welcome

 

 

Selamat Datang Ke Bintongan

DIMANA MELAYU BANGGANG DI SITU UMNO MENANG

 

 

 

Ni Pengikut Gua

Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world

zwani.com myspace graphic comments



Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world to work and live in, while Malaysians are warm, friendly people who easily accept foreigners into their circle of friends.
Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world to work and live in. In addition, the country's tropical climate with its uniform temperatures allows light, comfortable clothing throughout the year.
Expatriates and their families will enjoy a safe and comfortable living environment with 21st century amenities, good healthcare and medical facilities, excellent educational institutions, and world-class recreational and sports facilities - at costs much lower than in their own countries.
One of the country's most distinctive features is its rich diversity of cultures, a heritage derived from its racial mix of some of the world's oldest civilisations - Malay, Chinese and Indian. This potpourri of race and culture has enabled Malaysians to speak at least two, and even three, languages - Malay (the national language), English, and their own mother tongue. Living in such a cosmopolitan environment, Malaysians are warm, friendly people who easily accept foreigners into their circle of friends.


StarBug

HATE


Berkicauan

Monday, June 18, 2012

Cerah kan MINDA anda wahai ex UMNGOK ... hahahhahaha

 KLIK DISINI untuk SUMBER


 Gua rasa heran macamana ada Team Timbalan Presiden, maknanya dalam PKR ada berapa TEAM? Hangpa jangan nak buat leceh jangan dok main KRONI-KRONI....Hangpa tak suka walaupun belum tentu salah hangpa cantas....Jangan dok bawak budaya AMNO-APCO....panas isu pemilihan 2010 tak habis lagi hangpa dah buat hal....

 

undi lah pas , pkr atau dap “Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta” "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason"

Wednesday, June 13, 2012

Nismilan dalam Bahaya,,,

Negeri Sembilan dalam bahaya jika BN masih mengekalkan Datuk Seri Mohamad Hasan bertanding dalam pilihan raya umum 13.“Rakyat Negeri Sembilan mengatakan mereka tidak mahu Menteri Besar sekarang bertanding sekali lagi. “Mereka kata,jika Mohamad bertanding, mereka tdak akan undi BN,” kata bekas ADUN BN Chembong, Datuk Mohamd Rais Zainuddin. Menurutnya, sekumpulan ahli veteran Umno Negeri Sembilan telah mengetengahkan perkara ini ke pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

 Katanya, rakyat tidak gembira dengan Mohamad dan meminta beliau tidak bertanding mana-mana kerusi DUN di Negeri Sembilan.

“Mereka kata, mereka tidak gembira dengan keluarga Mohamad. Ini pandangan rakyat, saya cuma memberitahu. “Jika Najib mengutamakan rakyat, beliau harus melihat dan mempertimbangkan perkara ini dengan serius, ” kata Mohamad Rais yang juga bekas AJK Umno Rembau.

Katanya, rakyat yang sayangkan BN dan Umno bimbang Negeri Sembilan akan jatuh ke tangan pembangkang jika Mohamad terus bertanding dalam PRU 13.  Sementara itu, seorang AJK Umno Rembau memberitahu, penyokong bekas Menteri Besar Tan Sri Isa Samad yang tidak gembira dengan Mohamad.

“Mereka tidak mahu Menteri Besar sekarang bertanding lagi di DUN Rantau,” kata Mohd Fauzi Othman.

‘Orang Isa tidak suka Mohamad’

Mohamad bekas tokoh korporat menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selepas PRU 12. Beliau juga merupakan Ketua Umno Rembau. Kata Mohd Fauzi, orang Isa masih belum puas dengan Pengerusi Felda itu yang telah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 21 tahun itu.

“Orang Isa tidak suka kepada Mohamad, mungkin mereka sudah tidak dapat apa yang mereka dapat semasa Isa menjadi Menteri Besar. “Tapi apa yang Isa buat selama menjadi Menteri Besar? Sepatutnya Negeri Sembilan sudah jadi seperti Melaka jika ditadbir secara korporat.

“Ini yang mahu dibuat oleh Mohamad iaitu membangunkan Negeri Sembilan secara korporat. “Cara ini (korporat) mungkin menyebabkan orang tidak suka kepada Mohamad tetapi ia sesuai untuk pembangunan Negeri Sembilan,” katanya lagi.

Menurut Mohd Fauzi, bagaimanapun beliau tidak mendengar bahawa Mohamad akan bertanding di Parlimen atau DUN lain dalam PRU 13. Katanya, Mohamad akan kekal di DUN Rantau dan pengundi serta boleh menerima pemerintahannya secara korporat yang sesuai dengan perkembangan semasa Negeri Sembilan yang berkembang pesat.

“Tanya rakyat Negeri Sembilan, apa beza Menteri Besar Negeri Sembilan sekarang dengan Menteri Besar sebelum-sebelum ini?” katanya lagi. Mohd Fauzi yakin Mohamad akan kekal bertanding di DUN Rantau kerana beliau merupakan anak jadi kawasan tersebut.

Mohamad disebut-sebut akan bertanding di DUN Paroi yang kini diwakili Pesuruhjaya PAS negeri, Mohamad Taufek Abdul Ghani dalam PRU 13.

Tuesday, June 12, 2012

Harga Kereta Kita ,, banding kan ..........





undi lah pas , pkr atau dap 
“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta”
 "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason"

Monday, June 11, 2012

MB Nismilan,,,,,,,,,,,,,, nak jadi ADUN PAROI lwn PAS hahahhahahahahah


Negeri MB on mission to kill off PAS

by Zefry Dahalan, June 11, 2012
The word from Umno is that he will take on the state’s PAS commissioner in Paroi.
SEREMBAN: Negeri Sembilan Menteri Besar Mohamad Hasan is set to contest the PAS-held Paroi state seat in the coming election, a move Umno describes as bold but which a PKR official sees as an indication of his lack of choices.
Paroi, currently held by PAS commissioner Mohd Taufek Abdul Ghani, was the only state seat in Negeri Sembilan that PAS won in the last general election.
An Umno insider said Mohamad had decided to take on Taufek in order to boost the morale of his party machinery.
“Taufek is the favourite candidate at the moment to win again the Paroi seat,” said the source.
“By contesting in Paroi, Mohamad will checkmate Taufek and end PAS’ dominance in Paroi.”
He said Umno was determined to take back all the state seats it lost in the 2008 election.
The source appeared confident that Mohamad would win against Taufek because he “will bring along the Menteri Besar title with him”.
“It will send a signal to voters that if Mohamad wins and returns as Menteri Besar again, the people of Paroi will benefit the most.”


undi lah pas , pkr atau dap “Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta” "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason"

Program Adat Perpatih,,,,,


Sumber dari Anak Ghombau

Pada 7hb - 8hb Julai 2012 yang akan datang, Lembaga Muzium Negeri Sembilan akan menganjurkan Pesta Persukuan Adat Perpatih 2012. Pesta Persukuan Adat Perpatih telah dianjurkan semenjak tahun 1999. Sepanjang penganjurannya, hanya dua kali ia diadakan di luar Seri Menanti iaitu di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Padang MPS, Seremban. Saya melihat saban tahun Pesta Persukuan Adat Perpatih semakin tidak menarik. Kehadiran pengunjung tidak seramai yang dijangkakan. Tahun lepas, pihak penganjur mengumumkan kehadiran pengunjung mencecah 15,000 orang. Mungkin jumlah ini termasuk dengan jumlah pengunjung yang hadir di malam persembahan. Ini bermakna penganjuran Pesta Persukuan adalah tidak berjaya mencapai matlamatnya.

Sehingga kini, tidak kelihatan sebarang promosi yang dijalankan. Saya tidak faham bagaimana pihak penganjur menganjurkannya. Tahap penganjuran setiap tahun seolah-olah tiada perubahan. Cuba lihat lihat aktitivi yang akan diadakan pada tahun ini. Sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Tiada perubahan. Malah penduduk-penduduk di sekitar Seri Menanti tidak begitu berminat untuk datang dengan alasan tidak ada perbezaan setiap tahun. Apatah lagi penduduk di luak-luak yang lain. Isu penganjuran juga sering diperkatakan oleh Dato'-Dato' Lembaga. Kegagalan yang begitu jelas berlaku pada tahun lepas di mana kad jemputan terpaksa dicetak sebanyak 3 kali dan akhirnya KeBawah Duli Yang DiPertuan Besar tidak hadir di dalam majlis perasmian. Adakah perkara yang sama berlaku pada tahun ini. Sampai bila penganjur tidak mahu belajar daripada kesilapan.
Ratusan ribu telah diperuntukkan bagi penganjuran pesta setiap tahun. Saya berharap pihak penganjur menggunakan peruntukkan dengan sebaik-baiknya. Di dalam apa jua penganjuran majlis, perlu ada keuntungan walaupun ia bersifat ilmiah. Persoalannya, adakah pihak penganjur menyediakan Return Of Investment (ROI) di dalam penganjuran Pesta Persukuan Adat Perpatih setiap tahun. Kalau tidak ada, saya mencadangkan bagi penganjuran yang akan datang, Kerajaan Negeri perlu meminta pihak penganjur membentangkan hasil penganjuran pesta dari semua aspek. Di samping itu, pihak penganjur perlu menyediakan ROI bagi penganjuran pesta yang akan datang. Kedua-duanya perlu dihantar kepada Kerajaan Negeri di penghujung tahun agar rancangan yang lebih terperinci boleh dilakukan.

Penganjuran Pesta Persukuan Adat Perpatih memerlukan satu sentuhan yang berbeza setiap tahun. Ia hanya boleh dilakukan dengan menganjurkannya di luar Seri Menanti. Adakan di setiap luak secara bergilir. Secara tidak langsung, ia akan menggalakkan kehadiran pengunjung di samping mempromosikan dan memperkenalkan tempat-tempat yang menarik di setiap luak. 






undi lah pas , pkr atau dap “Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta” "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason"

Bangsat lu ,,,,

Sumber di  Misai Merah  tak penting beb ,,,,,,,,,,,,,,,,,


undi lah pas , pkr atau dap “Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta” "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason"

Wednesday, June 6, 2012

Kekalahan MENGHANTUI PEMIMPIN BN yg KORUP..........



undi lah pas , pkr atau dap
 “Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta”
 "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason"

 Sumber 110% dari Aspan Alias


Hari demi hari undang-undang yang menghantui rakyat semakin ketat dengan hampirnya pilihanraya umum ke13 ini. Nampaknya kartoon tidak boleh digunakan dalam pilihanraya ini, itu kata Timbalan Pengerusi SPRM. Dr Mahathir pula meminta kebebasan internet disekat dan seperti biasa Rais Yatim dengan pantas ‘merawikan’ kata-kata Dr Mahathir itu.
Tetapi cerita tentang pengundi haram yang didaftarkan dalam senarai pengundi tidak juga diselesaikan oleh SPRM. Pihak berkuasa dan pemimpinnya asyik mentelaah bagaimana hendak sekat pihak pembangkang, tetapi kerja dan tanggungjawabnya untuk membersihkan senarai pengundi yang merupakan asas demokrasi itu sampai kehari ini tidak diindahkan.
Saya dan ramai lagi telah bercakap dan bertanya kenapa kali ini sudah mula timbulnya unsur-unsur menekan seolah-olah ianya membayangkan yang BN tidak mahu menerima keputusan PRU jika  rakyat menolaknya. Dengan penekanan ini maka jelas yang sebenarnya yang akan mewujudkan huru-hara selepas pilihanraya nanti ialah pihak BN.
Zunar, kartoonis begitu berang dengan kecenderungan kartoon digunakan oleh setengah pihak sebagai alat kempen dalam pilihanraya nanti. Zunar akan tetap melukis kartoonnya dan tidak ada apa-apa pun boleh menghalang beliau melukis kartoon yang menjadi bidang kegemaran dan  profesionalisma nya.
Jika seruan Mahathir untuk melakukan sekatan terhadap internet sebagai alat penyampai maklumat bagi pihak pembangkang elok kita bertanya, bagaimana pembangkang hendak menyampaikan mesejnya kepada rakyat? Kerajaan buat apa lagi kepada pembangkang? Segala-galanya hendak disekat.
Kalau takut sangat dengan kebangkitan maklumat untuk rakyat, kenapa masih hendak menjadi kerajaan?  Rakyat hendak menggunakan internet itu untuk mengetahui apa terjadi kepada isu scorpene misalnya. Media arus perdana tidak akan menyiarkan perkara yang sebenarnya tentang scorpene ini. Rakyat ingin tahu bagaimana penglibatan Altantuya dalam isu pembelian scorpene itu.
Melalui internet lah yang kita boleh mengetahui bagaimana komisyen haram yang diterima oleh pemimpin kita dalam projek membeli kapal selam yang suatu ketika dahulu tidak dapat hendak menyelam itu? Semua orang hendak tahu dimana komisyen haram itu dibayar…..diHongkong ke atau di Singapura atau dimana?
Kita hendak tahu berapa Najib perolehi dari pembelian kapal selam itu dan jika boleh kita hendak tahu samada isu tuntutan Najib untuk dibayar sebanyak USD1 billion sebelum wakil syarikat pembinaan kapal selam itu mendapat tempahannya. Kita juga hendak tahu berapa Altantuya sepatutnya dapat sebahagian dari komisyen itu. Sudah dibayar atau belum lagi kepada Altantuya.
Jika belum dibayar kita hendak tahu sudahkah dibuat urusan untuk membayar waris kepada Altantuya jumlah yang sepatutnya diberi kepadanya. Banyak lagi isu-isu yang rakyat hendak tahu apa sebenarnya yang berlaku.
Semuanya ini memerlukan maklumat dari internet kerana media arus perdana tidak akan menyiarkannya. Kenapa kita perlu menyokong seruan Mahathir untuk membebaskan kegiatan melalui internet itu. Jika dilaksanakan kehendak Mahathir itu ia bermakna kerajaan ingin mengikat tangan penyokong pembangkang dan melakukan ‘circumvention’ terhadap proses demokrasi yang sebenarnya.
Apa yang BN hendak sorokkan sangat itu? Bukankah BN kata mereka tidak bersalah dalam semua tuduhan dan spekulasi rakyat seluruh dunia itu? Jika tidak bersalah kenapa takut-takut? Kalau pembangkang berbohong rakyat boleh tengok pembohongan itu melalui internet. Kenapa takut kerana rakyat akan menghakimi nya samada BN atau PR yang berbohong. Tetapi kita takut-takut yang BN lah yang berbohong, bukannya PR.
Jika pembangkang memenangi pilihanraya melalui internet, apa salahnya. Negara ini negara demokrasi dan rakyat berhak untuk mendapatkan semua maklumat-maklumat tersebut. Kalau dinegara Cina komunis pun internet bebas untuk menjadi media pilihan rakyatnya kenapa Malaysia memilih untuk menjadi lebih buruk dari pentadbiran negara komunis itu.
Jika Myanmar sekarang sudah terbuka kepada dunia luar kenapa pula kita yang hendak menutup negara kita dari dunia luar. Mahathir juga yang telah memperjuangkan dunia tanpa sempadan tetapi apa bila ‘nature’ hendak mengambil tempat dan melakukan perubahan BN sudah tidak dapat menerimanya. Sikap tidak dapat menerima kekalahan ini adalah sikap semula jadi politik dunia ketiga.
Tetapi pemimpin kita dengan gah kesana kemari bercakap tentang wawasan 2020 yang meletakkan negara setaraf dengan negara-negara maju. Negara maju apa yang hendak kita capai jika kekalahan dalam pilihanraya menjadikan mereka hilang akal dan tidak dapat menerimanya langsung, seolah-olah hendak memisahkan kulit dari daging atau hendak memisahkan kulit dengan kuku.
Parti Buruh Britain baru sahaja menerima kekalahan dan kekalahan yang terbaru ini bukannya kekalahan kali pertama. Parti Buruh bergilir-gilir memerintah dengan parti Conservative tetapi tidak pula mereka sanggup menolak asas demokrasi yang sebenar semata-mata untuk mempertahankan kuasa. Kalah kali ini mereka akan dapat semula dalam pilihanraya yang akan datang. Menang dan kalah itu perkara biasa dalam sesebuah negara maju.
Hanya BN sahaja yang merasakan seolah-olah dunia akan kiamat jika kalah dalam pilihanraya. Sebenarnya kekalahan BN jika benar berlaku, merupakan hikmah besar buat BN itu sendiri. Dalam kekalahan itu BN boleh membersihkan kekotoran yang mereka lakukan semasa memerintah. BN tidak mungkin dapat membersihkan kekotoran yang mereka lakukan jika masih berkuasa, malahan BN akan bertambah sombong dan angkuh jika terus mendapat mandat.
Jika BN menang lagi rasuah akan dilakukan dalam jumlah trillion ringgit, bukannya lagi dalam jumlah ratusan billion. Lagi pun adalah ‘natural’ bagi sesebuah parti yang terlalu lama memerintah dimana-mana negara lain jatuh tersungkur dihadapan mata rakyat mereka.
Hanya di negara kita pengalaman ini baru sahaja hendak berlaku. Di negara lain pertukaran pemerintah ini berlaku acap kali tanpa masalah. Gordon Brown telah menyerahkan kuasa hanya dalam tempoh enam jam kepada parti Conservative dan Liberal Demokrat setelah beliau tidak berdaya menubuhkan kerajaan selepas pilihanraya Britain tahun lalu.
Jika saya yang jembel ini boleh mempelajari apa yang berlaku dinegara maju, masakan Mahathir tidak dapat belajar dari keadaan itu. Jika untuk menutup kesalahan merupakan sebab untuk mempertahankan kuasa dengan apa daya sekali pun, itu bukan masalah rakyat kita. Itu masalah mereka. Siapa suruh melakukan kerja-kerja tidak baik terhadap negara dan rakyat?
Kita mesti akui segala kerja jenayah yang dilakukan oleh pimpinan BN selama ini merupakan kerja jenayah (treason) terhadap negara dan mengkhianati negara itu adalah terlalu besar kesalahannya untuk dimaafkan rakyat.



Tuesday, June 5, 2012

Rais anak Yatim,,, Jambatan dah hanggusssssssssssssssssssss

  

Penyakit apa yang mengenai Rais Yatim ni? Apa hal mesti bersatu di belakang UMNO? Apa yang special dengan UMNO Mahathir ini? adakah ianya memberi kita kebebasan bertindak mengatasi undang2? Dalam UMNO kita kena bertindak tertakluk kepada undang2- di luar UMNO pun sama, kita semua mesti operate di bawah undang2. Jadi tidak ada special nya berada dalam UMNO. Perkara yang boleh di perjuangkan bersama UMNO, boleh juga di perjuangkan diatas wadah bukan UMNO. Berada dalam UMNO, adakah ianya memberi kita kekuatan luar biasa? Tidak ada. Jadi kenapa mesti kita bernaung di bawah UMNO yang telah membawa kerosakan kepada bangsa Malaysia? untuk bacaan seterusnya sila ke blog  Sakmongkol AK47






undi lah pas , pkr atau dap “Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta” "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason"

PEKIDA Kedah Buat Lawak hahhahahahahhahahahah

 Sumber gua cilok 110% dari bloglistpolitik.blogspot.com

.. Tuntut Perkara Yang Sudahpun Dilaksanakan..

Kelmarin Pekida Kota Setar yang diketuai oleh Mansor @ Chot telah mengadakan himpunan haram di hadapan Wisma Darul Aman. (Chot ni.. dialah Pekida, dialah Perkasa, dia UMNO, dia badan bertindak Madrasah Salihiah, dia badan bertindak jirat Cina Kulim.. wuyoo kalau Tok Mat Bashah dia punya jawatan).

Mereka telah kemukakan 11 tuntutan kepada kerajaan negeri. Berikut adalah senarai tuntutan dan komen oleh Kedah La di bawah tuntutan tu...

TUNTUTAN 11 PERKARA OLEH PEKIDA DAERAH KOTA SETAR DAN UMAT ISLAM DI KEDAH KEATAS KERAJAAN ISLAM PAS UNTUK MELAKSANAKAN 'AMAL MAARUF NAHI MUNGKAR'


Antara tuntutan yang di tuntut kepada kerajaan PAS Kedah adalah seperti berikut :

1. MEMANTAU Operasi Pengeluaran lesen dan aktiviti Pusat Hiburan, Pusat Maksiat, Rumah Urut, Pub, Disko dan seumpamanya yang merugikan dan MEMURTADKAN Umat Islam dibawah pentadbiran Kerajaan Islam PAS di Kedah.

(Kedah La: Alhamdulillah kerajaan negeri memang sentiasa memantau sekarang, cuma nak habag bagi tidak ada lesen dikeluarkan untuk Pusat Maksiat, Pub dan Disko. Lesen Rumah Urut ada dikeluarkan tapi untuk urut tapak kaki bukan pusat pelacuran. Bagaimanapun jika Pekida ada maklumat mengenai aktiviti maksiat di premis2 tersebut sila maklumkan secara tepat segala maklumat kepada kerajaan negeri untuk tindakan. Minta maaf nak harap org PAS bg maklumat depa tak tau apa sebab depa tak pernah masuk tempat2 macam tu)

2. MENGHAPUSKAN unsur-unsur SYIRIK sama ada dalam bentuk monumen, tugu ataupun simbol-simbol yang berada di negeri Kedah TIDAK SELARAS dan BERCANGGAH dengan ajaran Islam dan Perlembagaan PAS (parti yang mentadbir Kedah).
(Kedah La: Setakat pengetahuan kerajaan negeri tidak ada monumen seumpama itu. Kalau Pekida ada maklumat sila maklumkan secara tepat untuk diambil tindakan)

3. MENJALANKAN operasi bersepadu agar anak muda,golongan remaja dan belia dapat dicegah dari aktiviti berpeleseran, jenayah jalanan, merempit, membuang masa, berkhalwat dan berzina.

(Kedah La: Kerajaan Negeri bimbing golongan remaja melalui Kem Anak Soleh, Kem Bina Insan, Kem Bina Shakhsiah, Kem Belia Sejahtera dan macam-macam lagi. Jenayah jalanan dan rempit tu kerja polis, kena pi bagitau Najib atau Tok Mat Bashah. Konsert K-Pop untuk galak remaja bermaksiat dianjurkan oleh BN bukan PAS. Faham noooo)

4. MEMELIHARA Tanah Wakaf, Mahaahad Tahfiz, Sekolah Agama Rakyat. Menjalankan usaha dakwah serta pengimarahan surau, masjid dengan kegiatan berfaedah dan perancangan aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan yang berterusan dengan dokongan dan bantuan kukuh pihak kerajaan negeri, JAIK dan MAIK serta agensi berkaitan.

(Kedah La: Setakat ini semua itu dipelihara dengan baik. Jika ada tanah wakaf yang tidak berfungsi dengan baik, kerajaan lakukan Istibdal (pindah wakaf) supaya harta wakaf diimarahhkan dgn pelbagai kegiatan. Bantuan untuk institusi pendidikan Islam pun macam2 dihulurkan tidak seperti semasa BN perintah negeri dulu)

5. MENJALANKAN usaha-usaha terancang, bersungguh ke arah mengurangkan kemiskinan dan peningkatan peluang ekonomi di kalangan umat Islam Kedah. Ini disebabkan 'kemiskinan boleh menghampirkan umat ini ke arah kekufuran'.

(Kedah La: Alhamdulillah semua saranan itu telah dilakukan dgn baik berdasarkan kemampuan kerajaan negeri. Cuma yang tak buat kerja itu ialah Kerajaan Pusat.. Pekida kena pi habag kat Najib atau wakilnya Tok Mat Bashah mengenai isu ini)

6. MENYEMARAKKAN usaha pendidikan Islam yang sebenar bagi membolehkan lebih ramai ilmuan Islam dalam pelbagai bidang dilahirkan selain ilmuan dalam bidang keagamaan.

(Kedah La: Itu pasailaa kerajaan besarkan KUIN, tambah kursus pengajian, bina Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba. Masalahnya puak2 pembangkang iaitu BN di Kedah kata besarkan KUIN tu membazir, Pekida kena pi serang puak UMNO tu)

7. MEMELIHARA alam sekitar, ekologi dan persekitaran dengan sebaiknya untuk keseimbangan hidup sepertimana tuntutan agama agar keuntungan tidak dilebihkan sehingga alam sekitar dirosakkan.

(Kedah La: Alhamdulillah semuanya terkawal oleh Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Hutan... dua2 tu agensi kerajaan Pusat/BN. Kalau depa tak buat kerja hantam depa cukup2)

8. MENINGKATKAN amalan kebersihan dan mewujudkan persekitaran kondusif dalam semua bidang kehidupan sama ada ekonomi, politik, pentadbiran, sosial, dan kemasyarakatan disebabkan kebersihan adalah sebahagian daripada iman.

(Kedah La: Alhamdulillah semua yang disaran tu sudah pun berjalan dengan baik. Isu sampah sarap ni hanya teruk di zaman BN dulu, laa ni semua cantik merelit).

9. MEMUPUK ukhwah dan semangat perpaduan dan penyatuan dikalangan umat Islam agar sentimen benci membenci, prasangka,taksub membabi buta kepada puak dapat dikendurkan disebabkan sentimen sebegitulah yang seringkali menjadi penyumbang sehingga persaudaraan Islam menjadi longgar.

(Kedah La: Kerajaan negeri sentiasa memupuk perpaduan di kalangan rakyat, malangnya usaha tersebut dipecahkan oleh puak pembangkang Kedah yang tak habis2 buat demonstrasi haram, usaha menjatuhkan kerajaan negeri, menabur pelbagai fitnah terhadap kerajaan negeri)

10. BERMUSYAWARAH, bermuafakat, berlaku adil dan ihsan dengan semua pihak berkepentingan bagi apa-apa isu yang melibatkan kepentingan umat Islam di negeri Kedah.

(Kedah La: Hak ni pun merelit..telah dibuat dgn baik oleh kerajaan negeri tahap A++++)

11. BERSUNGGUH, ikhlas,jujur.dalam melaksanakan kesemua perkara di atas dengan mengketepikan sentimen politik, kepentingan diri, puak atau parti.

(Kedah La: Alhamdulillah.. selama 4 tahun PAS perintah Kedah semua dilaksanakan dengan ikhlas tanpa sentimen politik kepartian)



undi lah pas , pkr atau dap 
 “Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta”
 "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason"

Monday, June 4, 2012

Cows & Politics Explained.............



A CHRISTIAN DEMOCRAT:  You have two cows.  You keep one and give one to your neighbor.

A SOCIALIST:  You have two cows.  The government takes one and gives it to your neighbor.

AN AMERICAN REPUBLICAN:  You have two cows. Your neighbor has none. So what?

AN AMERICAN DEMOCRAT:  You have two cows.  Your neighbor has none.  You feel guilty for being successful.  You vote people into office who tax your cows, forcing you to sell one to raise money to pay the tax.  The people you voted for then take the tax money and buy a cow and give it to your neighbor. You feel righteous.

A COMMUNIST:  You have two cows.  The government seizes both and provides you with milk.

A FASCIST:  You have two cows.  The government seizes both and sells you the milk. You join the underground and start a campaign of sabotage.

DEMOCRACY, AMERICAN STYLE:  You have two cows.  The government taxes you to the point you have to sell both to support a man in a foreign country who has only one cow, which was a gift from your government.

CAPITALISM, AMERICAN STYLE:  You have two cows.  You sell one, buy a bull, and build a herd of cows.

BUREAUCRACY, AMERICAN STYLE:  You have two cows.  The government takes them both, shoots one, milks the other, pays you for the milk, then pours the milk down the drain.

AN AMERICAN CORPORATION:  You have two cows.  You sell one, and force the other to produce the milk of four cows.  You are surprised when the cow drops dead.

A FRENCH CORPORATION:  You have two cows.  You go on strike because you want three cows.

A JAPANESE CORPORATION:  You have two cows.  You redesign them so they are one-tenth the size of an ordinary cow and produce twenty times the milk. You then create clever cow cartoon images called Cowkimon and market them World-Wide.

A GERMAN CORPORATION:  You have two cows.  You reengineer them so they live for 100 years, eat once a month, and milk themselves.

A BRITISH CORPORATION:  You have two cows.  They are mad.  They die. Pass the shepherd's pie, please.

AN ITALIAN CORPORATION:  You have two cows, but you don't know where they are. You break for lunch.

A RUSSIAN CORPORATION:  You have two cows.  You count them and learn you have five cows. You count them again and learn you have 42 cows. You count them again and learn you have 12 cows.  You stop counting cows and open another bottle of vodka.

A SWISS CORPORATION:  You have 5000 cows, none of which belong to you. You charge others for storing them.

A BRAZILIAN CORPORATION:  You have two cows.  You enter into a partnership with an American corporation.  Soon you have 1000 cows and the American corporation declares bankruptcy.

AN INDIAN CORPORATION:  You have two cows.  You worship both of them.

A CHINESE CORPORATION:  You have two cows.  You have 300 people milking them. You claim full employment, high bovine productivity, and arrest the newsman who reported on them.

AN ISRAELI CORPORATION:  There are these two Jewish cows, right?  They open a milk factory, an ice cream store, and then sell the movie rights. They send their calves to Harvard to become doctors. So, who needs people?

AN ARKANSAS CORPORATION:  You have two cows.  That one on the left is kinda cute.


Sumber from :> Politic Homor






undi lah pas , pkr atau dap 
“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta” 
 "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason"

What Is Politics?




A little boy goes to his dad and asks, "What is politics?"
Dad says, "Well son, let me try to explain it this way: I'm the breadwinner of the family, so let's call me capitalism. Your Mom, she's the administrator of the money, so we'll call her the Government. We're here to take care of your needs, so we'll call you the people. The nanny, we'll consider her the Working Class. And your baby brother, we'll call him the Future. Now, think about that and see if that makes sense,"
So the little boy goes off to bed thinking about what dad had said.
Later that night, he hears his baby brother crying, so he gets up to check on him. He finds that the baby has severely soiled his diaper. So the little boy goes to his parents' room and finds his mother sound asleep. Not wanting to wake her, he goes to the nanny's room. Finding the door locked, he peeks in the keyhole and sees his father in bed with the nanny. He gives up and goes back to bed. The next morning, the little boy says to his father, "Dad, I think I understand the concept of politics now."
The father says, "Good son, tell me in your own words what you think politics is all about."
The little boy replies, "Well, while Capitalism is screwing the Working Class, the Government is sound asleep, the People are being ignored and the Future is in deep poo."


Sumebr is PoliticalHumor

undi lah pas , pkr atau dap “Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta” "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason"

Sunday, June 3, 2012

Urgent Urgent Urgent


Kemukakan sbrg kenyataan/gambar/video ttg kejadian perhimpunan 28 Apr 
SEGERA 
Tel: 26125600 
emel: humanrights@suhakam.org.my


undi lah pas , pkr atau dap “Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta” "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason"

Kesihan dia,,,,, Pak Lah jadi punching bag Mamak Kutty



Sumber ini gua ceduk 100% dari ASPAN ALIAS



Pak Lah semasa Mahathir sayang.
Dr Mahathir menyalahkan Pak Lah lagi. “sendiri punya salah, dia salahkan orang lain pulak” kata beberapa orang yang berhubung dengan saya dan orang-orang yang berhubung dengan saya itu adalah dikalangan yang hadir semasa perjumpaan dengan Dr Mahathir di Johor dulu semalam. Sebagaimana yang saya dan ramai yang lain berkata, Dr Mahathir dihujung-hujung hayatnya asyik menyalahkan orang lain terutamanya Pak Lah diatas segala kelemahan BN dan UMNO Baru itu.
Beliau tidak pernah membuat salah dan segala yang baik itu adalah dibuat oleh Dr Mahathir dan semua yang buruk itu adalah kesilapan dan kesalahan orang lain. ‘Yang baik itu semuanya datang dari Mahathir dan yang buruk itu adalah diatas kelemahan orang lain terutamanya Pak Lah. Mahathir seolah-olah ada benda yang hendak beliau bersihkan dari diri beliau sehinggakan Pak Lah tidak terlepas dari bibir dan ingatan beliau. Disebaliknya Pak Lah yang tahu apa yang Mahathir lakukan terhadap segala sistem kerajaan, tidak berkata apa-apa dan berdiam diri sahaja. Itulah perbezaan di antara kedua-dua bekas pemimpin negara kita itu.
Mahathir sentiasa mencari alasan untuk mengalihkan kesalahan besar beliau terhadap negara kepada orang lain  tetapi satu perkara yang kita mesti ingat yang sejarah akan menghakimkan Dr Mahathir Mohamad ini dari rasuah dan salahguna kuasa. Segala kata-kata dan tindakan beliau tercatat di dalam buku nota sejarawan dan akan sampai masanya ia akan tertulis dalam sebuah buku sejarah khas untuk beliau suatu ketika nanti.
Bak kata perpatah, ‘masakan bangkai gajah boleh ditutupi dengan nyiru’. Suatu ketika nanti akan terbongkar juga. Saya tidak mempertahankan Pak Lah, tetapi kita mesti berlaku adil terhadap beliau kerana beliau yang lemah itu dilantik oleh Mahathir juga. Beliau sebagai orang yang saya kenali, tidak pernah tergila-gila hendak menjadi PM walaupun pun beliau mengharapkan untuk mendapatkan kedudukan itu.
Mahathir sendiri yang telah mewariskan pimpinan negara yang mana semua sistem pentadbiran demokrasi telah diruntuh dan dikorbankan oleh beliau (Mahathir). Semasa Pak Lah mengambil tempat beliau,  segala institusi dalam negara kita telah dibinasakan oleh Mahathir. Kehakiman, perundangan, polis, institusi raja-raja dan banyak yang lain sudah diranapkan oleh Mahathir. Beliau tahu yang Pak Lah tidak mampu untuk membetulkan keruntuhan yang telah beliau (Mahathir) lakukan tetapi beliau mahukan juga Pak Lah untuk mewarisi kepimpinan dari beliau.
Jika Mahathir teruskan memegang jawatan itu sehingga sekarang, beliau sendiri akan menghadapi krisis keyakinan ini seperti yang dihadapi oleh Pak Lah dan Najib sekarang ini. Tetapi oleh kerana Mahathir bersara tepat pada masa masalah yang beliau wujudkan itu hampir terlambak, maka lambakkan masalah-masalah itu terpaksa dipikul oleh semua pewaris kepada kepimpinannya dan yang terawal mewarisi keruntuhan semua sistem ini adalah Pak Lah.
Lain-lain perkataan keruntuhan moral demokrasi dan tatacara kepimpinan negara telah dilakukan oleh Mahathir dan masalah-masalah yang kita lihat sekarang tidak akan dapat diperbetulkan lagi oleh pemimpin-pemimpin yang telah terbentuk dengan acuan Dr Mahathir itu.
Sesiapa pun boleh menyangkal pendapat saya ini, tetapi saya memilih untuk tidak menghiraukannya kerana ia adalah kebenaran dan UMNO Baru tidak mungkin mampu memberikan penyelesaiannya sampai bila-bila. Manusia yang boleh menyelesaikannya ialah pemimpin yang tidak berada atau terbentuk dalam satu acuan dengan Mahathir.
Semua yang berada didalam barisan kepimpinan hari ini adalah dari acuan yang sama dan tidak ada seorang pun dikalangan ahli-ahli Jemaah Kabinet dan MT  UMNO Baru akan berjaya melakukan pembaharuan dalam politik negara kita.  Mahathirlah yang perlu dipersalahkan kerana acuan kepimpinan hari ini adalah acuan beliau sendiri.
Mungkin Pak Lah adalah orang yang ‘responsible’ terhadap kelemahan BN pada hari ini dalam skala yang kecil, tetapi yang mesti mengambil ‘accountability’ sepenuhnya ialah Dr Mahathir sendiri yang suatu ketika dahulu dijunjung sebagai pemimpin yang mengalihkan paradigma kepimpinan negara dan kerajaan. Sekarang segala paradigma-paradigma itu telah banyak menyebabkan kerosakkan dari kebaikan.
Menyalahkan segala-gala kesalahan kepada Pak Lah seorang merupakan satu tindakan yang sangat tidak berhati perut. Hanya dendam kesumat sahaja yang boleh menyalahkan Pak Lah seratus peratus. Mahathir mesti faham yang rakyat khususnya yang berminat untuk menulis sejarah akan menulis segala apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir itu. Memoir Mahathir yang ditulisnya itu tidak akan lengkap sampai bila-bila selagi beberapa orang yang sebarisan dengan beliau tidak menulis memoir-memoir mereka masing-masing.
Segala sistem pemerintahan yang ada telah dipunahkan oleh Mahathir kerana beliau mahu mewujudkan sistem beliau sendiri. Sesiapa juga yang mengambilalih kepimpinan beliau akan ketiadaan sistem pemerintahan yang betul kerana kerajaan dan rakyat telah dibudayakan dengan sistem acuan peribadi beliau, bukannya sistem pentadbiran sebuah negara yang baik yang boleh  digunapakai  buat selama-lamanya.
Saya tidak dapat menerima yang kesalahan semuanya dilambakkan kepada Pak Lah semata-mata. Takkanlah wang rakyat sebanyak RM1.8 billion yang digunakan oleh Mirzan Mahathir untuk menyelamatkan perniagaannya pun kesalahan Pak Lah. Takkanlah pembuangan lima orang hakim mahkamah agung pada tahun 1998 dahulu kesalahan Pak Lah Badawi.
Membariskan pemimpin-pemimpin lemah yang gunanya untuk mengangguk dalam kabinet itu adalah kesalahan Mahathir. Pak Lah itu sendiri yang tidak sepatutnya berada didalam kabinet itu pun diambil oleh Mahathir juga dan itu yang dikehendaki oleh Mahathir. Apabila Pak Lah tidak mahu mengangguk kepadanya apabila mengambilalih kuasa, itulah kesalahan Pak Lah kepada Mahathir yang sebenarnya.
Mahathir sanggup meninggalkan parti kerana tidak sebulu dengan Pak Lah dan beriya-iya ingin melihat UMNO Baru dan BN itu hancur dalam pilihanraya yang lalu. Apabila Pak Lah meninggalkan Putrajaya, Mahathir kembali kepada UMNO Baru dan kembali bercakap tentang UMNO dan menyalahkan semua orang di atas kelemahan UMNO Baru itu.
Adalah tidak munasabah yang segala-gala kesalahan ditolak kepada Pak Lah seorang sedangkan Pak Lah itu hanya melakukan lebih kurang sama dengan apa yang Mahathir lakukan semasa memegang kuasa.
Jika Najib tercari-cari formula untuk melakukan perubahan kepada negara, beliau tidak akan jumpa formula yang terbaik selain dari semua kepimpinan yang terbentuk dengan acuan Dr Mahathir, termasuk beliau sendiri (Najib) tidak bersedia untuk berkorban dengan meletakkan jawatan dan memberikan tugas menyusun semula negara ini kepada sesiapa yang berpengalaman dan boleh mendapat sokongan dan rasa hormat dari semua kaum dan pemimpin-pemimpin mereka.
Selagi itu tidak dilakukan selagi itulah negara tidak akan mendapat sebuah kerajaan dan kepimpinan yang dihormati rakyat.
Jika dikaji betul-betul, itulah sebabnya rakyat sendiri yang mahu melakukan perubahan ini kerana terlalu lama tertunggu-tunggu perubahan sikap dan cara UMNO Baru mentadbir negara.
Kepada pemimpin-pemimpin bahagian-bahagian di Johor yang mendengar kata-kata Dr Mahathir dulu semalam, boleh memilih untuk mendengar nasihat Mahathir itu. Anda semua tidak boleh mengikut jejak langkah Mahathir untuk menyalahkan Pak Lah semata-mata, kerana kesalahan yang besarnya datang dari Mahathir sendiri. Kalau benar Pak Lah yang bersalah ingat kepada satu perbilangan, ‘there must be a cause for a cause’. Tidak mungkin kesalahan Pak Lah tidak disebabkan oleh kesalahan Dr Mahathir. Ingat itu.
Sesungguhnya Dr Mahathir mempunyai banyak lubang-lubang yang belum beliau kambus lagi. Jika beliau dan penyokong-penyokongnya tidak mahu mengaku pun tak mengapa, asalkan beliau mengakuinya kepada diri beliau sendiri sudah memadai.
Orang lain tidak payah mendengar pengakuannya. Kita pun hendak juga menjaga air muka beliau itu. Mahathir tidak perlu takut dengan apa yang beliau telah lakukan kerana yang mengambilalih tidak akan berdendam seperti sikap yang ada kepada beliau itu.



undi lah pas , pkr atau dap “Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta” "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason"

Khas tuk akak HALIMAH,,,,,,,,,, hahahahahahhahahahhaha



undi lah pas , pkr atau dap“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta”"Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason"

Lagu tak senonoh abd ini hahahhahahahahahaha



undi lah pas , pkr atau dap“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta”"Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason"