"Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason"
KUALA LUMPUR, 26 Mac — Kekuasaan Barisan Nasional (BN) di Sabah mungkin
berakhir kerana kemarahan penduduk tempatan berhubung pencerobohan Sulu,
yang mereka kata disebabkan oleh pemberian kewarganegaraan sebagai
pertukaran kepada undi di bawah “Projek IC” dan menyalahkan beberapa
ahli politik gabungan pemerintah itu.
Bagi komuniti Kadazandusun dan Murut (KDM), kategori etnik terbesar
di “negeri deposit tetap” BN, pemberontak bersenjata Sulu mudah masuk ke
Sabah kerana kebanjiran warga asing telah berlaku berdekad lalu di
bawah inisiatif pada tahun 1980an.
Mereka
percaya kumpulan militan dari Sulu di selatan Filipina berjaya menyusun
serangan kerana ramai simpatisan kumpulan itu dan ahli keluarga
sememangnya menetap di negeri Borneo tersebut, disebabkan oleh “Projek
IC”.
“Ini adalah ibu kepada semua masalah di Sabah. Ia telah lama menjadi
ibu kepada segala masalah. Rakyat tahu tentang itu. Semua orang tahu
tentang itu,” kata pemimpin KDM Denis Gimpah kepada The Malaysian Insider semalam.
“Akan tetapi disebabkan oleh kuasa dan wang, dan survival politik,
pendatang ini diterima. Sekarang, kita pelajari dengan jalan susah
mengapa ini tidak seharusnya dibenarkan, mengapa ianya seharusnya
dihentikan.”
Sekumpulan 200 militan bersenjata yang mendakwa diri mereka “tentera
Di Raja” Kesultanan Sulu mendarat tanpa sebarang masalah di Lahad Datu
pada 9 Febuari untuk menuntut Sabah, melalui 40 minit jalan laut yang
tidak dikawal ketat di antara selatan Filipina dan utara Sabah.
Kehadiran mereka telah menyebabkan 80 kematian, termasuk lapan
anggota polis dan dua anggota tentera, memaksa penduduk kampung keluar
dari rumah mereka di kawasan pendalaman tersebut. Putrajaya telah
mengisytiharkan kawasanitu sebagai kawasan keselamatan khas dan akan
meletakkan pasukan keselamatan untuk mengawal kawasan tersebut.
Gimpah, bekas orang BN mengatakan orang yang tinggal, kemusnahan alam
sekitar dan kehilangan rumah akibat daripada pertempuran antara pasukan
keselamatan Malaysia dan militan di Lahad Datu telah mengecewakan
penduduk asal Sabah.
“Kami takut. Kami kecewa. Apa lagi yang kami patut rasakan?
Keselamatan kami, kedaulatan kami musnah. Tanya mana-mana KDM.. mereka
akan berutahu kamu perkara sama,” kata Gimpah.
Beliau meramalkan kemarahan ini akan memberi kesan kepada corak
pengundian dalam Pilihan Raya 2013, terutamanya kerana pencerobohan
bermula dikala rakyat Sabah menunggu keputusan penyiasatan Suruhanjaya
Siasatan Di Raja (RCI) berkenaan pendatang haram negeri tersebut.
Datuk Jeffrey Kitingan, ahli politik veteran dan pemimpin KDM yang dikenali di Sabah mempunyai pandangan sama.
Beliau mengatakan komuniti KDM terus berada dalam ketakutan, marah
dan kecewa, kerana merasakan kerajaan pusat gagal untuk melindungi
keselamatan meraka.
“Secara asasnya, kami ketakutan. Kami rasa.. ini adalah ancaman
keselamatan dan ini adalah sebenarnya berlaku. Ia berada dikalangan
kami. Dan kami tidak tahu apa akan berlaku pada masa akan datang. Sudah
tentu… kami marah,” katanya kepada The Malaysian Insider.
“Kami lihat pencerobohan ini mempunyai kaitan dengan tindakan
kerajaan memberikan kad pengenalan kepada pendatang semata-mata untuk
menjaga kepentingan politik tertentu.
“Ini, anda tahu, ini telah memakan diri sendiri … kita telah
dibangkitkan ini selama 20 tahun dan kita berkata ini akan berlaku satu
hari nanti ... dan cuba teka? Ianya berlaku.”
Pengarah Merdeka Center for Opinion Research Ibrahim Suffian bersetuju dikalangan penduduk asal Sabah sedang menyalahkan kehilangan
kehidupan dan mata pencarian kepada “Projek IC” dan pesalah-pesalah yang
mendalangi kontroversi tersebut.
Menurut beliau, adalah normal untuk mengaitkan pencerobohan militan
Sulu dengan pemberian IC kepada orang asing, yang dikatakan berlaku di
bawah projek tersebut.
“Ia berjalan seiring. Dan sudah tentu, penduduk tempatan mempunyai
pengetahuan luas tentang apa yang berlaku di bawah,” kata Ibrahim.
“KDM akan menjadi amat marah kerana melihat ini sebagai pencerobohan ke dalam wilayah mereka.
“Mereka akan menyalahkan kerajaan persekutuan kerana peranan mereka,
mempercayai peningkatan penduduk di Sabah disebabkan oleh projek itu.”
Tetapi komuniti Bumiputera Muslim mempunyai pandangan berbeza,
katanya, menjelaskan mereka yang mendapat manfaat secara langsung dari
“Projek IC” mungkin tidak akan menghukum kerajaan diatas pencerobohan
tersebut, walaupun apabila pilihan raya sedang berlangsung.
Bagi masyarakat Suluk yang dianggarkan 300,000 orang di Sabah walau
bagaimanapun, kehidupan aman mereka telah bertukar menjadi mimpi ngeri.
Komuniti Suluk Malaysia adalah berasal dari Kesultanan Sulu di
selatan Filipina, dimana pemberontak bersenjata berasal. Akan tetapi
komuniti di Sabah, sekarang sudah generasi ketiga, setia kepada Yang Di
Pertuan Agong dan kerajaan dan bukannya kepada Kesultanan.
Mereka adalah generasi lahir daripada mereka yang megambil bahagian
dalam referendum Suruhanjaya Cobbold pada tahun 1962 di Sabah dan
Sarawak, dimana dua pertiga daripada mereka mengundi untuk menjadi
sebahagian daripada Malaysia, memberi laluan kepada penubuhan Malaysia
pada 1963.
Akan tetapi sekarang, mereka dalam ketakutan di rumah mereka kerana
seringkali disalah anggap sebagai pemberontak Sulu dari Filipina.
“Kami adalah rakyat Malaysia dan menyokong kerajaan di sini 100
peratus. Apa yang kami takut hari ini adalah kami disalah anggap,
disalah anggap sebagai orang asing tidak bertamadun dari Filipina,” kata
Setiausaha Agung Persatuan Rumpun Etnik Suluk Sabah (PRESS) Mohd Zaki
Harry Susanto.
Bekas anggota polis berumur 39 tahun itu memberitahu The Malaysian Insider masyarakat Suluk marah dengan pencerobohan tersebut dan yang lebih memalukan, ianya diketuai oleh Suluk dari Filipina.
“Kami merasakan tindakan mereka bodoh … tidak bermakna dan tidak
bertamadun. Bodoh sebab mereka menuntut sesuatu yang bukan milik mereka.
Tidak bertamadun kerana sebenarnya, budaya Suluk adalah merendah diri
dan Muslim yang baik,” katanya.
Menurut jawapan Parlimen pada 2011, populasi Sabah berjumlah 651,304
pada 1970 bertambah ke 929,299 sedekad selepas itu. Akan tetapi dua
dekat selepas 1980, populasi negeri meningkat sebanyak 1.5 juta orang,
mencecah 2,468,246 pada 2000.
Mengikut laporan media, pada 2010, jumlah telah meningkat ke 3.12
juta, dengan orang asing sebanyak 889,799 atau 27 peratus daripada
populasi.
Peningkatan populasi itu dikatakan disebabkan oleh “Projek IC” yang
dikatakan dirancang oleh perdana menteri berkhidmat paling lama Tun Dr
Mahathir Mohamad.
Di bawah projek tersebut, kerajaan BN telah dituduh memberikan IC
kepada orang asing sebagai pertukaran kepada undi mereka menyebabkan
mereka terus berkuasa di negeri tersebut.
Pentadbiran Najib telah menubuhkan RCI untuk melihat kepada kewujudan
projek tersebut akan tetapi terganggu akibat daripada pencerobohan
Sulu.
Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) telah berjanji untuk membawa mereka
yang terlibat dalam “Projek IC” ke mahkamah, jika mereka berkuasa
selepas pilihan raya akan datang.TMI
No comments:
Post a Comment
Please Say Or Write Something, Thank You !