No 105 Lorong 8
Taman Rembau Utama
73000 Tampin
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
Tuan,
KES A112132: NEGERIAN SCAMMER
Saya dengan hormatnya diarah merujuk kepada aduan tuan di atas.
2. Biro Pengaduan Awam (BPA) merakamkan ucapan terima kasih kepada tuan atas kepercayaan kepada kami dalam mengendalikan aduan ini. Setelah meneliti aduan ini, BPA menyarankan agar tuan membuat laporan Polis untuk tindakan yang sewajarnya. Aduan akan disalurkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk tindakan pemantauan dan risikan memandangkan perkara ini semakin berleluasa dan mencemar imej negara di mata dunia.
3. Sekali lagi BPA mengucapkan terima kasih atas maklumat yang diberikan. Bersama-sama ini dilampirkan Borang Maklum Balas untuk dilengkapkan dan dikembalikan kepada BPA. Untuk makluman tuan, tiada caj setem dikenakan bagi penghantaran borang tersebut melalui pos. Borang maklum balas tersebut juga boleh diakses dan dilengkapkan menerusi hyperlink Semak Aduan/ Borang Maklum balas di http://www.pcb.gov.my
4. Kerjasama tuan berhubung perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,
(MOHD RADZUAN BIN ABDUL KARIM)
b.p Ketua Pengarah
Biro Pengaduan Awam
Jabatan Perdana Menteri
Tel : 03-8872 5660
No comments:
Post a Comment
Please Say Or Write Something, Thank You !