N3 ni gua rembat dari blog FLYING KICK
Pegawai kerajaan..dari peringkat rendah sehingga keperingkat tertinggi selalu terlupa kedudukan mereka..baik kerajaan BN maupun kerajaan PAKATAN...
Mereka adalah penjawat awam..elit macam sekali pun..mereka adalah penjawat awam!!! GOVERNMENT SERVANT!!! Biorpun gaji berpuluh2 ribu sekali pun, ada keta, ada driver, ada bodyguard.....tetap mereka adalah GOVERNMENT SERVANT!!! Penjawat AWAM. Bekerja utk kerajaan. Dan kerajaan adalah rakyat!! Bekerja utk pastikan rakyat hidup dalam aman,harmoni, bersatu, dan makmur!! Gaji mereka brpuluh2 ribu adalah dibayar oleh rakyat...
Bijak macammana pun..karisma macam mana pun..hebat macam mana pun..Mereka adalah PENJAWAT AWAM..GOVERNMENT SERVANT!! Suka atau tidak, tu adalah hakikatnya.
Tetapi..apabila bergaul ngan pengarah2, pegawai2 tinggi swasta..mereka rasa sebaliknya. Mereka nak bersaing agar sama hebat, sama mewah, sama kelas, sama status ngan mereka di sektor swasta. Mereka "demanding"..mereka bandingkan segala keistimewaan dan kemewahan mereka di swasta..tapi sayang, keinginan mereka, keghairahan mereka, nafsu serakah mereka, kemahuan mereka dan impian mereka terhalang oleh KERAJAAN..
Mereka marahkan Kerajaan..mereka rasa kerajaan perlu ditukar, bukan mereka yg ditukar..mereka rasa ngan menukar kerajaan, halangan2 yg mereka leh diangkat..mereka lupa mereka dilantik dan diberi pengharapan oleh kerajaan..mereka diberi amanah oleh kerajaan.
Agensi2 atau jabatan yg mereka ketuai bukanlah ciptaan mereka dan milik mereka..segala dana yg diberi bukanlah milik mereka..mereka hanya diamanahkan. Mereka rasa Kerajaan ni brfikiran sempit, banyak sangat" red tape", banyak sangat prosedur, banyak sangat peraturan, banyak sangat protokol..kerajaan yg membantutkan pencapaian "mereka". Mereka bukan risau pencapaian rakyat..Mereka leh berkata..ishh orang2 Melayu ni pemalas, harapkan tongkat saja, harapkan bantuan kerajaan je, harapkan subsidi je, orang2 Melayu ada sindrom PHD, dan macam2..sedangkan mereka adalah Melayu dan makan gaji ngan Kerajaan..rakyat khususnya orang2 Melayu yg mereka kata bodoh, pemalas, hanya harapkan bantuan dan subsidi dll adalah pembayar gaji mereka yakni MAJIKAN mereka!!
Lainlah di swasta, harta milik syarikat adalah milik mereka sendiri..suka hati merekalah macam mana nak dibelanjakan..kalau runtuh, runtuhlah syarikat mereka sendiri.
Tapi..jika agensi2 ni runtuh, runtuhlah negara..dan akhirnya rakyat yg menderita.
Ada yg bercakap "tukar kerajaan" ni macam mudah je..macam "tukar baju"..ianya tak semudah tu!!! Ada setengah negara, kerana gagal tukar kerajaan melalui pilihanraya..maka mereka tukar ngan kekerasan dan keganasan yg memusnahkan nyawa dan harta benda.
Tukarlah kerajaan berkali2 pun..jika perangai manusia tak ditukar, gitu jugalah kesudahannya.
Di Malaysia, apa masalah yg dihadapi oleh BN..apa saja masalah yg dihadapi oleh rakyat ketika diperintah oleh BN..masalah yg sama akan dihadapi oleh kerajaan baru dan masalah yg sama akan dihadapi oleh rakyat. Kita bukannya menyelesaikan masalah..cuma kita tukar kulit je.
Luka yg tak diubati..tukarlah pembalut luka brpuluh2 kali..luka tu tetap bernanah malah akan bertambah parah. Kemudian kita tergaru2 kepala kita..ishh kenapa luka tak baik2..
No comments:
Post a Comment
Please Say Or Write Something, Thank You !