"MEH KITA FIKIR FIKIR KAN" "Jika Anda Mengenal Diri dan Musuh Anda, Anda Tidak Akan Kalah Dalam Seratus Pertempuran" " LAWAN TETAP LAWAN "
welcome
Ni Pengikut Gua
Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world
Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world to work and live in, while Malaysians are warm, friendly people who easily accept foreigners into their circle of friends.
Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world to work and live in. In addition, the country's tropical climate with its uniform temperatures allows light, comfortable clothing throughout the year.
Expatriates and their families will enjoy a safe and comfortable living environment with 21st century amenities, good healthcare and medical facilities, excellent educational institutions, and world-class recreational and sports facilities - at costs much lower than in their own countries.
One of the country's most distinctive features is its rich diversity of cultures, a heritage derived from its racial mix of some of the world's oldest civilisations - Malay, Chinese and Indian. This potpourri of race and culture has enabled Malaysians to speak at least two, and even three, languages - Malay (the national language), English, and their own mother tongue. Living in such a cosmopolitan environment, Malaysians are warm, friendly people who easily accept foreigners into their circle of friends.
Berkicauan
Thursday, November 12, 2009
Saturday, October 10, 2009
Bagan Pinang Parlimen Teluk Kemang (Tentera n Politik)
Rules have been breached; precedence have been set, and since there has been no ruling forthcoming by the Election Commission, politicians from both the political divide can now go into any army camp unobstructed, to do their politiking and campaigning during an election. Blood too has been split during the campaigning, and we even had one Abd Azeez Abd Rahim seeking solace in the hospital, reportedly having been assaulted by some PAS supporters. The police has yet to make any arrest, simply because they were not able to identify the person(s) that assaulted Azeez, spelt with two 'e' instead of an 'i'. (what a strange spelling).
Now, it is the BN that has broken the rules and set the precedence to new heights , and it is the army that has now become a mere 'tool' to these politicians. Why have the army stoop so low? To the soldiers of Bagan Pinang, please remember that your loyalty is to the King and country, and not to Isa Samad, the BN candidate and a tinted one too.
It does not really matter to me now whom the soldiers have voted, because their votes have been cast. But if they voted for Isa Samad because of the promises that he and the BN has made, and the 'bribes' that they gave and of which the soldiers unashamedly took, then I would call all the soldiers a scum. But if they have voted with a clear conscience that the BN is truly the only party that can serve them and the people well, then they have fulfilled your responsibility.
Having seen the malfeasance of the BN in Bagan Pinang by-election, especially with regards to the 'invasion' of the army camps without regards for the 'scancity' of the camps to political campaigning, then this has made the army seen to be an institution that is no longer apolitical.
This is a shame, and some thing that the army leaders today must take note of, that they should not be subservient nor feel beholden to politicians, and to willingly stoop to their whims and fancies. Soldiers adorn their uniforms with pride and honour, and be respected by the public.It is for this very reason that I still adore photos of me in my uniform, and how could it be possible that I ignore those pictures with the uniform that I had worn for 33 years?
Friday, October 2, 2009
Bagan Pinang Parlimen Teluk Kemang (BerukBand below PAR)
Monday, September 28, 2009
Bagan Pinang Parlimen Teluk Kemang (Last call isu Asan Ali sebelum gua jadi warak.)
Oleh : AdukaTaruna
Last kol nih. Lepas ni gua jadi ulama balik. Tasbih 24-7 kat tgn gua.
Pusing punya pusing, last sekali pergi ke mesyuarat. MB Selangor akan mendengar secara beberapa pihak. Tak ke bangang tu? Kan ke selesai masalah kalau rundingan tu yang dilakukan dahulu. Kemukakan sahaja surat untuk bertemu MB. Atau suarakan dalam mesyuarat exco. Selesai tak masalah? Timbul tak isu kebebasan bersuara? Timbul tak alasan makmum yang tak nak ikut imam? Berkecamuk tak PAS? Perlu tak Mahfuz dan Dr Zul campur?
Punyalah sial genetik Melayu. Dr apa kejadah kalau bangang tahap ulama Melayu? Tu pasal gua cakap. Masalah ni settle kalau Hadi berjaya dicabut. Lu cabut Hadi tengok betul tak betul kata gua.
Masalah Nasha Task Force selesai.
Masalah Hasan Ali selesai.
Masalah Mustapha Ali selesai.
Masalah pemikiran undur belakang selesai.
Yang tak selsai ialah PAS Terengganu jer. Kira ok la kalau berjaya menyelesaikan beberaa masalah. Hadi tu fokus kepada Terengganu dulu. Terengganu tak lepas, apa kejadah nak pimpin / control pusat? Tak ahli langsung dalam bidang. Ikut Islam ke ikut stendet ulama Melayu? Ulama Melayu nikah / kawin / mati jer boleh diguna-pakai ma. Selain dari tu, kena teliti bebetul. Kalau perlu import jer ulama Parsi ke, Eropah ke.
Dia heboh banding dengan Azmin yang suruh rompak exco. Dah tentu Azmin tu bukan sebahagian dari kerajaan, tambahan pula belum pernah kantoi khalwat gelap dengan UMNO, dah tentu persepsi bersih. Pengundi pro pembaharuan dia percaya sekali jer. Kalau lu buat onar, terus akan dicurigai.
Cuba Azmin memanggil mana-mana pimpinan PAS yang berjumpa dengan Mahathir secara terbuka, tengok. Lu buat la sekali lagi Azmin, gua nak dengar dan gua nak tengok. Tak gua maki, gua ludah muka dia. Hadi ke, Cikgu Pa ke, Anwar ke, kalau nak jumpa Najib ke Khir Toyo ke, bagi tau pengundi siap2. Jumpa secara terang. Jangan nak timbulkan fitnah. Kan ke hukumnya haram. Ulama apa kejadah? Ada khabar angin Anwar jumpa Najib senyap2 yang gua tunggu dapat kesahihan jer nih. Sesumpah sekor ni pun nak kena ludah jugak tuh.
Terbaru gua terbaca, seorang ustaz mana ntah mempertikaikan blog pro PAS. Apa guna PAS memperbanyakkan blog pro PAS jika hanya menghentam PAS? Punyalah sontot IQ. Sejak bila pulak PAS memperbanyakkan blog pro mereka? Apa usaha PAS memperbanyakkan blog pro mereka? Muktamar ari tu pun blogger pro PAS kena layan macam keldai, hari ni nak mengaku kewujudan bloggers hasil usaha PAS. Ni gua nak ludah muka siapa pulak ni?
Pemimpin adalah balaci rakyat. Dalam demokrasi pemimpin harus wala kepada rakyat. Rakyat adalah penunggang, dan pemimpin adalah keldai yang dibayar gaji. Cuma ada beberapa keldai PAS yang sibuk nak tranform menjadi babi. Nak settle babi , cabut Hadi.
Beb. Gua dah cipta lirik. Pepandai la lu orang cipta melodinya. Gua bz skang ma..
Aku nak jadi MB.
Mana tak ku berbulu....
Aku phd, dia tidak....
Mana tak aku berbulu...
Aku petah, dia gagap...
Ahhhhhrghhhhhh....
Aku nak jadi MB!
Aku nak jadi MB!
ooooooo...
Aku nak jadi MB!
Aku nak jadi MB!
(gitar solo)
Mana tak ku berbulu...
Bisnes sini sana pun tak kaya macam dia...
Mana ku tak berbulu...
Aku senior, dia junior...
Ahhhhhrghhhhhh....
Aku nak jadi MB!
Tolonglah gua ex-MB!
ooooooo...
Aku nak jadi MB!
Tolonglah gua ex-MB!
Monday, September 21, 2009
Bagan Pinang Parlimen Teluk Komang ( KARI KAMBING)
ALHAMDULLILAH seekor kambing berjayo di sombolih..... di buek kari ,,,,,, yum yum yum tahun ni tak ado boli daging lombu dan daging kobau........ kambing laie bagus dari dua haiwan haiwan tu......menjelang malam, kari kambing solosai. rupa rupa nya permintaan kari kambing tinggi........ insyaalah esok rayo ketigo nak molih laie seekor,,,,,,, siapa siapa pembaca blog ni nak datang raso kari kambing sey datang lah umah sey,,,,
Saturday, September 19, 2009
Bagan Pinang Parlimen Teluk Komang ( SANTAN)
Pukul 6 pagi sey dah poie pasar ghombau poie boli santan. dah la kono beratur walhal tauke jual santan tu kawan, tegor dio pun tak menjawap......sombong botul dia nak doket2 rayo ni...kalo poie kodai sobolah di suruhh nye ambek nombor, laie lah parah.......berokat soba sey pagi2 buta tadi mako dapek lah sey boli 6 kg santan,,, nak buek ghundang ayam dan nak masak kari kambing,,,,,, kojap laie sey nak moleh kambing lak,,,,,,,,
Sunday, September 13, 2009
Saturday, September 12, 2009
Bagan Pinang Parlimen Teluk Kemang (Paneh, Locur, hanguh,mengologak)
javascript:void(0)
TIDAK MUSTAHIL ISA SAMAD AKAN MENJADI MB N9 SEMULA JIKA BELIAU MONANG DI DUN BAGAN PINANG,,,,,,,,,,,
Monday, September 7, 2009
Bagan Pinang Parlimen Teluk Kemang (Tahniah Umno)
Aku awai-awai lagi nak ucapkan tahniah kat Umno pasai belum apa-apa lagi depa patutnya dah ada undi dalam tangan dekat-dekat 8000 undi. Kalau ikut cara Umno BN, depa boleh meudah-mudah ja menang PRK kal ni.
Mana mai dekat 8000 undi tu? Kat Bagan Pinang ni ada kem askar kut. Pasainya ada 5,173 pengundi POS, tak termasuk pegawai SPR yang bertugas masa pilihanraya. Lepas tu pulak kalau ikut data ahli Umno yang aku dapat, ada 2,722 ahli Umno yang boleh mengundi di PRK N31 Bagan Pinang kali ni. Kalau campur dua ni boleh dapat 7895 undi.
Kalau ikut cara Permatang Pasir, aku tak heran kalau undi POS langsung PAS tak dapat. Pasainya PRK Permatang Pasir memang jelas dan terang, Umno gunakan tentera untuk tolong depa kempen.
Sebelum-sebelum ni memang tak nampak penglibatan tentera dalam PRK, kat Bukit Gantang dulu pun tak nampak walaupun Kem Kemunting dekat sangat dengan Bukit Gantang. Jadinya kalau Zahid Hamidi tanpa segan silu, dunakan 'kuasa' dia ke atas tentera ni, memang tak heran laa kalau undi POS dapat semua kat depa. Menang senang-senang la depa menang kali ni.
Kalau tengok keutusan lepas macam gambar kat sebelah tu, apa sangat la kalau takat nak dapat undi macam PRU12 tu. Kacang sangat laa..
Tapi betui ka depa boleh menang mudah? Nanti sat!
SEY kobeh dari Cenangau
Bagan Pinang Parlimen Teluk Kemang ( PRK N31 Bagan Pinang - UMNO Terdesak Pilih Calon)
Nampak gaya bulan ramadhan tahun ini memang satu tahun yang agak luar biasa dari tahun-tahun sebelum, apa tidaknya kerana suasana politik Malaysia yang amat mencabar sepanjang tahun semenjak selepas PRU12 2008 yang lalu.
Bermula dari Permatang Pasir, maka sepatutnya akan disambung ke Kota Seputih Jelun Kedah, disebabkan SPR menjadi anjing suruhan kepada UMNO, maka tiadalah harapan PRK lagi, namu siapa sangka Allah nak menunjukkan kebesarannya, maka diambilnya nyawa Azman Mohd Nor ADUN Bagan Pinang Negeri Sembilan.
Biasalah, bila dah yang pergi perlulah diganti, dan nampaknya pihak-pihak yang berkeingin kuasa dan kepopularti dan mula menonjolkan diri, sebelum ini aku dengar ada ura-ura pihak wanita UMNO mahukan calon wanita, sebab calon lelaki UMNO dah 7-0 tanpa balas, jadi biarlah wanita pula yang bertanding... betuilah tu, kalau Kak Min dulu pun berani sebagai Calon Bebas di Penanti, ini di kubu UMNO sendiri, apa nak dirisaukan,,,
Kemudian terjawablah pula masaalah calon biarlah diputuskan oleh UMNO bahagian Teluk Kemang yang putuskan, dan ada suara-suara mengatkan anak Tan Sri Isa Samad Mantan MB N9 yang juga Menteri Wilayah Persekutuan iaitu Najib bin Tan Sri Isa, 33 tahun yang juga Naib Ketua Pemuda Teluk Kemamng...itu macam kalu sudah jadi parti anak beranak.. fuiyo... masing-masing pemimpin UMNO inginkan waris mereka mengambil tempat untuk berkuasa dan merampok harta rakyat...
Namu pagi tadi, saja merayau dalam ruangan akhbar,, DI SINI, dah lain cerita... anak tak boleh.. bapak yang nak... pulak dah...haru... anak dengan pak yang nak.. nampaknya AHLI-AHLI UMNO lain yang berkelayakan di Bagan Pinang tak merasalah nak pegang jawatan ADUN.... Oiii apa ni.. seorang bekas MB, bekas Menteri Wilayah Persekutuan, kemudian kena letak jawatan akibat rasuah politik dalam perebutan jawatan Naib Presiden UMNO yang mana kena tindakan disiplin, tiba-tiba ada keinginan nak jadi calon.. betui-betui ini ahli politik otai UMNO, atau pun UMNO tegar... ataupun juga UMNO DORAEMAON.......
Sey KOBEH dari http://manjongmari.blogspot.com
Bagan Pinang Parlimen Teluk Kemang (PR melebar di NS)
Anak ayam anak itik
anak emas anak tiri
UMNO sedang diherdik digetik
1Malaysia menyumpah benci.
Sudah lapan kali PRK di Malaysia. Tidak sekalipun UMNO menang. Yang menang di Batang Ai tu bukannya UMNO. UMNO tak wujud di Sarawak. Berdasarkan hakikat ini, UMNO bukanlah boleh ditakrifkan sebagai parti besar walaupun UMNO mendakwa mempunyai keahlian lebih tiga juta. UMNO masih gagal mengembangkan sayapnya di Sarawak berbanding rakan musuhnya PAS, PKR dan DAP.
Tujuh kali UMNO bertanding, tujuh kali UMNO kecundang. Lebih perit apabila UMNO kalah di kawasan miliknya Kuala Terengganu. Setiap kali UMNO bertanding, setiap kali itu jugalah UMNO menjanjikan status anak emas untuk kawasan yang terlibat dengan PRK. Tetapi UMNO tetap juga kecundang. UMNO gagal dan terus lumpuh di Terengganu, Kelantan, Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Dan selepas ini, UMNO akan diuji lagi di PRK Bagan Pinang, NS. UMNO lega kerana ada hampir 5000 undi pos di DUN berkenaan. Tetapi harus diingat, kuasa Allah siapa yang tahu. Sekiranya PR meletakkan calon pesara tentera yang disenangi oleh pengundi tentera, UMNO akan menghadapi masalah yang besar. Ada kemungkinan UMNO terpaksa menjanjikan pula status anak intan berlian di Bagan Pinang!
Kemenangan di PRK Bagan Pinang seolah-olah terhidang untuk UMNO. Wanita UMNO mula mendesak supaya wanita diberi peluang menjadi calon. Najib anak Isa cucu Samad juga mahu bertanding. Lobi melobi begini tidak berlaku di Permatang Pasir tempohari. Awal-awal lagi Datuk Jalil, Ketua UMNO Permatang Pauh menarik diri untuk dicalonkan. Pening PM 1Malaysia. Diluah mati emak, ditelan mati bapak. Di tolak kehendak wanitanya, bermakna akan hilanglah sedikit sebanyak tenaga kerja dan undi wanita untuk UMNO. Jikalau dipinggirkan kehendak Isa, dendam kesumat Isa kepada UMNO yang menendangnya daripada kerusi Naib Presiden UMNO tidak akan berakhir.
PR juga tidak sabar untuk bertanding di PRK Bagan Pinang. Peluang dan ruang untuk menafikan kemenangan UMNO begitu terbuka. Walaupun secara kasarnya UMNO dijangka menang mudah berdasarkan majoriti yang besar pada PRU 13 lalu, UMNO tetap resah gelisah. Pergolakan poltik UMNO NS dan kemesraan Ahli Parlimen Teluk Kemang akan mempengaruhi pola undi pada PRK ini. Tan Sri Kamarul Baharin diberitakan telah berjaya menyesuaikan diri sebagai pemimpin politik berkualiti di Bagan Pinang. Tentera dan keluarga tentera yang berjumlah hampir 5000 telahpun mengenali YB Tan Sri Kamarul Baharin secara dekat.
Belumpun sempat UMNO mengorak senyum kemenangan di Bagan Pinang, terdengar pula dua ADUN UMNO di Pulau Pinang mahu mengosongkan kerusi. Kelam kabut pimpinan UMNO 1Malaysia memujuk mereka supaya jangan kosongkan kerusi. Kedua-dua ADUN ini kecewa kerana mereka bukan anak emas kepada UMNO. Mereka dilayan seperti anak tiri. Kerana terlalu sayangkan pengundi mereka, mereka harus berbuat sesuatu untuk membolehkan rakyat di DUN mereka dilayan sebagai anak emas. Dengan lain perkataan, demi masa depan UMNO dan pengundinya, mereka sanggup lakukan pengorbanan...
Sey KOBEH dari SINI
Sunday, September 6, 2009
Bagan Pinang Parlimen Teluk Kemang (Anwar gung-ho on)
Oleh Debra Chong
IPOH, Sept 6 — Having successfully swept the stakes in the past eight but one by-elections since his thumping return to active politics last year, Datuk Seri Anwar Ibrahim appears impatient to face off with his bitter rivals from Barisan Nasional (BN) in the upcoming contest for Bagan Pinang.
“Now we must win Bagan Pinang in Negeri Sembilan. We have to work hard, pray hard so we can get 9-0,” the former deputy prime minister turned Opposition Leader told a thousand-strong multicultural crowd at the Tow Boo Keong hall here last night, earning a rousing applause in return despite some dodgy mathematics.
All but one of the previous eight votes, the most recent of which was in Permatang Pasir, were taken by the PR coalition. BN secured its solitary win in Batang Ai in Sarawak, where it was the incumbent, and conceded the Penanti seat without contest, making the score now 7-1 in favour of Anwar’s alliance.
The Bagan Pinang state seat was declared vacant following the death of its assemblyman, Azman Mohd Noor from Umno last Friday, paving the way for the country’s ninth by-election since Election 2008.
In the March 8 elections, the late Azman had garnered 6,430 votes over PAS rival Ramli Ismail’s 4,037, earning him a 2,333 vote-majority win.
While the seat is widely considered an Umno stronghold, Anwar seemed highly convinced that his three-party Pakatan Rakyat (PR) faction will be able to snatch a sure-fire victory from the grand old party.
“We’ve changed that,” the 62-year-old grandfather told reporters who trailed him from Tow Boo Keong to his last stump at a village surau near the Lost World of Tambun, on the city’s fringes here late last night.
“They have to accept the reality that people are clamouring for change,” he added, referring to the wide margin won by PR in the seats previously considered Umno strongholds, namely the recently-ended Permatang Pasir by-election and Bukit Gantang, won by toppled Perak mentri besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.
But he shied away from giving his reading on the way the vote may swing at this point.
“It’s too early to say. We’ll work very hard. The 5,000 postal votes will complicate matters,” the PKR supremo said.
He also criticised the Election Commission for failing in their duty to ensure free and fair elections are carried out at poll centres.
“Notwithstanding that, we’ll continue to work together with all parties to give a formidable challenge,” Anwar added.
The fiery orator had earlier admitted to troubles creeping up on the fledgling three-party alliance.
But he tried to play down their severity, calling them “one or two problems” and painting a picture that there were open channels among his own PKR, the secular DAP and the Islamist PAS.
To the non-Muslim crowd in the hall, Anwar said he had just had a long two-way talk with the DAP’s Lim Kit Siang and Lim Guan Eng before swinging into Perak, and will be speaking with PAS’ Datuk Seri Hadi Awang and his No. 2 soon.
He added the alliance leadership will be meeting next Thursday.
Curiously, he gave a very slight but tellingly different message to a majority Malay-Muslim audience at the Surau Nurulhuda at Batu 6 an hour later.
“I will separate from the DAP,” he vowed to the large number of serban-wearing Muslim men seated in the audience, should the secular party dispute the position of Bahasa Melayu, the powers of the Malay rulers, the rights of Malays and their religion.
The Quran-quoting Anwar has been accused of being a “traitor to his own race” by none other than deputy premier Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Despite his claims he need not rebut Muhyiddin’s charges, Anwar scored major brownie points with the predominantly non-Malay/Muslim crowd in the former tin-mining capital for defending the rights of the minority races and religions.
“Just because they are a minority, the minority must be defended. We must never have a tyranny of the majority,” he highlighted to loud cheers from the packed floor in Tow Boo Keong.
“We have to condemn perpetrators of violence,” he continued, referring to savageries committed in the name of Islam, and indirectly linking terrorist acts from extremist groups such as al Qaeda to the brutish intolerance shown by a group of Malay-Muslim protestors against the relocation of a 150-year-old Hindu temple into their neighbourhood in Shah Alam.
The charismatic leader even managed to squeeze in a jab at Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.
“Hey, Najib. Listen to big brother here. Last time you snatched Perak but don’t think you can get away with Selangor,” he warned.
The seasoned politician was on a marathon road trip through several small towns in Perak to touch base with his grassroots supporters.
He had earlier touched on a score of current issues — from the deaths in custody of DAP political aide Teoh Beng Hock and suspected car-thief A. Kugan to yesterday morning’s explosive racial protests over a proposed Hindu temple site in a housing area in Shah Alam.
Anwar will be heading south today for a similar campaign to carry his justice-for-all message on the road to the small towns in the heartland of Umno — Johor.
Sumber: The Malaysian Insider
Bagan Pinang Parlimen Teluk Kemang (DAP dah gerak)
DAP Telok Kemang semalam bertindak menubuhkan Jawatankuasa Perhubungan pilihan raya kecil bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lukut, Ean Yong Tin Sin berkata, penubuhan jawatankuasa itu adalah penting sebagai persediaan awal melaksanakan jentera bagi menghadapi pilihan raya kecil secara sistematik.
“Untuk persiapan awal ini, tindakan pantas harus diambil. Barisan jawatankuasa akan mencari penempatan untuk bilik gerakan di sekitar DUN Bagan Pinang dan seterusnya perancangan untuk merebut kerusi DUN berkenaan,” katanya pada sidang media di pejabatnya, semalam.
Beliau yang juga Naib Pengerusi DAP Negeri Sembilan berkata penubuhan jawatankuasa itu akan memantapkan lagi jentera pilihan raya kecil bagi memastikan kemenangan pembangkang di kawasan berkenaan.
Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan PKR negeri, Datuk Kamarul Bahrin Abbas; Timbalan Pengerusi DAP, P Gunasekaran; Naib Presiden II DAP negeri, John Fernandez dan Setiausaha Perhubungan PKR negeri, Sabaruddin Mat Yassim.
Sementara itu, di SEREMBAN, Pesuruhjaya Pas negeri, Zulkefly Mohd Omar berkata, Pas telah bersedia berhapan pilihan raya kecil itu dan menunggu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat pengumuman bagi penamaan calon.
“Kalau ikutkan, kita mahu mengekalkan penguasaan pada pilihan raya kecil sebelum ini,” katanya
Barisan Nasional menang dengan 6,000 di Bagan Pinang
Takdir Allah s.w.t. memanggil pulang hambaNya yang bernama Azman Mohd Noor, Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang Negeri Sembilan.
Maka terdedahlah satu fenomena pelik mengenai kedudukan sebenar kerusi Bagan Pinang. Peliknya ialah setelah diteliti, terdapat 5,000 undi pos yang menyebabkan kemenangan Barisan Nasional di situ. Rekod menyaksikan di dalam pilihanraya umum yang lalu UMNO memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 2,333 undi, calon BN menerima 6,430 undi berbanding PAS yang memperolehi 4,097 undi. Di Permatang Pasir cuma ada 8 undi Pos.
Najib setelah diumumkan keputusan pilihanraya Permatang Pasir tempohari menyatakan "beliau tahu sebab kekalahan UMNO", dan spekulasi besar sebabnya ialah kegagalan SPR untuk menggunakan "formula Pekan" di Permatang Pasir.
Justeru itu PAS hari ini menyeru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya membenarkan pengundi pos membuang undi seperti pengundi biasa dalam PRK Bagan Pinang di Negeri Sembilan.
Sewaktu mengumumkan bahawa PAS akan bertanding kerusi tersebut, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyuarakan kebimbangannya samada keputusan pilihanraya kecil tersebut akan mewakili pilihan rakyat sebenar, memandangkan jumlah undi post yang tinggi bagi kawasan tersebut.
Ini, katanya, kenapa SPR perlu menukar proses pengundian pos dan membersihkan keraguan keatas ketelusan sewaktu pembuangan undi.
“Saya menggesa Pengerusi SPR yang baru supaya melakukan beberapa perubahan keatas sistem tersebut dan saya bukan bercakap mengenai perubahan kosmetik sahaja.
“Kami meragui undi pos kerana kami tahu undi pos seperti askar dan polis tidak diberikan kebebasan dalam mengundi.
“Inilah sebabnya kenapa undi pos sentiasa dianggap undi yang kotor,” katanya selepas sembahyang Asyar bersama pemimpin-pemimpin PAS Perak di Surau Al-Ikhlasiah di sini.
Abdul Hadi berkata bahawa jika SPR melakukan perubahan ke atas sistem tersebut dan membenarkan pengundi pos membuang undi seperti lazimnya pengundi biasa, ini akan memastikan keadilan, ketelusan dan demokrasi dalam proses pengundian.
“Kami juga mahukan mereka (pengundi pos ) diberi kebenaran untuk menghadiri kempen politik dan ceramah tanpa dihalang oleh pihak tertentu.
“Jika boleh, kami mahu wakil parti politik dibenarkan hadir dan memantau keatas proses pengundian dan kami mahu undi mereka benar-benar dirahsiakan,” katanya.
Beliau menambah bahawa pengundi pos tidak harus berada dibawah tekanan, diugut atau berasa bimbang dan tertekan apabila mereka membuang undi untuk calon yang benar-benar mereka sokong.
Kerisauan Abdul Hadi berpunca daripada fakta terdapatnya lebih 5,000 pengundi pos di kawasan pilihanraya Bagan Pinang Negeri Sembilan.
“Ini adalah sangat tinggi bilangannya. Pilihanraya yang lalu, Barisan Nasional menang dengan 6,000 lebih undi sementara calon kami mendapat lebih kurang 4,000 undi.
“Siapa tahu, jika bukan disebabkan undi pos, jurang mungkin sekitar 1,000? Atau mungkin lebih kurang lagi?” katanya.
Meskipun begitu, Abdul Hadi berkata bahawa partinya berkeyakinan beberapa perubahan boleh dilakukan dan PAS akan muncul sebagai pemenang dalam PRK kesembilan ini.
“Kami berharap walaupun mereka mengundi dibawah tekanan, kami mungkin masih mampu memperolehi beberapa undi pos.
“Kami akan mengadakan mesyuarat pada Isnin akan datang ini untuk mendengar taklimat oleh PAS Negeri Sembilan. Insyaallah, kami akan bertanding,” katanya.
Wakil rakyat Bagan Pinang, Azman Mohd Noor, meninggal dunia Jumaat lalu, memberi laluan untuk PRK kali ke-9 selepas PRU 2008.
Wednesday, August 12, 2009
Saturday, August 8, 2009
CERAMAH PERDANA PELANCARAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE 52
8 malam.
Kg Selemak, Rembau
Ceramah perdana sempena sambutan kemerdekaan ke 52 bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, Datuk Zaid Ibrahim, Datuk Chua Jui Meng di Rembau. Kemunculan khas ITO dan Pyanhabib membuat persembahan.
Monday, August 3, 2009
poie jahanam UMNgOk ::BILAL UMNO BERTUMBUK.........
hahahahhahaha pelik sangat bro,,,, semalam ahad ada majlis doa selamat, selesai aje doa selamat dah nak poie makan,maka berlakulah adigan bertumbuk antara bilal masjid kg batu rembau negeri sembilan dgn seorg penyokong umno juga lahhh,, bilal tu pun memang KARAT JIDDAN umno nya.....
jangan-jangan ekau pun jadi merempat.!!!!!!!!!!
Yang di N9 jangan fikir boleh terus gah. Majoriti pun dah merosot. PAS makin mendapat tempat. Tunggu PRU13, akan bertambah banyak 'tempat', jangan-jangan ekau pun jadi merempat.
den ceduk dari AL-BRANGI
Sunday, August 2, 2009
Tuesday, July 28, 2009
CERAMAH DSAI
TEMPAT : KG PULAU BINTONGAN REMBAU N9 (RUMAH IBU YB TAUFIQ ADUN PAROI)
TARIKH : 11 OGOS 2009
MASA : STANDARD TIME (MALAM)
Monday, July 20, 2009
LUAHAN HATI SEORANG PENJAWAT AWAM
Sunber di petik dari Orang Gomen
Susulan daripada posting lepas, OG terima satu luahan hati seorang penjawat awam daripada salah satu jabatan Gomen yang dipanjangkan oleh seorang rakan dari sebuah syarikat akhbar perdana! Teks itu dihantar ke ruangan pembaca untuk disiarkan, tetapi rakan OG menyalurkan kepada OG untuk dikongsi bersama. Tersentak OG meneliti reaksi beliau terhadap realiti sebenar dalam sesebuah agensi Gomen. Mungkin ada lagi agensi Gomen yang lebih daring daripada ni kot..? Ntahlah..harap-harapnya tiadalah.
So di sini OG paparkan antara LUAHAN HATI SEORANG PENJAWAT AWAM berkenaan untuk renungan kita semua. Sama-samalah kita muhasabah diri untuk kebaikan perkhidmatan & agensi...
"Saya amat berterima kasih dan berbangga berkhidmat dengan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), satu-satunya agensi Kerajaan yang bidang kerjanya adalah dalam hal ehwal politik (khususnya parti UMNO). Tetapi saya bukanlah pegawai politik JASA. Saya hanyalah kakitangan sokongan sahaja di JASA.
Selama berkhidmat dengan JASA saya faham apa makna politik sebenarnya, sebelum ini saya buta dan jahil pasal politik. Sejak kebelakangan ini JASA sibuk dengan kerja-kerja pilihan raya kecil di sana-sini. Bila tiba pilihan raya, hampir semua pegawai dan jentera kerja JASA dikerahkan untuk turun padang menjalankan kerja-kerja kempen.
Yang saya hairan ialah, setiap kali pilihan raya kecil, UMNO atau BN kalah saja! Maka tertanya-tanyalah saya sendiri..apa lagi yang tak cukup? Pegawai JASA rata-rata kalau Melayu adalah orang kuat parti UMNO! Takkan tak tahu nak kempen? Nak kata duit kempen tak cukup, setiap kali buat bajet pilihan raya JASA minta beratus ribu. Untuk apa semua tu? Pegawai terlibat pula sampai beratus orang ramainya. Takkan tak boleh nak berkempen lagi kalau bercampur dengan orang UMNO atau BN di kawasan tempat pilihan raya?
Pengalaman di beberapa pilihan raya kecil akhir-akhir ini barulah saya tahu apa sebenarnya orang JASA buat di kawasan pilihan raya. Rupa-rupanya yang turun ramai-ramai bukan semua buat kerja. Ada juga yang diturunkan sebagai `pegawai tugas-tugas khas’ untuk jaga bila Ketua Pengarah turun padang. Selain dariapada itu tiada melakukan apa-apa kerja, sekadar jadi pemantau bilik gerakan macam `anjing pengawal’ gayanya.
Pegawai JASA tak sempat buat kerja kempen masa pilihan raya kerana sibuk mengikut bontot mana-mana pemimpin parti yang datang ke kawasan pilihan raya. Inilah hakikatnya! Mereka amat bermegah-megah dengan situasi ini. Mereka tolak kerja ke tepi! Bila sampai masa kena hantar laporan, mereka tulis sahaja apa kawan-kawan lain cakap. Yang paling sedih ialah ada juga antara pegawai lapangan yang `swastakan’ laporan kerana tak masuk kawasan! Apa dah jadi ni?
Ada juga yang terlibat pilihan raya semata-mata nak makan elaun dan over time. Kalau rate over time RM15 satu jam kali dengan 7 jam sehari (5ptg – 12mlm) maknanya RM105/hari over time sahaja. Itu tidak dikira hari Sabtu, Ahad dan cuti umum lagi. RM105 kali dengan 20 hari bekerja dah berapa banyak duit over time..RM2100. Patutlah lagak pegawai JASA hebat-hebat semua. Terkejut saya melihat borang tuntutan over time pegawai JASA gred S22. Yang peliknya tuntutan over time bukan sahaja di musim pilihan raya sahaja tetapi setiap bulan di semua daerah! Persoalan saya ialah apa kerja yang mereka buat, tapi pilihan raya tetap kalah! Pihak pengurusan pula tidak banyak soal, semuanya lulus. Saya beranggapan bahawa 60 peratus daripada duit JASA dihabiskan untuk membayar tuntutan elaun pegawai dan over time sahaja!
Satu lagi ialah program Taqarub! Saya lihat hampir setiap pegawai melaksanakan program Taqarub setiap hari. Satu hari bukannya satu, ada sampai lima program! Perbelanjaan pula di bayar secara tunai. Persoalan saya ialah adakah program ini benar-benar dilaksanakan dan apakah kesan atau impaknya kepada JASA dan Kerajaan? Siapa pula khalayaknya? Orang awam atau sanak saudara sahaja. Lagi pun prosedur tuntutan kepada program Taqarub amat senang! Kalau di kawasan pilihan raya kecil lagi banyak program Taqarub dan beribu-ribu khalayaknya…tapi BN tetap kalah! JASA buat untuk siapa? Untuk penyokong pembangkang kah?
Ada juga kawan-kawan di JASA bercakap, kalau musim pilihan raya inilah peluang nak tukar handphone baru, cat kereta baru, sport rim baru dan kadang-kadang siap boleh tukar kereta baru lagi! Macam mana pegawai JASA `berniaga’ dalam tempoh 20 hingga 30 hari dalam tempoh pilihan raya..? Aneh! Memang aneh kerana perkara ini memang berlaku!
Saya dapati banyak `benda-benda pelik’ berlaku dalam pengurusan kewangan dan pentadbiran JASA. Saya rasa sedih kerana Jabatan yang diamanahkan untuk menjaga rakyat ini sesunguhnya tidak menjaga rakyat, sebaliknya hanyalah menjaga kepentingan `warga kontrak’ JASA sahaja – samada pengawai DUN gred S22 hinggalah kepada Ketua Pengarah yang bertaraf JUSA. Tidak terkecuali satu kumpulan yang bergelar `Panel Pemikir JASA’.
Saya lihat panel pemikir adalah sesuatu yang merugikan duit rakyat. Mengapa perlu ada pemikir lagi kalau semua pegawai kontrak di DUN dan Parlimen itu orang-orang kuat parti dan pakar politik setempat. Panel pemikir tidak tahu apa berlaku di kampong kerana mereka berada di ibu pejabat. Latar belakang mereka pun bukan lah daripada orang politik atau strategist. Kalau panel pemikir benar-benar berfungsi, adalah mustahil semua strategi tidak menjadi! Bagaimana Kuala Terengganu yang dimiliki oleh BN boleh bertukar tangan kepada PAS? Apa yang difikirkan panel pemikir. Atau adakah panel pemikir mula berfikir bila diminta berfikir…?
Sesungguhnya kalau dilihat visi, misi dan objektif serta fungsi, JASA adalah satu-satunya nadi UMNO dan BN dalam memastikan kesinambungan pemeritahan Kerajaan hari ini. Semuanya suci, murni dan indah! Namun di mana silapnya? Adakah kelemahan ini berpunca daripada pihak pengurusan yang gagal atau bersekongkol dengan orang bawahan atau pegawai-pegawai kontak yang di pilih itu sememangnya tidak amanah. Kalau tidak amanah mengapa tidak ambil tindakan? Apa peranan pengurusan tinggi dalam hal ini. Saya tidak pasti sama ada KP menyedari kepincangan ini atau sengaja melindungi demi kepentingan diri.
Walau bagaimanapun saya mengharapkan agar kepimpinan JASA sedia ada ditukar ganti. JASA memerlukan seorang ketua yang energetic, universal dan integriti yang tinggi dalam menangani anak buah yang terdiri daripada orang-orang politik yang sentiasa berpolitik siang dan malam. JASA harus diselamatkan daripada perlakuan keji pelaku-pelaku politik yang berteraskan pangkat, perut dan poket".
Sewajarnya dalam kita menghadapi pelbagai isu dan kegawatan ekonomi, fokus dan nawaitu kena bersih dan ikhlas. Janganlah pulak menambahkan keroh dan gelombang sedia ada. Orang-orang Gomen ni tak pikir ka betapa peningnya pemimpin-pemimpin kita dok sort out masalah dalaman..ni dok nak tambah lagi.
Setelah meneliti teks luahan hati penjawat awam berkenaan, dapatlah OG simpulkan bahawa setiap penjawat awam, samada tetap atau kontrak, cermin-cermin lah diri sendiri. Tanya diri sama ada kita ini melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna atau sebaliknya.. Amanah wang rakyat dan Kerajaan terhadap kita adakah digunakan sejujurnya. Kuasa pengurusan dan pentadbiran yang diberikan oleh KSN & KPPA serta KSU kepada kita digunakan secara berkesan atau disalahgunakan?
OG dapati rakyat Malaysia hari ini banyak terdedah kepada fenomena `penyakit kritikal' sama ada fizikal atau mental. Maknanya rakyat Malaysia ni rata-ratanya TIDAK SIHAT! Berpenyakit! Daripada penyakit kanser otak sampailah ke penyakit `tak berotak'! Fenomena ini amat membimbangkan apabila menular di dalam warga perkhidmatan awam! Therefore mana penjawat awam yang rasa tak sihat dan tak mampu deliver..mohonlah berundur secara hormat! Kalau anda sayangi perkhidmatan awam khususnya jabatan/agensi anda bertindaklah sekarang.
Sunday, July 12, 2009
Dibunuh Kerana Bertudung, Mengapa Berita Ini Ditutup?
Di Ambil Dari Blog:-
Ibnu Hasyim
]Dibunuh Kerana Bertudung, Mengapa Berita Ini Ditutup?
Thursday, July 09, 2009: Seorang wanita Muslim Mesir di bunuh di dalam mahkahmah Jerman, apa anda fikir?
Assalamualaikum.
Kisah menyanyat hati ini berlaku minggu lepas. Kisahnya begini, seorang muslimat Mesir di Jerman, Marwa Al-Sherbini, yang pada Ogos 2008 telah memfailkan saman kepada jirannya yang menggelarnya sebagai 'Terrorist', kerana beliau berhijab. Diulang, beliau digelar 'Pengganas', kerana beliau B.E.R.T.U.D.U.N.G. !!
Maka setelah mendengar hujah kedua-dua pihak pada Rabu minggu lepas, mahkamah mendapati lelaki, yakni jiran kepada Marwa tadi bersalah, dan dikehendaki membayar denda 2800 Euro.
Anda tau apa berlaku sesudah itu?
Lelaki ini telah menerkam ke arah Marwa, dan menikam mangsa 18 kali!! Ya, anda tak salah baca, memang 18 kali, dan yang paling teruk, Marwa ditikam sehingga mati, sambil beliau memeluk anaknya. Dan Marwa ketika itu mengandung 4bulan...tragis bukan?
However last Wednesday, Alex stabbed her 18 times to death in a German courtroom after the judges announced she won the case against him, and that he had to pay 2,800 Euros as a fine for his previous insults. Lagi di sini.Belum cukup tragis, ada lagi. Suami Marwar yang melihat isterinya ditikam terus menerkam ke arah lelaki tadi, dan....
...akhirnya suaminya juga ditikam 3 kali. Nah. Tidak cukup dengan itu, pengawal keselamatan yang 'melihat' kejadian tadi telah bertindak menembak suami Marwar. Nah... ini baru betul2 tragis.
Sekarang anda fikir, bagaimana logik seorang perempuan ditikam 18kali di dalam mahkamah, tanpa ada seorang pun yang bertindak menyelamatkan wanita ini, melainkan suaminya, yang akhirnya berkesudahan ditembak.
Logik atau tidak anda mengambil masa hanya 1 saat untuk menikam 18 kali? Cuba anda tikam angin 18 kali, berapa lama masa yang anda ambil, tikam secepat mungkin. Malah 1 saat untuk 1 tikaman pun sukar dicapai. Maka tidakkah anda terfikir kenapa reaksi manusia di situ terlalu lembab? Bengong bukan.
Seorang pemerhati telah berkata tentang suami Marwa, "Dia bukan seorang yang berambut perang, jadi dia tentu penyerangnya." Ya, ini logik pada pandangan mereka. Tapi sesekali tidak bagi kita.
Itu isu pertama, isu kedua adalah mengapa seakannya media barat cuba menutup isu ini. Langsung tidak dihebohkan. Adakah kerana darah orang Islam tidak sama dengan darah mereka? Ermm.. logik bukan. Hanya orang yang gila sahaja percaya ini.
Mungkin ada antara yang membaca entri ini berfikir bahawa ini hanya isu kecil, mengapa perlu dihebohkan. Ada bukan? Ini bukan soal peka semata-mata, cuba anda fikir, kalau Marwa boleh ditikam 18 kali dalam mahkamah, 'tanpa disedari' maka adakah mungkin mereka2 ini menyedari pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku nun di Gaza, di Tebing Barat, di Darfur, dan yang terbaru di China. Atau ada antara anda yang masih tidak tahu saudara kita dibunuh di China. Ya, logik la sikit kalau anda tidak tahu, sebab semua pembunuhan tadi berlaku di luar mahkamah.
Di angkat dari:
http://artofthoughts.blogspot.com/2009/07/soerang-wanita-muslim-mesir-di-bunuh-di.html
Komen Blog Ibnu Hasyim: Sila panjangkan cerita ini supaya kebenaran itu terserlah. Ingat Rasulullah SAW pernah pertahankan aurat wanita rakyatnya hingga keperingkat negara, begitu juga zaman pemerintahan selepasnya. Contohnya zaman pemerintahan Al-Muktasim, Khalifah sanggup menghantar angkatan tentera hanya kerana aurat seorang Muslimah, begitu juga dalam sejarah Islam masuk ke India juga ada kena mengena dengan aurat seorang Muslimah. Soal maruah dan penghinaan agama bukan soal kecil! Mati syahid dalam mempertahankan maruah agama yang diinjak-injak atau dipijak-dipijak. (2MA)