"MEH KITA FIKIR FIKIR KAN" "Jika Anda Mengenal Diri dan Musuh Anda, Anda Tidak Akan Kalah Dalam Seratus Pertempuran" " LAWAN TETAP LAWAN "
welcome
Ni Pengikut Gua
Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world
Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world to work and live in, while Malaysians are warm, friendly people who easily accept foreigners into their circle of friends.
Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world to work and live in. In addition, the country's tropical climate with its uniform temperatures allows light, comfortable clothing throughout the year.
Expatriates and their families will enjoy a safe and comfortable living environment with 21st century amenities, good healthcare and medical facilities, excellent educational institutions, and world-class recreational and sports facilities - at costs much lower than in their own countries.
One of the country's most distinctive features is its rich diversity of cultures, a heritage derived from its racial mix of some of the world's oldest civilisations - Malay, Chinese and Indian. This potpourri of race and culture has enabled Malaysians to speak at least two, and even three, languages - Malay (the national language), English, and their own mother tongue. Living in such a cosmopolitan environment, Malaysians are warm, friendly people who easily accept foreigners into their circle of friends.
Berkicauan
Tuesday, September 28, 2010
Last Post untuk BN,,,,,,,,
Sunday, September 26, 2010
Hak Anda Jika Di Tahan Oleh Polis
1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS
1.1 Tidak Berpakaian Seragam, Minta Pengenalan Diri
Jika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan
pengenalan diri. Katakan; “Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda.”
1.2 Kad Kuasa Polis
Merah : Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada
kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda.
Anda boleh berlalu dari situ.
Lain-lain Warna :
• Biru : Berpangkat Inspektor dan ke atas.
• Kuning : Berpangkat lebih rendah daripada Inspektor.
• Putih : Polis Simpanan
Ambil perhatian nama dan nombor Kad Kuasanya.
1.3 Berpakaian seragam
Ambil perhatian nama dan nombor ID pada pakaian seragamnya.
1.4 Kenderaan Peronda Polis
Ambil perhatian nombor pendaftaran kereta atau motosikal peronda
berkenaan.
2. POLIS MENYOAL SIASAT ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN
2.1 PengenaIan Diri
Hanya berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat anda.
2.2 Polis bertanyakan soalan-soalan lain
Tanya dengan sopan, "Adakah saya sedang ditangkap?"
2.3 Adakah anda sedang ditangkap
Anda sedang ditangkap jika Polis:
• menjawab "ya";
• tidak membenarkan anda berlalu/mahu membawa anda ke
Balai Polis; atau
• menggari anda.
Jika anda tidak ditangkap, anda boleh berlalu/menolak untuk
mengikutnya ke Balai Polis atau ke mana sahaja, jika diminta.
2.4 Bilakah anda tidak boleh ditangkap
Polis tidak boleh menangkap anda semata-mata kerana anda
berpotensi sebagai saksi dan mereka mahu mengambil pernyataan
daripada anda (Pernyataan 112/Saksi).
3. SOAL SIASAT OLEH PIHAK POLIS TANPA TANGKAPAN
3.1 Pernyataan 112
Semasa pihak Polis sedang menjalankan siasatan berhubung sesuatu
kes dan berpendapat anda mempunyai maklumat/pengetahuan
tentang kes tersebut, pihak Polis boleh menyoal siasat anda dan
mencatat semua jawapan anda (Pernyataan 112).
3.2 Permintaan Rasmi / Tidak Rasmi
Kebiasaannya, Polis membuat permintaan tidak rasmi supaya anda
memberikan Pernyataan 112. Jika tempat dan masa sesuai bagi anda,
anda boleh bekerjasama. Jika tidak, beritahu Polis anda akan
bekerjasama di tempat dan pada masa yang sesuai. Jika anda menolak
untuk bekerjasama, Polis boleh mengeluarkan arahan rasmi secara
bertulis, ditandatangani oleh seorang Pegawai Penyiasat (Pegawai Polis)
mengkehendaki anda untuk bekerjasama. Jika anda tidak mematuhi
Arahan Polis tersebut, anda tidak boleh ditangkap. Walau
bagaimanapun, ia adalah satu kesalahan dan pihak Polis boleh
memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan satu waran terhadap
anda mendesak anda supaya bekerjasama.
3.3 Membuat Pernyataan 112
Semasa membuat Pernyataan 112, anda boleh menolak untuk
menjawab mana-mana soalan/berdiam diri jika jawapannya mungkin
mendedahkan anda kepada kesalahan jenayah.
• Bawa bersama anda buku catatan atau kertas tulis (Nota Peribadi).
• Catatkan dalam Nota Peribadi anda semua soalan yang ditanyakan.
• Pastikan bahawa anda faham setiap soalan yang ditanyakan.
• Ambil masa anda dan fikir dengan teliti sebelum menulis jawapan di
dalam Nota Peribadi anda.
• Bacakan jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda.
• Simpan Nota Peribadi anda sebagai rujukan di masa hadapan.
3.4 Menandatangani Pernyataan 112 anda
Sebelum menandatangani Pernyataan anda, baca dengan teliti semua
soalan dan jawapan anda yang ditulis oleh Pegawai Polis yang berkenaan.
• Bandingkan Pernyataan yang anda akan tandatangani dengan Nota
Peribadi anda.
• Anda berhak membuat pembetulan/pindaan ke atas Pernyataan
tersebut sebelum ditandatangani.
• Turunkan tandatangan betul-betul di bawah ayat terakhir
Pernyataan anda.
4. POLIS MENANGKAP ANDA
4.1 Tanya: "Mengapa saya ditangkap?"
Sesuatu tangkapan menjadi tidak sah jika anda tidak diberitahu alasan
tangkapan.
4.2 Jangan melawan semasa ditangkap
Polis mempunyai hak untuk menggunakan kekerasan yang munasabah
semasa menangkap anda jika anda melawan.
4.3 Tanya: "Balai Polis manakah saya akan dibawa?"
Pegawai Polis yang menjalankan tangkapan mestilah dengan segera
membawa anda ke Balai Polis yang berdekatan dan bukan sebaliknya.
4.4 Apa yang perlu anda lakukan apabila ditangkap
Anda mempunyai hak untuk membuat satu panggilan telefon kepada:
1. Keluarga atau rakan; dan/atau
2. Seorang peguam.
Anda juga bolah menghubungi Pusat Bantuan Guaman (LAC).
Maklumkan kepada mereka:
• yang anda telah ditangkap;
• masa, tempat dan alasan ditangkap;
• Balai Polis di mana anda dibawa.
4.5 Apa yang akan berlaku selepas ditangkap
Anda boleh ditahan sehingga 24 jam:
• Di Balai Polis, atau
• Di dalam lokap untuk "membantu" penyiasatan Polis.
5. HAK ANDA SELEPAS DITANGKAP DAN SEMASA DALAM TAHANAN
5.1 Hak untuk berunding dengan seorang peguam
Sebaik sahaja anda meminta kehadiran seorang peguam, anda
mempunyai hak untuk berunding dengan peguam berkenaan di Balai
Polis. Pihak Polis mestilah memberikan kemudahan-kemudahan yang
munasabah dan masa yang munasabah untuk anda berjumpa dan
berbincang dengan peguam berkenaan. Pihak Polis bagaimanapun
boleh menafikan hak ini, jika kelengahan dalam menyoalsiasat anda
boleh menyebabkan berlakunya jenayah lain atau menyebabkan
bahaya kepada pihak lain.
5.2 Pakaian
Anda dibenarkan mempunyai satu set pakaian bersama anda
semasa di dalam lokap.
5.3 Barangan peribadi
Pihak Polis mestilah merekodkan semua barangan peribadi anda dan
meletakkannya dalam simpanan selamat. Barangan peribadi anda
mesti dipulangkan kepada anda sebaik sahaja dibebaskan.
5.4 Kebajikan
Anda dibenarkan mandi dua kali sehari. Jika anda jatuh sakit, anda
berhak mendapat rawatan perubatan dengan serta-merta. Anda
sepatutnya diberikan makanan dan minuman yang wajar dan
secukupnya semasa dalam tahanan.
5.5 Berapa lamakah pihak Polis boleh menahan anda
Pihak Polis hanya boleh menahan anda sehingga 24 jam untuk
siasatan. Tugas Polis adalah untuk menyelesaikan penyiasatan
dalam masa 24 jam dan melepaskan anda dengan segera. Jika pihak
Polis tidak dapat menyelesaikan penyiasatan dalam tempoh 24 jam,
Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk
mendapatkan perintah reman untuk memanjangkan tempoh
penahanan anda melebihi 24 jam (Perintah Reman).
6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET SELEPAS 24 JAM
6.1 Siapakah Majistret
Majistret ialah seorang pegawai kehakiman yang mempunyai kuasa
untuk membuat Perintah Reman bagi menahan anda lebih daripada
24 jam.
6.2 Tujuan Perintah Reman
Untuk memberi lebih masa kepada Polis untuk melengkapkan
penyiasatan dan memutuskan sama ada terdapat bukti untuk
mendakwa anda atas satu-satu kesalahan. Pihak Polis tidak boleh
memohon Perintah Reman hanya untuk mengambil Pernyataan
daripada anda.
6.3 Berapa lamakah Perintah Reman
Apabila pihak Polis membawa anda ke hadapan seorang Majistret
untuk memohon Perintah Reman, pihak Polis perlu memberikan
alasan kepada Majistret mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam.
Tugas Majistret adalah untuk menimbangkan secara berhati-hati
alasan-alasan yang diberikan oleh pihak Polis.
Majistret berkenaan mempunyai budi bicara:
• untuk tidak membenarkan Perintah Reman dan seterusnya
melepaskan anda; atau
• membenarkan Perintah Reman untuk satu tempoh yang lebih
pendek daripada yang dipohon oleh pihak Polis.
Seorang Majistret mempunyai kuasa untuk membenarkan Perintah
Reman tidak melebihi 4 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis
kesalahan yang sedang disiasat.
Pihak Polis boleh memohon Perintah Reman kedua selepas tamatnya
Perintah Reman pertama. Majistret boleh membenarkan Perintah
Reman kedua untuk tempoh tidak melebihi 3 hari atau 7 hari
bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat.
6.4 Apa yang perlu anda katakan ketika anda dibawa di hadapan
seorang Majistret untuk proses reman
Maklumkan kepada Majistret:
• anda mahu diwakili oleh seorang peguam dan anda mahu
menghubungi peguam, pusat bantuan guaman dan keluarga anda;
• jika anda mahukan rawatan perubatan kerana anda sakit atau
telah dipukul;
• jika pihak Polis telah mengugut atau memukul anda semasa
dalam tahanan;
• jika anda telah tidak diberikan makanan/minuman/pakaian atau
perubatan yang wajar dan mencukupi semasa dalam tahanan;
• sama ada pernah ditahan sebaik sebelum penahanan terkini anda;
• sama ada pihak Polis telah menjalankan apa-apa penyiasatan
semasa anda dalam tahanan.
6.5 Mohon supaya Majistret memberikan Perintah Reman yang singkat
Sebelum Majistret berkenaan membuat Perintah Reman, mohon
tempoh reman yang lebih singkat daripada yang dipohon oleh pihak
Polis. Beri alasan (sebagai contohnya: "saya akan bekerjasama
dengan polis dalam siasatan mereka", "saya boleh dihubungi bila-bila
masa dan tidak akan melarikan diri" dll).
7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TANGKAPAN
7.1 Bilakah ianya boleh dilakukan
Jika anda berada di satu-satu tempat (contohnya: disko/karaoke/
pusat-pusat hiburan) di mana Polis menjalankan serbuan untuk
mencari sesuatu (contohnya: dadah), pihak Polis boleh menahan dan
memeriksa anda jika mereka berpendapat anda mempunyai atau
sedang menyembunyikan barang yang sedang dicari itu.
Ini hanya boleh dilakukan dengan kehadiran seorang Pegawai Polis
berpangkat Inspektor dan ke atas.
7.2 Apa yang perlu dilakukan
• Jangan benarkan Pegawai Polis berkenaan memasukkan tangannya
ke dalam pakaian anda atau kocek/saku anda.
• Jika anda diminta untuk mengeluarkan barangan peribadi anda satu
persatu, setiap kali sebut "dompet", "kunci", "Kad Pengenalan" dll.
• Apabila kocek/saku/beg anda telah dikosongkan, terbalikkan kocek/
saku/beg anda.
7.3 Hak-hak anda
• Semua pemeriksaan badan mestilah dijalankan secara profesional
dan sopan.
• Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang
Pegawai Polis wanita.
• Jika anda dipaksa/diugut untuk berbogel:
1. Bantah;
2. Ingat nama Pegawai Polis tersebut; dan
3. Buat laporan Polis selepas insiden tersebut.
8. PEMERIKSAAN BADAN SELEPAS TANGKAPAN BERLAKU
8.1 Bila Polis boleh berbuat demikian
• Polis secara munasabah mengesyaki bahawa anda mempunyai
bukti/keterangan berhubung kesalahan yang disyaki.
• Anda ditangkap.
• Pemeriksaan badan mestilah dijalankan di tempat tertutup. Anda
mempunyai hak untuk diperiksa badan di tempat tertutup.
8.2 Jenis-jenis Pemeriksaan Badan
Undang-undang membenarkan Polis melakukan 4 jenis
pemeriksaan badan o
1. Pemeriksaan secara menepuk badan dari atas ke bawah
- pemeriksaan pakaian luaran.
2. Pemeriksaan tanpa pakaian - untuk mencari bukti, objek, barang
terlarang atau senjata. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran
seorang pegawai berpangkat Inspektor dan ke atas.
3. Pemeriksaan sulit - selain daripada mencari di dalam mulut, hidung
and telinga. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran pegawai
berpangkat Penolong Penguasa (ASP) dan ke atas.
4. Pemeriksaan dalaman - untuk menentukan kewujudan objek-objek
dll. di dalam badan. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran
Ketua Polis Daerah (OCPD). Hendaklah dijalankan oleh seorang
Pegawai Perubatan atau Pegawai Perubatan Kerajaan.
8.3 Hak anda
• Semua pemeriksaan badan mesti dijalankan secara profesional dan
sopan.
• Anda dinasihatkan supaya meminta ditemani oleh peguam anda
semasa pemeriksaan dilakukan.
• Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang
Pegawai Polis wanita.
9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITANGKAP
9.1 Kenal pasti Pegawai Polis yang menyoal siasat anda
Ambil perhatian nama/pangkat Pegawai Polis yang menyoal siasat anda.
9.2 Hak anda untuk berdiam diri
Polis lazimnya akan beramah mesra terlebih dahulu (contohnya:
bertanyakan tentang keluarga dan rakan-rakan anda dll.) Anda hanya
perlu memberikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan anda
(Maklumat-Maklumat Peribadi). Selain Maklumat-Maklumat Peribadi,
anda berhak memilih untuk berdiam diri. Anda harus bersopan. Anda
tidak perlu takut untuk berdiam diri. Ini adalah hak anda. Jika anda
memilih untuk berdiam diri, katakan, "Saya ingin menggunakan hak
saya untuk berdiam diri."
9.3 Pernyataan 112 anda semasa dalam penyiasatan
Pihak Polis akan bertanyakan soalan-soalan kepada anda dan
kemudian mencatatkan semua jawapan anda. Polis tidak boleh
mengugut atau memaksa anda untuk memberi Pernyataan. Jika anda
diugut, dipukul atau dipaksa, buat satu laporan Polis terhadap
Pegawai Polis berkenaan dengan segera. Ini adalah hak anda.
9.4 Pernyataan 112 tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti
Secara amnya, apa jua Pernyataan yang anda buat kepada Polis
semasa soal-siasat tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti
kecuali jika anda dituduh atas kesalahan-kesalahan di bawah,
sebagai contoh, Akta Dadah Berbahaya, Akta Culik dan Akta
Keselamatan Dalam Negeri. Walau bagaimanapun anda boleh
menggunakan Pernyataan anda untuk menyokong pembelaan anda
semasa perbicaraan.
PUSAT BANTUAN GUAMAN / LEGAL AID CENTRES (LAC)
• Kuala Lumpur : 03-2691 3005 / 03-2693 2072
• Selangor : 03-5510 7007 / 03-3281 2428
• Negeri Sembilan : 06-6013 844
• Melaka : 06-2845 519 / 06-2864 514
• Johor : 07-2235 698
• Perak : 05-2550 523
• Kedah & Perlis : 04-7333 467
• Kelantan : 04-7448 660
• Pahang : 09-5159 244 / 09-2969 410
• Pulau Pinang : 04-2617 451/ 04-3108 451
POLIS DAN HAK-HAK ASAS ANDA
Diterbitkan dengan kerjasama TANGKAP (Tindakan Anti PenyalahGunaan KuAsa Polis) www.malaysianbar.org.my
Friday, September 24, 2010
Asam Poedeh Kepala Ikan Jenak,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Wednesday, September 22, 2010
Raya lagi ,,,,,,,
PENTING: Malware - Panduan Membuang Malware Untuk Pengguna Blogspot
Blogger yang menggunakan blogspot ketara menghadapi masalah diserang oleh malware. Saya telah memeriksa beberapa sebab yang memungkinkan hal tersebut berlaku dan cuba untuk mencari jalan mengatasinya.
Jika blog yang anda lawati itu sudah ada menyimpan jangkitan malware, sebarang penerusan mengakses blog tersebut tanpa menghiraukan amaran risiko yang dikeluarkan oleh browser anda seperti Google Chrome dan Firefox, akan menyebabkan komputer anda djangkiti dengan malware tersebut.
Sebelum ini GB ada menulis mengenai serangan Malware ini. Di situ GB menyatakan bahawa blogger tidak spatutnya meletakkan iklan dari Innity dan manggaonline. Sebarang iklan darinya akan menyebabkan blog anda akan gagal diakses.
Namun nampaknya masih banyak lagi blog-blog yang terus gagal diakses. Setelah pemerhatian dibuat berikut ialah langkah-langkah penting yang perlu diambil oleh para blogger sekalian bagi mengelakkan blog anda dari terkena jangkitan malware.
Blog-blog yang menggunakan "icon" di dalam menetapkan senarai rakan blogger adalah yang menjadi penyebab kepada masalah ini. "favicon.ico" merupakan sebuah fail yang menjadi sasaran serangan malware dan sebarang pengaksesan terhadapnya akan menghasilkan tanda amaran dan pengabaian terhadapnya mendedahkan komputer anda diserang oleh malware berkenaan. Cuba lihat gambar di sebelah. Ia akan dikesani apabila pelayar menggunakan browser Google Chrome.
Cara Mengatasi.
Pastikan anda tidak milih tanda "icon" semasa menetapkan penyenaraian blog rakan-rakan anda semasa "Configure Blog List".
Pergi ke Dashboard anda pilih Design -> Page Elements -> My Blog List
Kemudian pastikan anda tidak meletakkan tanda semakan di kotak "icon", biarkan ia kosong. (Lihat gambar sebelah).
Setelah itu barulah anda klik "Save".
Hanya langkah itu saja yang mampu membersihkan blog anda dari dijankiti malware yang terhasil dari fail "favicon.ico" berkenaan.
Setelah selesainya, anda perlu membersihkan "cache" dan "cookies" di browser anda. Dan tutup browser anda.
Buka semula dan cuba buka blog anda kembali. Tanda amaran malware itu telah tiada.
Bagi komputer yang telah terkena jangkitan malware, pastikan anda menggunakan perisian malware yang baik. Sebarang penggunaan perisian anti-malware percuma belum tentu menghapuskan malware malah ada kemungkinan perisian anti-malware itu sendiri pembawa malware yang lebih dasyat.
Gunakan perisian anti-malware yang disahkan saja. Diantara perisian anti-malware terbaik ialah Malwarebytes Anti-Malware dan juga Ad-Aware Free Internet Security 8.3.1
Kedua-dua perisian tersebut telah disemak oleh CNET dengan pemarkahannya menghampiri 5 bintang.
Sekian selamat berblogging.
p/s Sebarkan maklumat ini supaya blog rakan-rakan kita dapat diakses dengan lancar dan selamat. INI SUMBER NYA ~~ MUSLIMEEN UNITED
Sunday, September 19, 2010
Apa dah Jadi ni,,,,???hina menghina caci mencaci sesama sendiri,,, !!!!
- Maisarah Ismail takde kutuk sesape pun..ader orang yang terasa
tetiba kata family aku pulak nak jatuhkan dia..
tak layak pun..famili aku bukan pandang orang macam ni..Friday at 16:13 · · - Maisarah Ismail huhuhuhu..bertambah sengal dan bangang...Friday at 16:13 · ·
- Zalina Jaafar Takpa la Maisarah..kau tu budak lagi tak tau apa-apa. Masa perkara ni berlaku kau masih sekolah lagi...nelajarlah duluFriday at 16:14 · ·
- Maisarah Ismail nelajar tu apa?nampak sangat kebodohan anda terserlah..
tak tahu konon..
kau ingat setakat jadi su kat bilik gerakan masa PRU kau dah paling hebat la..
kau tahu semuanya laa?
Hakkktuihh..1000XFriday at 16:17 · · - Fendi Malik budaya nak bawak court ble kene serang ni budaya umno..cik zalina blajar tektik ni dr Umno ke=)Friday at 16:18 · ·
- Zalina Jaafar amboi...mulut....masa kat bilik gerakan aku jadi penolong su je...tak ingat pukak jadi su..Friday at 16:19 · ·
- Maisarah Ismail pukak tu apa?
Fendi..rasernyer kita bercakap dengan orang buta huruf la...
Dah la tak nak layan...
tak sesuai...Friday at 16:21 · · - Zalina Jaafar tak pernah jadi orang UMNO pun..saya free thinker....tapi kalau tuduhan berunsur fitnah bole didakwa.....kanFriday at 16:22 · ·
- Maisarah Ismail Pergi lah dakwa..tak payah banyak cerita..berapa peguam nak?
hihihihihihiFriday at 16:23 · · - Fendi Malik free thinker ni org takde agama=)..betul ke takda agama?Friday at 16:23 · ·
- Zalina Jaafar nampak sangat kebudakan-nya.....Friday at 16:24 · ·
- Maisarah Ismail Fendi..jom bincang manifesto AMK pusat(cabaran lagi hebat)
buat apa nak layan orang yang tak tentu halaFriday at 16:25 · · - Maisarah Ismail kalau kau tanya dia ada diploma dalam apa-apa bidang dia takde nak berbanding kau yang ada ijazah...So perlu lagi ke layan orang macam ni?Friday at 16:26 · ·
- Zalina Jaafar hehehe....pergi bincang cepat sebelum AMK diambil alih ....Friday at 16:26 · ·
- Fendi Malik mengaku tua tapi istilah pun tak kuasai=)..susah macam ni kak..kita parti nak pimpin negara..kalau simple words pun sukar nak faham..bagi kenyataan nnt org tak dapat nak tangkap maksud dia..reading makes a man..banyakan membaca ye..Friday at 16:27 · ·
- Maisarah Ismail OOOOOOPPPPsss...SORRY kita bicang pasal AMK di peringkat pusat
bukan di peringkat cabang...
Kesian tol Pompuan ni..
Ohhh lupa pulak..buta huruf yew...KESIAN..Friday at 16:28 · · - Zalina Jaafar Saya takda la....sijil nikah ada la...tapi husband saya ada 2 master..dari England dan AustraliaFriday at 16:29 · ·
- Maisarah Ismail setakat second wife...hurm...takdew class..
anak pun takde yang nak dibaggakan sangat tu..
husband u tak nak anak kot ngan u...
Well mana tahu..
huhuhuhuFriday at 16:30 · · - Zalina Jaafar second wife ok la....bini muda...sayang pun lebih sikit...Friday at 16:32 · ·
- Maisarah Ismail Harta esok dapat kat anak isteri pertama(itupun kalau ada harta)
U apa dapat?
Melopong gigit jari...hahahahaFriday at 16:33 · · - Zalina Jaafar Lena paham la ....share sama rata la...jangan tamakFriday at 16:35 · ·
- Maisarah Ismail Kelakar la u ni...
OK la bye sebab saya ada Meeting dengan Pn. Mariam Jaafar
Ketu wanita cabang PJS ada isu yang lebih besar..
semoga anda lebih bahagia dari selalu Pn.zalinaFriday at 16:37 · · - Zalina Jaafar Salam...moga berjaya..Friday at 16:47 · ·
- Mahharul Ismailmaisarah yg kau pegi layan manusia tk bermaruah mcm ni apehal la.jatuh la standard keluarga kita. woi zalina aku tak pernah kacau kau tp nampak gayanya kau dh mula nak main api babitkan aku ya.ok klu mcm tu maknanya kau sanggup la klu aku l...ondehkan maruah kau kan? kau nak aku cerita kat semua org ke pasal diri kau yg sebenarnya? masih mengaku ada suami sedangkan kau tu dah diceraikan pasal tu kau kerja dgn selvarajan.gila talak betul la kau ni.ni baru skit jer klu sape-sape nak tau sape perempuan yg bernama zalina jaafar ni,aku tnggu dia cabar aku utk londehkan aib dia.nak tau taraf dia ni??? tunggu....See moreFriday at 17:15 · ·
- Norsyam Ismail waw..!! cm best je kisah idup die n...ok2 aku pon nak tau gak....same2 tnggu...Friday at 17:18 · · 1 personDato Rohana Hassan likes this. ·
- Wan Al-Ibtihaj Wan Azani perdebatan yg hebat...Friday at 19:36 · · 1 personLoading... ·
- Zalina Jaafar la...bila masa lak saya kacau....ni kan facebook...Friday at 20:57 · ·
- Zalina Jaafar Maharul...kau londehkanlah sebanyak mana kau nak..biar sampai puas hati kau....Allah tu maha kuasaFriday at 20:59 · ·
- Mahharul IsmailBaru nak ingat Allah? apa kau takut org tau sape kau sebenarnya? knapa sblm buat tak ingat Allah? kau sedar tak aku pungut kau bg kerja masa election 2008? Dah la rampas laki org bersekedudukan tanpa nikah plk tu, masa tu kau tak inagt tuha...n ke??? menjatuhkan martabat org perempuan la kau ni? lain kali klu tak nak dpt malu jngn jolok sarang tebuan. kau cabar la aku buka cerita kau yg mcm pelacur tu. kau ingat kau fitnah aku minta duit dgn haniza tu aku tak tau? dasar perempuan murahan skarang ape jadi? kenapa kau dibuang kerja kat pejabat adun tu? kau nak sangat kan aku londehkan kisah kau? ni baru sikit kau tunggu la nanti.See moreYesterday at 03:51 · ·
- Zalina Jaafaremmm ..kau pungut aku bagi kerja???? Ini cerita baru...setahu aku si Mariam tu yang beriya-iya minta tolong aku...takda setiausaha katanya.
Aku memamg tak involve dalam politik....aku kata ok je la...aku lahir sebagai Islam...aku tak pula ra...mpas laki orang, kuota lelaki kan ke 4 dan mampu...kalau aku bersekedudukan kenapa tak tangkap je....atau report pejabat ugama. Kenapa benda ni timbul lepas bergaduh.....kau cakap je dengan si Polan tu ..jangan dok sebuk nak burukan orang nanti Tuhan balas kat diri sendiri atau keluarga sendiri...See moreYesterday at 08:34 · · - Umnodokpakka Gawa Peringatan untuk mereka yang ingin jadi pemimpin. http://www.facebook.com/umnodokpakkagawa#!/photo.php?pid=172637&fbid=126912680694897&id=100001284981543Yesterday at 09:45 · ·
- Dato Rohana Hassan wah perdebatan yang sangat dasyat ..norsham dan ikhwan same2 la kita tggu yer ..Yesterday at 09:52 · ·
- Zalina Jaafar pendebat-pendebatmya kalangan croni sendiri...emmmm pikir-pikir laYesterday at 10:14 · ·
- Umnodokpakka Gawa Jangan ada perpecahan dahlaaa. Nanti kata kat UMNoAPCO diri sendiri pun sama juga. Harap2 dapat bertanding secara sihat. Yang masuk bertanding tu masing2 tanya diri sendiri, kenapa nak jawatan tu, mampukah pikul tanggungjawab? Semua akan dicatat oleh malaikat dan ditayangkan balik kat Padang Mahsyar kelak. Ini bukan perkara main-main tau.Yesterday at 10:20 · ·
- Zalina JaafarOh ya ka ..aku kena buang ..laaa baru la ni aku tau. Emmm penat la aku buat surat letak jawatan bagi notis sebulan......emmm aku bercerai ke??
Ohhhhh kau la yang suruh laki aku ceraikan aku ya...alhamdulillah. Nasib baik la ada Mr Selvaraja ...yang prihatin ambik I kerja ya.....dia memang layak jadi pemimpin sebab tolong org-org yang teraniaya....See moreYesterday at 10:57 · · - Norsyam Ismail alaa..zalina aku rasa kau kene dapatkan rawatan sakit jiwa.. dah kene cerai mengaku isteri org lg.. bukan aku x tahu kau dah berapa kali cuba nak bunuh diri. itu x husband kau yg pr0vide pil tidor kat kau kan?effect nya kepala h0tak kau pun x berapa nak betol. sebelum keadaan kesihatan kau lbih serius lbh baik kau dptkan rawatan segeraYesterday at 13:29 · ·
- Zalina Jaafar oh terima kasih sangat la norsyam....ada juga yang prihatin...emmm mgkin esok aku gi check yea...rajin juga kamu siasat hal orang ya...dengar cakap orng je kot.....hari isnin nanti aku buat check-up dengan laki aku ya.....sekarang dah jadi bini no satu....alhamdullilah.Yesterday at 17:01 · ·
- Mahharul Ismail Hello JAIS tlong chek ni org ada nikah betul ka takde sbb dia memang selalu kahwin dgn ramai lelaki tanpa nikah...Dah la perampas laki org, bersekedudukan plk tu pass tu nak bunuh diri sbb laki nak ceraikan...hahahah lawak betul cerita perempuan murahan ni...pass tu ckp dh ada suami plk aku pun tak tau berapa bnyk la suami dia ni...tp apa nak heran kan.....hahahahahYesterday at 18:42 · ·
- Zalina Jaafar ok la jugak tu ramai suami...bukan senang nak dapat ramai suami...tapi tu la suami aku sorang tu la.......heheheYesterday at 21:13 · ·
- Zalina Jaafar Emmmm...Baru aku perasan....Maisarah Ismail, Norsyam Ismail, Maharul Ismail, Wan al-Intihaj...wah satu family ya...kat ruang ni...???? Tukang karut-nya sapa ya.........Yesterday at 21:26 · ·
- Norsyam Ismail a'ah ktorang sume adk bradik....wan al-ikwan and wan al-ibtihaj tu anak buah ktorang....so????ade problem k???
rmai suami????
ee.....mcm prostitude....Yesterday at 22:15 · · - Norsyam Ismail ktorang adk bradik mmg protect klu adik bradik sndri kene hntam... how about u???? dgn adik bradik sndri????Yesterday at 22:31 · ·
- Norsyam Ismail marah jea..haha die mmg bt huruf k0t..21 hours ago · ·
- Muhammad Saufi So-Park ni dia tkang karut yg di cari2....hahaha bkn tkang karul je tp mcm2 bley...huhu19 hours ago · ·
- Wan Al-Ikhwan Wan Azani...
X salah kalau dlm fb de kroni..
Alaah, stakat dlm fb je..
Kalau dlm parti skalipun, x salah juge, kalau smue nye bleh wt kerja..
Lainlah, mcm UMNO, mngUTAMAkn kroni, mksudnye, brkongsi kemewahan dan SONGLAP duit rakyat bersama2..
...Tp, dlm part kite, kite wt la sesuatu kerja 2 dgn ikhlas, dan sbaiknya..
Bkn untuk mngAMPU atau POW tmpat judi, sperti yg dilakukn org dlm gmbar di atas..
Org mcm 2 ke kite nk wt jd pemimpin..??
Akhlak yg x MULIA, memang x layak, LANGSUNG..See more16 hours ago · · - Meir Pee J Salam Kepada Bakal Pimpinan Baru Keadilan cabang PJS....Bertanding Lah dengan sihat......Pikir2kan dan renung2kan siapakah bakal Pimpinan Yang lebih layak menerajui Cabang PJS...Sedangkan kita sudah tau kelayakkan itu ada pada siapa....jangan la kita bertelagah diantara kita kerana MUSUH UTAMA KITA ADALAH UMNO!!!!!!!!!!!!!!!!!!MISI & VISI kita adalah PUTRAJAYA...13 hours ago · · 1 personLoading... ·
- Meir Pee J Maaf saya tumpang menyelit tp saya nak bagi tau bila perkara sebegini berlaku orang yang akan gelakkan dan tertawakan kita adalah UMNO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!