welcome

 

 

Selamat Datang Ke Bintongan

DIMANA MELAYU BANGGANG DI SITU UMNO MENANG

 

 

 

Ni Pengikut Gua

Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world

zwani.com myspace graphic comments



Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world to work and live in, while Malaysians are warm, friendly people who easily accept foreigners into their circle of friends.
Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world to work and live in. In addition, the country's tropical climate with its uniform temperatures allows light, comfortable clothing throughout the year.
Expatriates and their families will enjoy a safe and comfortable living environment with 21st century amenities, good healthcare and medical facilities, excellent educational institutions, and world-class recreational and sports facilities - at costs much lower than in their own countries.
One of the country's most distinctive features is its rich diversity of cultures, a heritage derived from its racial mix of some of the world's oldest civilisations - Malay, Chinese and Indian. This potpourri of race and culture has enabled Malaysians to speak at least two, and even three, languages - Malay (the national language), English, and their own mother tongue. Living in such a cosmopolitan environment, Malaysians are warm, friendly people who easily accept foreigners into their circle of friends.


StarBug

HATE


Berkicauan

Saturday, December 29, 2012

IKUT SUKA AKU ,, hahahah rebat lu punya bro !!

“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta”
 "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason" 

semua n3 ini gua rebat dari blog IKUT SUKA AKU

Bodohnya Umno Tiada Sempadan...!!!!

>> Saturday, December 29, 2012

Gambar ni Abu Nawas dapat daripada facebook individu pro UMNO. Abu Nawas ni memang suka tengok gambaq lawak tapi dalam banyak2 gambaq lawak, umnolah yang paling lawak..!!!!

Baru2 ni Umno mengaku depa pewaris kepada perjuangan Tok Janggut... tak ka lawak umno ni kah kah kah.. macam mana depa boleh mengaku depa perwaris kepada perjuangan Tok Janggut dalam keadaan depa bersama dengan British menentang perjuangan kemerdekaan kah kah kah...

Kot depa silap kot.. sebenaqnya depa nak kata umno perabih harta warisan Tok Janggut kot.. habis tanah anak cucu Tok Janggut depa jual. Hari ni umno buat lawak lagi. Cuba tengok apa yang depa tulis dalam gambaq tu.



No 1) Cina perintah Tanah Melayu selama 14 hari melalui parti Komunis Malaya. Bila masa komunis perintah Tanah Melayu. Dan yang paling lawak ialah apa kena mengena Chin Peng dengan komunis pada ketika itu.. Setiausaha Agung PKM pada ketika itu ialah Lai Tek bukannya Chin Peng. Chin Peng time tu baru umur belasan tahun. Oii Umno lain kali bodo jangan la tunjuk kat orang kah kah kah.

Lagi satu yang menghalang kemerdekaan dan menjemput British untuk menjajah semula Malaya pada ketika itu ialah Tok wan Naib Prsiden Umno yang mulut luas la ni. Dialah barua penjajah. Bila British mai balik British tubuh umno dan haramkan semua parti yang berjuang kemerdekaan pada ketika itu. Semua pejuang kena tangkap kecuali Umno.

Dan lagi satu nak cerita kat orang Umno kalau Presiden Umno pertama yang menjadi talibarut penjajah tidak menghalang kemerdekaan pada ketika itu Chin Peng lansung tidak tersenarai namanya melainkan hanya 2 nama iaitu DR Burhanudin atau Ibrahim Yaakop.

No 2) PAP atau cina melalui Lee Kuan Yew perintah Singapura. kah kah kah..ini lagi bodoh punya fakta. sapa yang kasi Singapura? Mana ada kena mengena dengan pilihanraya. Baca la buku oii. Siapa yang paling jahat masa tu? Lee Kuan Yew atau Jaafar Albar?

No 3) Cina perintah P.Pinang melalui DAP.. kah kah kah kah.. bila masa pulak melayu perintah Pulau Pinang? Sapa yang jual Pulau Pinang kat British..????.. Umno lu memang lawak lebih lawak dari Jambu dan Sepah Maharaja Lawak kah kah kah.

No 4) Ini adalah kenyataan yang paling lawak. (NEGARA KRISTIAN MATLAMAT KAMI) Kah kah kah.. empat2 orang cina kat atas tu tak dak sorang pun agama kristian kah kah kah kah. Kata la cina kat atas tu nak jadikan Malaysia ni negara Budha ok la jugak walaupun tak dak sapa nak percaya kah kah kah.

Lagi satu umno dan Pas kata komunis tak percaya agama. Macam mana pulak tiba2 kata Chin Peng nak jadikan Malaysia negara Kristian kah kah kah..

Oiii... lembu2  Umno dan sekutunya yang benggong. Aku nak mintak tolong sangat2 kat hangpa semua.. bacalah buku... bacalah buku..bacalah buku.. jangan dok pikiaq pakai dalil penjajah saja kah kah kah.

Adoii umno hangpa betui2 lawak.. bukan raja lawak... bukan juga maharaja lawak tapi hangpa semua Duli Yang Maharaja lawak kah kah kah...

Kesimpulannya..., jangan MALAS BERFIKIR macam Lembu2 Umno.... OK..

Friday, December 14, 2012

i luv u All

“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta”
 "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason"

123tagged.Com

Thursday, December 13, 2012

I LOVE MALAYSIA LOL LOL LOL

“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta”
 "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason" 

http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2012/12/carta.jpg

Apa Sebab Sebenar Anwar Dipecat

“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta” 
"Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason" 

KOPI n PES



Menilai Kembali Barisan Nasional

Manifesto Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum ke-9 pada tahun 1995 bertemakan, "Berwawasan, Adil dan Efisien,". BN berjaya memenangi 162 kerusi Parlimen dan 338 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Dalam pilihanraya umum tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam kerajaan. Beliaulah Menteri Kewangan, Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional.

Anwar Ibrahim memberi sumbangan yang besar dalam kemenangan besar BN itu. Pilihanraya 1995 itu merupakan pilihanraya umum yang pertama sejak Anwar memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Harapan rakyat kepadanya untuk membawa perubahan adalah tinggi. Dia dilihat sebagai bakal Perdana Menteri.

Rasuah Di Kalangan Pemimpin Kerajaan BN

Tetapi Anwar gagal untuk membawa perubahan dalam Umno dan BN yang memerintah itu. Pada 2 September 1998, lima tahun selepas dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri, Anwar disingkirkan dari jawatan dan kini merengkok dalam penjara.

Tuduhan salahguna kuasa polis dan salahlaku seks direka-reka semata-mata. Isu sebenar ialah rasuah dan penyelewengan dalam kerajaan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan tertinggi dalam kerajaan BN itu sendiri.

Perdana Menteri dan menteri-menteri kanan yang rapat dengan Perdana Menteri itu adalah pelaku-pelaku utama rasuah dan penyelewengan itu.

Anwar Lancarkan Perang Lawan Rasuah

Anwar cuba melancarkan perang untuk membasmi rasuah dan penyelewengan itu.Ketika beliau memangku jawatan Pemangku Perdana Menteribeberapa minggu ketika Dr Mahathir Mohamad bercuti di luar negara, Anwar Ibrahim telah membentangkan Akta Pencegahan Rasuah Tahun 1997.

Inilah kesalahan besar Anwar yang tidak dapat dimaafkan oleh Perdana Menteri dan mereka yang bersubahat dengan Perdana Menteri. Mereka berasa tidak selamat dan terancam dengan Pindaan Akta Pencegahan Rasuah1997 itu.

Kenapa? Kerana Akta itu boleh mengheret seseorang Menteri yang telah berhenti dari jawatannyake mahkamah jika ada dakwaan kukuh dia berlaku rasuah semasa memegang jawatan Menteri itu dulu.

Akta itu memberi tempoh 10 tahun selepas berhenti untuk mendakwa Menteri yang berlaku rasuah itu.

Menteri-Menteri Rasuah Cemas

Akta sebelumnya tidak memberi peruntukan sedemikian. Jika seseorang Menteri itu sudah kenyang membuat rasuah, dia boleh memilih meletak jawatan. Selepas itu, dia selamat dari dakwaan kerana tidak ada peruntukan bagi Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk mendakwa Menteri berkenaan.

Jika hendak didakwa seseorang Menteri yang rasuah, mestilah didakwa sebelum ia sempat meninggalkan jawatannya.

Pindaan inilah yang menjadi Menteri-Menteri yang melakukan rasuah berasa cemas. Mereka bimbang jika tiada Mahathir dan Anwar menjadi Perdana Menteri, Anwar akan menggunakan Akta Pencegahan Rasuah 1997 itu untuk mendakwa mereka. Inilah kesalahan utama Anwar bagi mereka.

Konspirasi Peringkat Tertinggi Bermula

Lalu selepas itu, rintitan sejarah pun terjadi seperti diketahui umum. Surat-surat layang bermula. Buku 50 Dalil dikarang dengan tergesa-gesa, tuduhan liwat dan salahlaku seks dicambah, ditetaskan dan dibiakkan.

Daim Zainuddin, Megat Junid, Rahim Thamby Chik, Aziz Shamsuddin, Zela Jalil,Ummi Hafilda, Azizan Abu Bakar, Khalid Jeffri masing-masing bertemu, berbincang, merancang, menulis surat, janji-janji wang dan kontrak bertukar tangan.

Kes Buku 50 Dalil Masih Tidak Dibicarakan

Yang menulis buku 50 Dalil Mengapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Menjadi Perdana Menteri masih tidak dibicarakan di mahkamah atas tuduhan jenayah fitnah walaupun buku itu telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebagai memfitnah Anwar.

Anwar telah membuat tuntutan sivil ke atas buku tersebut. Dia berjaya. Injunksi telah diberikan oleh mahkamah. Buku itu bersifat fitnah dan dilarang disebarkan.

Pejabat Peguam Negara kemudian membuat pertuduhan jenayah ke atas Khalid Jeffri yang menulis buku itu.

Tetapi perbicaraan ke atas Khalid Jeffri masih tidak diadakan. Hakim mahkamah yang member injunksi kepada Anwar Ibrahim dipindahkan ke Johor Bahru. Mengapa ini semua berlaku?

Tidak ada konspirasi?

Orang Yang Difitnah Yang Dipenjarakan. Sebaliknya Anwar Ibrahim, orang yang difitnah di dalam buku 50 Dalil itu yang dulu masuk penjara.

Kenapa tidak perbicaraan buku 50 Dalil itu dibicarakan dulu? Tidakkah Anwar lebih dahulu membawa saman malu ke atas buku itu? Waktu itu beliau masih Timbalan Perdana Menteri?

Sudah dikeluarkan perintah injunksi buku 50 Dalil itu tidak boleh diedarkan pada umum, kenapa Ibu Pejabat UMNO mengedarkan buku tersebut ke dalam beg-beg perwakilan Umno dalam Perhimpunan Agung Umno Tahun 1998.

Secara kebetulan? Tiada konspirasi untuk menjatuhkan Anwar dalam Umno?

Persubahatan Terjahat Bermula

Inilah bentuk keadilan sistem mahkamah yang tidak lagi bebas. Fitnah disebarkan dari Ibu Pejabat UMNO sendiri. Konspirasi pun bermula.

Ada orang bernama Ummi Hafilda yang tersepit kewangan kerana banyak berhutang sanggup menulis surat kepada PM dan terlibat dengan konspirasi menjatuhkan Anwar. Dia menafikan mempunyai masalah kewangan dalam perbicaraan Anwar.

Tetapi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 6 Oktober lalu mengisytiharkan Ummi Hafilda muflis kerana tidak membayar bil RM300,000 untuk iklan demi memenuhi kontrak Megat Junid. Muflis ertinya bangkerap. Balasan berlaku di depan mata.

Pemandu Tiba-Tiba Menjadi Pengarah Syarikat

Ada pemandu kereta, yang pendidikan formalnya tidak seberapa, merebut tawaran menjadi pengarah syarikat.

Dengan tiba-tiba, dia hidup mewah, punya syarikat dan pakai kereta mahal. Mengapa? Kerana manusia bernama Azizan Abu Bakar ini sedia untuk bersubahat membuat kerja jahat memfitnah Anwar kononnya meliwat.

Sekarang, Azizan Abu Bakar sendiri terpenjara tiga bulan kerana berkhalwat dan percubaan untuk melakukan persetubuhan haram. Tilamnya pula yang diusung ke Mahkamah Syariah Alor Gajah, Melaka. Satu lagi pembalasan berlaku di hadapan mata.

Anwar Salahguna Kuasa?

Kesalahan Anwar bukan kerana kes yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekarang. Juga bukan kesalahan salah guna kuasa ke atas Polis dalam perbicaraannya yang terdahulu sehingga beliau dipenjara 6 tahun.

Bagaimana Anwar hendak menyalahgunakan kuasa Polis sedang Polis tidak terletak di bawah bidang kuasanya. Polis terletak di bawah Menteri Dalam Negeri.

Waktu itu, Menteri Dalam Negeri ialah Dr Mahathir Mohamad. Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. Dia tidak ada kuasa ke atas Polis.

Demikian hujah utama para peguam Anwar Ibrahim. Tetapi Hakim Datuk Augustine Paul tetap menjatuhkan hukum mengikut skrip yang telah disiapkan. Benar salah, tidak dihiraukan kerana hukumannya telah ada, iaitu Anwar mesti dipenjarakan. Anwar mesti disimpan dalam penjara. Demikian kehendak orang nombor satu.

Apabila Mahathir dipanggil ke Mahkamah sebagai saksi, Hakim Augustine Paul tidak membenarkan. Kenapa?

Memerangi Rasuah Menerima Padah

Isu utama sehingga Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjara adalah kerana dia memerangi perbuatan rasuah dan penyelewengan di dalam kerajaan BN. Bagaimana dia tahu rasuah dan penyelewengan itu berlaku? Pertama, Anwar sudah 16 tahun duduk dalam Kabinet.

Bermula dengan jawatan rendah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri selepas beliau memenangi Pilihanraya Umum tahun 1982. Kemudian, beliau memegang pelbagai jawatan menteri.

Dari Menteri Belia, Sukan dan Kebudayaan, Anwar kemudian memegang jawatan Menteri Pertanian, Menteri Pendidikan dan akhirnya Menteri Kewangan. Beliau kemudian menjadi Timbalan Perdana Menteri dan pernah memangku jawatan Perdana Menteri buat beberapa ketika.

Ertinya Anwar pernah berada di koridor kuasa begitu lama dan pernah duduk di tampuk kekuasaan itu untuk beberapa ketika.

Mana Bukti Anwar Rasuah Wang?

Kalau Anwar sendiri berlaku rasuah, sudah tentu senang sahaja Mahathir heret dia ke mahkamah dan dakwa Anwar.

16 tahun dalam kerajaan, bukannya tempoh yang pendek. Rasuah itu macam bangkai. Bangkai berbau. Rasuah juga berbau. Beranikah Anwar memerangi rasuah jika dia sendiri rasuah? Orang yang duduk di rumah kaca tidak berani membaling batu ke rumah jirannya.

Orang Melayu berkata, menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri. Tetapi Anwar begitu tekad melawan rasuah. Kerana dia tidak duduk di rumah kaca dan dulangnya kering bersih tak ada air. Kalau dia menepuk dulang tak ada air yang terpercik ke mukanya.

Salahkah Mempertahankan Marwah Diri?

Tuduhan rasuah yang dikenakan ke atas Anwar sehingga 6 tahun terpenjara adalah kerana dakwaan kononnya beliau menyalahgunakan kuasa polis untuk menukar pengakuan Azizan Abu Bakar dan Ummi Hafilda.

Peguambela Anwar, Raja Aziz Addruse berkata di mahkamah, apa salahnya seseorang yang tidak berbuat salah melakukan usaha untuk menjaga nama baiknya dan membersihkan dirinya yang tidak bersalah itu dari difitnah dan dicemar?

Semua orang yang benar akan mempertahankan marwah dirinya apabila nama dan maruahnya diperhina dan dimalukan. Demikian kata peguam terkenal itu. Malah, Mahkamah Tinggi itu diberitahu bahawa Anwar tidak pernah mengarah-arah pihak Polis bagaimana untuk melakukan kerjanya. Anwar sekadar membuat laporan polis akan tohmahan dan fitnah ke atas dirinya.

Kenapa Mahathir Dan Konco-Konconya Marah

Mana wang yang Anwar telah kebas dan selewengkan jika beliau melakukan rasuah selama menjadi menteri dan orang nombor dua dalam kerajaan? Tidak ada.

Tetapi Anwar mempunyai rekod yang banyak tentang kes rasuah dan penyelewengan menteri-menteri dalam kerajaan. Ini yang menjadikan orang-orang UMNO dan BN, terutama Mahathir dan konco-konconya, begitu marah kepada Anwar. Anwar dituduh cuba membuka pekung di dada mereka.

Cara Anwar Mendapat Maklumat Tentang Penyelewengan

Bagaimana Anwar boleh mendapat akses akan segala dokumen dan laporan salahlaku rasuah dan penyelwengan itu. Ada dua saluran sebenarnya. Anwar telah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kabinet tentang Penyelewengan di dalam kerajaan.

Kedua Anwar juga menjadi pengerusi Jawatankuasa Disiplin UMNO (Baru). Apakah fungsi PengerusiJawatankuasa Kabinet menentang penyelewengan di dalam kerajaan?

Salah satu ialah Anwar menerimasegala macam aduan, komplen, laporan tentang kesalahan rasuah dan penyelewengan pegawai-pegawaikerajaan dari yang kecil hingga setinggi-tingginya, termasuklah menteri-menteri dan Perdana Menteri sendiri.

Tembelang Rasuah Menteri-Menteri BN Terdedah

Sebab itulah Anwar tahu sangat akan rasuah yang dilakukan oleh Daim Zainuddin, Rafidah Aziz, Rahim Thamby Chik, Eric Chia, dan Mahathir sendiri. Anwar juga tahu rasuah yang didakwa berlaku ke atas Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor, Ketua EPU waktu itu, Tan Sri Ali Abul Hassan, yang kini jadi Gabenor Bank Negara.

Anwar juga dapat aduan akan tuduhan rasuah Peguam Negara sekarang, Tan Sri Mohtar Abdullah.

Anwar juga mendapat maklumat rasuah Samy Vellu dan Ling Liong Sik. Malah, rasuah Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dan penyelewengan PM berhubung perniagaan anak-anaknya semua berada dalam pengetahuan Anwar Ibrahim.

Termasuk aduan rasmi kepada BPR akan tiga orang anak PM yang memiliki lebih 200 buah syarikat.

Rasuah Di Kalangan Pemimpin Umno

Tidak itu sahaja. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Umno, Anwar Ibrahim juga menerima bermacam-macam laporan dan aduan tentang perlakuan rasuah pemimpin-pemimpin Umno dari ahli-ahli Umno sendiri. Seperti diketahui umum, perebutan kuasa dan jawatan dalam Umno sangat sengit. Masing-masing semuanya ada kes rasuah dan penyelewengan, yang selama ini orang di luar Umnohanya dapat mengagak secara rambang sahaja.

Tetapi dalam proses perebutan jawatan Umno yang sengit di peringkat Cawangan, Bahagian apatah lagi Majlis Tertinggi, maka bertaburlah bukan sahaja surat-surat layang, tetapi laporan-laporan sah dan benar akan kes-kes rasuah yang dilakukan oleh orang-orang Umno,terutama yang memegang jawatan kerajaan.

Wabak Rasuah Yang Menjolok Mata

Dengan sumber-sumber maklumat dari pelbagai aduan serta laporan, maka begitu jelas rasuah sudahketerlaluan dalam kerajaan BN. Perbuatan rasuah itu telah melibatkan wang negara dan rakyat bernilai beribu-ribu juta ringgit. Anwar akhirnya merasakan gejala itu tidak boleh dibiarkan berterusan. Maka Anwar pun bertindak.

Apabila Mahathir tidak ada dalam negeri kerana bercuti, Anwar mengambil kesempatan membentangkan Akta Pindaan Pencegahan Rasuah 1997. Adakah tindakan Anwar itusalah?

Adakah Anwar merugikan negara? Adakah Anwar menjadi agen asing kerana membentangkan pindaan Akta Pencegahan Rasuah itu? Adakah Anwar mengkhianati bangsa, agama dan negara kerana berbuat demikian?

Sanggup Terima Risiko

Adakah Anwar tidak sedar bahawa Mahathir akan marah kerana dia membawa pindaan itu ke Parlimen ketika Mahathir tidak ada dalam negeri? Anwar sedar.

Kalau Anwar jenis penakut menurut perintah macam Abdullah Ahmad Badawi, maka Anwar tentu tidak akan berani buat demikian. Tetapi Anwar berani mengambil risiko.

Yang utama baginya ialah perbuatan jahat mesti dihapuskan. Negara dan rakyat mesti diutamakan.

Pindaan Akta Pencegahan Rasuah 1997

Bolehkah menghapuskan rasuah sekadar menghantar memorandum dan membuat usul-susul dalam seminar sahaja? Bolehkah membanteras rasuah sekadar menjerit-jerit sahaja? Hantar memorandum dan menjerit itu pun penting.

Tetapi membuat perubahan radikal dalam undang-undang adalah saluran yangtepat. Inilah yang Anwar telah lakukan. Rasuah tidak boleh ditentang sekadar dengan pujuk rayu dan ugut-ugut sahaja? Tidak boleh.

Oleh kerana negara berjalan atas dasar hukum dan undang-undang, jadi undang-undang rasuah itu mesti diperkuatkan, diperluaskan bidang kuasanya dan dijadikan senjata yang berkesan untuk memerangi gejala yang merosakkan itu. Inilah yang Anwar telah lakukan. Untuk itu, beliau dipecat, diseksa, dituduh dan kini dipenjarakan.

Bijak Mengambil Kesempatan

Selepas pindaan Akta Pencegahan Rasuah 1997 itu dibentangkan oleh Anwar di Parlimen dan diluluskan, rakyat semakin yakin akan komitmen Anwar.

Ini satu kejayaan politik Anwar. Memang Anwar pandai mengambil kesempatan ketika Mahathir tiada dalam negeri. Dia orang politik yang bertanggungjawab. Pandai mencari kesempatan terbaik untuk bertindak. Dia bukan pengikut membuta tuli. Tetapi kesempatan yang dia ambil itu untuk keburukan atau kebaikan negara?

Kes Skandal Perwaja Ke Parlimen

Tetapi tidak itu sahaja. Selepas pindaan Akta Pencegahan Rasuah 1997 itu diluluskan, kemudian sekali lagi ketika Mahathir tiada dalam negeri, Anwar bertindak lagi. Kali ini, dia membentangkan laporang perbuatan rasuah dan penyelewengan dalam syarikat besi waja Perwaja milik kerajaan.

Tan Sri Eric Chia, yang menjadi kawan rapat Mahathir, yang memegang jawatan Pengerusi Eksekutif Perwaja, telah melakukan rasuah dan penyelewengan sehingga syarikat itu rugi hampir RM3,000 juta.

Tidak itu sahaja, syarikat Perwaja, milik kerajaan, itu juga dibebankan dengan hutang hampir RM7,000 juta. Kesemuanya hampir RM10 bilion dibebankan ke atas kerajaan angkara rasuah dan penyelewengan dalam syarikat Perwaja itu.

Mahathir Terlibat Dalam Skandal Perwaja

Anwar dedahkan ini semua dalam Dewan Rakyat di Parlimen, bukan di kedai kopi atau kelab-kelab. Apabila dia terpenjara, dari dalam penjara, Anwar membuat laporan polis secara rasmi, dengan dikepil dua pucuk surat Perdana Menteri kepada Eric Chia berhubung perjalanan syarikat Perwaja tersebut.

Surat-surat itu menunjukkan secara jelas betapa Mahathir sendiri terlibat melakukan salah jenayah dalam pengurusan Perwaja kerana menyalahi perjalanan dan prosedur urusan kewangan kerajaan. Ertinya penyalahgunaan kuasa telah berlaku.

Mahathir terlibat sama melakukannya.Negara rugi beribu juta. Eric Chia masih bebas.

Mahathir masih bebas. Tetapi Anwar dibelenggu di penjara Sungai Buloh! Anwar dedahkan ini di Parlimen ketika dia bebas, dan dari dalam penjara ketika kebebasannya dirampas, Anwar masih melawan terus.

Perwaja Mercu Tanda Rasuah Dan Penyelwengan Mahathir

Anwar cukup tahu apabila beliau membawa ke Parlimen akan penyelewengan Perwaja dengan laporan lengkap dari syarikat akaun Price Waterhouse, Mahathir tentu marah. Kalau Anwar penakut dan sayangkan jawatan menteri dan TPM, buat apa dia cari penyakit?

Lebih baik diam. Bila Mahathir dah turun nanti, bolehlah buat sesuatu kemudian. Tetapi Anwar tidak boleh tunggu lama lagi. Perbuatan rasuah dan penyelewengan itu mesti ditentang. Itu komitmennya.

Idealisme Melawan Rasuah Sejak Muda

Sekarang Anwar telah dipenjara 6 tahun. Perbicaraan kedua ini kalau Hakim masih tunduk kepada Perdana Menteri, maka akan ditambah lagi hukuman penjara ke atas Anwar. Anwar telah mendedahkan dirinyakepada bahaya di penjara lebih lama apabila beliau membuat laporan polis dari penjara.

Dokumen-dokumen yang dikepilkan oleh Anwar tentang kesalahan rasuah dan penyelewengan Mahathir, Daim Zainuddin, Rafidah Aziz dan Rahim Thamby Chik itu semuanya dikelaskan sebagai rahsia rasmi. Anwar boleh didakwa melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Hukumanya penjara mandotori. Ertinya risiko terpenjara lebih lama sentiasa berada di atas kepala Anwar. Tetapi bekas Timbalan Perdana Menteri itu, bekas Presiden ABIM, bekas pemimpin pelajar, Anwar lakukan ini semua kerana perjuangan hidupnya sejak muda untuk membanteras rasuah dan penyelewengan.

Manifesto BN Satu Retorik Politik Saja

Jadi ternyata Manifesto BN dalam pilihanraya 1995 yang berbunyi Berwawasan, Adil dan Efisien itu adalah satu retorik politik sahaja. Tiada wawasan sekiranya pemerintahan sesebuah negara itu penuh dengan rasuah dan penyelwengan.

Tiada keadilan sekiranya yang rasuah dan menyeleweng tidak dihukum, sebaliknya yang memerangi perbuatan rasuah dan penyelewengan dipenjarakan.

Tiada sebuah kerajaan yang efisen sekiranya rasuah dan penyelewengan berakar umbi dalam birokrasi pentadbiran dan meluas dikalangan Jemaah Menterinya.
Sumber: johorborn.blogspot.com

-tranungkite-

Kerengga

Tuesday, December 11, 2012

Anak Kecik Main Kote nya ,,,

“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta” "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason" 


 Anak Kecil Main Anunya.

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Sebagai lembu sebagai sapi

yang tolol dungu buta dan tuli

Bumi dipijak milik orang
Siapakah yang selama ini melelongnya?
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Siapakah yang memecahkan empangannya?

Warisan berkurun lamanya
dihiris dilapah diagihkan sedekah
orang asing diberikan MyKad
penentu undian pemilihannya!

Kita kan gagah di pentas dunia
Sebagai lanun pengumpul qorun?
Di bawah debu kaki tangan di dahi
Sebagai hamba yang bersatu dalam mimpi
Lenalah dalam Khayalnya
si anak kecil main anunya yang koro.

yassinsalleh
1325 hrs. Dis 3. 2012-12.
La Casa Pacifica D’ Yasleh
Copyright © 2012 yassinsalleh

Khasu untuk pencacai


Monday, December 10, 2012

Happy Birthda To My Baqis

“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta” "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason"

123tagged.Com


123tagged.Com


123tagged.Com

Saturday, December 8, 2012

Missing Girl.

“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta”
 "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason" 

**Attention 注意** :- 7 December 2012, Case Teenager Missing 案件青少年失踪 On 4 December 2012 ~ Morning 早上

Name 姓名 : Ng Xiu Xuan
Age 年龄 : 15 Years Old
Gender 性别 : Female
Identity Card No. 身份证号码 : 971016-01-5226
Race 种族 : Chinese
Address 地址 : Times Square Penang. Jalan Datuk Keramat, Datuk Keramat 柑仔园
Report No. 报案号码 : Jalan Patani/012913/12
Reporting By 报告通过 : GT 365

## Anyone See This Teenager, Please Contact Her Family At +6016-7150757. She Go Out From Home But Her Family Dunno Where She Going On The 4 December 2012 ~ Morning. Her Height Is 146cm . She Is Thin & Long Hair & Wearing Spectacled ##

Anybody See Kindly 24小时 Contact Nearest PKSPP 槟城自愿治安队 Or PDRM 警方查案官员 Asap, Thank You 谢谢 ! ! !

★THIS ALBUM IS A TEENAGER MISSING 这相册是青少年失踪★

Tuesday, December 4, 2012

Pemimpin Tertinggi UMNO Lintah Darat???

“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta” 
"Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason" 

"Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang"


Inilah dia silap mata dan silat lidah terhebat abad ini. Terus menerus berlagak angkuh seolah bangsa Melayu ini dungu semuanya. Saya dengan sukacitanya memperingatkan kepada graduan Luar Negara tersebut dan seluruh anak muda Malaysia mengenai beberapa jasa teragung UMNO sepanjang memerintah Tanahair ini.

1. Tahun 1957, sewaktu British memberikan kemerdekaan, mereka telah meninggalkan 3 billion hektar Tanah Rezab Melayu. Tahun 1995, di bawah kepimpinan UMNO yang memperjuangkan bangsa Melayu, Tanah Rezab Melayu menyusut sehingga tinggal lebih kurang 1.7 juts hektar sahaja. Hidup Melayu!!!


2. Tahun 1993 menyaksikan maruah Raja-Raja Melayu direntap Pemerintah dibawah kepimpinan UMNO apabila Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi membolehkan Raja-Raja dibawa ke mahkamah. Banyak lagi jasa UMNO dalam melondehkan maruah dan kredibiliti institusi kesultanan Melayu. Daulat Tuanku!!!

3. Dasar Ekonomi Baru, sebuah dasar yang baik untuk memacu perkembangan ekonomi Melayu dipergunakan oleh UMNO bagi melahirkan beberapa kerat konglomerat UMNOputera yang rapat dengan koridor kuasa sahaja. Di mana taraf ekonomi Melayu ketika ini? Siapa yang mengkhianati Melayu disebalik Dasar Ekonomi Baru? Realitinya, objektif DEB tersasar jauh. Demi Ketuanan Melayu!!!

4. Berapa ramai anak muda Malaysia tiada peluang pekerjaan ketika ini dibawah pemerintahan hebat Najib Razak dan UMNO? Ramai pula yang sekadar bersandar kepada jawatan kontrak yang boleh dipecat pada bila-bila masa. Termasuk juga dalam pelbagai agensi kerajaan, ramai anak muda ditawarkan jawatan kontrak sahaja. Mengapa UMNO sebagai pemerintah pilihan Tuhan dan mendahulukan rakyat tidak melaksanakan satu pelan jangka panjang bagi mengatasi masalah ini termasuklah menetap tempoh masa maksimum pergantungan tenaga kerja asing untuk sesuatu industri itu? Syabas PM!!!

5. Di kotaraya, tahap kemiskinan kota terus memuncak walau cuba dinafi oleh statistik pemerintah. Ramai rakyat yang tidak mampu membeli rumah tetapi ada pemimpin-pemimpin UMNO mampu beli hartanah di United Kingdom atau negara luar. Anak muda yang baru membina keluarga dan tinggal di kotaraya terpaksa menghuni rumah pangsa yang tinggi dan sesak. Hidup UMNO!!!

6. Rakyat terus bergelut mengatasi masalah kenaikan harga barang keperluan. Keluar pagi, balik lewat malam mencari rezeki untuk keluarga. Institusi keluarga menjadi longgar ekoran dari ibu bapa yang terpaksa bekerja keras terutama di kotaraya. Impaknya, membiak keruntuhan moral di kalangan muda mudi negara. Nama Rihanna mengalir deras di mulut anak muda berbanding Nabi Muhammad S.A.W. Muda mudi lebih mengingati lirik lagu Justin Bieber dari lagu Negaraku. Gemilang UMNO!!!

7. UMNO terus bersedia untuk menyedut kantung rakyat melalui pengenalan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST). Rang undang-undang GST tidak pernah ditarik balik tetapi menunggu untuk dibentangkan dan diluluskan sebaik PRU 13 selesai. Segala gula-gula Bajet 2013 akan direnggut dari nurani rakyat. Syukur UMNO!!!

8. UMNO telah mengheret kadar hutang negara melepasi 50% dari kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Warisan pentadbiran Najib Razak buat pewaris masa depan Negara nanti. Terima kasih PM dan UMNO!!!

9. UMNO telah mengheret kredibiliti dan integriti pelbagai agensi perlaksanaan Kerajaan merudum teruk dengan pelbagai skandal korupsi yang melingkari setiap agensi Kerajaan. Duit kopi bukanlah satu fenomena asing. Satu lagi kejayaan UMNO!!!

10. Apakah yang UMNO telah lakukan dalam pengisian dan penghayatan maksud sebenar Islam dalam kehidupan setiap warga Muslim? UMNO terus mendiamkan diri tatkala MCA terus menerus memfitnah Islam. Tidak kedengaran langsung suara-suara lantang dalam Perhimpunan Agung UMNO menegur MCA yang sudah tidak menghormati Muslim. Apakah ini kepimpinan yang kita ingin letakkan impian dan harapan untuk terus memayungi Islam dan Melayu? Syabas UMNO!!!

Ini baru sedikit daripada jutaan jasa UMNO dalam memundurkan pemikiran dan kehidupan Melayu. Pemikiran Melayu terus dicabar dengan idea-idea sempit yang sekadar membuncitkan perut sekelompok pemimpin UMNO baik di peringkat nasional mahupun di peringkat kampung-kampung. Melayu terus diciptakan wajahnya oleh UMNO sebagai sebuah bangsa yang memerlukan tongkat subsidi. Hilang jatidiri sebagai bangsa bermaruah hingga terpaksa melukut di tangga Pejabat Kebajikan Masyarakat dan program BERSAMAMU.  

Sudah sampai masanya, bangsa Melayu harus bangkit. Menolak hegemoni UMNO yang tidak pernah memerdekakakan minda. UMNO wajar direhatkan dari terus memegang tampuk pemerintahan negara sekiranya bangsa Melayu ingin mendapatkan kembali kegemilangan maruah Melayu sepertimana zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Cukuplah segala bentuk pengkhianatan, korupsi, salahguna kuasa dan rompakan kekayaan negara yang telah dilakukan UMNO dengan bersembunyi di sebalik slogan Hidup Melayu. UMNO yang ada hari ini telah jauh tersasar dari UMNO tahun 1946.  UMNO yang ada hari ni adalah UMNO "lintah darat" yang menghisap kantung rakyat di waktu siang dan malam. Bangkitlah Melayu.

Siapa sebenarnya yang menyebabkan Melayu terhina di bumi bertuah ini? Jawapannya adalah UMNO yang bertanggungjawab mengheret Melayu menjadi begitu lemah ketika ini. TERIMA KASIH UMNO. Jasamu memang banyak dan tidak terbalas. Kerana itu, kami tidak akan mengundi kamu lagi.

Ahmad Anwar Asyraf
Penyelaras SAMM Johor

3.2 /19 ermm dah tu yg kalut sangat WHY ?

“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta”
 "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason" 

UMNO telah membunuh Melayu terus-terusan dengan tidak membenarkan Melayu menjadi ‘competitive’ dan hanya diminta mendagu kepada UMNO semata-mata. Najib tidak sedar yang UMNO mempunyai 3.2 juta ahli sedangkan orang Melayu mempunyai jumlah penduduk melebihi 19 juta orang. 15 juta orang Melayu dan Bumiputra tidak menjadi ahli UMNO tetapi mereka hidup juga di dalam dunia ini.
Laungan orang Melayu akan
hilang segala-galanya tidak relevan lagi kerana UMNO itu sendiri sudah tidak relevan lagi. Laungan yang Melayu akan hilang tanpa UMNO itu merupakan isu meleset kerana di Kelantan UMNO boleh disifatkan parti yang sudah mati, tetapi orang melayu masih hidup segar bugar dan tidak pula kita mendengar di Kelantan orang Melayu mati bergelimpangan di Kota Bharu, Pasir Mas dan di daerah-daerah lain di negeri itu.

Monday, December 3, 2012

Hug

“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta”
 "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason" 

EVERYBODY NEEDS A HUG


No matter who you are, you need one
no matter what you do, you want one
No matter if you are uptight or smug
everybody needs a hug

Even if you are up or even if you’re down
even if you’re flat on the ground
Even if you feel like you’ve got some kind of bug
everybody needs a hug

Maybe you’re a millionaire
or maybe you have no underwear
Maybe your life sucks and your beer is full of suds
maybe you just need some hugs

When you can’t seem to get around
when you have to look up to see down
When all you have to eat is one small spud
sounds like it’s time for a hug

If you’ve been dragged over the coals
if life is taking it’s toll
If you’re being chased by a thug
just open your arms and give him a hug

Sometimes people are very rude
just because they’re in a bad mood
You should get up close and snug
Then reach out and give their ass a hug

When everyday all you see is bad omens
when life keeps feeding you lemons
When for the things you are owed, you never get paid
Just give a hug and say it's all paid.

Saturday, December 1, 2012

Es mejor prevenir que curar ALL LADY N GIRL read this

“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta”
 "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason" 

BETTER TO BE SAFE THAN SORRY

I received an email this morning from a friend who forwarded this warning to me about tricksters using miss call messages to con people.  So I thought I'd share it here with my Malaysian visitors so that they be careful when receiving calls from unknown numbers.

People have been receiving calls from+375602605281,+37127913091 or any number starting with a +375, or +371 number.

One ring & and they hang up, leaving a missed call message. . If you call back it's one of those numbers that are charged $15-$30 & they can copy your contact list in 3 sec. If you have bank or credit card details on your phone, they can copy that too. +375 is from Belarus and Afghanistan.. 371 is code for Latvia...

Don't answer or call back.

Please FORWARD AND SHARE this to your friends and family.