"MEH KITA FIKIR FIKIR KAN" "Jika Anda Mengenal Diri dan Musuh Anda, Anda Tidak Akan Kalah Dalam Seratus Pertempuran" " LAWAN TETAP LAWAN "
welcome
Ni Pengikut Gua
Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world
Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world to work and live in, while Malaysians are warm, friendly people who easily accept foreigners into their circle of friends.
Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world to work and live in. In addition, the country's tropical climate with its uniform temperatures allows light, comfortable clothing throughout the year.
Expatriates and their families will enjoy a safe and comfortable living environment with 21st century amenities, good healthcare and medical facilities, excellent educational institutions, and world-class recreational and sports facilities - at costs much lower than in their own countries.
One of the country's most distinctive features is its rich diversity of cultures, a heritage derived from its racial mix of some of the world's oldest civilisations - Malay, Chinese and Indian. This potpourri of race and culture has enabled Malaysians to speak at least two, and even three, languages - Malay (the national language), English, and their own mother tongue. Living in such a cosmopolitan environment, Malaysians are warm, friendly people who easily accept foreigners into their circle of friends.
Berkicauan
Wednesday, April 27, 2011
Tuesday, April 26, 2011
"CERAMAH UMUM"
Tarikh : 29 April 2011 (JUMAAT)
Masa : 9 mlm
Tempat : No 195, Taman Desa Kelana, Pantai, Seremban
Besama :
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS
Zulkefly Omar, PJ N9
Chegubard, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
MAJLIS MINUM PETANG
Tarikh : 29 April 2011 (JUMAAT)
Masa : 5 ptg
Tempat : No 6, Kg Panchor, Seremban
Besama : Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dan Zulkefly Omar
Kupon RM10
Maklumat lanjut hubungi 013-3426346
Famous people who converted to islam ..
“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta”
"Harap Dapat yang Terbaik Untuk Ummah dan Juga Negara Malaysia Ini"
MENJELANG muktamar pemilihan PAS kurang dari dua bulan lagi, maka timbul isu sebuah Kawasan PAS tidak mencalonkan semula Presiden Ustaz Haji Abdul Hadi Awang bagi meneruskan pimpinannya. Kalau ia menggemparkan itulah yang dinamakan ribut dalam cawan.
Ribut dalam cawan tidak mendatangkan gelombang, jauh sekali dari dilanda tsunami. Paling bergolak sekadar kopi meleleh ke piring.Kejadian seperti itu berlaku dalam semua pimpinan terutama dalam masyarakat demokrasi sejak zaman purba hingga kiamat
Kaiser Rom purba Jelius Ceaser kira pemerintah terbaik di zamannya, tetapi ada yang mencadangkan Brutus, orang kepercayaannya bagi mencabarnya.
Dr. Burhanuddin Al-Hilmy adalah pimpinan PAS yang disegani di zamannya tetapi ada yang mencadangkan supaya Prof. Zulkifli Mohamad menjadi calon Yang Dipertua Agung bagi melawannya. Demikian juga Haji Yusof Rawa, satu-satunya pimpinan PAS yang sekali gus menjadi Mursyidul Am dan Yang Dipertua Agung. Ada yang tidak sabar mahu beliau digantikan oleh Ustaz Fadzil Noor. Ustaz Fadzil ada pimpinan yang terbaik selepas Prof. Zulkifli. Tetapi PAS Kawasan Parit Buntar mencalonkan Ustaz Hadi menjadi Yang Dipertua Agung.
Tahun sudah Kawasan Bukit Bintang mencalonkan Tok Guru Nik Aziz dan tahun ini ia mecalonkan Husam Musa pula.
Dalam semua perkembangan pemimpin utama PAS itu menang tanpa bertanding, kecuali kedatangan awal Dr. Burhanuddin bertanding dengan Prof. Zulkifli.
Tidak pernah berlaku dalam PAS pertempuran seperti yang terjadi terhadap Dr. Mahathir dicabar oleh Tengku Razaleigh dan seperti Najib memaksa Abdullah Badawi berundur.
Tunku Abdul Rahman Putra adalah pimpinan UMNO yang berjaya melumpuhkan Datok Onn dan berjaya membawa kemerdekaan kepada negara. Sebagai Bapa Malaysia ada juga orang UMNO tidak sabar mencalon Tun Razak bagi menggantinya. Tun Razak menolak dan UMNO merahsiakannya.
Apa pun tidak nampak Ustaz Hadi menghadapi laluan yang sukar bagi meneruskan pimpinan PAS. Kerana beliau bukan maksum, adalah kelemahan dan kekurangan di sana sini, tetapi ia tidak sampai ke peringkat UMNO tidak mahu meneruskan pimpinan Tun Abdullah Badawi.
Malah beliau tidak sampai dipertikai oleh ahli seperti UMNO mempertikai Najib sekarang. Tanda PAS itu hidup adalah ia sentiasa ada orang memerhatikan pemimpin. Dan pimpinan adalah penting dalam jamaah. Ahli dan pimpinan semua tingkat boleh bersoal jawab tentang dasar dan halatuju pimpinan, tetapi apabila amir yang mendengar semua yang dibangkitkan itu membuat keputusan, dan ia muktamat dan wajib dipatuhi.
Amir adalah sama penting dengan jamaah. Amir bukan saja bertanggungjawab menjaga jamaah tetapi juga berupaya membentuk ahli yang boleh menjaga amir dan jamaah. Juteru itu mesti dididik supaya berfikiran kritis dan bertanggungjawab melahirkan pimpinan yang baik. Sebagaimana calon dalam pilihan raya adalah penting terdiri dari kalangan yang terbaik, tetapi tanggungjawab pengundi juga adalah besar untuk memilih calon yang terbaik.
Maka ahli tidak wajar apabila terasa hendak menggantikan pemimpin, dia lalu mencadangkan pemimpin diganti. Pemimpin yang hendak digantikan itu mestilah diganti oleh yang labih baik daripadanya. Bukan boleh dicalonkan sesiapa saja, tetapi mestilah diyakini lebih berwibawa dan dihormati oleh semua kawan dan lawan.
PAS yang bangkit kuat selepas runtuh dilanda puaka Barisan Nasional, ialah kerana ia meletakan asas kepimpinan ulama. Orang ramai mendengar kata ulama dan bersatu di belakang ulama. Keberkatannya terserlah. Kehebatan politik dan kepimpinan Dato Asri sukar ditandingi. Tetapi kemunculan ulama sebagai pemimpin menyerlah daya saing yang lebih menonjol.
Pak Mawardi, pemimpin Islam Indonesia dan teman Pak Natsir menyebut kesukaran umat Islam Indonesia untuk bangun kerana ketiadaan kepimpinan ulamanya.
PAS tidak sukar mencari kepimpinan sebaik ia muncul dengan konsep kepimpinan ulama. Tidak tidak sukar menggantikan Haji Yusof Rawa dan Ustaz Fadzil Noor. PAS ada Ustaz Hadi dan Tok Guru Nik Aziz.
Persoalan sekarang bukan untuk menggantikan pimpinan yang ada tetapi adalah bagi mencari ganti kepada pimpinan yang ada.
Ia bukan suatu yang terasa pada PAS saja, tetapi ia adalah yang dirasakan oleh kerabat Pakatan Rakyat. Hanya DAP yang selesaikan pimpinan masa depannya.
Lim Kit Siang sudah mula berundur dan menyediakan Lim Guan Eng bagi menyambung kepimpinannya. Sekurang-kurangnya jika tiada sesuatu di luar jangka berlaku, DAP tidak menghadapi masalah kepimpinan untuk 20 tahun akan datang.
Tetapi PKR dan PAS berdepan dengan persoalan pimpinan masa akan datang. Sekali pun PKR baru selesai memilih pimpinan tetapi ia belum dapat mengetengahkan orang yang bakal menggantikan pimpinan Anwar Ibrahim. Siapa yang boleh mengambil tempat Anwar sepuluh tahun akan datang atau bila-bila masa sekarang?
Walau pun semua jawatan penting dalam parti itu ada penyandangnya, pengganti yang sehebat Anwar itu belum muncul dan belum nampak.
Masalah yang sama dihadapi PAS. Ia penuh dengan ilmuan keluaran Azhar, Jordan dan lain-lain. Semua jawatan selepas Presiden berisi. Tetapi ulama muda yang boleh mengambil alih pimpinan belum muncul. Mereka ada tetapi belum nampak.
Sebagai bakat pimpinan yang ditunjukkan oleh Ustaz Fadzil dan Ustaz Hadi telah dapat dilihat lama sebelum Dato Asri berundur, tetapi dia belum nampak, cuma dipercayai ramai dicelah lapisan pimpinan di berbagai peringkat itu.
Untuk mencapai orang seperti Muhyiddin Yasin, Hishamuddin dan Shafie Afdal itu memang ramai, tetapi bukan yang seperti itu yang dihendaki oleh PAS. PAS ada citarasa dan wibawa yang berlainan.
Sesiapa saja boleh bertanding untuk apa-apa jawatan dalam PAS termasuk untuk Presiden. Tetapi penghormatan dan keyakinan orang ramai di luar PAS juga perlu diambil kira. Untuk mendapat keyakinan seperti yang diberikan kepada Haji Yusof Rawa, Ustaz Fadzil, Ustaz Nik Aziz dan Ustaz Hadi adalah sukar.
Presiden PAS bukan sekadar pemimpin PAS saja, tetapi dia juga adalah pemimpin masyarakat semua kaum yang dihormati semua. Dia bukan saja disanjung oleh orang Melayu dan orang Islam, tetapi dia juga disegani dan dihormati oleh orang bukan Melayu dan orang bukan Islam.
PAS bertuah kerana Tok Guru Nik Aziz yang kurang ditonjolkan untuk menjadi pelapis di zaman sebelum kepimpinan ulama, tetapi muncul sebagai orang yang lebih bertenaga dari yang pernah ditunjukkan oleh Dato Asri.
Tuah seperti itu tetap menolong, tetapi persediaan perlu difikirkan sebagaimana persediaan zaman Yusof Rawa menyediakan Ustaz Fadzil dan Ustaz Hadi di belakangnya.
PAS jangan sekadar menunggu tuah tetapi pimpinan masa depan juga mesti dicanai. Ini yang perlukan difikirkan oleh segenap lapis anggota parti. Bukan menumpukan masa bagi menggantikan pimpinan yang ada, tetapi mesti memikir dan mencari bentuk pimpinan yang akan datang.
Orang itu mestilah dari kalangan ulama yang cekap perhitungan politik dan diplomatiknya, mahir sebanyak cabang ilmu, menguasai teknologi alam maya dan tahu bagaiamana memasarkan produknya. Masa depan politik kita dan di mana-mana dunia juga ialah siapa yang menguasai pasaran politik dan diplomatik.Angkatan dan orang seperti itu mesti dicari, bukan ditunggu.
Cat Stevens' transition to Yusuf Islam
“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta”
Monday, April 25, 2011
SELAMAT DATANG KE PONDOK RASAH N9
SIMPOSIUM TAREQAT TASAWUF
SURAU KAMPUNG PONDOK RASAH
70300, RASAH, SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN
TARIKH/MASA: Waktu Maghrib pada 14 Mei 2011/11 Jamadil Akhir 1432H/SABTU MALAM AHAD
Sunday, April 24, 2011
Berang ni !!!!!!!!!
Saturday, April 23, 2011
Janji
Thursday, April 21, 2011
1 2 3 4 5
2. Terimalah kritikan dgn dada yg lapang kan itu ajaran Islam
3.Terimalah kritikan dgn dada yg lapang kan itu ajaran Islam
4.Terimalah kritikan dgn dada yg lapang kan itu ajaran Islam
5.Terimalah kritikan dgn dada yg lapang kan itu ajaran Islam.
Kerana kita tak sehebat mana, kita masih memerlukan tongkat atau bantuan untuk terus maju ke depan.Apabila kita rasa kita kuat maka hakikat nya kita lemah, jika kata kita hebat maka hakikat nya kita tidak hebat, jika kita kata kita bijak maka hakikat nya kita tidak bijak, jika kita kata kita warak/berilmu maka hakikat nya kita dunggu, jika kita kata kan kita segala gala nya maka hakikat nya kita akan KECUNDANG DI PRU13 AKAN DATANG HAHAHHAHAHAHAHHAHA.
kita mesti lah seperti bunch of small stick yg susah nak di patah kan.
Wednesday, April 20, 2011
Incompetent PKR...................
Baca seterus nya di SALT PEPPER n KICAP
Tuesday, April 19, 2011
PAS Slamber jer, BN panik beb,,,
PRN Sarawak, Najib harus panik, tapi PAS?
Monday, April 18, 2011
BOIKOT RESTORAN MAMAK
MULA KAN KEMPEN BOIKOT:
sila boikot kedai mamak SYED
sila boikot kedai mamak KHULAFA
NOTA:
kajian dan laporan tim AMSP - anak muda sokong pakatan/anak muda sungai petani
telah mendapati dua kumpulan ini adalah kumpulan jahat
laporan berita di bawah ini membuktikan mereka ini betul betul jahat
NOTA:
sesiapa tahu mana lagi restoran mamak yang buat kerja jahat
ini sila hantarkan gambar untuk meneruskan kempen
NOTA:
juga jika dapat tahu restoran ini pakai pekeraj haram dari india
sila laporkan secara TERBUKA ertinya : tulis surat terbuka kepada
pihak imogrisen dan salinan kepada menteri dan yb
BOIKOT DARI SEKARANG
KIMMA SETIA BN WALAU PUN CUBA DISOGOK PEMBANGKANG - berota hairan
Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) tetap setia bersama Barisan Nasional (BN) walaupun parti itu pernah ditawarkan wang berjuta ringgit, dijanjikan jawatan penting dalam kerajaan pembangkang serta pelbagai insentif dan projek jika menyertai pembangkang, kata Presidennya, Datuk Syed Ibrahim Kader.
Bagaimanapun, katanya, pelbagai tawaran lumayan berkenaan tidak mampu menggugat kesetiaan KIMMA terhadap BN kerana masyarakat India Muslim negara ini tidak sanggup menggadai maruah semata-mata mahu mengejar imbuhan, pangkat serta kesenangan sementara.
Malah katanya, seorang pemimpin pembangkang pernah menghubunginya secara peribadi dan menawarkan imbuhan sebanyak RM55 juta sekiranya beliau dan ahli KIMMA bersetuju untuk menyertai pakatan pembangkang.
“Dia (pemimpin pembangkang) telefon saya dan memberitahu... Datuk, saya akan beri RM5 juta sekiranya anda bersetuju sertai kami hari ini. Pagi esok saya akan masukkan lagi dalam akaun...jika selepas itu anda membawa bersama orang-orang anda (ahli KIMMA), saya akan masukkan RM50 juta lagi dalam akaun anda. Itu adalah janji dibuat pemimpin pembangkang berkenaan kepada saya beberapa tahun lalu.
Sunday, April 17, 2011
Tahniah kepada BN
Saturday, April 16, 2011
Tolong lah baca ,,,,,,,,,,,, dan nilai sendiri,,,
Masanya telah tiba untuk sedar, bukan sahaja sedari diri yang celik hiburan dan buta ilmu malah sedar dari penindasan oleh pemerintah yang zalim ini. Mereka yang berkuasa tidak akan mahu melepaskan kuasa mereka kerana mereka telah terlalu ketagih terhadap "dadah" dari nikmat berkuasa tersebut. Mereka akan lakukan apa sahaja termasuklah menghalalkan apa yang haram dengan meletak ulamak yang sejiwa dengan mereka untuk tujuan itu. Lihatlah Gaddafi sebagai contoh yang sanggup membunuh rakyatnya sendiri hanya kerana ingin kekal berkuasa, tiada bezanya pemimpin kita hari ini, bezanya mereka membunuh rakyat secara senyap, bagaimana? Apabila kemiskinan semakin teruk, rakyat akan berbunuhan sesama sendiri untuk mendapatkan wang (merompak), kalau tak bunuh pun, menipu, rasuah, melacur dan pelbagai lagi penyakit sosial. teruskan membaca di SINI
Melayu pun bukan hindu pun bukan
Tahlil n Doa
Friday, April 15, 2011
Thursday, April 14, 2011
Fulus wal Gurus aka Duit wal Money
Bilo dah sosak nya mcam amcam leh berlaku,, dari hidup jadi merempat leh baik jadi barua hahahahha janji dapat makan n minum,,,
Pendirian di tolak tepi, gadai kan prinsip demi tajuk diatas.
Apa jua gua tetap menyokong PAS/PR walau pun PKR banyak main TAHI , PAS kadang kadang ada yg main kencing, bagi gua itu sedikit, tak lah besar sangat mudharat nya ((pinjam kata kata ISA)) semoga kebenaran akan berpihak kepada rakyat yg ingin kan kebaikan menyeluruh.
Wednesday, April 13, 2011
"HarakahDaily NO UMMPPPP"
Baca seterus nya di AMKNS
Tupperware Party
Monday, April 11, 2011
Kaji dan Teliti Manifesto Pakatan Rakyat, jgn ceh kan nya
Jangan persendakan manifesto pihak lawan.
Kempen pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak sudah sampai ke tahap panas. Sehari dua ini isu manifesto PR di jadikan isu besar sehingga Perdana Menteri dan Timbalannya mengambil isu ini sebagai isu yang tidak terlepas dari lidah mereka derngan memandang remeh dan mencemekkan usaha keras PR untuk keluar dengan manifesto yang mereka mampu melaksanakannya.BN menganggap manifesto yang di paparkan oleh PR tidak realistik dan boleh membuat negara kita bangkrap dan sebagainya. Hanya manifesto BN sahaja yang benar-benar baik dan boleh melakukan perubahan yang membangnkan umat khususnya rakyat Sarawak yang akan mengundi pada 16 hb yang akan datang.
Pihak kita meminta orang ramai jangan percaya dengan janji PR dalam manifesto mereka kerana PR belum lagi dan tidak pernah melakukannya. Kata mereka, BN lah yang telah terbukti selama ini membangunkan rakyat dan negara dan PR tidak lagi mempunyai rekod mentadbir negara. Saya tidak berapa setuju untuk mengatakan yang PR tidak mampu melaksanakan manifesto mereka jika mereka di berikan kuasa kali ini.
PR belum diberikan peluang untuk memerintah di peringkat Persekutuan. Memanglah mereka belum dapat membuktikan keampuhan mereka untuk mentadbir. Tetapi sedikit sebanyak bukti boleh ditunjukan untuk menyatakan yang PR mampu mentadbir jika kita lihat apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor. Hanya pihak kita sahaja yang tidak mahu menerima hakikat ini kerana sebab-sebab politik.
Selama ini semua kerajaan tempatan di Pulau Pinang sentiasa mengalami defisit, tetapi sejak hampir 3 tahun PR mentadbir negeri itu kebanyakan kerajaan tempatan di negeri itu telah mengalami surplus yang agak besar. Maka nyatalah yang selama ini defisit yang di alami semasa BN memerintah P Pinang adalah kerana ketirisan pentadbirannya. Memanglah orang BN terutamanya dari UMNO tidak suka dengan komen saya ini tetapi saya bukan untuk mengampu sesiapa, tetapi saya hanya hendak mengampu kebenaran semata-mata.
Sebaliknya BN pula yang mengelabah dengan keadaan ini dan terusan bertindak tercari-cari kelemahan kerajaan negeri untuk di adakan demonstrasi di sana sini di negeri itu. Dulu kita juga yang mengatakan demonstrasi hanya di lakukan oleh pihak yang desperate. Jadi dengan tindakan demonstrasi yang di lakukan oleh UMNO dan BN di P Pinang dan Selangor itu benar-benar menampakan ‘attribute’ UMNO sebagai sebuah parti pembangkang yang 'desperate'.
Jika UMNO dan BN terus-terusan mengadakan demo di jalanan maka tidak hairanlah jika parti itu terus sahaja menjadi pembangkang kerana sifatnya seperti pembangkang itu ada di kalangan pimpinan dan ahli UMNO di Selangor.
Saya akan di hentam kerana pandangan ini tetapi saya lebih suka untuk bercakap apa yang sebenarnya ada di dalam pemikiran saya kerana bercakap lain dari apa yang terkandung di dalam pemikiran itu akan menjadikan kita rasa bersalah.
Saya tahu manifesto PR itu boleh dilaksanakan jika diberikan oleh rakyat untuk melakukannya. Apa yang dilakukan oleh pemimpin kita untuk memperkecilkan usaha PR rakyat itu memanglah perkara biasa kerana mereka takutkan kuasa yang ada di tangan akan jatuh kepada pihak lain jika rakyat percaya dengan manifesto PR itu. Oleh itu mereka (pemimpin BN) akan memperkecilkan segala kandungan di dalam manifesto PR itu.
Kalau kita ingat di dalam manifesto BN Sarawak di dalam pilihanraya-pilihanraya yang lalu, isu untuk membina jalan raya dan mengadakan kemudahan air dan letrik untuk semua rakyat sentiasa ada. Jika benar manifesto itu dilaksnakan dahulu masakan sesudah Taib memerintah selama 30 tahu isu membekalkan api dan air itu masih ada di dalam manifesto sekarang. Sepatutnya isu itu sudah tidak ada lagi di dalam manifesto sekarang kerana sepatutnya air dan api sudah selesai dari dahulu lagi.
Sepatutnya sekarang ini manifesto BN mengandungi isu-isu yang lebih berdaya maju, bukannya masih terkongkong dengan isu infrastuktor yang kecil-kecilan seperti api dan air serta jalan raya kampong dan sebagainya. Taib dan BNnya telah diberikan tempoh selama 30 tahun. Takkanlah air dan api masih menjadi kandungan penting di dalam manifesto BN sekarang ini.
Ini sahaja telah membuktikan yang BN juga merupakan pihak yang telah banyak tidak mengotakan janji-janji yang terkandung di dalam manifesto pilihanraya-pilihanraya yang lalu.
Tetapi banyak yang tidak ada di dalam manifesto BN telah dilaksanakan dengan begitu terang-terangan, seperti Menteri-Menteri Kabinet yang mempunyai mansion-mansion besar yang bernilai puluhan juta ringgit di Sarawak. Ketua Menterinya bergaya dengan Rolces Royce, sama dan setaraf dengan kereta yang membawa Raja-Raja Melayu. Lain yang dijanjikan di dalam manifesto lain pula yang dilakukannya.
Kita baca sahaja manifesto-manifesto parti-parti yang bertanding itu dan kita buat penilaian masing-masing. Yang penting kita mesti mengundi dengan penuh tanggung jawab dan pemilihan mestilah berpaksikan kepada menjaga politik negara dan tidak lagi ada pemimpin yang memferaidkan harta rakyat seperti yang dilakukan mereka selama ini.
Sesiapa pun boleh kita undi. Negara ini negara demokrasi. Rakyat berhak menaikkan atau menurunkan mana-mana peimpin dan parti yang mereka suka.
http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/04/jangan-cemwekkan-manifesto-pihak-lawan.htm
Saturday, April 9, 2011
Friday, April 8, 2011
Apo ???? tak pueh hati koo ???????
Hahahhahahahahahahahahah Janagan Marah Nanti kena Jual................
Sifat JELIK sebahagian PEMIMPIN POLITIK MALAYSIA
This is an image of that Ibrahim whose needs has to be taken care of by his wife… |
Sumber gua ambil dari :-
STEADYAKU47
Monday, April 4, 2011
Woiii mangkok jamban... lu teliti betul betul.....
Jelas, perut pelakon yang lebih besar berbanding perut sebenar Anwar Ibrahim! Lihat pula wajah dari sisi kamera, sah itu BUKAN ANWAR!! |
Lihat pula perut Anwar Ibrahim semasa sidang media di Merchant Square, Petaling Jaya, 21 Mac lalu! |
Wajah Anwar Ibrahim yang sebenar |
Hari ini saya terpaksa menonton sedutan video tersebut.
Selepas menonton video tersebut, kenyataan awal saya terbukti benar memandangkan sosok dan lenggok badan watak utama termasuk perut yang menonjol jelas sekali bukan sosok badan Anwar.
(Gambar: Apakah ini badan Anwar?, Mereka yang rapat dengannya tahu ini bukannya Anwar)
Hakikat ini mungkin tidak jelas bagi mereka yang tidak mengenali Anwar secara dekat, tetapi sebagai bekas Setiausaha Sulit beliau selama dua tahun saya tahu bahawa itu bukan Anwar.
Apatah lagi saya mengenali keperibadiannya sebagai seorang Muslim dan pemimpin keluarga yang baik.
Jelas sekali video ini dibuat untuk tujuan politik.
Tarikh video ini ditayangkan kepada wartawan dan seterusnya kini didedahkan sedutannya kepada umum dibuat untuk tujuan strategik sempena Pilihan Raya Negeri Sarawak.
Enam persoalan asas masih belum terjawab:
1. Mengapa Rahim Tamby Chik, Shazril Eskay dan Shuib Lazim tidak berani mendedahkan diri mereka ketika mula-mula menayangkan video kepada editor-editor kanan milik Barisan Nasional di Carcosa?
2. Siapakah individu ketiga dalam video tersebut? Kehadiran lelaki ketiga yang bertindak seperti pengarah video menggambarkan ini bukan rakaman CCTV rahsia sebagaimana didakwa Dato' T.
(Gambar: Siapa lelaki yang sedang memasang video ini?)
3. Adakah mereka tidak yakin dengan kewibawaan moral mereka sendiri ataupun khuatir bahawa rakyat akan menyimpulkan video ini satu lagi usaha UMNO-Barisan Nasional untuk menyerang Anwar memandangkan ketiga-tiga mereka mempunyai hubungan dengan UMNO khususnya Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Datuk Seri Najib Tun Razak?
4. Dato’ T mendakwa video ini dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Namun tulisan di dalam video tersebut (di dalam bahasa Thai) apabila diterjemah menyebut “Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011”. Adakah video ini sebenarnya video lucah Thai yang tiada kaitan dengan Malaysia?
5. Mengapa UMNO diam membisu tentang pandangan tiga mufti: Dr Juanda Jaya (Perlis), Datuk Tamyes Abd Wahid (Selangor) dan Datuk Mohammad Shukri Mohammad (Kelantan) yang meminta umat Islam mengesahkan dulu sebarang maklumat yang datang daripada pihak yang fasik? Malah, Tan Sri Harussani Zakaria (Perak) juga mengeluarkan pandangan serupa tetapi menurutnya tidak dilaporkan Utusan Malaysia.
6. Mengapa pihak polis yang tegas memberi amaran kepada orang ramai jangan mengedar video Chua Soi Lek dahulu (yang diakui Soi Lek sendiri benar) tidak mengambil pendekatan sama kali ini?
Sudah sampai masanya kita menghentikan politik fitnah kotor dan keji yang merendahkan wibawa politik negara kita. Pada awal tahun ini rakyat menaruh harapan terbitnya Buku Jingga Pakatan Rakyat akan memulakan budaya baru politik mengenai idea dan polisi yang menandakan kematangan masyarakat negara kita.
Malangnya bukan sahaja Najib menolak berbahas mengenai buku jingga, tetapi dalam keadaan beliau
terdesak kini nampaknya membiarkan budaya politik busuk terus bermaharajalela.
Ketika arus demokrasi berkembang pesat di seluruh dunia, politik Malaysia nampaknya masih lagi pada takat yang lama.
NIK NAZMI NIK AHMAD
Pengarah Komunikasi
Parti Keadilan Rakyat