Impian paling besar untuk KERAjaan pada hari ini ialah, untuk terus memerintah warga yang bodoh, bebal dan tidak tahu membantah. Bagi warga yang bebal, kenyataan gua ini akan dibaca sebagai – jika KERAjaan mahu rakyat terus menjadi bebal dan bengap, mengapa KERAjaan mewujudkan university, institusi pendidikan, sekolah, dan Malaya terus menyaksikan kelahiran graduan dan manusia berpendidikan?
Bodoh bebal dan bengap bukan sekadar diukur dengan tahap pendidikan. Kecerdikan juga bukan dinilai dengan berapa tinggikah CGPA atau berapa tebalkah tesis. Untuk menjadi warga yang cerdik dan tidak bengap, anda tidak perlu melanjutkan pelajaran ke M.I.T mahu pun Harvard. Gunakan sahaja sedikit kurniaan Tuhan yang ada pada otak kamu semua bagi menilai sesuatu perkara secara logic dan analektikal.
Sebab itu gua katakan, KERAjaan mempunyai impian untuk terus memerintah warga yang bebal, bengap dan bodoh. Kumpulan ini senang ditangani, senang untuk diuruskan dan yang paling menarik sekali, senang untuk ditipu (baca; diperbodohkan).
Tangan gua memang gatal nak menaip, tapi selalu tak punyai peluang. Masalah negara datang dan pergi, tak pernah gua punyai ruang untuk mencelah. Semua ini juga berpunca daripada pengurangan kadar makhluk Tuhan yang bodoh bebal dan bengap di bumi Malaya lewat ini. Mereka yang sudah pandai membantah dan bersuara ini, semakin ramai yang menulis, maka gua hampir-hampir termasuk perangkap, kembali menjadi manusia yang bebal dan bengap, tidak mahu mencurahkan pandangan walau sedikit, pada ruang yang sangat dicemburui oleh penguasa yang zalim. Faham?
Kumpulan manusia yang bebal ini, ditambah dengan ubat-ubat membodohkan otak keluaran TV3, RTM dan Utusan Melayu, apabila melihat bantahan, melihat demonstrasi, mereka akan melihat huru hara, melihat kacau bilau, melihat pertumpahan darah atau dalam kata yang lebih mudah dan bebal, mengancam keselamatan negara. Ini macam rombongan masuk meminang, baru tengok keluarga lelaki datang naik kereta-kereta “biasa”, keluarga perempuan dah membuat penilaian negative, tapi kalau mereka tiba dengan kereta-kereta yang “luar biasa” maka persepsi yang positif lantas tercetus, tanpa mengetahui kereta-kereta itu mungkin dipinjam daripada boss, atau pun si lelaki seorang tokey dadah. Contoh, faham?
Akibat ubat-ubat supplementary pelembap otak keluaran TV3, RTM dan Utusan Melayu, maka konklusi mudah warga yang bebal ialah, BERSIH itu cuba menimbulkan kekacauan, bakal mencetuskan huru hara, mengancam keselamatan negara dan menggugatkan kestabilan politik tanahair. Akibat ubat-ubat pelembap otak itu, mereka lupa bahawa setiap kita punyai keluarga, punyai orang yang disayangi dan orang yang menyayangi, punyai mata pencarian, punyai hutang kredit kad, punyai loan kereta dan rumah serta pelbagai komitmen sepanjang hayat yang lain. Letaklah sebesar mana sekali pun kepentingan politik, kuasa dan kekayaan, tanggungjawab sebagai seorang manusia, tidak akan mampu terhakis sebegitu sahaja. Pakcik-pakcik dan makcik-makcik PAS yang tiba dari sejauh Marang dan Mersing, anak-anak muda yang berduyun datang dari Kemaman dan Kuala Klawang, juga ibu-ibu dan bapak-bapak dari seluruh pelusuk Lembah Klang, mereka ada komitmen dalam hidup, mereka ada semua yang gua senaraikan di atas, yang tidak mungkin dapat dihapuskan dengan kepentingan politik atau pun kuasa, seperti juga pencacai-pencacai United Malays National Organization yang lain, cuma beruntungnya mereka, ialah mereka punyai sedikit kesedaran. Mereka punyai sedikit rasa simpati, punyai tanggungjawab. Simpati dengan masa depan negara, kesedaran untuk melihat perubahan, dan tanggungjawab sebagai warga untuk memberi secebis sumbangan dalam membuat perubahan.
Percayalah, tiada seorang pun dari kalangan kita yang mahukan ketidakstabilan dan kekacauan, kecuali Ibrahim Ali. Percayalah, tiada kalangan kita umat manusia ini, yang terfikir untuk menjadikan kuasa politik melangkaui sempadan nyawa dan keselamatan peribadi. Mendengar dendangan ubat-ubat pelembap otak ciptaan Mahathir Mohamed memang begitu lah kesudahannya. Apabila rakyat semakin cerdik dan pandai menilai, maka ketika itu lah keselamatan negara akan terancam. Apabila rakyat sudah bijak membantah kebobrokan penguasa, maka ketika itulah kestabilan negara akan tergugat. Walhal, setiap kita akan meletakkan kepentingan diri sendiri terlebih dahulu, keluarga sendiri terlebih dahulu, dalam apa jua keadaan, kerana itu lah secebis akal yang diberikan, berupaya mencetus kesedaran untuk melakukan perubahan. Untuk siapa, kalau bukan untuk diri sendiri dan keluarga sendiri. Janganlah melihat dalam skop yang terlalu besar. Orang tidak akan mahu mati dan cedera secara sia-sia. Faham?
Untuk itu, kaedah mereka akan ternyata berhasil, apabila wujud kalangan manusia yang bebal ini, mengatakan BERSIH adalah punca segala kesesakan jalanraya seawal pagi, atau individu-individu yang dominan dalam penganjurannya, dipersalahkan secara total sebagai punca segala kerumitan (apatah lagi Ambiga, yang secara langsung kita akan menyentuh semangat rasisme mereka), padahal, makhluk pertama yang mendendangkan masalah keselamatan, masalah kerumitan kepada massa, dan kekacauan ialah polis dan penguasa sendiri. KERAjaan. Mereka yang seawal pagi menjadi punca kesesakan lalulintas, 4 hari sebelum Sabtu 09th July 2011 bukanlah para penunjuk perasaan tetapi penguasa sendiri.
Wahai anjing-anjing UMNO sekalian, gua nak tanya, mengapa tiada larangan untuk sejuta Belia berkumpul dan tiada sebarang cetusan kebimbangan keselamatan yang kamu salak kan? Mengapa ketika itu kamu tidak bercakap apa akan berlaku jika sejuta Belia itu yang tinggal dalam khemah-khemah “sedap” selama 3 hari 2 malam akan “bersedap-sedapan” sekaligus menimbulkan ketidaktenteraman kepada warga sekeliling? Oh, kerana mereka ada tujuan yang murni untuk berkumpul. Atau kerana mereka dinaungi Najib Razak? Mengapa mereka boleh berkumpul dan kami tidak boleh berkumpul? Cuba ketuk sedikit ubun-ubun kepala kamu tu dengan tukul besi dan kemudian tanya semula, mengapa mereka dibenarkan tetapi pembangkang tidak?
Begitulah juga kisahnya dengan mereka yang mahu mengadu nasib ke jalanraya 09thJuly 2011 ini. Mereka juga punya niat yang murni, atas pertimbangan akal dan kewarasan mereka. Mengapa kamu semua yang bebal dan bengap ini tidak pernah mahu membicarakan tujuan murni mereka? Mengapa tidak kamu sanggup perbahaskan usul yang mereka bawa? Kenapa yang kamu canangkan ialah isu keselamatan dan ketenteraman? Mengapa kamu begitu asyik menyebut keadaan yang huru hara tetapi tidak pernah menyentuh mengenai suasana demokrasi yang lebih stabil dengan sistem pilihanraya yang adil? Di sinilah wujud nya ruang luas, antara akal kamu yang cuba bercakap tanpa berfikir, dengan pakcik-pakcik PAS juga anak-anak muda yang punyai kesedaran untuk melihat sebuah demokrasi subur tersemai seadilnya di bumi Malaya ini. Oh, jika tiada demokrasi bagaimana mungkin Pakatan Rakyat boleh menafikan majority 2/3 di Parlimen?
Bebal dan bodoh sekali lagi menguasai minda makhluk-makhluk peliharaan UMNO ini. Jika pilihanraya di Malaya ini, dilakukan dengan adil dan tidak berat sebelah, maka ketika ini UMNO hanya memerintah di Johor dan Borneo. Di mana mata dan telinga kamu wahai mahkluk-makhluk bebal, ketika UMNO menggerakkan seluruh jentera KERAjaan, makcik-makcik KEMAS berstatus andartu, pegawai-pegawai Jabatan Penerangan yang kantoi tahun akhir di univerisiti, juga media-media peliharaan, saban hari menyalak untuk berkempen menipu warga pada setiap kali munculnya pilihanraya? Mengapa ini tidak kamu semua sebut? Cuba sekali lagi ketuk ubun-ubun kepala kamu dengan tukul besi dan tanyakan soalan tersebut sekali lagi kepada diri kamu.
Perlukah gua bercakap tentang ketelusan senarai pengundi, pendaftaran pemilih yang menyebabkan bini gua didaftarkan di Felda Lok Heng sedangkan dia tidak punyai saudara di sana DAN tidak pernah langsung mendaftar mengundi, atau perlukah gua bercakap tentang dakwat kekal serta penggunaanya? Undi pos yang berguni-guni? Arghhh semua itu tidak tercapai dek akal manusia-manusia bebal yang makanan hariannya ialah Utusan Melayu, RTM dan TV3.
Bukanlah keselamatan, atau kestabilan dan keamanan yang menjadi priority KERAjaan, tetapi mereka bimbang, sekiranya jumlah warga yang sedar semakin bertambah, jumlah mereka yang punyai akal semakin meningkat, mengatasi kumpulan mereka yang bebal dan bengap. Ini agak menyukarkan lagi tugasan mereka untuk mengawal dan memperbodoh. Moga kamu semua sedikit bongkar, faham?
No comments:
Post a Comment
Please Say Or Write Something, Thank You !