Bodozzzz yg tak boleh di ajar pandai yg tak boleh nak diikut!!!
Catatan Mazlan Aliman,
31 Mei 2013
Belum ada sebulan selesainya PRU 13, Macam-macam aduan saya
terima khususnya dari warga Felda seluruh negara. Ada anak peneroka mengadu,
rumah Generasi ke- 2 mereka terbengkalai. Duit dah keluar banyak.
Ada peneroka Palong 6 maklumkan sesi dialog dengan Pegawai
Felda dari HQ KL semalam jadi kecoh bila dimaklumkan hutang tanam semula
peneroka sudah mencecah RM 80-90 ribu. Ada juga yg merintih baki pendapatan
bulanan dah tak sampai RM1,000. Hidup makin susah kata mereka.
Saya tetap simpati pada mereka. Meskipun apa yang di ajukan,
telah pun di perjuang dan diperingatkan puluh tahun oleh saya dan rakan-rakan.
Antara tawaran Pakatan Rakyat dalam kempen PRU baru-baru ini
ialah menyemak dan memberi subsidi atas hutang peneroka. Diterangkan secara
sistematik bagaiamana hutang peneroka boleh dikurangkan. Namun, sesetengah
peneroka begitu angkuh mengatakan; ' hutang tu kat pokok, bukannya nampak'.
Hutang wajib bayar, berapa pun jumlahnya. Kita makan duit pencen je!, kata
peneroka.
Logiknya, jika peneroka lebih yakin dengan BN, kenapa hari
ini mereka marah dan mengamuk kepada Felda?
Bayar sajalah berapa pun hutang yg dikenakan!
Bila rumah Generasi ke-2 terbengkalai, panggil semua
pemilik-pemilik tapak rumah. Tukar kontraktor. Macamana format rumah asal,
sebahagiannya dah buat...
Duit untuk bersihkan tapak dah beberapa kali dibayar. Nak
mengaku kena tipu, tidak juga. Tetap BN, demi ketuanan melayu kononnya....
Saya bukan nak pulangkan paku buah keras pada peneroka dan
warga Felda akan apa yg mereka rasai selepas PRU 13. Gambaran telah diberikan
jika BN terus berkuasa. Nasib FGVH, pekerja-pekerja Felda Plantation,
penyelenggaraan kebun dan lain-lain. Hari ini telah jadi kenyataan.
Bila warga Felda mengadu, apa yg ANAK boleh bantu?
ANAK hanya badan NGO, apatah lagi apabila dasar-dasar Felda
kekal dengan mandat semula BN; kena bersedia dengan padah yang mula dirasai.
Isa Samad, MP Jempol, Eshanudin MP Kota Tinggi, Azalina MP
Pengerang, Halimah Sadique MP Tenggara, Anuar Manap MP Sekijang, Ismail Sabri
MP Bera (sekadar beberapa nama). Ini kawasan Parlimen yg banyak Felda.
Warga Felda jumpa mereka, kerana mereka telah berjanji untuk
sehidup semati dengan peneroka. Saya yakin dengan slogan janji ditepati, MP BN
ini akan bermati matian menyelesaikan apa jua masalah rakyat dalam tempoh yang
singkat.
Kalau Ahmad Maslan mula-mula jadi Timbalan Menteri boleh
berlakon menoreh getah, tidur rumah peneroka dan tubuhkan Badan Bertindak
Peneroka(BAPAK) untuk selesaikan masalah peneroka dalam tempoh 2 minggu; Tok
Limah (nama glamour Dato' Halimah Sadique) tentu sedang berkobar-kobar nak
tolong rakyat sebab dah jadi Timbalan Menteri. Tak cukup siang, tengah malam
pun Tok Limah sedia berbakti....
Saya dan rakan-rakan ANAK tidak kecewa, malah sedang
merencana gerakan seterusnya. Cuma terkilan, pakej menarik untuk warga felda
ditolak. Ada seorang peneroka kata kat saya, calon BN ni aku tau; kaki judi dan
joli sana sini. Akhlak pun teruk. Tapi demi Melayu, aku terpaksa undi dia.
Kalau undi PAS, negeri aku nanti jatuh kat Cina!
Alahai bangsaku...
Laundry is the only thing that should be separated by color.
~Author Unknown~
No comments:
Post a Comment
Please Say Or Write Something, Thank You !