“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta”
"Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason"
Sidek Baba Pejuang Islam: Orang kesayangan Anwar IbrahimSaya mengenali Sidek Baba sejak 1977 bila saya menjadi Mahasiswa Universiti Malaya dan Sidek menjadi AJK Minggu Orientasi-UM.
Kami panggil dia Cikgu Sidek kerana dia
sudah dewasa umurnya.Dia senior saya satu tahun sahaja dari segi
senioriti di universiti tetapi saya jauh lebih muda dari beliau dari
segi umur kerana saya fresh dari sekolah dan terus ke universiti.
Saya mengikuti dari dekat perkembangan
kerjaya Sidek. Sidek bercerita bagaimana beliau datang dari keluarga
susah. Bermula bekerja sebagai budak pejabat kemudian ambil kelas malam
dan lulus SPM. Kemudian ke Maktab Perguruan. Mengajar di sekolah.
Kemudian ambil kelas malam. Lulus STPM dan masuk ke Universiti Malaya.
Sidek lembut orangnya. Berbicara dengan
bahasa yang baik dan teratur. Beliau bergiat cergas dalam Persatuan
Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM). Diantara yang aktif waktu itu
ialah Syed Darwilah, Allahyarham Datuk Nasaruddin Jalil, Dr Oniah dan
ramai lagi. Saya terlibat dalam kumpulan Persatuan Bahasa Melayu
Universiti Malaya (PBMUM). Diantara yang aktif ialah Dato’ Rozai
Shafian,Bekas Speaker Kedah. Juga Tan Sri Muhammad Mohd Taib Bekas
Menteri Besar Selangor.
Sidek juga mengajar di Yayasan Anda,
yang terletak di deretan kedai di Pantai Baru betul-betul di depan pintu
masuk Universiti Malaya. Sekolah Persendirian yang ditubuhkan oleh
Anwar Ibrahim,Datuk Kamaruddin Mohd Nor,Datuk Kamaruddin Jaafar bagi
mambantu anak-anak Melayu yang tercicir dari arus pendidikan. Ramai anak
Melayu yang miskin menuntut disini dan ramai yang berjaya dalam hidup.
Datuk Zabidi Zainal Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, KPPA adalah bekas
pelajar Yayasan Anda.
Semasa di universiti hubungan kami rapat
walaupun agak berlainan pendapat dan ideologi politik. Dia Islamis dan
saya nasionalis. Bila ada masa terluang sementara menunggu kuliah
selanjutnya, Sidek akan bersyarah panjang kepada kami tentang perjuangan
Islam dan Anwar Ibrahim. Bagi Sidek, Anwar adalah pemimpin yang akan
memimpin umat Melayu menuju ke kemuncak dan mesti berpaksikan Islam.
Setiap lima ayat yang diungkapkan oleh Sidek akan ditutup dengan
menyebut perkataan “Pak Sheik” bermaksud Anwar Ibrahim. Anwar adalah
idola Sidek. Saya amat meluat melihat betapa taksubnya Sidek kepada
Anwar.
Anwar selalu masuk kampus dan bercerita
tentang dirinya yang terpenjara di Kemunting kerana membela rakyat
Baling, Kedah. Hampir setiap minggu ada saja program sebagini yang
dianjurkan oleh Sidek dan PMIUM. Dimata kami Sidek adalah Anwar dan
Anwar adalah Sidek.
Selepas lulus dari universiti dan
menamatkan Diploma Pendidikan saya dilantik menjadi Guru Siswazah. Saya
akhirnya menyertai UMNO dan aktif di Cawangan. Sebagai Pegawai
Pendidikan Division Satu,saya tidak boleh aktif dihadapan jadi saya
bantu dari belakang.
Hubungan saya dengan Sidek berterusan.
Bila Anwar menjadi Menteri Pendidikan dan berpejabat di Bandar Baru
Damansara, saya ditukarkan ke Kementerian Pendidikan sebagai Ketua Unit.
Adalah menjadi amalan Anwar setiap hari
Jumaat Anwar akan berjumpa dengan orang awam,orang kampong,
sahabat-sahabat beliau dan sesiapa sahaja tanpa temujanji.Anwar akan
jamu tetamu makan nasi bungkus. Amalan ini berterusan hingga beliau
meninggalkan Kementerian Pendidikan. Orang yang sentiasa saya jumpa
dihampir setiap Jumaat ialah Sidek. Macam-macam yang dia bawa cerita dan
bilik saya akan jadi tempat persinggahan beliau samaada sebelum
berjumpa Anwar atau selepas jumpa Anwar.
Malah diantara tajuk yang sentiasa
dibawa dalam perbincangan kami bagaimana beliau katakan beliau lebih
layak menjadi EXCO jika dibandingkan dengan mana-mana EXCO Kerajaan
Negeri Melaka dan telah beliau nyatakan beberapa kali kepada Anwar untuk
bertanding di Melaka dan menjadi Ketua Menteri Melaka.
Saya memang tidak berminat untuk
mendedahkan hal keburukan Sidek pada ramai. Sebagai seorang Pegawai
Kerajaan yang telah bersara, saya selesa berihat dan membaca. Tetapi
akhir-akhir ini Sidek terlalu ghairah mencaci dan mencerca Anwar. Saya
ahli UMNO. Saya juga bukan pengikut Anwar tetapi pembohongan Sidek yang
saya anggap keterlaluan mesti dihentikan.
Sidek memang kaki bodek. Kalau bercakap
amat lembut dan bahasa bersajak. Orang lain bodoh belaka dan dialah
orang paling hebat. Kata-kata manis ini, bagi mereka yang kenal dia,
satu penipuan.
Allahyarham Datuk Nasaruddin Jalil
pernah beritahu saya bahawa Sidek setiap hari dan malam menelefon beliau
untuk lobi Anwar beri biasiswa supaya dia dapat buat Masters. Akhirnya
Anwar luluskan. Kemudian lobi Azmin untuk minta Anwar luluskan beliau
buat Ph.D Juga dia dapat. Bagi saya itu bukan kesalahan kerana Sidek
ingin memperkemaskan dirinya menjadi seorang ilmuan.
Tapi bila melobi kawan-kawan di Selangor
dan minta tanah dari Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Menteri Besar
Selangor, itu ada sedikit masalah. Muhammad Taib beritahu Nasaruddin dan
saya yang dia telah beri tanah ‘prime land’ milik PKNS kepada Sidek
tapi Sidek jual tak sampai pun setahun diluluskan. Sidek ambil duit
taukeh Cina dan bayar premium kepada PKNS dan lebih dari separuh dia
kebas kerana Muhammad Taib jual tanah PKNS kepada Sidek dengan premium
yang amat murah. Saya yakin Anwar tahu hal ini. Muhammad Taib pernah
menjadi Naib Presiden UMNO dan dia tahu Sidek rapat dengan Anwar.
Sidek waktu itu Timbalan Rektor berulang
alik ke pejabat Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri lobi
Azmin, lobi semua orang untuk jadi Rektor UIA. Sebenarnya ramai
Pensyarah UIA yang lebih senior dari Sidek yang layak jadi Timbalan
Rektor. Tapi kerana pressure dari Pejabat Anwar Ibrahim, Sidek dapat
jawatan itu.Jawatan Timbalan Rektor. Saya orang UMNO saya juga tidak
setuju dengan tindakan Anwar menempatkan Sidek disitu. Sidek ada Ph.D
dan kajian akedemik yang beliau lakukan untuk Ph.D ialah berkenaan
‘Institusi Usrah (Study Circle) dalam ABIM. Kita tidak pertikaikan Ph.D
nya tapi bidang kajian itu, terlalu cetek untuk dia menjadi Rektor UIA.
Bila dia gagal ke jawatan Rektor UIA Sidek amat kecewa.
Bila Pakatan Rakyat merampas Selangor
Sidek berjumpa dengan Dr Wan Azizah isteri Anwar untuk melobi ke jawatan
Timbalan Naib Canselor UNISEL. Saya jumpa seorang Dekan UNISEL yang
dahulunya sama Jabatan dengan saya semasa di Kementerian Pendidikan. Dia
kata kami mungkin dapat ketua baru di UNISEL. Sidek Baba akan jadi
Timbalan Naib Canselor jika Tuanku Sultan setuju. Baru-baru ini saya
dapat tahu orang yang sekat Sidek dari dipertimbangkan ke jawatan itu
ialah Anwar Ibrahim sendiri bukan kerana faktor umur atau lain-lain
tetapi bagi Anwar Sidek tidak cemerlang. Sidek selepas mendapat Ph.D
tidak pernah menulis apa-apa ‘memorable academic paper’ dan tidak ada
satu pun academic paper dalam International Journal yang beliau
hasilkan.
Bila Dr Mahathir menahan Sidek dibawah
ISA selama 14 hari, akibat tercetusnya gerakan reformasi, Sidek cerita
segalanya kepada ASP Kamal Pegawai SB yang menyiasat beliau. Sidek
mengaku yang dia bersama sekumpulan pelajar-pelajar UIA seramai 18 orang
merancang bersama-sama Pemuda UMNO yang diketuai oleh Zahid Hamidi mahu
menawan RTM. Sidek yakin rakyat akan bangkit menentang Dr Mahathir
kerana ABIM mempunyai ramai anggota dan ahli UMNO yang menyokong Anwar.
Sidek pecahkan semua rahsia Gerakan Reformasi kepada polis. Akibat
tindakan beliau ramai yang ditahan antaranya: Roslan Kassim, Ezam Mohd
Nor, Datuk Kamaruddin Jaafar, Malik Hussin, Datuk Zamri Kadir, dan ramai
lagi pelajar UIA yang terlibat tetapi sempat melarikan diri termasuk Dr
Yusri Mohamad dan Dr Asyraf Wajdi anak Datuk Dusuki Ahmad.
Sidek tidak ditahan lama malah tidak
dibawa ke Kemunting. Beliau dibebaskan setelah bersetuju untuk
bekerjasama dengan polis dan menjadi agen polis bagi melumpuhkan Gerakan
Reformasi.
Bila saya berjumpa beliau sebulan
selepas dibebaskan dari ISA di Hotel Legend Kuala Lumpur beliau
kelihatan seperti orang yang baru keluar dari hutan belantara. Mukanya
pucat dan wajahnya ketakutan. Bercakap secara berbisik dan ayat yang
diungkapkan tidak jejas. Saya faham keadaanya.
Pada satu Jumaat dua bulan yang lalu
saya jumpa dia sekali lagi di Masjid di Sentul. Perwatakannya tidak
berubah. Bercakap secara berbisik seolah-olah ada sesuatu yang tidak
kena.
Kini baru saya faham kenapa Sidek
menyerang Anwar. Kenapa Sidek fitnah Anwar. Mudah sahaja plot dan jalan
ceritanya. Sidek satu masa dulu amat yakin kepada perjuangan Anwar.
Sidek dapat banyak habuan dari Anwar. Tapi ada lagi yang belum cukup
untuk Sidek. Sidek merasakan beliau telah banyak berkorban untu Anwar
hingga ditahan dibawah ISA. Bila Anwar kembali berkuasa Anwar gagal
membantunya untuk menjadi orang nombor satu di UNISEL. Maknanya Anwar
sudah ada penggantinya dan Sidek bukan lagi orang kesayangan Anwar.
Sidek tiada pilihan. Dia sudah berjanji
malah amat takut kepada polis. Bila pilihanraya sudah hampir tiba, polis
dan Dr Mahathir panggil Sidek dan tagih hutang lama. Sidek tiada
pilihan dan terus menjadi kuda yang ditunggang oleh Dr Mahathir dan
pemerintah. Sidek kini terperangkap. Ilmu yang dia miliki dicampakkan ke
longkang. Iman yang dia ada digadai kerana takutkan manusia yang lemah
seperti Dr Mahathir.
Anak buah saya kini berada dalam
Kumpulan Khas yang dibentuk oleh Datuk Elias Anor Abdul, bekas
Setiausaha Politik Datuk Najib Razak. Sidek adalah salah seorang anggota
kumpulan ini yang dibayar gaji sebanyak RM 15,000 sebulan. Kumpulan ini
merancang bagi menjatuhkan Anwar Ibrahim. Itu sahaja. Mereka telah
kenal pasti 113 orang yang akan dikumpulan dan digunakan sepenuhnya
untuk tujuan ini. Siapa mereka? Mereka adalah kenalan, sahabat karib dan
orang yang rapat dengan Anwar Ibrahim. Mereka dihimpunkan untuk
hancurkan Anwar Ibrahim. Pemimpin yang mereka sanjung satu masa dahulu.
Saya bukan penyokong Anwar Ibrahim.
Minat saya hanyalah kepada Sidek Baba. Manusia yang rapat dengan saya
tetapi jual dirinya kerana dunia. Saya masih ahli UMNO, saya nasionalis
bukan Islamis seperti Sidek Baba.
Hj Omar Bin Abdul Rahman
Ipoh Perak.
1 April 2013
No comments:
Post a Comment
Please Say Or Write Something, Thank You !