welcome

 

 

Selamat Datang Ke Bintongan

DIMANA MELAYU BANGGANG DI SITU UMNO MENANG

 

 

 

Ni Pengikut Gua

Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world

zwani.com myspace graphic comments



Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world to work and live in, while Malaysians are warm, friendly people who easily accept foreigners into their circle of friends.
Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world to work and live in. In addition, the country's tropical climate with its uniform temperatures allows light, comfortable clothing throughout the year.
Expatriates and their families will enjoy a safe and comfortable living environment with 21st century amenities, good healthcare and medical facilities, excellent educational institutions, and world-class recreational and sports facilities - at costs much lower than in their own countries.
One of the country's most distinctive features is its rich diversity of cultures, a heritage derived from its racial mix of some of the world's oldest civilisations - Malay, Chinese and Indian. This potpourri of race and culture has enabled Malaysians to speak at least two, and even three, languages - Malay (the national language), English, and their own mother tongue. Living in such a cosmopolitan environment, Malaysians are warm, friendly people who easily accept foreigners into their circle of friends.


StarBug

HATE


Berkicauan

Thursday, December 29, 2011

Dimandi kan ,, disabun kan kemudian di sutut hahahahahh


Saya melalui 8 jam agak memenatkan semalam.

Jam 3.30 petang saya berada di Taman Mas, Putra Perdana, Puchong.


"Kami di tingkas atas rumah kedai," ujar ASP Hazri Mohamad.

Beliau pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, JSJK, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, mengetui operasi memberkas warga Nigeria dipercayai terbabit dalam kegiatan penipuan menggunakan internet.

Saya kemudian mengekori 2 kenderaan pasukan ASP Hazri ke kilang di kawasan sama.

"Itu adik kepada pemegang akaun, kakak dia kerja," ujar beliau.



Pasukan beliau kemudian menahan kerani operasi berusia 31 tahun, 'Shana', bukan nama sebenar di kilang terbabit. 

Suspek dan adiknya berasal dari Raub, Pahang.

Saya difahamkan teman lelaki Shana, 31 tahun, 'Iko', berasal dari Nigeria telah memperdaya ramai mangsa menyalahgunakan internet dan meraih keuntungan kira-kira 1 juta ringgit.



Shana kemudian disoal siasat di rumahnya.




"Kenapa kamu menulis tandatangan berulangkali di dalam buku ini?," tanya Sarjan Tamu.




Shana terkedu buat seketika dan setelah didesak untuk menceritakan kisah sebenar, dia akhirnya membuka mulut.

"Teman lelaki saya telah pulang ke Nigeria dan setiap kali saya berasa rindu kepada dia, saya meulis nama dia," jelas pemegang Diploma Pengajian Komputer itu.

Tambahnya, Iko terbabit dalam kegiatan Nigerian scam dan sebelum ini wang mangsa didepositkan ke dalam akaun bank miliknya, berjumlah di antara RM5,000 dan RM50,000.

"Kamu dapat berapa ringgit setiap kali ada transaksi?," soal Sarjan Tamu.

"Kekadang RM100, kekadang RM200 sahaja sebab teman lelaki saya hanya menerima komisyen 10% daripada jumlah diterima, saya berkongsi dengan dia," dakwanya.

Melalui nama diberikan oleh Shana, saya mengakses Facebook milik Iko dan gambar kekasih kini hidup mewah di negara asal di bawah disahkan oleh wanita itu.


"Apakah antara daya tarikan Iko kepada awak?," soal saya kepada Shana.

"Dia baik, amat mengambil berat tentang saya dan memang selalu menolong saya dari segi kewangan," balas anak ke 2 dari 8 beradik itu.

Kata Shana, Iko tidak pernah membawa dia bercuti atau berhibur, cuma kadangkala mereka ke Cheras, Kuala Lumpur untuk bertemu rakan senegara teman lelaki itu.


"Saya bersama (mengadakan hubung seks) dengan Iko, purata 4 kali sebulan, selama lebih 7 bulan. Pada hujung minggu saya pergi ke rumah dia, lepak dan kemudian check in di hotel bajet di Putra Perdana," jelas Shana lagi.

Wajahnya kelihatan selamba berkongsi kisah kehidupan.

"Teman lelaki awak sebelum dia, Melayu?," soal saya.

"Lima semua, Melayu dan mereka suami orang tetapi lelaki meragut dara saya berusia 40 an, berasal dari Teluk Intan, Perak. Ketika itu saya berusia 20 tahun. Empat lagi teman lelaki lain, berasal dari Selangor. Biasalah lelaki bermulut manis," ujarnya.

Jam 4.15 petang, kami bergerak ke bekas rumah Iko. Menurut Shana, Iko berkongsi pangsapuri terbabit bersama 3 lagi warga Nigeria lain.

Mereka memasuki Malaysia menggunakan visa pelajar dan majoriti tidak pernah menghadiri kuliah.




Rumah disewa dengan harga RM300 sebulan itu didapati kosong. 


Shana kemudian diminta menghubungi belas rakan sebumbung Iko.

"Joshua, please. I want to take my laptop from the house," rayu Shana. 

Dari raut wajahnya, saya dapat menjangkakan jiwa wanita itu amat resah. Barangkali Shana baru sahaja tersedar dari mimpi dan tidak dapat mengakui hakikat selama bersama, dia hanya dijadikan habuan seks oleh Iko.  




"Kawan dia cakap tengah berada di dalam bas, suasana di sekeliling kedengaran bising, bunyi orang bercakap," terang Shana kepada pegawai dan anggota polis bertugas.




Kira-kira jam 6 petang, rumah sama diperiksa.



Bilik teman lelaki Shana berbau hapak juga diperiksa. Saya berasa amat hairan bagaimanakah gadis tempatan sanggup melepak di ruang hamis serta bersepah seperti itu.



Barangkali kerana cinta, cinta membutakan mata dan hatinya.

"Kata tadi hendak mengambil telekung, carilah," kata ASP Hazri.

Beberapa saat kemudian telekung Shana dihulurkan oleh anggota polis berpangkat Kopral dan saya difahamkan telekung itu ditemui  di bilik Iko.




"Tengok ini, teman lelaki dia bercadang untuk membawa Shana balik ke negara asal dia pada 17 Disember lalu. Mungkin untuk menyambut Krismas bersama keluarga di sana," kata pegawai polis berasal dari Perak sambil tersenyum.


"Dia memang ada mengajak awak untuk berkahwin ke?," soal saya.

Shana menganggukkan kepala.

"Orang Melayu tidak mahu dengan kita, kalau ada pun semua suami orang," komennya ringkas.

Saya terdiam sekaligus teringat kenyataan anggota polis menjadi kenalan saya sejak 10 tahun lalu.

"Saya sudah banyak kali terbabit dalam operasi memberkas warga Nigeria. Bukan perempuan tempatan tubuh berisi sahaja menjadi mangsa, gadis cantik pun terkena. Bila ditanya mengapakah boleh begitu mudah terpikat dengan lelaki Nigeria? Dia menjawab, dia orang istimewa. Teman wanita dibawa balik ke rumah, di taburkan dengan kata-kata manis dan romantis. Sebelum melakukan hubungan seks, teman wanita dimandikan terlebih dahulu. Dipastikan kedua mereka berasa selesa dengan semburan minyak wangi. Selepas bersama, si lelaki akan mendukung manja teman wanitanya ke bilik mandi dan dimandikan sekali lagi. Melalui pengalaman, majoriti mangsa terjebak berbangsa Melayu dan India, Cina kurang," jelas rakan.

Namun Shana mendakwa menempuh pengalaman berbeza.

"Saya dengan Iko, normal sahaja, tidak didukung pun cuma dia sungguh caring," ujarnya.

Dia kemudian dihantar oleh anggota polis bertugas ke pejabat JSJK di Bukit Aman sementara satu lagi operasi diaturkan oleh pasukan sama.


Barikutan aduan orang ramai, hampir jam 7 malam, kami bergerak ke Batu 13 1/2 Puchong, Selangor. Sewaktu memasuki kondominium mewah itu, saya dapati penempatan terbabit dihuni ramai warga Afrika.



Jam 8.26 malam, ASP Hazri mengetuk pintu rumah berulangkali dan memperkenalkan diri.



Pegawai dan anggota memerhatikan pergerakan di dalam rumah sambil mengawasi jika tanpa diduga suspek bertindak membuang dokumen ke bawah dari tingkat 16.



2 minit kemudian, pintu cuba dipecahkan.




Melihatkan tindakan nekad pasukan polis, lelaki warga Nigeria bertubuh tinggi pantas membuka pintu untuk membenarkan pihak berkuasa melakukan pemeriksaan.



Seperti dijangka dari awal, mereka sukar menerima arahan, degil. Namun pengalaman dimiliki pasukan terbabit bukan alang-kepalang. Mereka sudah memahami setiap tipu-helah sewaktu berhadapan dengan warga berasal dari benua Afrika itu.




Sebaik tangan digari, mulut mereka juga tertutup rapat. Pegawai dan anggota polis kemudian melakukan pemeriksaan secara teliti.

"Laptop dan pen drive disorokkan di siling bilik air!," jerit anggota.

Pegawai bertugas lantas memeriksa ruang dimaksudkan.




3 suspek berusia di antara 24 dan 31 tahun itu menjadi saksi ketika pemeriksaan dilaksanakan. Mereka mendakwa pelajar kolej swasta mempelajari bahasa Inggeris.

Untuk rekod, mengikut etika kewartawanan, saya dikehendaki melindungi identiti mereka kerana semua lelaki diberkas, berstatus suspek dan belum disabitkan bersalah oleh mahkamah.


Hairan, biar pun berstatus pelajar, mereka mampu menyewa kondominum mewah tetapi menggunakan nama wanita tempatan.


Pen drive dirampas didapati mengandungi pelbagai dokumen dan gambar meragukan.


Gambar lelaki berkulit putih, lazimnya digunakan untuk mengelirukan mangsa bakal ditipu turut ditemui. 


Modus operandi mereka terbabit dalam kegiatan penipuan melalui internet tidak sukar dikesan jika pembaca mengetahui maklumat lengkap.


Warga Nigeria, barangkali tinggal di Kepong, Puchong atau Cheras, menyamar menggunakan identiti serta ikon lelaki warga Eropah di laman sosial seperti Facebook. Bakal mangsa kemudian ditaburkan dengan kata-kata dan janji manis bergantung kepada jantina. 

Jika bakal mangsa itu wanita, lelaki Nigeria menyamar lelaki kacak dan bergaya.


Kerapkali setelah mangsa tergoda, suspek mendakwa berhasrat menghantar bungkusan mengandungi barangan bernilai seperti wang tunai dan peralatan elektronik.


Mereka kemudian memaklumkan mangsa melalui panggilan telefon kononnya bungkusan terbabit dirampas oleh pihak berkuasa Malaysia atau diminta untuk melunaskan bayaran penghantaran bungkusan terbabit mencecah ribuan atau jutaan ringgit.


Pembayaran dibuat menggunakan akaun peribadi dimiliki oleh rakyat tempatan bersekongkol dengan suspek. Sebaik wang dituntut didepositkan dan mencukupi bagi mereka, semua suspek lenyap bersama janji manis sejak perkenalan bermula.


Justeru tidak hairan jika suspek hidup mewah manakala mangsa ditinggalkan papa kedana. Mangsa bukan sahaja kerugian wang tetapi berkesudahan dengan tubuh diratah puas oleh lelaki kononnya mencintai mereka.

Untuk rekod, tahun lalu, rakyat Malaysia dilaporkan kerugian lebih 1 bilion ringgit akibat diperdaya oleh sebilangan warga Afrika. 


Dalam operasi semalam sejumlah wang dipercayai palsu dijumpai di rumah terbabit dan suspek juga didapati tidak memiliki dokumen perjalanan sah.



Mereka direman untuk melengkapkan siasatan.



Kepada semua pegawai dan anggota polis JSJK, usah sesekali berasa jemu melaksanakan tugasan dihujani dengan pelbagai cabaran getir kerana khidmat mulia itu, InsyaAllah mendapat balasan setimpal dari Allah.



Kepada semua rakan Facebook dan pembaca blog, mohon sebarkan kandungan entri ini supaya kita bersama mampu untuk mempertingkatkan tahap kesedaran serta kefahaman di kalangan wanita warga Malaysia agar mereka tidak terus diperangkap dan diperbodohkan oleh lelaki warga Nigeria.


mazidulakmal.com




undi lah pas , pkr atau dap
“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta” 
"Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason"

No comments:

Post a Comment

Please Say Or Write Something, Thank You !