - graduan ini adalah kemahiran 'soft skill' dan lebih banyak latihan kemahiran dan teknikal untuk meningkatkan kebolehan mereka diambil bekerja, bukan hutang yang lebih banyak. Cadangan untuk memberi dana kepada pelajar lepasan SPM untuk latihan kemahiran adalah baik dari segi prinsip, akan tetapi yang lebih signifikan adalah soal pelaksanaan serta pengkhususan di lapangan.

Kita semua setuju bahawa defisit belanjawan mesti dikurangkan, tetapi memeras lebih banyak wang daripada rakyat bukanlah caranya. Masalah asas adalah soal ketirisan, pembaziran dan rasuah. Dengan menangani masalah ini secara tidak komprehensif, kita tidak akan mampu untuk menyelesaikan masalah yang tidak akan berkesudahan. Masalah ini tidak mampu diselesaikan dengan hanya mengutip cukai sebanyaknya.
MOHAMED AZMIN ALI

Sunday, October 13, 2013

Waktu untuk ibadah korban

Laundry is the only thing that should be separated by color. ~Author Unknown~



Hukum berkorban adalah sunat muakkad daripada Rasulullah SAW. Baginda berkorban untuk dirinya dengan dua ekor kambing yang gemuk dan bertanduk. Baginda juga pernah berkorban untuk Baginda dan keluarga dengan mengucapkan: “Ya Allah, ini adalah korban dari Muhammad dan keluarganya.”

Baginda juga pernah berkorban untuk umatnya yang tidak mampu berkorban. Waktu berkorban bermula selepas selesai solat Aidiladha. Jika penyembelihan dilakukan sebelum solat sunat Aidiladha, maka ia tidak dianggap sebagai korban.

Nabi SAW menyebut bahawa haiwan yang disembelih sebelum solat hari raya adalah sembelihan daging biasa, bukan ibadat korban.

Seandainya disedekahkan seluruh dagingnya ia hanya akan memperoleh pahala sedekah saja bukan pahala korban. Korban ibadat yang sudah dibataskan dengan ketentuan dan waktunya oleh Allah SWT.

Sekiranya ada orang yang menyembelih korban pada malam hari raya, maka ia suatu kekeliruan, mengabaikan sunnah dan mensia-siakan pahala korban. Jika itu berlaku lebih-lebih lagi bagi orang yang memahami, maka ia hendaklah mengulangi sembelihan setelah solat hari raya. Apalagi jika korban itu kerana nazar, maka hukum mengulanginya adalah wajib.

Sembelih sebelum zuhur

Oleh itu, penyembelihan haiwan korban adalah pada hari raya iaitu hari pertama, kedua dan ketiga bahkan ada yang mengatakan boleh menyembelih pada hari keempat iaitu akhir hari tasyriq. Namun yang lebih utama, hendaklah menyembelih korban hingga waktu zawal (tergelinci matahari ke barat).

Apabila tiba waktu Zuhur sedangkan dia belum menyembelih korbannya, sebaiknya ia menunda untuk hari kedua (keesokan harinya). Tetapi sebahagian imam ada yang mengatakan boleh (sah) menyembelih binatang korban itu selepas zawal, baik pada waktu malam mahupun siang hari.

Dr Yusuf al-Qaradawi berpandangan, tidak perlu menyembelih korban secara serentak pada hari pertama Aidiladha iaitu pada 10 Zulhijjah supaya daging korban tidak berlebihan pada hari itu.

Bagi yang belum menyembelih pada hari pertama boleh melakukannya pada hari kedua dan ketiga. Boleh jadi masih ada sebahagian yang memerlukan daging pada hari kedua atau ketiga berbanding hari pertama. Daging juga dapat dibahagikan sama rata.

Boleh korban untuk orang lain

Haiwan yang layak dikorban ialah unta, lembu dan kambing kerana ia termasuk jenis an’am (binatang ternak). Seekor kambing boleh dijadikan korban untuk seorang dan yang dimaksudkan seorang di sini ialah seorang dan keluarganya.

Nabi SAW ketika menyembelih korban berkata: “Ini daripada Muhammad dan keluarganya.”

Abu Ayyub berkata: “Pada zaman Nabi SAW, seseorang di antara kami biasa berkorban dengan seekor kambing untuk dirinya dan keluarganya sehingga mereka berlumba-lumba seperti yang kamu lihat.”

Seekor lembu atau unta dapat digunakan untuk tujuh orang. Satu pertujuh seekor unta cukup untuk seorang, tujuh orang dapat dihimpun untuk berkorban dengan seekor lembu atau seekor unta.

Syaratnya lembu itu tidak kurang dua tahun atau unta tidak kurang lima tahun. Bagi kambing umur minimum adalah satu tahun. 

Sunday, September 15, 2013

Islam in Church - Yusuf Estes



Laundry is the only thing that should be separated by color. ~Author Unknown~

Saturday, August 10, 2013

AHLI PARLIMEN GHOMBAU CITY !!!!!!!!!!

Laundry is the only thing that should be separated by color. ~Author Unknown~

Tumpuan seharusnya diberikan kepada usaha meningkatkan kemampuan dan kecekapan anggota keselamatan terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menangani kadar jenayah dan bukannya memperkenalkan satu undang-undang baharu.   


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar (gambar) semasa memberikan pandangan itu berkata, perkara itu termasuk memahirkan lagi PDRM dalam siasatan jenayah dan meningkatkan kemudahan teknikal pasukan itu.   


"Saya secara peribadi tidak setuju dengan mana-mana undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan kerana ia melanggar hak asasi manusia dan 'natural justice' dan ia adalah perkara yang tidak boleh kita terima.  

"Jadi bukanlah kita perlu memperkenalkan undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan sebaliknya kita perlu meningkatkan lagi keupayaan pasukan keselamatan kita," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa Pemuda Umno Negeri Sembilan bersama media, di Seremban malam tadi.    

Beliau diminta mengulas mengenai polemik rang undang-undang baharu bagi menangani jenayah berat yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat September ini yang dikatakan akan mempunyai eleman penahanan tanpa bicara.  

Rang undang-undang baharu itu bertujuan membanteras jenayah selepas kerajaan memansuhkan Ordinan Darurat dan Akta Kediaman Terhad pada 2011.  Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, pasukan polis sebenarnya telah mempunyai kuasa yang agak besar di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang membenarkan mereka membuat tahanan reman terhadap mana-mana suspek jenayah.  

Katanya, sekiranya satu undang-undang baharu perlu diperkenalkan sekali pun, ia tidak boleh mengandungi elemen penahanan tanpa perbicaraan kerana ia melanggar prinsip dalam perlembagaan.    

Selain itu, Khairy berkata perkara penting yang perlu diambil kira adalah mengenai perlindungan kepentingan dan keselamatan saksi jenayah.    Katanya, walaupun saksi dilindungi oleh Akta Perlindungan Saksi 2009, namun mereka masih perlu tampil untuk memberi keterangan sekali gus menyebabkan identiti mereka terdedah.    

"Kita kena cari jalan mungkin pinda beberapa undang-undang untuk memastikan keselamatan saksi terjaga dan itu mungkin kita boleh terima dari segi undang-undang baharu," katanya. ~bernama

Friday, July 26, 2013

Salam Aidil Fitri !!



Laundry is the only thing that should be separated by color. ~Author Unknown~