welcome

 

 

Selamat Datang Ke Bintongan

DIMANA MELAYU BANGGANG DI SITU UMNO MENANG

 

 

 

Ni Pengikut Gua

Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world

zwani.com myspace graphic comments



Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world to work and live in, while Malaysians are warm, friendly people who easily accept foreigners into their circle of friends.
Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world to work and live in. In addition, the country's tropical climate with its uniform temperatures allows light, comfortable clothing throughout the year.
Expatriates and their families will enjoy a safe and comfortable living environment with 21st century amenities, good healthcare and medical facilities, excellent educational institutions, and world-class recreational and sports facilities - at costs much lower than in their own countries.
One of the country's most distinctive features is its rich diversity of cultures, a heritage derived from its racial mix of some of the world's oldest civilisations - Malay, Chinese and Indian. This potpourri of race and culture has enabled Malaysians to speak at least two, and even three, languages - Malay (the national language), English, and their own mother tongue. Living in such a cosmopolitan environment, Malaysians are warm, friendly people who easily accept foreigners into their circle of friends.


StarBug

HATE


Berkicauan

Saturday, August 20, 2011

apo Pasal CIPAP kau dedah kan di BULAN Ramadan ni???

undi lah pas , pkr atau dap “Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta” "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason"


Klik n Lihat Di Halaman ini:-

Sunday, August 14, 2011

Woii Pukaimark,, apo lu cakap ni????

gua kopi n pes 110% dari GARAM N LADA

Ooohh...sedaplah jadi kerajaan tak boleh dipersalahkan! Rakyat kebulur, rakyat fakir, rakyat miskin, rakyat terbeban dengan kenaikan harga minyak, rakyat tertekan dengan kenaikan harga barang, rakyat mati kena rogol, rakyat tempatan terancam dengan ramai PATI jadi warganegara segera, rakyat murtad, jangan salahkan kerajaan! 

Habis tu apa kejadahnya jadi kerajaan?

Jadi kerajaan hanya untuk makan kedarah komisyen kapal selam? Jadi kerajaan untuk bagi peruntukan RM111 juta kepada bini? Jadi kerajaan untuk beli cincin RM24 juta kepada bini? Jadi kerajaan untuk rasuah rakyat dalam kempen piihanraya? Jadi kerajaan untuk bagi PATI warganegara segera demi kuasa politik haramjadah? Jadi kerajaan untuk bagi gaji besar kepada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR yang senget itu dengan duit cukai rakyat? Jadi kerajaan untuk dapat tender sistem biometrik? Jadi kerajaan untuk membodohkan rakyat?

Ooohhh...sedaplah jadi kerajaan Umno/Bn! Gemuk macam badak sumbulah bini kalau gitu!

Jangan salahkan k'jaan jika bantuan tak diterima

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata tidak wajar pihak-pihak tertentu mempersalahkan kerajaan semata-mata sekiranya bantuan yang disalurkan tidak diterima golongan terbabit.

Beliau berkata kementerian menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperuntukkan RM1.26 bilion bagi membantu kira-kira setengah juta golongan sasar sepanjang tahun ini.

"Jangan salahkan kerajaan...selain kementerian menerusi JKM, terdapat juga banyak agensi lain yang terlibat, mana suami-suami (kepada ibu-ibu tunggal) yang mempunyai keluarga juga mesti bertanggungjawab, walaupun sudah bercerai atau berpisah," katanya.

Shahrizat berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah akhbar tempatan mengenai kementerian bertanggungjawb memperuntukkan RM1.2 bilion untuk membantu 450,000 orang tetapi ia tidak dapat dinikmati seorang ibu tunggal Muslimin yang ke gereja untuk mendapatkan makanan.
Ketua Pergerakan Wanita Umno itu berkata kementerian sentiasa menemui kumpulan sasar dan menghulurkan bantuan pada setiap bulan agar mereka tidak bersikap menuding jari kepada kerajaan yang prihatin kepada nasib mereka.

Beliau juga kesal dengan tindakan segelintir suami yang mengamalkan budaya "lepas tangan" kepada pihak lain dalam soal memberikan nafkah kepada isteri yang ditinggalkan atau diceraikan.

"Mana bekas suami, ahli-ahli keluarga, anak-anak tidak membantu dan bersikap lepas tangan. Kalau mereka lepas tangan kepada orang lain, ia mengundang bahaya terutama ibu bapa yang tiada persaraan hidup harus dibantu...hentikan andaian (salahkan kerajaan)," katanya.

Beliau turut berpesan agar anak-anak tidak mengabaikan tanggungjawab dan mengambil tahu kebajikan terhadap ibu-bapa mereka yang telah uzur terutama pada musim perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang.


- Bernama





undi lah pas , pkr atau dap “Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta” "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason"

Subuh...

undi lah pas , pkr atau dap “Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta” "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason"

tidak adsa apa yg nak di tulis ,, azan sedang ke udara di ghombau city menanda kan masuk waktu subuh,,,,,

Monday, August 8, 2011

Wahai Kawan Kawan,, Sojarah Ghombau City,, baco lahhhh...

DAERAH  Rembau, tidak akan wujud seperti adanya hari ini tanpa penglibatan dua tokoh pembesar Minangkabau yang bernama Datuk Lela Balang dan Datuk Laut Dalam. Menurut buku Negeri Yang Sembilan, terbitan 1985)  susunan Norhalim Ibrahim (Allahyarham), kedua-dua tokoh ini adalah pendatang dari kerajaan Minangkabau yang meneroka Rembau , daerah baruh yang telah ramai  didiami penduduk tempatan. Komuniti tempatan ini berasimilasi dengan pendatang dari seberang. Komuniti tempatan ini diketuai oleh Batin Skudai yang tinggal di Relong dan kemudian pindah ke Kampung Lada, Chengkau, sebelum menjadikan Datuk Lela Balang menantunya dan tinggal sementara di Kota Lama.

Menurut Norhalim, Datuk Lela Balang berasal dari Batu Hampar bersukukan Caniago. Ada yang mendakwa Datuk Lela Balang adalah dari Suku Batu Hampar  Paya Bidara. Ada pula yang yakin bahawa Datuk Lela Balang ini berasal dari daerh istana Pagar Ruyung, yang terletak dalam Suku Tanah Datar dan datang bersama Batin Pak Tinjau dengan isterinya, Mak Inan. Datuk Lela Balang masih bujang ketika berhijrah. Sebelum sampai di Kampong Kota Lama mereka ke Sungai Barat di Sungai Sayong. Mereka menghadap Sultan Melaka yang ketika itu bersemayam di Sungai Sayong setelah berundur dari Melaka akibat serangan Portugis.

Sebahagian daripada pengikut Datuk Lela Balang dari Suku Mungkal bermukim di kaki Gunung Datuk (Rembau) sementara Datuk Lela Balang sendiri tinggal di Kampung Kota Lama bersama Datuk Leteh, yang datang lebih awal. Hari ini Kampung Mungkal itu berjiran dengan Kampong Api-Api yang terletak di sebelah hulu.

Datuk Lela Balang kemudian berkahwin dengan Datuk Bungkal, anak Batin Skudai. Atas persetujuan bersama Datuk Lela Balang dan isteri menetap terus di Kota Lama di tebing Sungai Rembau cabang mudik ke kiri, sementara Datuk Leteh berpindah ke Kampong Perah, di tebing Sungai Rembau cabang mudik ke kanan. Kawasan baru Datuk Leteh ini dinamakan Kampong Perah kerana terdapat banyak pokok perah atau dalam bahasa latinnya disebut Elateriospermum Tapos di kawasan itu

Menurut Sejarahwan C.W.C Parr dan W.H. Mackray, dalam bukunya Rembau, One of the Nine States: Its History, Constitution and Customs, 1910, Datuk Lela Balang berhijrah ke Rembau bersama seorang lagi pembesar Minangkabau bernama Datuk Laut Dalam yang telah beristerikan seorang wanita berketurunan Jawa. Dikatakan kedua-dua pembesar ini bersama-sama menghadap Sultan di Johor untuk mendapatkan apa yang disebut hari ini sebagai watikah perlantikan bersama pembesar daerah yang diberi gelar Datuk Penghulu.  

Datuk Laut Dalam berasal dari Paya Kumbuh dari suku Tiga Nenek. Datuk Laut Dalam membuka Kampung Lekok kira-kira 500 meter ke hilir Kampong Kota Lama, di mana Datuk Lela Balang bermukim. Tidak dijelaskan nama isteri Datuk Laut Dalam. Namun perkahwinan mereka meberikan empat orang puteri, iaitu Datuk Sitimah, Datuk Shamsiah, Datuk Natimah dan Datuk Samadidi. Sementara perkhwinan Datuk Lela Balang dengan Datuk Bungkal menghasilkan lima orang anak (empat perempuan dan seorang lelaki. Anak-anak perempuan diberi nama Datuk Pandung, Datuk Siti,  Datuk Lijah dan Dtuk Makraman. Anak lelakinya (mungkin anak bongsu)  dinamakan Datuk Si Rama.

Bagi melaksanakan titah perlantikan Sultan di Johor dan mengelak daripada timbulnya sebarang pertikaian politik dan pentadbiran, maka dipersetujuilah supaya Datuk Lela Balang dan Datuk Laut Dalam memanfaatkan sistem perkhwinan dengan hidup berbesan. Ini bermakna anak Datuk Lela Balang yang bernama Datuk Si Rama dikahwinkan dengan anak perempuan Datuk Laut Dalam yang bernama Datuk Siti Hawa. Perkahwinan Si Rama dengan Siti Hawa ini melahirkan seorang anak lelaki bernama Datuk Amba, yang kemudian dilantik sebagai  Penghulu atau Undang Rembau ke-2 dengan gelaran Datuk Sedia Raja. Ketika itu Penghulu atau Undang Rembau ialah Datuk Si Rama yang memakai gelaran Datuk Lela Maharaja.

Maka di sini jelaslah bahawa kedua-dua pembesar dari Minangkabau ini tidak mempunyai apa-ap hubungan kekeluargaan pada mulanya dan hanya menjalin hubungan melalui perkahwinan setelah bermastautin di Rembau. Datuk Lela Balang membuka kawasan di Kota Lama dan Datuk Laut Dalam di Kampung Lekok, sementara peneroka awal, Datuk Leteh membawa diri ke Kampong Perah. Luas daerah lingkungan pentadbiran tiga kampung ini sekitar satu km radius.

.





undi lah pas , pkr atau dap
 “Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta” "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason"

Sunday, August 7, 2011

undi lah pas , pkr atau dap “Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta” "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason"

gua kopi pes dari blog di bawah ni:-


Betapa lemahnya pengurusan zakat dalam negara 1Malaysia ini

Mengenai isu 12 orang Islam yang disiasat JAIS kerana satu jamuan makan malam atau apa yang dikatakan majlis berbuka puasa di sebuah gereja di Damansara, ia sepatutnta telah mampu memberi beberapa ikhtibar dan pengajaran penting kepada semua pihak sama ada dari Majlis Raja-raja Melayu (Raja-raja Melayu) yang menjaga hal Ehwal Agama Islam hinggalah ke peringkat pemerintah, pihak berkuasa agama, ulama, cendikiawan Islam dan umat Islam keseluruhannya.

Jika benarlah seperti yang dilaporkan oleh beberapa akhbar yang mendapati seorang yang ditahan telah membuat pengakuan bahawa kefakiran, kemiskinan mereka dan keterbebanan hutang yang sekeliling pinggang telah menyebabkan mereka terpaksa demi sebuah kehidupan dan tangungan berat, menerima bantuan kemanusian dan kewangan yang tidak ada birokrasi langsung dari pihak agama lain, maka ini adalah satu tragedi kepada pengurusan agama Islam di negara ini.

Bukan Agama Islam itu lemah. Islam tidak pernah lemah. Islam itu tinggi dan mulia, tiada yang lebih tinggi dan mulia lebih daripada agama Islam. Tapi malang pengurusan Islam yang penuh birokrasi, penuh dengan kejumudan dan hasad, penuh dengan sikap berkira-kira dan kehilangan integriti mungkin telah mencacatkan wajah agama yang mulia ini.

Tulisan ini ingin menyentuh sedikit mengenai wang zakat. Orang yang berhak menerima zakat dari 8 asnaf itu, tidakkah antara mereka dalam kalangan FAKIR, MISKIN, MUALLAF, ORANG BERHUTANG dan MEMBEBASKAN HAMBA (jika hamba abdi telah tidaka tidak adakah hamba dari keadaan lain seperti hamba along, hamba hutang, hamba sindiket pelacuran, hamba keadaan hidup yang tertekan dan sempamanya?) ?

Pelik dan hairan setiap tahun kutipan zakat begitu banyak, tetapi mengapakah bantuan wang zakat tidak sampai kepada golongan-golongan ini secara tetap?

Pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini, boleh bagi apa sahaja alasan dan boleh membuat apa sahaja tafsiran terhadap golongan yang penulis senaraikan di atas itu, namun bagi penulis walau apapun alasan yang diberikan, keadaan ini tetap membuktikan betapa tidak cekapnya kita semua, baik dari peringkat Majlis Raja-raja Melayu, pemerintah, pengurusan Islam dan kita semua sebagai umat Islam zaman ini, dalam menyampaikan bantuan dan pertolongan kepada golongan yang Allah wajibkan kita sampaikan.

Kita terlalu banyak berkira. Kita terlalu banyak berdengki. Kita terlalu banyak berprasangka. Kita terlalu banyak mengkaji hukum dan istilah boleh tak boleh, aula tak aula, seolah-olah masalah pemberian zakat tak pernah selesai-selesai. Kita terlalu banyak birokrasi. Kita terlalu malah gilakan publisiti apabila menyampaikan zakat.

Akhirnya pihak agama lain memberi pertolongan dan bantuan secara mudah, tanpa kecoh-kecoh dan publisiti, tanpa prasangka dalam pemilihan, penuh kemesraan dan penuh istiqamah, tidak hangat-hangat tahik ayam menyampaikan bantuan yang benar-benar diperlukan oleh mereka yang Islam dalam kalangan beberapa golongan antara 8 ansaf layak mendapat bantuan, yang benar-benar memerlukan.

Waktu ini kita mula melentingkan bagaikan cacing kepanasan namun tetap tanpa insaf dan tanpa tindakan segera pun, terus bercakaran sesama sendiri dihadapan mereka yang bukan Islam. Jelas kita bukan pemegang amanah Islam yang baik malah layak menjadi pemegang amanah yang tidak ada maruah!

Apa yang patut berlaku wang zakat yang banyak pada tahun semasa dihabiskan pada tahun itu juga, tetapi lebih malang jika wang zakat ghairah dibiarkan bertimbun untuk dibawa ke tahun-tahun berikutnya pula. Untuk apa dibawa ke tahun berikutnya? Bukankah setiap pembayar zakat mahu ibadah zakat mereka itu sampai kepada yang ditetapkan oleh Allah dengan seberapa segera? Atau apakah untuk 'dikemut 'oleh pihak-pihak tertentu bagi projek dan perbelanjaan tertentu yang tidak ada mengena dan bukan keutamaan pemberian zakat? Kalau begitu tidak peliklah jika ada umat Islam yang murtad kerana bantuan kehidupan dan kewangan tidak sampai kepada mereka dari penguasa Islam. Na’uzubillah!

Apakah peristiwa dan cerita salah seorang yang disiasat JAIS itu yang disiarkan oleh beberapa akhbar akan terus menjadi bagai angin lalu kepada pemerintah yang mengatakan mereka pemerintah Islam yang konon rakyat didahulukan prestasi diutamakan?

Wang zakat sepatutnya wajib diutamakan bagi menjaga dan menyelamatkan aqidah umat. Bukan untuk disimpan buat harta pusaka!

Friday, August 5, 2011

lu apo tenghok tengok????

Banzaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

undi lah pas , pkr atau dap
“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta” "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason"

ini BLOG gua,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, lu jgn nak menganjing kat sini...

“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta” "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason"


hahahahahahhaha