“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta”
"Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason"
Bila
kerajaan membentang bajet, menteri kewangan memohon kelulusan suatu jumlah wang
dari kumpulan wang yang disatukan. Ertinya dia mohon duit dari kita. Cuba
perhatikan- dia yang mintak wang, bukan beri wang. Bila kita minta dan mohon,
kita guna bahasa yang halus. Kita tertib dan hormat. Maklum sahaja, ini bukan
duit awak atau duit parti awak. Ini duit rakyat. Mintaklah dengan penuh hormat
dan hormat institusi parlimen.
Kenapa dia
mintak wang? Dia akan huraikan bagaimana wang itu hendak dipakai. Semua
perbelanjaan mesti dinyatakan. Nak beri Kak Ros 111 juta? Kena beri tahu. Nak
beri Ekovest RM 500 juta, pun kena beritahu. Nak beli kapal selam lagi? Kena
beritahu. Nak beri RM 200? RM 500? Semua kena beritahu. Tak ada kelulusan, kalau
pakai wang, nama nya mencri duit kerajaan. Kalau curi duit, kita tangkap dan jika
thabit charge, kita hantar sungai buluh. Tahun depan, nampaknya, kita kena bina
wing baru kat Sungai Buloh sebab nak sumbat ramai pemimpin UMNO kat sana.
Bukan dia
beri durian runtuh kepada kita. Duit RM500, RM200, rebet, diskaun, semua dari
wang rakyat. Bukan duit PM Najib, bukan duit BN dan bukan duit parti UMNO.
Demikian juga, kalau PR bentang Bajet- dia orang pun mintak duit rakyat. Bukan
Anwar Ibrahim punya, bukan PR yang punya.
Rakyat
berhak melihat bagaimana wang mereka diperlakukan. Sebab itu mesti ada debat. Sekarang, rakyat
sudah boleh buat keputusan. Semua yang ponteng ketika Anwar Ibrahim membahas
bajet Najib, pakat ramai2 jangan undi. Kita tidak mahu sokong sipengecut yang
kurang cerdik.
Dia menyenaraikan
plan dia bagaimana dia nak pakai duit rakyat. Ahli parlimen yang baik akan
membahaskan cara duit dipakau. Baru2 ini bila menteri kewangan kita bentang
bajet tapi kemudian dia lari tidak hendak berdepan dengan teguran, maka itu
adalah perangai orang yang tidak bertanggung jawab. Ini sikap syaitan yang
sombong dan engkar. Dia mesti jawab teguran keatas cadanganya keatas wang yang
dimintak diluluskan.
Duit yang mahu dikeluarkan ialah untuk
digunakan menjalankan beberapa jenis perbelanjaan. Perbelanjaan yang kerajaan
jalankan terbahagai kepada 2 jenis. Belanja mengurus dan belanja pembangunan.
Belanja mengurus termasuklah perbelanjaan keatas bayar gaji, bayar elaun, faedah
pinjaman, bayar untuk membeli asset mudah-alih( kereta menteri jabatan, dll) dsb. Kemudian kita ada belanja pembangunan. Ini
belanja untuk menyediakan prasarana, menjalankan projek2 dsb.
Kerajaan
mengurus perbelanjaan daripada hasil yang mereka perolehi. Hasil kerajaan
datang dari cukai pendapatan, cukai keatas perusahaan dan perniagaan dan hasil2
dari pelaburan. Jadi pada satu pihak kita ada perbelanjaan dan pihak lagi satu,
kita ada hasil pendapatan. Kalau kita belanja lebih dari pendapatan, maka kita
berada dalam bajet deficit. Kalau hasil > Pendapatan, kita ada bajet lebihan
atau surplus. Ada lebihan kita boleh simpan. Kalau kurang pendapatan, kena
hutang atau naikkan cukai.
Kita jangan
ingat bila kerajaan belanja banyak , itu suatu perkara yang baik. Bila Najib
beri RM200, RM500 tentulah itu disambut baik oleh penerima. Tapi penerima tahu
itu semua gula2 untuk Najib merasuah penerima supaya menyokong BN. penerima
tahu, duit itu tidak datang dengan percuma. Ia akan dibiayai oleh sesuatu- sama
ada dalam bentuk kenaikan cukai atau kerajaan menambah hutang. Hutang
mengenakakn kos ketas jenerasi hadapan.
Bukan macam
ini kita urus bajet. Kita bukan gali sini, tutup sana. Tapi inilah yang
dilakukan oleh Najib. Bajet Najib 2013, Bajet Kung Kali Kung!
Sebab itu
saya telah nyatakan, hutang kerajaan sudah menjadi structural. Structural
ertinya, walau bagaimanapun keadaan ekonomi, kerajaan terus belanja lebih dari
pendapatan. Bila ekonomi menguncup, kerajaan akan belanja lebih. Itu dipanggil
cyclical. Sama ada pinjam atau naiikan cukai. Kita boleh faham keadaan yang
demikian. Kita akan lebih faham, kalau pendapatan kurang, perbelanjaan yang
tidak perlu jangan dilakukan. Kita ukur baju pada badan sendiri.
Kalau
ekonomi mengembang, maka keperluan untuk belanja lebih tidak ada. Lebihan
pendapatan sepatutnya disimpan untuk hari2 hujan. Tapi kerajaan Najib tidak
bertanggung jawab. Delam keadaan ekonomi baik pun, semasa pendapatan lebih,
lebihan itu juga di balun. Membujur lalu melintang patah. Asal ada insang,
mesti ikan.
Ini suatu
sikap yang tidak menguntungkan negara dan mencerminkan kelemahan dalam mengurus
ekonomi negara. Inilah yang kita hutang deficit yang structural. Dah jadi
budaya kerajaan BN. hutang! Hutang! Balun dan balun. Rompak dan samun.
Bila kerajaan
belanja lebih, kita tanya keatas apa perbelanjaan itu dilakukan? Kerajaan yang
baik akan belanja kepada pembangunan. Membina kapasiti dan membina prasarana
yang boleh mengembangkan ekonomi dan meningkatkan prodaktiviti.
Apa Najib
buat? Tahun demi tahun, kerajaan Najib belanja lebih pada belanja mengurus dan
operasi. Kenapa kita perlukan belanja mengurus dan operasi yang besar? Sebab
kerajaan Najib menambahbesarkan jawatan2 yang tidak diperlukan. Antara nya,
kenapa kita serapkan kakitangan RELA sebagai penjawat awam? Kenapa kita
besarkan kakitangan KEMAS dan JASA? Kenapa kita ujudkan organisasi orang tengah
yang bertindih yang memakan belanja banyak? Kita ada SPNB tapi kita tambah
dengan PR1MA? Kenapa?
Sebahagian
besar dari kakitangan ini tidak menyumbang kepada prodaktiviti ekonomi
sebaliknya menambahkan kos belanja. Dan sebahagian besar dari anggota insitusi
yang kita sebut tadi hanya berkerja untuk menjalankan propaganda kerajaan BN.
Jadi bila
kerajaan belanja besar, melebihi pendapatan, itu bukan suatu petanda yang baik.
Kalau 16 tahun berturut turut melakukan kerja tersebut, patut kita tukar
pengurus negara ini dan buangkan pengurusan nya.