welcome

 

 

Selamat Datang Ke Bintongan

DIMANA MELAYU BANGGANG DI SITU UMNO MENANG

 

 

 

Ni Pengikut Gua

Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world

zwani.com myspace graphic comments



Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world to work and live in, while Malaysians are warm, friendly people who easily accept foreigners into their circle of friends.
Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world to work and live in. In addition, the country's tropical climate with its uniform temperatures allows light, comfortable clothing throughout the year.
Expatriates and their families will enjoy a safe and comfortable living environment with 21st century amenities, good healthcare and medical facilities, excellent educational institutions, and world-class recreational and sports facilities - at costs much lower than in their own countries.
One of the country's most distinctive features is its rich diversity of cultures, a heritage derived from its racial mix of some of the world's oldest civilisations - Malay, Chinese and Indian. This potpourri of race and culture has enabled Malaysians to speak at least two, and even three, languages - Malay (the national language), English, and their own mother tongue. Living in such a cosmopolitan environment, Malaysians are warm, friendly people who easily accept foreigners into their circle of friends.


StarBug

HATE


Berkicauan

Monday, October 17, 2011

Rahsia Mu dalam tangan Aku laa Najib hahahhahahahhahahah...

undi lah pas , pkr atau dap 
“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta” 
"Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason"

Saya  copy n paste posting blogger Sakmongkol A47 yang menulis seperti berikut;

Umno Negeri Sembilan mencerminkan Umno keseluruhannya

Kita tinggalkan perbincangan mengenai bajet 2012. Mengikut pendapat umum, majority rakyat tidak peduli apa jadah nya bajet 2012. Yang mereka tahu, nanti dapat imbuhan. Ada wang tunai dalam tangan. Itu sudah best. Kerajaan ini best punya. Mengenai pengurusan ekonomi untuk masa depan, itu kerja orang politik. Lantak lah mereka memikirkan.

Mengikut pendapat seorang pembaca, isiu yang mudah rakyat faham ialah kezaliman, rasuah, pencabulan kuasa dan sebagai nya. Mereka lebih memahami soal jurang antara kaya dengan miskin. Ya lah, mereka amat faham bila kata sebut sebentuk cincin bersamaan dengan ratusan rumah PPRT, kalau kita buat rumah PPRT.

Saya nak beritahu sikit para pengomen- bila bercakap mengenai kos melepas atau opportunity cost, kita hanya boleh menyamakan nya dengan satu sahaja barang- tidak beberapa barang pada satu masa. Misalnya, cincin RM 72 juta bersamaan X banyak nya rumah PPRT; tidak RM 72 juta sama dengan rumah pprt, atau rumah kos rendah, atau sekolah. Kos melepas ialah satu barangan yang terpaksa di korbankan pada satu masa.

Ok, kita tinggalkan perkara perkara dalam ilmu muram- dismal science atau economics. Kita cakap hal politik.

Saya harap pembaca Melayu lihat lah gelagat pimpinan UMNO Negeri Sembilan. Apa yang berlaku di negeri Sembilan sama lah yang berlaku dalam negeri lain. Masing2 pemimpin melihat dan menjaga kepentingan peribadi mereka sahaja. Sesuai sangat dengan bidalan orang Negeri Sembilan;

Kalau berjalan berduo, hendak kek tongah
Kalau dalam kurungan, hendak kek luar
Kalau terhimpit, hendak kek atas
Jangan mencuri, kecuali terpakso
Jangan berzina kecuali berselero.

Tabiat pemimpin UMNO inilah yang sebenarnya- masing masing macam enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing masing. Demikian juga pimpinan UMNO di Selangor. bukan soal memenangkan negeri Selangor  yang di sibukkan oleh mereka. Yang jadi igauan siang dan malam ialah siapa nak jadi MB.

Saya ingin mencadangkan kepada PM Najib, presiden UMNO kalau hendak menang NS, dia buang semua ahli politik yang sibuk betelagah nak jadi MB Negeri Sembilan. Tidak kira Isa Samad, Mat Hasan, Ismail Lasim, Hassan Malik atau siapa sahaja. Kita tidak hendak bercakap lansung berkenaan Rais Yatim. Kita hanya bercakap mengenai anak yatim ni bila Maznah Rais beri lesen si Rais bebas bersalaman dengan puteri UMNO.

Inilah musibah UMNO yang sudah lama sangat memerintah. Bukan soal strateji bagaimana mahu terus berkuasa di NS yang melalui kuasa tersebut dapat membantu orang Melayu dan rakyat NS yang di pentingkan. Yang mereka penting ialah siapa akan jadi MB. Alahai wok- kalau UMNO dan BN kalah di Negeri Sembilan, ekau semua nak jadi apo eh jang?

Kenapalah orang UMNO sibuk mahukan Isa Samad menjadi MB semula? Adakah dia mempunyai ilmu baru mengangkat martabat orang Melayu. Tidakkah di bawah keMBian nya, banyak tanah yang terlepas kepada tauke besar? Dari tanah pajakan kepada tanah pegangan bebas? Takkan orang Negeri Sembilan lupa akan sikap Isa Samad- den Menteri Bosar, den berkuaso. Orang lain apo ado? Ini tipikal sikap angkuh pimpinan UMNO yang buat rakyat meluat dengan UMNO. PM Najib patut pencenkan orang macam ini. Lebih elok kita biarkan Isa Samad membibik dengan BB nya.
http://farm3.static.flickr.com/2518/4077136952_e1d9058d37.jpg
Ye lah, kelebihan Isa Samad ialah dia antara beberapa orang di Malaysia, yang di segani oleh Najib. Sebab itu Isa boleh senyum selalu, macam unta yang kelihatan senyum selalu. Mengikut perpatah Arab, sebab mengapa unta kelihatan sentiasa terseyum, ialah kerana ianya satu satu makhluk Allah yang tahu rahsia nama Allah yang ke 100. Mahkluk lain hanya tahu 99 nama Allah. Demikian juga Isa Samad- dia sorang sahaja di dunia yang tahu rahsia Presiden UMNO. Di situlah kehebatan Isa Samad.

Masa nya tiba untuk memencenkan Mat Hasan. Orang Negeri Sembilan pun loya tekak bila dengar Mat Hasan cakap besar. Den ada harto ampet keturunan. Takkan habis nya. Dan jika bercakap mengenai orang lain, orang Negeri Sembilan tidak lupa cemuhan Mat Hassan- dia tu tak mendalamkan air pun. Orang Melayu sudah tidak berkehendakkan pemimpin seperti ini.

Ismail Lasim, ketua bahagian Pilah- semua orang tahu dia penghulu kontraktor klas F. sebab itu dia tidak banyak bunyi. Tidak banyak kualiti kepimpinan baik yang kita boleh cungkil dari Ismail Lasim.

Jika ketua bahagian Pilah tidak ada seri untuk jadi MB Negeri Sembilan masakan MP nya, Hassan Malik mau di tabalkan sebagai MB? Jika dia buat mesyuarat atau majlis, kesemua ADUN di dalam kawasan parlimen nya akan boycott dia. Mana dia ada chance nak jadi MB?

Bagaiman UMNO mahu mengembalikan keyakinan rakyat kepada nya. Obsesi pimpinan UMNO ialah mengejar kepentingan dan kemasyuran peribadi. Apa jadi kepada parti, soal kedua. Jika tanggung jawa[ keatas parti sentiasa di pindahkan kepada bahu orang lain, siapakah akhirnya akan memikul tanggung jawab nya.

Namun, elok juga jangan kita beri banyak sangat nasihat kepada UMNO. Biar ia tersungkur sekali dan kita akan lihat, adakah parti lain boleh membela dan membangunkan bangsa Melayu dengan lebih baik.-Sakmongkol A47.

1 comment:

  1. Assalamualaikum Jang,

    Ingat Jang yg tulih, panjang benau. Eh could you plse change the background picture, tang gambar gelap tu terus menggelapkan tulisan, susoh akak nak baca, mate dah ler separuh bute. Tengkiu!

    ReplyDelete

Please Say Or Write Something, Thank You !