welcome

 

 

Selamat Datang Ke Bintongan

DIMANA MELAYU BANGGANG DI SITU UMNO MENANG

 

 

 

Ni Pengikut Gua

Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world

zwani.com myspace graphic comments



Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world to work and live in, while Malaysians are warm, friendly people who easily accept foreigners into their circle of friends.
Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world to work and live in. In addition, the country's tropical climate with its uniform temperatures allows light, comfortable clothing throughout the year.
Expatriates and their families will enjoy a safe and comfortable living environment with 21st century amenities, good healthcare and medical facilities, excellent educational institutions, and world-class recreational and sports facilities - at costs much lower than in their own countries.
One of the country's most distinctive features is its rich diversity of cultures, a heritage derived from its racial mix of some of the world's oldest civilisations - Malay, Chinese and Indian. This potpourri of race and culture has enabled Malaysians to speak at least two, and even three, languages - Malay (the national language), English, and their own mother tongue. Living in such a cosmopolitan environment, Malaysians are warm, friendly people who easily accept foreigners into their circle of friends.


StarBug

HATE


Berkicauan

Wednesday, July 27, 2011

damm silly pangli5

“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta” "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason"

kawan gua seorg omputih jantina pompuan,, kata kat gua " i don fuc**** k about u" marah laa pulak dia kat gua. dan gua pulak kata kat pemimpin BN yg kacau bilau yg tidak boleh membeza politik dan kerajaan " just **** your mama ***hole" woii cukup cukup lahh bek propaganda murahan tu. Kepada 3 mangkok hayun yg jadi panglima tu gua nak kata kat lu bertiga " u are bloody damm sickening panglima"

Saturday, July 23, 2011

I learned ...

I learned ... no one is perfect until you fall in love.

I learned ... that life is hard but I'm more of it!

I learned that ... opportunities are never lost man who wastes ...

I learned that someone takes the... When you care rancor and bitterness, happiness will elsewhere.

I learned that ... We should always give good words ... Because tomorrow never knows those who will listen.

I learned that... a smile is an inexpensive way to improve our appearance.

I learned that ... I can not choose how I feel ... But I can always do something.

I learned that ... when your newly born child holdsyour finger, try to arrest him for life

I learned that ... all, everyone wants to live on the mountaintop ... But happiness is all the way up.

I learned that ... We have to enjoy the journey
and not just think of the arrival.

I learned that ... it is best to give advice in only two circumstances ... When you request and when their life depends.

I learned that ... the less time is wasted ... more things I can do.

















“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta” "Politicians are like diapers. They both need changing regPublish Postularly and for the same reason"

Thursday, July 21, 2011

FEAR FACTOR

“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta” "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason"

My advice to the authorities is to wake up to the realities of this modern world, and the more you inhibit the FEAR FACTOR, the more stupid you will be looked at by all like-minded people.

Sumber untuk meneruskan bacaan terus ke link Mohd Arshad Raji

Saturday, July 16, 2011

Kedah is not an Islamic state neither is Malaysia

PAS MB is a jerk and stupid. Kedah is not an Islamic state neither is Malaysia. The Ramadan month is a holy month and the non-Muslim respect it. However, PAS MB Kedah is not following the true Islam, and did he really knows Islam that well? Even in Saudi Arab, the religious bodies does not call for such ban on foreigners, but imposed no negotiation for any Muslim person. or businesses. This is what I have said that the old PAS mentality has no go, and the Kedah MB is an example of deadwood PAS leaders. Even Tok Guru also doesn't agree, and you can see good respect among the non-Muslim in Kelantan in particular in Kota Bahru during Ramadan month.
'gua setuju dgn komen ni"

komen gua cilok dan rembat dari MALAYSIATODAY


“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta” "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason"

Friday, July 15, 2011

URGENT tolong cari budak ni

dah jumpo!!!!!! ANG

Nama : 
Najmi Haqiemi bin Ahmad Salleh (10tahun)

Tinggi : 
lebih kurang 110cm

Pakaian: 
Memakai t-shirt sukan berwarna merah berlengan hitam dgn cetakan 'S.K Subang Bestari, Tuah' dibelakang, berseluar sukan berwarna biru gelap berbelang putih dan berjaket berwarna coklat.

Lain2:
Membawa beg sekolah berwarna biru dan hitam, berambut pendek dan mempunyai tanda parut disebelah kanan kepala.





“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta” "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason"

Thursday, July 14, 2011

no more rasis laaaaa

Bersih 2.0 pecah tembok perkauman dibina Umno

14 JULAI – Rakyat Malaysia yang turun ke jalan raya ibu kota Kuala Lumpur pada 9 Julai telah membuktikan sesuatu iaitu tembok perkauman telah dipecahkan.

Sekian lama dimomokkan dengan isu perbalahan kaum dan persengketaan atas nama bangsa dan agama, akhirnya rakyat membuktikan kepada pemerintah mereka tidak lagi takut atau pun mahu bersembunyi di sebalik tembok jijik dibina oleh UMNO.

Pembohongan dan dolak-dalik media milik UMNO dan Barisan Nasional serta sikap tarik-tali Najib Razak akhirnya menempelak muka sendiri, keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadapnya merudum jatuh.

Hanya dengan berjalan-jalan ke sekitar KL bagi meninjau keadaan selepas demonstrasi aman, imej Najib tidak mudah pulih seperti disangka.



Rakan-rakan dan keluarga saya dari utara hingga selatan semuanya bertanya tentang Bersih, mereka mahu peserta demonstrasi aman itu sendiri menceritakan pengalaman dan bukan sekadar membeli akhbar lidah rasmi UMNO dan BN yang penuh cerita sandiwara dan bersikap berat sebelah.

Tidak putus pesanan ringkas dan perbualan telefon yang bertanyakan khabar tentang peserta demonstrasi aman Bersih. Rakan dan ahli keluarga inilah yang dikategorikan sebagai “silent majority” yang sebenar, bukan seperti apa yang digembar-gemburkan oleh Najib semasa perhimpunan dalam dewan anjuran UMNO baru-baru ini bagi mengelirukan perhatian rakyat.

Kenyataan Majlis Peguam telah menafikan segala momokan beberapa hari sebelum bermula perhimpunan Bersih oleh kumpulan-kumpulan NGO yang menjadi tunggangan UMNO serta beberapa wakil daripada parti komponen BN yang nyata meleset, malahan jangkaan mereka salah sama sekali.

“Secara umumnya perhimpunan tersebut berlangsung dalam keadaan terkawan dan tenang, lebih utama lagi kami mendapati rakyat daripada pelbagai latar belakang dan seluruh negara menyertai perhimpunan tanpa sebarang konflik tercetus.

“Ia nyata berbeza sama sekali dengan pendapat sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyatakan kebimbangan perhimpunan tersebut akan mewujudkan masalah perkauman atau kekacauan,” demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Peguam Selasa lalu.

Mereka yang turun ke jalan raya pada 9 Julai itu merupakan rakyat yang menuntut perubahan, sejarah negara yang baru sudah dicipta daripada pelbagai bangsa dan umur yang turun pada hari tersebut.

Semangat 31 Ogos 1957 semasa di dalam Stadium Merdeka ketika ini menjelma kembali untuk merasakan nikmat sebenar bersatu-padu serta kemakmuran dan permuafakatan yang sudah dikecapi untuk sekian lama.

Kecaman ke atas Najib berlanjutan hingga ke pentas antarabangsa, daripada pertubuhan hak asasi manusia Amnesty International kepada badan hak asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hingga kepada suara media global.

Turut bersama mengecam tindakan agresif pemerintahan Najib ialah penulis bebas kewangan Bloomberg, William Pesek yang mengherdik agenda perubahan yang dilaungkan Perdana Menteri semasa mula-mula memegang tampuk kuasa sebagai omong kosong.

Dalam tulisan Pesek, beliau menyatakan, “Bagaimaman sesebuah negara boleh menangkap 1,700 rakyatnya semata-mata kerana memakai warna kuning? Adakah ini dipanggil demokrasi?”

Bukan sahaja rakyat mentertawakan pemerintahan Najib, malahan ketika ini hampir segenap pelusuk negara sudah mengetahui kredibiliti sebenar sang perdana menteri yang tidak mendahulukan kepentingan dan hak rakyat.

Bersih tidak mencalarkan imej Najib, malah beliau berpeluang menjadikan dirinya sebagai tokoh besar jika membenarkan perhimpunan aman itu diadakan secara teratur dan bersopan.

Sebaliknya tindakan melulu oleh instrumen Najib di samping janji tak serupa bikin beliau sendiri yang mengakibatkan seluruh jentera kerajaan terpalit dengan kekotoran yang amat memalukan sekali.

Bukan rakyat yang berpecah tetapi tembok perkauman yang sudah dipecahkan rakyat pada 9 Julai 2011.

Tahniah dan salut untuk para peserta Bersih 2.0! – Roketkini.



“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta” "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason"

Kempen Aduan Keganasan Polis 9/7

“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta” "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason"

KUALA LUMPUR, 14 Julai: Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia telah melancarkan Kempen Aduan Keganasan Polis 9/7.Pengarah Juham DPPP, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi berkata, kempen itu bertujuan untuk mengumpul segala maklumat dari orang awam berkaitan salah-laku dan keganasan yang dilakukan oleh pihak polis dalam himpunan aman Bersih 2.0 di sekitar Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.“Kempen secara besar-besaran ini adalah susulan daripada aduan rasmi yang telah pihak Juham serahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pada 12 Julai lalu, di mana Juham telah menyenaraikan tindakan-tindakan ganas pihak polis yang menumbuk, menendang, memijak, menembak gas pemedih mata secara dekat dan membuta-tuli serta segala bentuk kekerasan yang sangat tidak munasabah serta tidak berperikemanusiaan kepada peserta himpunan yang hadir secara aman dan tidak bersenjata,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Malah, katanya peserta himpunan Bersih 2.0 tidak langsung melakukan sebarang provokasi terhadap pihak polis yang menjustifikasikan sebarang tindakan kekerasan digunakan terhadap mereka.Menurutnya, pihak Juham telah menerima banyak laporan daripada peserta-peserta himpunan yang telah dilayan dengan ganas termasuklah yang mendapat kecederaan yang serius dan dimasukkan ke hospital.Justeru itu, ujarnya Juham mengambil inisiatif untuk melancarkan kempen itu untuk mengumpul segala maklumat tersebut dan untuk diteliti bagi menjadikan asas tindakan undang-undang yang akan diambil terhadap pihak terbabit.Beliau berkata, segala aduan berupa maklumat, bukti-bukti bergambar, foto, rakaman video, laporan perubatan dan sebagainya boleh disalurkan melalui talian Hotline Juham iaitu 016-3126463, 016-3126473 dan 014-6451753 atau melalui email  rasmi Juham iaitujuhampusat@gmail.com dan fanpage fb ‘Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia’.Jelasnya, rakyat harus disedarkan akan hak-hak mereka di sisi undang-undang dan pihak berkuasa pula tidak boleh sewenang-wenangnya membelasah rakyat yang hanya melaksanakan hak-hak mereka yang dijamin di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.Tambahnya lagi, tuntutan Bersih 2.0 adalah tuntutan yang suci murni untuk kepentingan rakyat terbanyak dan pihak kerajaan tidak patut melayan mereka sebegitu rupa.“Peristiwa ini adalah satu tragedi hitam dalam sejarah hak asasi manusia di negara ini,” ujarnya.

Friday, July 8, 2011

Pra-BERSIH 2.0

Impian paling besar untuk KERAjaan pada hari ini ialah, untuk terus memerintah warga yang bodoh, bebal dan tidak tahu membantah. Bagi warga yang bebal, kenyataan gua ini akan dibaca sebagai – jika KERAjaan mahu rakyat terus menjadi bebal dan bengap, mengapa KERAjaan mewujudkan university, institusi pendidikan, sekolah, dan Malaya terus menyaksikan kelahiran graduan dan manusia berpendidikan?
Bodoh bebal dan bengap bukan sekadar diukur dengan tahap pendidikan. Kecerdikan juga bukan dinilai dengan berapa tinggikah CGPA atau berapa tebalkah tesis. Untuk menjadi warga yang cerdik dan tidak bengap, anda tidak perlu melanjutkan pelajaran ke M.I.T mahu pun Harvard. Gunakan sahaja sedikit kurniaan Tuhan yang ada pada otak kamu semua bagi menilai sesuatu perkara secara logic dan analektikal.
Sebab itu gua katakan, KERAjaan mempunyai impian untuk terus memerintah warga yang bebal, bengap dan bodoh. Kumpulan ini senang ditangani, senang untuk diuruskan dan yang paling menarik sekali, senang untuk ditipu (baca; diperbodohkan).
Tangan gua memang gatal nak menaip, tapi selalu tak punyai peluang. Masalah negara datang dan pergi, tak pernah gua punyai ruang untuk mencelah. Semua ini juga berpunca daripada pengurangan kadar makhluk Tuhan yang bodoh bebal dan bengap di bumi Malaya lewat ini. Mereka yang sudah pandai membantah dan bersuara ini, semakin ramai yang menulis, maka gua hampir-hampir termasuk perangkap, kembali menjadi manusia yang bebal dan bengap, tidak mahu mencurahkan pandangan walau sedikit, pada ruang yang sangat dicemburui oleh penguasa yang zalim. Faham?
Kumpulan manusia yang bebal ini, ditambah dengan ubat-ubat membodohkan otak keluaran TV3, RTM dan Utusan Melayu, apabila melihat bantahan, melihat demonstrasi, mereka akan melihat huru hara, melihat kacau bilau, melihat pertumpahan darah atau dalam kata yang lebih mudah dan bebal, mengancam keselamatan negara. Ini macam rombongan masuk meminang, baru tengok keluarga lelaki datang naik kereta-kereta “biasa”, keluarga perempuan dah membuat penilaian negative, tapi kalau mereka tiba dengan kereta-kereta yang “luar biasa” maka persepsi yang positif lantas tercetus, tanpa mengetahui kereta-kereta itu mungkin dipinjam daripada boss, atau pun si lelaki seorang tokey dadah. Contoh, faham?
Akibat ubat-ubat supplementary pelembap otak keluaran TV3, RTM dan Utusan Melayu, maka konklusi mudah warga yang bebal ialah, BERSIH itu cuba menimbulkan kekacauan, bakal mencetuskan huru hara, mengancam keselamatan negara dan menggugatkan kestabilan politik tanahair. Akibat ubat-ubat pelembap otak itu, mereka lupa bahawa setiap kita punyai keluarga, punyai orang yang disayangi dan orang yang menyayangi, punyai mata pencarian, punyai hutang kredit kad, punyai loan kereta dan rumah serta pelbagai komitmen sepanjang hayat yang lain. Letaklah sebesar mana sekali pun kepentingan politik, kuasa dan kekayaan, tanggungjawab sebagai seorang manusia, tidak akan mampu terhakis sebegitu sahaja. Pakcik-pakcik dan makcik-makcik PAS yang tiba dari sejauh Marang dan Mersing, anak-anak muda yang berduyun datang dari Kemaman dan Kuala Klawang, juga ibu-ibu dan bapak-bapak dari seluruh pelusuk Lembah Klang, mereka ada komitmen dalam hidup, mereka ada semua yang gua senaraikan di atas, yang tidak mungkin dapat dihapuskan dengan kepentingan politik atau pun kuasa, seperti juga pencacai-pencacai United Malays National Organization yang lain, cuma beruntungnya mereka, ialah mereka punyai sedikit kesedaran. Mereka punyai sedikit rasa simpati, punyai tanggungjawab. Simpati dengan masa depan negara, kesedaran untuk melihat perubahan, dan tanggungjawab sebagai warga untuk memberi secebis sumbangan dalam membuat perubahan.
Percayalah, tiada seorang pun dari kalangan kita yang mahukan ketidakstabilan dan kekacauan, kecuali Ibrahim Ali. Percayalah, tiada kalangan kita umat manusia ini, yang terfikir untuk menjadikan kuasa politik melangkaui sempadan nyawa dan keselamatan peribadi. Mendengar dendangan ubat-ubat pelembap otak ciptaan Mahathir Mohamed memang begitu lah kesudahannya. Apabila rakyat semakin cerdik dan pandai menilai, maka ketika itu lah keselamatan negara akan terancam. Apabila rakyat sudah bijak membantah kebobrokan penguasa, maka ketika itulah kestabilan negara akan tergugat. Walhal, setiap kita akan meletakkan kepentingan diri sendiri terlebih dahulu, keluarga sendiri terlebih dahulu, dalam apa jua keadaan, kerana itu lah secebis akal yang diberikan, berupaya mencetus kesedaran untuk melakukan perubahan. Untuk siapa, kalau bukan untuk diri sendiri dan keluarga sendiri. Janganlah melihat dalam skop yang terlalu besar. Orang tidak akan mahu mati dan cedera secara sia-sia. Faham?
Untuk itu, kaedah mereka akan ternyata berhasil, apabila wujud kalangan manusia yang bebal ini, mengatakan BERSIH adalah punca segala kesesakan jalanraya seawal pagi, atau individu-individu yang dominan dalam penganjurannya, dipersalahkan secara total sebagai punca segala kerumitan (apatah lagi Ambiga, yang secara langsung kita akan menyentuh semangat rasisme mereka), padahal, makhluk pertama yang mendendangkan masalah keselamatan, masalah kerumitan kepada massa, dan kekacauan ialah polis dan penguasa sendiri. KERAjaan. Mereka yang seawal pagi menjadi punca kesesakan lalulintas, 4 hari sebelum Sabtu 09th July 2011 bukanlah para penunjuk perasaan tetapi penguasa sendiri.
Wahai anjing-anjing UMNO sekalian, gua nak tanya, mengapa tiada larangan untuk sejuta Belia berkumpul dan tiada sebarang cetusan kebimbangan keselamatan yang kamu salak kan? Mengapa ketika itu kamu tidak bercakap apa akan berlaku jika sejuta Belia itu yang tinggal dalam khemah-khemah “sedap” selama 3 hari 2 malam akan “bersedap-sedapan” sekaligus menimbulkan ketidaktenteraman kepada warga sekeliling? Oh, kerana mereka ada tujuan yang murni untuk berkumpul. Atau kerana mereka dinaungi Najib Razak? Mengapa mereka boleh berkumpul dan kami tidak boleh berkumpul? Cuba ketuk sedikit ubun-ubun kepala kamu tu dengan tukul besi dan kemudian tanya semula, mengapa mereka dibenarkan tetapi pembangkang tidak?
Begitulah juga kisahnya dengan mereka yang mahu mengadu nasib ke jalanraya 09thJuly 2011 ini. Mereka juga punya niat yang murni, atas pertimbangan akal dan kewarasan mereka. Mengapa kamu semua yang bebal dan bengap ini tidak pernah mahu membicarakan tujuan murni mereka? Mengapa tidak kamu sanggup perbahaskan usul yang mereka bawa? Kenapa yang kamu canangkan ialah isu keselamatan dan ketenteraman? Mengapa kamu begitu asyik menyebut keadaan yang huru hara tetapi tidak pernah menyentuh mengenai suasana demokrasi yang lebih stabil dengan sistem pilihanraya yang adil? Di sinilah wujud nya ruang luas, antara akal kamu yang cuba bercakap tanpa berfikir, dengan pakcik-pakcik PAS juga anak-anak muda yang punyai kesedaran untuk melihat sebuah demokrasi subur tersemai seadilnya di bumi Malaya ini. Oh, jika tiada demokrasi bagaimana mungkin Pakatan Rakyat boleh menafikan majority 2/3 di Parlimen?
Bebal dan bodoh sekali lagi menguasai minda makhluk-makhluk peliharaan UMNO ini. Jika pilihanraya di Malaya ini, dilakukan dengan adil dan tidak berat sebelah, maka ketika ini UMNO hanya memerintah di Johor dan Borneo. Di mana mata dan telinga kamu wahai mahkluk-makhluk bebal, ketika UMNO menggerakkan seluruh jentera KERAjaan, makcik-makcik KEMAS berstatus andartu, pegawai-pegawai Jabatan Penerangan yang kantoi tahun akhir di univerisiti, juga media-media peliharaan, saban hari menyalak untuk berkempen menipu warga pada setiap kali munculnya pilihanraya? Mengapa ini tidak kamu semua sebut? Cuba sekali lagi ketuk ubun-ubun kepala kamu dengan tukul besi dan tanyakan soalan tersebut sekali lagi kepada diri kamu.
Perlukah gua bercakap tentang ketelusan senarai pengundi, pendaftaran pemilih yang menyebabkan bini gua didaftarkan di Felda Lok Heng sedangkan dia tidak punyai saudara di sana DAN tidak pernah langsung mendaftar mengundi, atau perlukah gua bercakap tentang dakwat kekal serta penggunaanya? Undi pos yang berguni-guni? Arghhh semua itu tidak tercapai dek akal manusia-manusia bebal yang makanan hariannya ialah Utusan Melayu, RTM dan TV3.
Bukanlah keselamatan, atau kestabilan dan keamanan yang menjadi priority KERAjaan, tetapi mereka bimbang, sekiranya jumlah warga yang sedar semakin bertambah, jumlah mereka yang punyai akal semakin meningkat, mengatasi kumpulan mereka yang bebal dan bengap. Ini agak menyukarkan lagi tugasan mereka untuk mengawal dan memperbodoh. Moga kamu semua sedikit bongkar, faham?


“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta” "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason"

Wednesday, July 6, 2011


PERSIAPAN MENUJU KE PERHIMPUNAN BERSIH2.0 DIMANA-MANA STADIUM YG AKAN DITENTUKAN OLEH PIHAK PENGANJUR PADA 9 JULAI 2011.
INGAT!! MEMAKAI BAJU -T BERSIH WARNA KUNING BUKAN SATU KESALAHAN.
IANYA ADALAH HAK MUTLAK SETIAP MANUSIA UTK BERPAKAIAN SELAGI TIDAK MENYELAR, CACI, HASUT , HINA DLL YG DITEGAH NDANG-UNDANG!!

10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis
1. BAGAIMANA MENDEFINASIKAN ISTILAH ‘DITAHAN’? HANYA APABILA …
a. Polis berkata kepada anda, “Anda ditahan”
b. Polis menggari tangan anda
c. Anda dilarang dari meninggalkan sesebuah bilik, kawasan atau sebagainya oleh pihak polis
2. BAGAIMANA SEKIRANYA ANDA DITAHAN OLEH PIHAK POLIS(semasa berjalan, memandu pulang dsb.)
a. Anda mungkin akan disoal. HANYA berikan butir-butiran diri anda seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat. Anda juga mungkin akan diminta menunjukkan kad pengenalan diri anda
b. Anda tidak perlu menjawap lain-lain soalan
c. Biasakan bertanya pengenalan diri polis yang berkenaan. Sentiasa catatkan nama dan nombor kad pengenalan mereka.
d. Catatkan nombor kenderaan ronda mereka
3. JIKA ANDA DITANYA LAIN-LAIN SOALAN
a. Tanya kepada polis berkenaan, “Adakah saya ditahan?”
b. Sekiranya mereka berkata “Ya”, jangan menjawap apa-apa lagi soalan yang diajukan kepada anda. Adalah menjadi hak anda untuk menjawap apabila berada di mahkamah sahaja.
c. Sekiranya mereka berkata “Tidak”, anda boleh beredar pada bila-bila masa sahaja.
4. JIKA ANDA DITAHAN
a. Beritahu orang-orang yang berhampiran dengan anda
b. Sekiranya anda mempunyai telefon bimbit, telefon rakan, keluarga atau peguam anda. Sekiranya anda ditahan di kawasan diantara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka, besar kemungkinan anda akan dibawa ke balai polis Dang Wangi (Stadium) dan balai polis Campbell. Minta kawan anda, keluarga atau peguam anda pergi ke balai polis Dang Wangi dahulu untuk mengesahkan penangkapan anda dan dimana anda berada.
c. Catatkan / ingatkan waktu anda ditahan
5. KETIKA DITAHAN, PIHAK POLIS MESTI MEMBERITAHU ANDA
a. Mengapa anda ditahan
6. SELEPAS DITAHAN
a. Pihak polis hanya boleh menahan anda didalam lokap selama 24 jam sahaja, tidak kira samada pada hari cuti am atau pada hujung minggu. Ini adalah hak PERLEMBAGAAN anda. Selepas tempoh masa 24 jam berakhir, pihak polis mesti membawa anda ke hadapan majistret untuk direman (dimana anda mesti tinggal di lokap polis bagi ‘membantu’ siasatan mereka). Jika tidak, anda akan dilepaskan samada atas jaminan (jamin mulut) atau akan didakwa di mahkamah. Sebaik sahaja didakwa, anda perlukan penjamin dan wang jaminan kecuali ianya bukan dakwaan yang berjamin
b. Anda tidak boleh membawa sebarangan barang-barang ke lokap kecuali pakaian yang sedang anda pakai ketika itu. Apabila pihak polis mengambil barang-barang anda, anda mesti menurunkan tandatangan untuknya. Sekiranya anda mempunyai wang atau kad bank / kredit, pastikan anda mengira duit anda dan pastikan polis tersebut mencatatkan jumlah yang anda ada, dan apa kad bank / kredit yang anda miliki.
c. Anda mungkin diminta memberi kenyataan 113 (kenyataan peringatan). Pegawai polis yang mengambil kenyataan tersebut mestilah membacakan hak-hak anda
7. SOAL SIASAT POLIS
a. Berhati-hatilah semasa menjawap soalan-soalan yang diajukan oleh pihak polis. Ia mungkin dalam bentuk soalan-soalan mesra yang biasa seperti cuaca, keluarga anda dsb. untuk menenangkan anda. fikir berulang kali sebelum menjawap kerana ia boleh digunakan untuk menentang anda semasa dimahkamah nanti. Ingat, kerja polis ialah memastikan mereka mempunyai cukup bukti untuk mendakwa anda, dan bukannya untuk mempunyai perbualan yang mesra.
b. Sekiranya pihak polis meminta anda memberikan kenyataan 113, anda mesti memberikan butir-butiran anda seperti nama anda, nombor kad pengenalan dsb. dan pastikan anda tahu nama pegawai polis tersebut. Jika terdapat lain-lain soalan, kami BETUL-BETUL nasihatkan anda supaya tidak menjawapnya sehingga hari perbicaraan anda dimahkamah, dan ketika bersama-sama dengan peguam anda. Itu adalah hak anda! Apa sahaja yang anda kata, boleh digunakan untuk menentang anda ataupun rakan-rakan anda. Anda boleh menjawap semua soalan-soalan lain tersebut seperti ini:
S: adakah anda berada di Dataran petang tadi?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
S: bagaimana anda datang ke Dataran petang tadi?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
S: adakah ibu anda menyediakan bekalan sebelum anda keluar?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
c. Sekiranya pegawai polis yang mengambil kenyataan anda mengancam anda secara percakapan mahupun kelakuan, anda mestilah berhenti dari memberikan kenyataan anda dengan segera. Bertenang dan beritahunya “Saya tidak boleh meneruskan kenyataan saya kerana awak telah mengancam keselamatan saya. Saya mahu ini dicatatkan kedalam kenyataan saya.” Sekiranya pegawai polis itu tidak mencatatkan bantahan anda tersebut, tunggu sehingga ke akhir kenyataan anda. Tetapi sekiranya pegawai polis tersebut masih terus mengancam anda, tinggalkan bilik tersebut dan beritahu pegawai polis yang lain dan minta ‘perlindungan’ mereka.
d. Apabila anda telah habis menjawap soalan, pegawai polis akan membenarkan anda membaca kenyataan anda tersebut. Dia akan bertanya samada anda mempunyai apa-apa yang ingin ditambah, ditukar atau dipadamkan. Inilah masanya anda membetulkan apa-apa kesilapan atau atau menambah lain-lain komen didalam kenyataan itu. Contohnya, jika anda telah diancam sewaktu soal siasat atau diserang semasa penahanan anda dsb. ini adalah satu lagi peluang untuk anda menyatakannya. Pegawai polis berkenaan mesti menaip semua itu. Anda akan diminta untuk menandatangani kenyataan anda tersebut. Baca semula dengan teliti dan tandatangan sedekat yang boleh dibawah perenggan yang terakhir, supaya tiada siapa yang boleh menokoktambahnya lagi.
8. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Direman)
a. Sekiranya anda tidak mempunyai peguam, anda mesti meminta wakil peguam. Pusat Bantuan Guaman ada menempatkan peguam-peguamnya dimahkamah bagi tujuan ini.
b. Beritahu majistret sekiranya anda ada mempunyai apa-apa rungutan seperti sekiranya anda di pukul, diancam; sekiranya anda sakit, perlukan rawatan perubatan dsb.
9. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Dakwaan)
a. Sekali lagi, anda mesti meminta wakil peguam
b. Pastikan anda mempunyai seseorang untuk menjamin anda keluar. Sekiranya anda tidak dapat menghubungi keluarga atau rakan anda, minta kebenaran dari majistret untuk membantu anda menghubungi keluarga anda. Jika tidak, anda boleh meminta bantuan peguam anda. Keluarga anda akan perlu membawa duit untuk menjamin anda keluar, yang mana mestilah dalam bentuk pembukaan akaun di bank yang terletak paling dekat dengan mahkamah tersebut. Tanya peguam anda atau majistret dimanakah letaknya bank tersebut. Tidak ada bentuk bayaran lain seperti bayaran tunai atau cek yang akan diterima oleh mahkamah.
10. SEKIRANYA ANDA DIPUKUL SEMASA DALAM TAHANAN
a. Selepas anda dibebaskan atas jaminan, pastikan anda pergi ke mana-mana klinik kerajaan atau hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Pastikan anda tahu nama doktor yang bertugas dan nombor rujukan laporan kesihatan anda supaya ia boleh digunakan dimahkamah kemudian.
b. Sekiranya anda masih dalam reman, pastikan anda memberitahu majistret yang berkenaan bahawa anda perlu pergi ke hospital atau ke klinik.
SILA BEREDAR DARI TEMPAT LETAK KERETA MASING-MASING DGN TERATUR DAN TERTIB MENGIKUT ARAHAN POLIS TRAFIK BEGITU SEMASA PULANG SELEPAS SELESAI BERHIMPUN. JIKA ADA SOLAT HAJAT DISTADIUM, IKUT ARAHAN PENGANJUR DAN IMAM SOLAT HAJAT. BAWA BEKALAN AIR MINERAL SENDIRI DAN BERWUDUKLAH SEBELUM KESTADIUM. BAWA JUGA PAYONG BERSIH JIKA ADA UTK MENGELAK KEPANASAN SBB CUACA DAN SUHU DI KUALA LUMPUR MELEBIHI 33C
Gua Rembat disini. klik link bawah ni





“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta” "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason"

Monday, July 4, 2011

/ Kubur n Talqin Untuk Barisang Nasionali.............

“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta” "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason"