welcome

 

 

Selamat Datang Ke Bintongan

DIMANA MELAYU BANGGANG DI SITU UMNO MENANG

 

 

 

Ni Pengikut Gua

Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world

zwani.com myspace graphic comments



Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world to work and live in, while Malaysians are warm, friendly people who easily accept foreigners into their circle of friends.
Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world to work and live in. In addition, the country's tropical climate with its uniform temperatures allows light, comfortable clothing throughout the year.
Expatriates and their families will enjoy a safe and comfortable living environment with 21st century amenities, good healthcare and medical facilities, excellent educational institutions, and world-class recreational and sports facilities - at costs much lower than in their own countries.
One of the country's most distinctive features is its rich diversity of cultures, a heritage derived from its racial mix of some of the world's oldest civilisations - Malay, Chinese and Indian. This potpourri of race and culture has enabled Malaysians to speak at least two, and even three, languages - Malay (the national language), English, and their own mother tongue. Living in such a cosmopolitan environment, Malaysians are warm, friendly people who easily accept foreigners into their circle of friends.


StarBug

HATE


Berkicauan

Saturday, May 22, 2010

CERAMAH: KUGAN, BENG HOCK, AMINUL & SIAPA LAGI????? SIAPA AGEN ZIONIS!!!!!!

TARIKH : 25 MEI 2010


MASA : 9 MALAM


TEMPAT : PEKAN RANTAU ANGSA MAS (KAWASAN MENTERI BESAR NS)



BERSAMA : YB TAUFIK, YB ARUMUGAM, HJ MAT SABU, GINIE LIM & CheGu Bard


datang lah beramai ramai,,,,,,,,,,, buka minda dan buka lah hati anda,,,,,,,,,,,,,,,

Tuesday, May 18, 2010

~~~Kubur Bangsa Melayu~~~

Ini adalah hakikat Melayu sekarang ini. Memang macam cerita Bangau Oh Bangau

Anda sendiri lah baca DI SINI

Monday, May 17, 2010

~~~~~~~~~~UNDI LAH DACING...............

Wednesday, May 12, 2010

Rayuan dari YB Dr Siti Mariah - Sibu Serawak.

Rayuan dari YB Dr Siti Mariah - Sibu Serawak.



KEPADA DERMAWAN-DERMAWAN PAKATAN RAKYAT BANTULAH SAHABAT-SAHABAT KITA DI SIBU UNTUK TERUS BERJUANG.HULURKANLAH SUMBANGAN ANDA.

Assalamualaikum wbth & Salam Perjuang

Semuga surat ini menemui tuan puan dalam kemanisan Iman.

Surat ini saya tulis bagi mewakili YB Dr Siti Mariah Mahmud yang kini berada di Sibu Serawak.

Permintaannya berbunyi begini.

"Tolong masuk dalam Weblog dan Facebook saya, kami perlukan sumbangan kewangan dari Penyokong Pakatan Rakyat untuk kami buat program-program MESRA RAKYAT di lokaliti-lokaliti Melayu, juga untuk membiayai kos pengangkutan pengundi pada hari pilihanraya nanti (16 Mei 2010).

Nanti saya akan fowardkan No Akaun saya, tolonglah MERAYU.

Saya akan kemukakan jumlah yang di masukkah dalam akaun saya nanti untuk ketelusan ... Dr. Mariah"

NO AKAUN : MAYBANK : 5627 4005 1315 (SITI MARIAH BINTI MAHMUD)

Nota :YB Dr Mariah boleh dihubungi di talian 019-2361889

Mewakili beliau saya merayu semua pejuang dan penyokong PR untuk menyambut seruan ini dengan menyumbangkan wang anda untuk perjuangan ini.

Teringat pesanan Tok Guru "Duit yang ada dalam poket atau dompet kita belum tentu jadi hak kita - tapi duit yang kita dermakan sebagai Infak Fisabilillah sudah PASTI menjadi hak kita diakhirat nanti"

Sekian untuk makluman.

Minta Sebarkan sebanyak mungkin pada yang lain. Kerjasama anda semua didahului dengan ucapan jutaan terima kasih
- anakmuaallaf

Saturday, May 8, 2010

Tinggalkan UMNO segera..........


SYABAS KEPADA PARA PERJUANG UMNO TERUTAMA KAPADA SAYAP KANAN PEMUDA UMNO KERANA PEMIMPIN ANDA TELAH MENGHALALKAN JUDI. SYABAS! SYABAS! RAMAI UMAT MELAYU AKAN JADI KAYA SELEPAS PILA DUNIA NANTI.. INILAH SEBAHAGIAN PROGRAM UMNO UNTUK MEMBANTU BANGSA MELAYU MAJU KEHADAPAN SEPERTI YG DILAUNG2KAN DALAM KONSEP ISLAM HADHARI.

~~~ ni gua petik dari blog mana tah~~~
~~tuan punya blog lu jgn marah gua~~

Sunday, April 4, 2010

~~~~~~~Kata-kata hati~~~~~~~

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA IALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DIDALAM HATI.

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. PEMARAH Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer.. bawak2lah senyum.. tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. PENDENDAM Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (Ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. HASAD DENGKI Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. HAJI/HAJJAH BAKHIL Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) ** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. TAMAK Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut… walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah&nbs p; rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. TIDAK SABAR Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan.. cthnyer time keja banyak.. tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. EGO Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader egonya sendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebutâ

8. RIAK Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada

9. CINTA DUNIA Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah ** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati. Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah

MAZMUMMAH. ****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.**** Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya

Monday, March 15, 2010

JOHOR, NEGERI SEMBILAN BAKAL KITA TAWAN, TETAPI TIDAK MELAKA Oleh: WFAUZDIN NS


PERNAHKAH kita menjangka satu hari nanti Selangor akan dirampas oleh pembangkang? Mustahil jika difikirkan oleh akal kita memandangkan negeri tersebut begitu hebat kemajuan dan pembangunannya. Namun itu semua akhirnya mengajar kita betapa pembangunan dan kemajuan tidak cukup membuatkan rakyat bahagia. Bukan sedikit yang menderita di dalam sebuah negeri yang kaya raya. Kerajaan Firaun dahulu pun pun cukup kaya, tetapi berbahagiakah rakyat di bawah pemerintahan Firaun?

Kuasa Allah tidak menjangkau fikiran kita, akhirnya Umno/Bn terpaksa menyerahkan negeri terkaya itu kepada PR yang diterajui oleh PKR. Setelah PR mengambil alih, baru kita ketahui rupa-rupanya di sebalik kekayaan negeri tersebut sewaktu diperintah oleh Umno/Bn terlalu banyak berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa yang disembunyikan oleh pemerintah ketika itu. Maka sebab itulah agaknya semakin lama semakin ramai mula menyedari betapa rakyat Selangor selama ini dipergunakan demi mempertahankan kuasa mereka. Akhirnya rakyat bangkit meruntuhkan kerajaan Umno/Bn itu.

Siapa boleh beri jaminan bahawa Johor yang dikatakan negeri terlalu kuat Umno nya itu tidak akan berjaya dirampas oleh PR ? Saya percaya setelah apa yang berlaku kepada Selangor dan Perak khususnya, tiada siapa berani beri jaminan Umno/Bn akan kekal memerintah Johor. Perkembangan terbaru di Johor dilihat semakin menghampirkan rakyat Johor mengenali PR. Umno di Johor tidak lagi sehebat dahulu dan MB nya pun sekarang mulai merasa panasnya Umno ketika ini. Kita sendiri jarang melihat wajah MB Johor di kaca TV dan media arus perdana sejak kebelakangan ini. Tidak dapat disembunyikan lagi hubungan MB negeri tersebut dengan TPM iaitu anak Johor juga agak renggang. Suara tokoh-tokoh Umno Johor juga seolah-olah hilang dari arus perdana. MCA bagaikan tiada lagi kekuatan di situ akibat perebutan kuasa di dalam partinya. PR kini mula memperluaskan pengaruhnya dan PAS telah pun mula mendapatkan tapaknya di Dun negeri tersebut.

Kehadiran DS Anwar baru-baru ini ke Johor menambahkan lagi semangat PR di Johor. Kehadiran ramai orang yang mendengar pidato Ketua Pembangkang tersebut merupakan sejarah baru di Johor. Baru-baru ini perjumpaan DS Anwar bersama rakyat di sebuah restoren di Johor, mereka melakukan sabotaj dengan memotong bekalan letrik. Tetapi atas kekuatan semangat penyokong yang bertindak pantas, mereka terpaksa menyambung kembali bekalan letrik tersebut. Begitulah hebatnya pengaruh DS Anwar di saat beliau difitnah.

Begitu lah juga keadaan yang berlaku di Negeri Sembilan yang terkenal dengan adat Perpatih ini. DAP agak biasa di Negeri Sembilan, tetapi terfikirkah oleh kita PAS juga berjaya memasuki Dun di Negeri Sembilan? Kehadiran DS Anwar baru-baru ini sudah cukup menggambarkan betapa harapan kita cerah untuk melihat negeri ini akan diperintah oleh PR pada Pilihanraya Umum akan datang. Kehadiran melebihi 20 ribu orang di tengah-tengah hujan lebat bagi mendengar amanat DS Anwar di dalam program `Halilintar Ke Putrajaya' amat merimaskan Umno/Bn di negeri ini. Rupa-rupanya program `Juara Rakyat' tidak mampu untuk memperbodohkan rakyat lagi. Pembangunan di negeri tersebut kebanyakannya tertumpu di bandar, manakala di kampung-kampung masih ketinggalan. Jika kita pergi ke Jelebu contohnya, kita akan lihat daerah ini terlalu jauh ketinggalan walau pun MP Jelebu adalah Rais Yatim seorang Menteri dalam kabinet 1 Malaysia. Anda dikira bertuah jika berjumpa bas pengangkutan awam yang lalu di kawasan kampung satu jam sekali. Masalah kesukaran bas bukan masalah baru di kampung-kampung dalam daerah Jelebu.

Saya penuh yakin, dua negeri ini akan berjaya di`takluk' oleh PR di dalam Pilihanraya Umum akan datang. Secara jujur juga, saya akui negeri yang agak sukar ditawan oleh PR di dalam pilihanraya nanti adalah Melaka. Biar pun kita ketahui KM Melaka pernah disabitkan dengan politik wang di dalam Umno, tetapi rakyat Melaka kebanyakkannya tidak memandang itu masalah yang besar bagi mereka. Kelebihan KM Melaka sekarang adalah bijak `membuta'kan mata rakyat Melaka dengan pembangunan termasuk di kampung-kampung. Usaha lebih kuat perlu dilakukan oleh PR bagi menyelamatkan rakyat Melaka dari terus ditipu oleh Umno/Bn. /wfauzdin.blogspot.com