“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta”
"Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason"
Firman Allah s.w.t bermaksud:
“Dihiasi bagi manusia itu dengan
perasaan dan keinginan kepada sesuatu, iaitu syahwat kepada wanita…”
(Surah Ali Imran ayat 14)
lain-lain ayat
Firman Allah s.w.t bermaksud:
” Mereka (para isteri) adalah
sebagai pakaian bagi kamu dan demikian sebaliknya kamu juga ibarat pakaian bagi
mereka..”
(Surah Al Baqarah ayat 187)
Firman Allah s.w.t bermaksud:
” Isteri-isteri kamu adalah ladang
bagi kamu dan datanglah kepada ladang kamu mengikut yang kamu suka dan
kehendaki”
(Surah Al Baqarah ayat 223)
Menurut Ibnu Jarir At Tabari,
“ladang” bermaksud tempat menanam benih. Sementara maksud perkataan “datangilah
mengikut yang kamu kehendaki” ialah boleh melakukan persetubuhan dengan isteri dalam
pelbagai cara , teknik dan posisi yang sesuai asalkan melalui kemaluannya
(kemaluan isteri) dan TIDAK melalui duburnya !! Diulangi.. TIDAK MELALUI
DUBURNYA !!
Kesimpulan dari kalimat-kalimat
kinayah dalam ayat diatas mempunyai 2 erti:-
1- Boleh bersetubuh dengan isteri
pada bila-bila masa setiap kali timbulnya nafsu dan keinginan seks terhadap
isteri (kecuali isteri dlm keadaan haid, nifas, puasa bln ramadhan dsb iaitu
masa yg dilarang oleh syariat utk bersetubuh).
2- Boleh bersetubuh dengan pelbagai cara
dan teknik yang dikehendaki mengikut penyesuaian diri masing-masing (kecuali
dubur).
TEKNIK-TEKNIK DALAM HUBUNGAN SEKS
SUAMI ISTERI.
Antara teknik-teknik yg boleh
diamalkan ialah:-
1- BERSETUBUH DALAM PELBAGAI POSISI
Pelbagai posisi persetubuhan seperti
isteri diatas, sambil mengiring, sambil duduk, sambil berdiri, dari arah
belakang mencangkung atau menonggeng (mat saleh kata doggy , ni la dia kot) ,
atas kerusi, dan sebagainya.Semuanya tu adalah sekadar utk menukar selera
sekali sekala dan bukan utk dijadikan sebagai tabiat kerana kemungkinan semua
teknik tadi tidak mendatangkan keselesaan pada isteri (bergantung pada bentuk
tubuh isteri). Oleh itu posisi normal suami diatas dan isteri dibawah adalah
digalakkan.
Dalam kitab At Tibun Nabawi ada
menyebut bahawa dalam banyak posisi-posisi persetubuhan, suami di atas dan
isteri di bawah adalah paling ideal dan paling baik dari segala posisi yg ada.
Sementara posisi suami di bawah isteri diatas adalah sangat merbahaya, ini
kerana jika inzal, mani suami tidak habis keluar dan cecair yg ada dlm liang
rahim isteri mudah mengalir atau menyerap masuk ke lubang kencing suami dan ini
merbahaya kerana mudah mendedahkan dan memudahkan jangkitan kuman-kuman yg ada.
Namum tambah kitab itu lagi, posisi
itu tidaklah terbatas kerana terdapat hadis riwayat Imam Muslim bahawasanya
Rasulullah bersabda, maksudnya:
” Apabila seseorang itu berjimak,
boleh saja ia bertelungkup (suami di atas, isteri di bawah) atau tidak
bertelungkup. Apa yang utamanya ialah memasukkan zakarnya pada qubul (kemaluan)
isteri dan tidak pada lubang duburnya. Kerana pada qubul dapat menghidupkan
benih dan menghasilkan anak. ”
Hadis diatas menjelaskan , bahawa
tidak salah bersetubuh dalam pelbagai posisi kerana yg utamanya ialah
perlaksanaanya tepat, pada farajnya dan matlamatnya ialah untuk menghasilkan
anak.
2- PETUA MENCAPAI KENIKMATAN JIMAK
Sementara orang tua-tua dulu memberi
panduan asas persetubuhan ialah hendaklah dilakukan dengan 2 cara:-
1. Hendaklah dengan 7 anggota (bagi
pihak suami). Dua siku, dua lutut dan dua hujung jari kaki hendaklah menyentuh
bumi atau lantai dan 1 kemaluan bertemu dalam kemaluan isteri.
2. Hendaklah dada sama dada, pusat
sama pusat, perut sama perut, dan wajah sama wajah suami ister bertemu rapat.
Selain dari cara diatas, kemungkinan
tidak mendatangkan nikmat yang sempurna kepada pasangan. Mungkin pihak suami
yang tidak puas artau isteri yang tidak puas. Sedangkan tujuan bersetubuh
adalah utk sama sama merasa nikmat.
3. KERJASAMA SUAMI ISTERI
Sebenarnya kerjasama antara suami
isteri memainkan peranan penting utk mencapai kepuasan seks. Tidak kira walapun
posisi mana sekalipun, kalau tanpa kerjasama antara kedua dua belah pihak
semasa bersetubuh, kenikmatan tidak akan dapat dirasai semaksimum mungkin .
Oleh itu pertimbangan dan kreativiti pasangan dalam memberi kan kerjasama
sangat diperlukan.
4. TEKNIK-TEKNIK BERJIMAK
1- Teknik Menggoyang
Teknik ini boleh melambatkan inzal
(terpancut mani) dan memberikan kenikmatan kepada kedua-dua belah pihak, boleh juga
menambahkan kekuatan dan ketahan zakar. Goyangan yg terkawal dan tersusun
membolehkan pihak suami mengawal inzal seberapa lama yang dia mahu sehingga
isteri benar benar mencapai kepuasan sebenar. Cara-cara goyangan ialah seperti
berikut:-
a. Goyangan Kesabaran
- Mengoyang dengan perlahan ketika
memaukkan zakar, tetapi bila menarik, tarik dengan cepat hingga kepala zakar
hampir keluar. Teknik ini melambatkan pancutan mani suami dan isteri lebih
terasa nikmat dan mempercepatkan inzal isteri.
b. Goyangan Jongket
- Bahagian tubuh anda keatas sedikit
sehingga batang zakar kelihatan bengkok. Teknik ini akan memberi geseran kuat
batang zakar pada kelentit isteri. Ini akan mempercepatkan isteri inzal dan
memberi nikmat yg tiada tara pada isteri. Tanda isteri merasai nikmat ialah
nafas isteri kencang dan suara renggekannya kuat.
c. Goyangan Hitungan
d. Goyangan Hentian
- Goyang secara selang seli dan
rehat sejenak. Goyang 3 kali dan berhenti, kemudian goyang lagi dan
berhenti.Goyangan begini menjadikan isteri tersentak-sentak kesedapan. Tanda
isteri kesedapan ialah bila kita menggoyang , nafas dan suaranya bagai tersekat
sekat. Bila berhenti, ia menghembus nafasnya panjang.
e. Goyangan Berpasangan
- Suami mengoyang dahulu kemudian
berhenti. Setelah itu isteri menggoyang pula dan berhenti. lakukan
bergilir-gilir. Boleh juga bergoyang serentak atau suamo menggoyang keatas dan
kebawah isteri pulak menggoyang ke kiri dan kanan. Cara ini memerlukan
kesepakatan dan kerjasama.
f. Goyangan Kekasih
- isteri menggoyang sedangkan sumai
mendiamkan diri. cara ini membantu melambatkan inzal suami dan banyak memberi
kerehatan pada suami. Sesuai utk diamalakn bagi suami yg mudah terpancut
awal.bagi suami pulak janganlah berdiam diri sahaja. lakukan perkara lain seperti
meramas payudara isteri, mencium isteri atau menghisap puting susu isterinya
atau mengikut selera isteri.Sekiranya isteri hendak terpancar maninya,
hendaklah dia memberitahu suami agar goyangan bersama -sama dan supaya sama
sama serentak terpancar mani.
g. Goyangan dan Geselan Kepala Zakar
-Melakukan goyangan dengan
menggunakan kepala zakar. Caranya ialah memasukkkan zakar sampai ke takuknya
agar kepala zakar berada di permukaan kemaluan isteri dan disamping itu kenakan
kepala zakar pada kelentitnya.Ini kerana kebanyakan kelazatan perempuan banyak
terhimpun pada bahagian permukaan faraj dan khusunya pada kelentitnya.
Bergoyanglah hanya sampai takuknya sahaja dan sekali sekala ditusukkan zakar
sampai habis dan tarik semula.Cara ini juga dapat melambatkan suami inzal
.Tusuklah zakar perlahan-lahan dan apabila tarik, tarik dan rentap cepat-cepat
dan tusuk pula perlahan lahan dan seterusnya.
Sebaik-baiknya suami yg lakukan
teknik goyangan supaya senang untuk mengawal ghairah. Bila terasa kegelian dan
hendak inzal, hentikan goyangan sekejap .Semasa berhentia. suami haruslah
teruskan ciuman dan rabaan di tempat-tempat sensitif isteri supaya ghairahnya
berterusan.
2. Teknik Tahan Nafas
a. Semasa memasukkan zakar, tahan
nafas sehingga tenggelam semua zakar. Diamkan sebentar . Kemudian baru lepaskan
nafas.
b. Semasa buat goyangan sorong
tarik,tahanlah nafas dan apabila hendak lepaskan nafas,hentikan
goyangan.Begitulah seterusnya. Petua ini dapat melambatkan keluarnya mani.
c. Ada baiknya anda lipatkan lidah
di lelangit mulut dan niatkan selagi tidak turun lidah selagi itu tidak
terpancar mani. Apabila hendak mencium dan menghisap lidah isteri hentikan
goyangan.
3. Teknik Nafas Songsang
a. Semasa goyangan (keluar masuk
zakar), hendaklah berlawanan dengan keluar masuk nafas isteri. nafas isteri
keluar, zakar masuk dan apabila nafas masuk zakar ditarik keluar.
b. Untuk mengetahui nafas isteri
keluar, bila kempisnya perut dan tanda nafas isteri masuk buncit perutnya. Ini
dapat menahan mani dan banyak kelebihannya lagi.
4. Teknik Kerjasama (Berpakat)
- Apa yang paling penting untuk
melambatkan inzal atau inzal serentak kedua-dua pihak ialah suami isteri
hendaklah berpakat.Bila suami terasa nak inzal,suami hendaklah berenti
mengoyang . Jika isteri asyik mengoyang-goyang suruh dia berhenti
sekejap.Demikian dengan pihak isteri, jika hendak inzal bersama beritahu agar
sama-sama inzal serentak.
-Cara kerjasama ini hanya boleh
wujud jika suami isteri saling cinta menyintai dan tidak ada rasa segan dan
saling memikirkan utk mencapai kepuasan nafsu bersama yang maksimum.
5. Tidak Lupa Allah
- Walaupun semasa bersetubuh,jangan
biarkan diri anda terlalai dari mengingati Allah.Biarlah pancutan mani anda
keluar sambil anda mensucikan diri dengan kalimah Allah. Berzikirlah dalam HATI
semasa berjimak.Ini bertujuan supaya fikiran dan perasaan anda dapat menumpukan
pada keagungan Ilahi.Dan dari segi psikologinya, ia akan dapat memberi anda
keupayaan mengawal dan mengemudikan kelakuan jimak anda. Biasanya anak yang
dilahirkan sukar mendapat penyakit sawan.
6. Baca Doa Ketika Klimaks (Inzal).
- Ketika klimaks, bacalah doa di
dalam HATI dan jangan baca secara lisan atau mengerakkan kedua-dua bibir. Ini
kerana dilarang menyebut nama Allah dalam hadas besar. Tetapi menyebut didalam
hati tidaklah dilarang.
Doanya seperti berikut:-
” Maha Suci Allah yang menjadikan
manusia daripada air (mani), lalu diadakan pertalian darah (nasab) dan hubungan
musaharah (hubungan kekeluargaan berpunca dari perkahwinan, seperti mentua,
menantu,ipar dan lain lain). Dan adalah Tuhan-mu Maha Berkuasa ”
Surah – AL Furqan ayat 54
Ada pula fatwa yang anjurkan agar
semasa klimaks, ucaplah ” La ilahaillah Muhammadur Rasulullah “ di dalam hati,
bukan dengan lidah atau berlafaz. Tujuan untuk mengislamkan benih-benih yang
mula beroperasi untuk menjadi zuriat. Kebiasaannya orang cuma mengazankan
apabila atau? memperdengarkan kalimah syahadah kepadan anak yang baru lahir.
Tetapi ada pendapat menganjurkan agar kita mengislamkan zuriat kita sejak
ketika benihnya lagi iaitu semasa keluar mani dengan mengikut kaedah seperti
diatas.
Ketika menyebut di dalam hati,
hendaklah disertai dengan niat agar anak yang bakal lahir menjadi anak yang
soleh dan insan yang mulia budi pekertinya. Antara pesanan pemberi petua ini
ialah:-
” Manusia ketika beribadah ingat
akan allah, tetapi dalam berjimak lalai pada Allah. Padahal jimak itu hendak
mengeluarkan benih suci yang mana pihak lelaki tempatkan selama 40 hari di
dalam rahim isterinya. datangnya dengan kalimah, keluarnya dengan kalimah.
Bezakan jimak kamu dengan jimak haiwan dan jimak orang yang kafir. Juga dengan
jimak orang -orang yang jahil yang berjimak semata-mata memuaskan nafsunya. “
7. Mengesat Dan Meramas
- Sebaik isteri selesai jimak,
sebelum membasuh kemaluannya, isteri hendaklah mengesat kemaluan suami dengan
kain tuala atau tisu. Cara itu boleh mengharmonikan rasa kasih suami dan suami
akan terasa nikmat jika semasa mengesat itu, isteri mengusap dan meramas-ramas
serta mengurut-urut dengan perlahan zakar suami.
Insyallah teknik seterusnya
bersambung minggu hadapan.. panjang sangat tak larat nak taip…. dan jangan lupa
selalu lah lawati rileks.info ini.
sumber : Buku Lelaki Unggul Dikagumi
wanita