welcome

 

 

Selamat Datang Ke Bintongan

DIMANA MELAYU BANGGANG DI SITU UMNO MENANG

 

 

 

Ni Pengikut Gua

Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world

zwani.com myspace graphic comments



Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world to work and live in, while Malaysians are warm, friendly people who easily accept foreigners into their circle of friends.
Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world to work and live in. In addition, the country's tropical climate with its uniform temperatures allows light, comfortable clothing throughout the year.
Expatriates and their families will enjoy a safe and comfortable living environment with 21st century amenities, good healthcare and medical facilities, excellent educational institutions, and world-class recreational and sports facilities - at costs much lower than in their own countries.
One of the country's most distinctive features is its rich diversity of cultures, a heritage derived from its racial mix of some of the world's oldest civilisations - Malay, Chinese and Indian. This potpourri of race and culture has enabled Malaysians to speak at least two, and even three, languages - Malay (the national language), English, and their own mother tongue. Living in such a cosmopolitan environment, Malaysians are warm, friendly people who easily accept foreigners into their circle of friends.


StarBug

HATE


Berkicauan

Sunday, April 7, 2013

pROF kANGKONG Sidek Baba !!!!!

“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta” 
"Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason"


Sidek Baba Pejuang Islam: Orang kesayangan Anwar Ibrahim

Saya mengenali Sidek Baba sejak 1977 bila saya menjadi Mahasiswa Universiti Malaya dan Sidek menjadi AJK Minggu Orientasi-UM.
Kami panggil dia Cikgu Sidek kerana dia sudah dewasa umurnya.Dia senior saya satu tahun sahaja dari segi senioriti di universiti tetapi saya jauh lebih muda dari beliau dari segi umur kerana saya fresh dari sekolah dan terus ke universiti.
Saya mengikuti dari dekat perkembangan kerjaya Sidek. Sidek bercerita bagaimana beliau datang dari keluarga susah. Bermula bekerja sebagai budak pejabat kemudian ambil kelas malam dan lulus SPM. Kemudian ke Maktab Perguruan. Mengajar di sekolah. Kemudian ambil kelas malam. Lulus STPM dan masuk ke Universiti Malaya.
Sidek lembut orangnya. Berbicara dengan bahasa yang baik dan teratur. Beliau bergiat cergas dalam Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM). Diantara yang aktif waktu itu ialah Syed Darwilah, Allahyarham Datuk Nasaruddin Jalil, Dr Oniah dan ramai lagi. Saya terlibat dalam kumpulan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM). Diantara yang aktif ialah Dato’ Rozai Shafian,Bekas Speaker Kedah. Juga Tan Sri Muhammad Mohd Taib Bekas Menteri Besar Selangor.
Sidek juga mengajar di Yayasan Anda, yang terletak di deretan kedai di Pantai Baru betul-betul di depan pintu masuk Universiti Malaya. Sekolah Persendirian yang ditubuhkan oleh Anwar Ibrahim,Datuk Kamaruddin Mohd Nor,Datuk Kamaruddin Jaafar bagi mambantu anak-anak Melayu yang tercicir dari arus pendidikan. Ramai anak Melayu yang miskin menuntut disini dan ramai yang berjaya dalam hidup. Datuk Zabidi Zainal Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, KPPA adalah bekas pelajar Yayasan Anda.
Semasa di universiti hubungan kami rapat walaupun agak berlainan pendapat dan ideologi politik. Dia Islamis dan saya nasionalis. Bila ada masa terluang sementara menunggu kuliah selanjutnya, Sidek akan bersyarah panjang kepada kami tentang perjuangan Islam dan Anwar Ibrahim. Bagi Sidek, Anwar adalah pemimpin yang akan memimpin umat Melayu menuju ke kemuncak dan mesti berpaksikan Islam. Setiap lima ayat yang diungkapkan oleh Sidek akan ditutup dengan menyebut perkataan “Pak Sheik” bermaksud Anwar Ibrahim. Anwar adalah idola Sidek. Saya amat meluat melihat betapa taksubnya Sidek kepada Anwar.
Anwar selalu masuk kampus dan bercerita tentang dirinya yang terpenjara di Kemunting kerana membela rakyat Baling, Kedah. Hampir setiap minggu ada saja program sebagini yang dianjurkan oleh Sidek dan PMIUM. Dimata kami Sidek adalah Anwar dan Anwar adalah Sidek.
Selepas lulus dari universiti dan menamatkan Diploma Pendidikan saya dilantik menjadi Guru Siswazah.  Saya akhirnya menyertai UMNO dan aktif di Cawangan.  Sebagai Pegawai Pendidikan Division Satu,saya tidak boleh aktif dihadapan jadi saya bantu dari belakang.
Hubungan saya dengan Sidek berterusan. Bila Anwar menjadi Menteri Pendidikan dan berpejabat di Bandar Baru Damansara, saya ditukarkan ke Kementerian Pendidikan sebagai Ketua Unit.
Adalah menjadi amalan Anwar setiap hari Jumaat Anwar akan berjumpa dengan orang awam,orang kampong, sahabat-sahabat beliau dan sesiapa sahaja tanpa temujanji.Anwar akan jamu tetamu makan nasi bungkus. Amalan ini berterusan hingga beliau meninggalkan Kementerian Pendidikan. Orang yang sentiasa saya jumpa dihampir setiap Jumaat ialah Sidek. Macam-macam yang dia bawa cerita dan bilik saya akan jadi tempat persinggahan beliau samaada sebelum berjumpa Anwar atau selepas jumpa Anwar.
Malah diantara tajuk yang sentiasa dibawa dalam perbincangan kami bagaimana beliau katakan beliau lebih layak menjadi EXCO jika dibandingkan dengan mana-mana EXCO Kerajaan Negeri Melaka dan telah beliau nyatakan beberapa kali kepada Anwar untuk bertanding di Melaka dan menjadi Ketua Menteri Melaka.
Saya memang tidak berminat untuk mendedahkan hal keburukan Sidek pada ramai. Sebagai seorang Pegawai Kerajaan yang telah bersara, saya selesa berihat dan membaca. Tetapi akhir-akhir ini Sidek terlalu ghairah mencaci dan mencerca Anwar. Saya ahli UMNO. Saya juga bukan pengikut Anwar tetapi pembohongan Sidek yang saya anggap keterlaluan mesti dihentikan.
Sidek memang kaki bodek. Kalau bercakap amat lembut dan bahasa bersajak. Orang lain bodoh belaka dan dialah orang paling hebat. Kata-kata manis ini, bagi mereka yang kenal dia, satu penipuan.
Allahyarham Datuk Nasaruddin Jalil pernah beritahu saya bahawa Sidek setiap hari dan malam menelefon beliau untuk lobi Anwar beri biasiswa supaya dia dapat buat Masters. Akhirnya Anwar luluskan. Kemudian lobi Azmin untuk minta Anwar luluskan beliau buat Ph.D Juga dia dapat. Bagi saya itu bukan kesalahan kerana Sidek ingin memperkemaskan dirinya menjadi seorang ilmuan.
Tapi bila melobi kawan-kawan di Selangor dan minta tanah dari Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Menteri Besar Selangor, itu ada sedikit masalah. Muhammad Taib beritahu Nasaruddin dan saya yang dia telah beri tanah ‘prime land’ milik PKNS kepada Sidek tapi Sidek jual tak sampai pun setahun diluluskan. Sidek ambil duit taukeh Cina dan bayar premium kepada PKNS dan lebih dari separuh dia kebas kerana Muhammad Taib jual tanah PKNS kepada Sidek dengan premium yang amat murah. Saya yakin Anwar tahu hal ini. Muhammad Taib pernah menjadi Naib Presiden UMNO dan dia tahu Sidek rapat dengan Anwar.
Sidek waktu itu Timbalan Rektor berulang alik ke pejabat Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri lobi Azmin, lobi semua orang untuk jadi Rektor UIA. Sebenarnya ramai Pensyarah UIA yang lebih senior dari Sidek yang layak jadi Timbalan Rektor. Tapi kerana pressure dari Pejabat Anwar Ibrahim, Sidek dapat jawatan itu.Jawatan Timbalan Rektor. Saya orang UMNO saya juga tidak setuju dengan tindakan Anwar menempatkan Sidek disitu. Sidek ada Ph.D dan kajian akedemik  yang beliau lakukan untuk Ph.D ialah berkenaan ‘Institusi Usrah (Study Circle) dalam ABIM. Kita tidak pertikaikan Ph.D nya tapi bidang kajian itu, terlalu cetek untuk dia menjadi Rektor UIA. Bila dia gagal ke jawatan Rektor UIA Sidek amat kecewa.
Bila Pakatan Rakyat merampas Selangor Sidek berjumpa dengan Dr Wan Azizah isteri Anwar untuk melobi ke jawatan Timbalan Naib Canselor UNISEL. Saya jumpa seorang Dekan UNISEL yang dahulunya sama Jabatan dengan saya semasa di Kementerian Pendidikan. Dia kata kami mungkin dapat ketua baru di UNISEL. Sidek Baba akan jadi Timbalan Naib Canselor jika Tuanku Sultan setuju. Baru-baru ini saya dapat tahu orang yang sekat Sidek dari dipertimbangkan ke jawatan itu ialah Anwar Ibrahim sendiri bukan kerana faktor umur atau lain-lain tetapi bagi Anwar Sidek tidak cemerlang. Sidek selepas mendapat Ph.D tidak pernah menulis apa-apa ‘memorable academic paper’ dan tidak ada satu pun academic paper dalam International Journal yang beliau hasilkan.
Bila Dr Mahathir menahan Sidek dibawah ISA selama 14 hari, akibat tercetusnya gerakan reformasi, Sidek cerita segalanya kepada ASP Kamal Pegawai SB yang menyiasat beliau. Sidek mengaku yang dia bersama sekumpulan pelajar-pelajar UIA seramai 18 orang merancang bersama-sama Pemuda UMNO yang diketuai oleh Zahid Hamidi mahu menawan RTM. Sidek yakin rakyat akan bangkit menentang Dr Mahathir kerana ABIM mempunyai ramai anggota dan ahli UMNO yang menyokong Anwar. Sidek pecahkan semua rahsia Gerakan Reformasi kepada polis. Akibat tindakan beliau ramai yang ditahan antaranya: Roslan Kassim, Ezam Mohd Nor, Datuk Kamaruddin Jaafar, Malik Hussin, Datuk Zamri Kadir, dan ramai lagi pelajar UIA yang terlibat tetapi sempat melarikan diri termasuk Dr Yusri Mohamad dan Dr Asyraf Wajdi anak Datuk Dusuki Ahmad.
Sidek tidak ditahan lama malah tidak dibawa ke Kemunting. Beliau dibebaskan setelah bersetuju untuk bekerjasama dengan polis dan menjadi agen polis bagi melumpuhkan Gerakan Reformasi.
Bila saya berjumpa beliau sebulan selepas dibebaskan dari ISA di Hotel Legend Kuala Lumpur beliau kelihatan seperti orang yang baru keluar dari hutan belantara. Mukanya pucat dan wajahnya ketakutan. Bercakap secara berbisik dan ayat yang diungkapkan tidak jejas. Saya faham keadaanya.
Pada satu Jumaat dua bulan yang lalu saya jumpa dia sekali lagi di Masjid di Sentul. Perwatakannya tidak berubah. Bercakap secara berbisik seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena.
Kini baru saya faham kenapa Sidek menyerang Anwar. Kenapa Sidek fitnah Anwar. Mudah sahaja plot dan jalan ceritanya. Sidek satu masa dulu amat yakin kepada perjuangan Anwar. Sidek dapat banyak habuan dari Anwar. Tapi ada lagi yang belum cukup untuk Sidek. Sidek merasakan beliau telah banyak berkorban untu Anwar hingga ditahan dibawah ISA. Bila Anwar kembali berkuasa Anwar gagal membantunya untuk menjadi orang nombor satu di UNISEL. Maknanya Anwar sudah ada penggantinya dan Sidek bukan lagi orang kesayangan Anwar.
Sidek tiada pilihan. Dia sudah berjanji malah amat takut kepada polis. Bila pilihanraya sudah hampir tiba, polis dan Dr Mahathir panggil Sidek dan tagih hutang lama. Sidek tiada pilihan dan terus menjadi kuda yang ditunggang oleh Dr Mahathir dan pemerintah. Sidek kini terperangkap. Ilmu yang dia miliki dicampakkan ke longkang. Iman yang dia ada digadai kerana takutkan manusia yang lemah seperti Dr Mahathir.
Anak buah saya kini berada dalam Kumpulan Khas yang dibentuk oleh Datuk Elias Anor Abdul, bekas Setiausaha Politik Datuk Najib Razak. Sidek adalah salah seorang anggota kumpulan ini yang dibayar gaji sebanyak RM 15,000 sebulan. Kumpulan ini merancang bagi menjatuhkan Anwar Ibrahim. Itu sahaja. Mereka telah kenal pasti 113 orang yang akan dikumpulan dan digunakan sepenuhnya untuk tujuan ini. Siapa mereka? Mereka adalah kenalan, sahabat karib dan orang yang rapat dengan Anwar Ibrahim. Mereka dihimpunkan untuk hancurkan Anwar Ibrahim. Pemimpin yang mereka sanjung satu masa dahulu.
Saya bukan penyokong Anwar Ibrahim. Minat saya hanyalah kepada Sidek Baba. Manusia yang rapat dengan saya tetapi jual dirinya kerana dunia. Saya masih ahli UMNO, saya nasionalis bukan Islamis seperti Sidek Baba.



Hj Omar Bin Abdul Rahman
Ipoh Perak.
1 April 2013

Saturday, April 6, 2013

UMNO itu alat permainan !!!

“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta”
 "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason" 

Pada Mahathir, UMNO itu alat permainan sahaja



UMNO ini selalu menjadi mangsa pemimpin mereka sendiri. Dalam UMNO sedang lemah dan hampir lemas Dr Mahathir pernah berkata UMNO itu sudah busuk sampai ke ususnya. Mahathir pernah dengan lantang berkata ‘yang pandai masuk PAS, yang cerdik masuk PKR dan yang bijak masuk DAP’. Mahathir sedar itu semua. Begitu juga Daim yang mengatakan hanya tiga negeri sahaja yang akan kekal dengan BN, yang lain semuanya kalah.
Sekarang kedua-dua nya mundar-mandir memberikan sokongan dan berkempen untuk parti yang Mahathir anggap sudah busuk sampai ke usus itu. Daim pula bertukar angin  dan kembali menyokong Najib yang beliau pandang rendah itu. Sekarang Najib pula yang mampu untuk membawa pembaharuan untuk negara. Saya selalu berkata yang mereka berdua ini tidak boleh dipercayai kata-kata mereka.
Kalau lah mereka ini nakhoda kapal kita sebagai penumpang akan mabuk laut dan muntah-muntah kerana kapal yang mereka nakhodakan itu tidak tentu arah hala-tuju nya. Tetapi sebagai orang politik, kita tidak perlu menjadi seorang yang pandai untuk mengetahui sebab kedua-dua nya ini bertukar menyokong parti dan pimpinan yang mereka anggap sebagai tidak berguna dahulu. Yang tidak berguna dahulu sudah menjadi berguna.
Dr Mahathir dan Daim itu adalah pemimpin yang tidak mahukan UMNO itu kuat agar mereka sentiasa menjadi orang penting di mata parti dan pimpinan yang ada sekarang. Semasa UMNO itu dianggap kuat, maka Mahathir akan memberikan segala perkara buruk terhadap UMNO dan isu yang dimainkan oleh Mahathir terhadap UMNO itu bukannya isu yang kecil bahangnya kepada parti itu. Jika UMNO kuat Mahathir merasakan beliau akan tidak diperlukan lagi. Jika UMNO lemah, maka beliau akan menjadi penting dan berharap pimpinan UMNO akan sentiasa bersandar kepada beliau.
Sekarang ini UMNO sudah tidak boleh diperbaiki lagi dan salah seorang orang penting kepada kekusutan dalam UMNO itu adalah dicipta oleh Mahathir. Sekarang beliau menjadi penting dan beliau sendiri sudah menjadi ‘panic’ kerana kekalahan UMNO itu adalah satu kejadian yang tidak mustahil lagi sekarang ini. Dalam keadaan sekarang Mahathir terus berlegar di setiap peringkat menyanyikan lagu UMNO itu sebagai penyelamat bangsa dan negara.
Jika kita cuba hendak selarikan dengan komen beliau yang UMNO itu sudah busuk sampai ke ususnya tahun lepas, bagaimana pula beliau boleh mendesak rakyat untuk kembali menyokong UMNO yang beliau sendiri merasakan parti yang sudah busuk sampai ke ususnya itu? Pimpinan UMNO semasa beliau menganggapnya sebagai busuk dahulu masih memegang kuasa parti itu.
Ini adalah dalil yang pemimpin seperti Mahathir itu hanya memerlukan parti yang memerlukan beliau sahaja yang memerintah walau sebusuk mana pun parti itu. Yang penting bagi beliau, Mahathir hanya memerlukan pihak mana yang boleh memberikan dan memenuhi kehendak beliau sahaja untuk memerintah.
Mahathir akan mempersetankan kehendak dan harapan rakyat. Harapan yang perlu di penuhi hanyalah harapan beliau sahaja dan menjadikan pimpinan UMNO sebagai buah ‘DAM’ sahaja dan boleh ditolak dan disorong ke depan dan ke belakang mengikut kehendak dan kemahuan beliau sahaja.
Jika parti ini masih mentadbir kita, apakah harapan rakyat ramai pada masa depan? Parti ini sudah dijadikan alat permainan oleh Mahathir yang tidak puas-puas dengan kemahuan keluarga dan kepentingan kroni-kroni beliau.
Sebenarnya Mahathir mahukan UMNO menang tipis kerana beliau hendak terus menjadi orang penting dan kali ini proses pengambil-alihan kuasa dari Najib untuk diserahkan kepada Muhyiddin. Beliau merasakan permainan beliau ini akan terus berjaya lagi kali ini.
Itu sebabnya saya tidak dapat mengalihkan persepsi saya terhadap beliau yang selagi UMNO lemah selagi itu lah pimpinan UMNO akan di ‘gomeng’ kepala mereka sekehendak hati beliau.
Mahathir tidak pernah mahukan kepimpinan UMNO yang kuat untuk kepentingan beliau sehinggakan UMNO itu tidak lagi mempunyai harapan untuk pulih dan parti itu tidak mungkin pulih sampai bila-bila.
Justeru itu, tidak salah ahli-ahli UMNO itu memberikan sokongan kepada pihak lain kerana mereka hanya menjadi alat untuk kepentingan mereka yang sudah ketagih dengan kuasa melakukan apa-apa jua terhadap rakyat.
Mahathir sedang menggunakan saki-baki pengaruh beliau dengan sepenuhnya untuk melaga-lagakan rakyat jika perlu, semata-mata untuk kepentingan beliau selama beliau masih hidup. Beliau lah orang yang paling sibuk sekarang ini. Tidak ada sesiapa yang lebih penting dalam negara ini selain dari Mahathir.

Friday, April 5, 2013

APA ITU KERAJAAN,, faham kan !!!

“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta”
 "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason" 

Sumber dari Blog ERAPASCA

 Anda kakitangan Kerajaan Pusat? Kakitangan Kerajaan Negeri? Serba salah untuk memilih parti mana yang nak diundi? Takut? Ada unsur2 hasutan dan ugutan dari pihak2 tertentu? Jom kenal SIAPA KORANG dan APA HAK KORANG mengikut konteks Perlembagaan Malaysia..


APA ITU KERAJAAN

Kerajaan adalah badan yang berkuasa dilantik oleh rakyat untuk mengurus tadbir negara. Kerajaan dibentuk dari sistem Pilihanraya yang mewajibkan setiap rakyatnya mengundi dan memilih tampuk pemerintahan setiap maksimum 5 tahun.

SIAPAKAH KAKITANGAN KERAJAAN

Kakitangan Kerajaan terdiri dari Rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama serta menyokong pelbagai ideologi politik yang mewakili parti UMNO, MCA, MIC, PKR, PAS, DAp dan parti parti lain diMalaysia.

APAKAH KERAJAAN ITU BARISAN NASIONAL ATAU PAKATAN RAKYAT

Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat atau mana mana parti di Malaysia yang terlibat dalam pemerintahan BUKAN bermakna kerajaan tetapi hanya ENTITI POLITIK yang membentuk kerajaan.

UNDIAN DARI KAKITANGAN KERAJAAN PEMERINTAH

Sebagai rakyat malaysia, kakitangan kerajaan yg memerintah negara dan negeri negeri di Malaysia boleh mengundi mana mana parti pilihan mereka tanpa apa apa sekatan. Ini kerana gaji kakitangan kerajaan dibayar oleh kerajaan yang mendapat hasil cukai dari rakyat, bukan duit simpanan sesebuah parti.

Artikel 10 menjamin hak rakyat Malaysia bersuara memilih tampuk pemerintahan sebagai pengundi. Adalah satu kesalahan jenayah jika mana mana parti x kira mewakili kerajaan atau pembangkang menghalang kakitangan kerajaan mengundi parti yang mereka pilih. Termaktub didalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.








OK? Dah jelas? 
Korang nak undi siapa pun xde sapa leh halang! 
Takda maknanya nak cakap korang x kenang budi! 
UMNO-BN kene blaja 
SIAPA HARUS KENANG BUDI SIAPA..

Thursday, April 4, 2013

Lahad Dadu mula membusuk !!!

“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta”
 "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason" 



Dah!!! Pecah Lubang.... kes Lahat Datu


 
 
Semakin lama, kes lahat Datu, semakin terungkai.,hasil pemerintahan korup BN selama lebih setengah abad.

PENANGKAPAN dan pertuduhan terhadap suspek Koperal Hassan Basri daripada Polis Cawangan Khas Lahad Datu di bawah Seksyen 130M iaitu melakukan komplot jenayah hanyalah 'Tip Of Iceberg' dan PDRM wajar melakukan siasatan lebih terperinci dengan mengheret 'Musang Berbulu Ayam dalam PDRM' yang selama ini bersekongkol dan melindungi PATI dan pengganas.

Penangkapan seorang lagi pegawai Polis Marin yang sedang disoal siasat dan belum dihadapkan ke mahkamah hanyalah 'Berita Di Sebalik Cerita' sebenar yang tidak diketahui oleh Polis Malaya; tetapi diketahui oleh Warga Felda terutama Pegawai Kanan Felda yang sudah silih bertukar ganti.

Sekitar 1995, ada pihak yang telah melaporkan bahawa Hassan Basri telah melindungi PATI yang bernama Benjamin (berbangsa Timur) dan keluarganya seramai 12 orang di kebun milik Hassan di Jalan Silam, namun laporan tersebut tidak diendahkan sekalipun laporan kedua dibuat pada 2002 ketika Tan Sri Chong Kah Kiat menjadi Ketua Menteri Sabah.

Benjamin adalah banduan yang dipenjara kerana terlibat dalam Skandal IC Palsu dan Wang Palsu. Setelah dibebaskan dan dihantar balik ke negara asalnya, Indonesia, Hassan Basri telah menggaji Benjamin sekalipun ketika itu beliau tahu Benjamin adalah PATI yang memasuki negara ini secara haram.

Penglibatan Hassan Basri dengan insiden Tanduo hanyalah di peringkat berkomplot dengan Pengganas Sulu yang kebanyakannya 'Warganegara Penyu' (Pemilik IC Projek) yang telah lama bergelumang dengan kegiatan jenayah termasuk penyeludupan rokok, syabu dan barang bersubsidi dari bumi Lahad Datu ke Tawi-Tawi dan Zamboanga.

Penangkapan Hassan dan beberapa orang pegawai polis (Marin) tidak menyelesaikan masalah penyelewengan dan khianat kerana memerlukan penubuhan RCI bagi menyiasat 'Sikitul' yang bersembunyi di sebalik jawatan dan pakaian seragam; demi untuk masa hadapan Sabah yang gemilang.

Kampung Tanduo adalah 'Zon Gelap' seperti Pulau Languyan di Filipina kerana majoriti PATI mendarat di Tanduo dan Syurga bagi penyeludup barang bersubsidi seperti beras, tepung gandum, gula, minyak diesel, baja dan barangan haram seperti minuman keras, rokok dan dadah.

Sebelum 'Pengganas Sulu' mendarat di Tanduo atas jemputan 'Komander Mat Bom', penduduk sudah lama melaporkan kehadiran kumpulan berpakaian seragam dan kemasukan senjata api kepada Ketua Kampung di sekitarnya, termasuk Yang Berhormat; tetapi semuanya 'bagai ayam Jantan kehilangan telur' tidak berani bertindak kerana tidak mahu menanggung risiko diculik atau dibunuh pengganas.

'Sikap Tidak apa' dan bertolak ansur dengan pengganas telah menyebabkan Bumi Tanduo yang indah disirami darah perwira; malah Kampung Tanjung Batu, Sungai Nyamuk, Sungai Merah, Tegupi, Tanjung Labian dan Lok Buani musnah dalam pertempuran yang boleh dihindarkan jika pasukan keselamatan mendengar rayuan penduduk kampung membentengi mereka daripada Pengganas yang terkepung.

Namun PDRM belum sedar bahawa begitu ramai pegawai kanan polis yang terlibat dengan penyeludupan manusia dan hidup mewah dengan menjalankan kontrak kerja atau 'merampas' ladang kelapa sawit di Sahabat Pinggir dan Zon Keselamatan yang telah dikeluarkan daripada Felda Sahabat secara bersindiket.

Ramai pegawai kanan polis, termasuk yang sudah meninggal dunia, berpencen atau bersara sukarela yang melakukan kegiatan berkenaan secara terang atau bersembunyi di sebalik nama isteri dan sanak saudara; demi untuk memperkayakan diri dengan menghalalkan cara, termasuk menggaji PATI yang ditangkap dan bersubahat dengan Pegawai Kanan Felda untuk menjual buah kelapa sawit yang sebenarnya ditanam Felda tetapi dikeluarkan setelah pengukuran semula.

Kegiatan pengganas di Tanduo, Tanjung Batu, Sungai Nyamuk, Sungai Merah, Tanjung Labian, Lok Buani dan sebagainya telah lama berlaku tetapi disembunyikan pegawai polis yang rasuah dan mencari makan sehinggalah menyembunyikan kematian dua anggota RELA di Lok Buani sekitar 1996-1997 dan pernah disiarkan oleh akhbar tempatan dan nasional.

Penglibatan Ahmad Malandi @ Mat Bom dalam isu tuntutan tanah dan berakhir dengan pencerobohan oleh 76 pengganas Sulu (6 daripadanya wanita) sebelum mereka menggaji lebih daripada 200 WargaPenyu yang memiliki MyKad Malaysia melalui 'IC Projek Mahathir'.

Wargapenyu ini telah direkrut dan ditawarkan gaji antara RM1,000 hingga RM1,600 USD (mengikut pangkat) sebulan sebagai 'Pengawal Keselamatan' beruniform untuk menjaga tanah Mat Bom tiba-tiba terkejut apabila mereka dijenamakan semula sebagai 'Tentera DiRaja Sulu' yang terpaksa berjuang untuk mendapatkan 'kedaulatan' Sabah oleh Sultan Palsu, 'Setan Paduka Mahashari Maulana al Sultan Mohammad Jamalul Kiram III ibni Almarhum Sultan Punjungan al Shariful Hashim.

Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera sepatutnya belajar daripada kesilapan kerana Sabahkini.net telah menyalurkan maklumat lebih awal (berdasarkan risikan dan maklumat pendudukkampung) kepada mereka (Polis) bahawa pengganas sudah memasuki Kampung Tanjung Batu, Pasusul dan bertebar ke Kembara Sakti; tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas sehinggalah 30 penduduk kampung ditawan pengganas di Tanjung Batu; juga diremehkan PDRM.

Bezanya 'Panglima perang' di zaman Rasulullah ialah mereka berada di medan hadapan dan bukannya duduk bersantai di resort ketika perwira negara bertarung nyawa. Paling menjengkelkan ada pegawai kanan kerajaan mengatakan bahawa Kampung Tanduo yang ditutup pihak berkuasa dan 20 keluarga 'penduduk tempatan' yang tinggal di situ akan ditempatkan di kawasan baru; akan dijadikan 'Pusat Pelancongan' adalah kenyataan yang paling tidak bermaruah.

Kampung Tanduo adalah salah satu daripada 13 Kampung tradisi yang telah dirampas FELDA kerana termasuk dalam Zon Sahabat Pinggir dan Zon Keselamatan setelah Kerajaan Berjaya menyerahkan 245,000 ekar tanah adat kepada Felda untuk dibangunkan sebagai kawasan penempatan semula masyarakat nelayan dan miskin dari seluruh Sabah; sebaliknya membatalkan lebih 3,000 geran tanah yang telah dikeluarkan RSP, Surat Tawaran dan geran draf.

Namun malangnya FELDA mungkir janji dan menjadikan Semenanjung Dent sebagai 'Lombong Emas' dan menjadi zon menternak PATI dan menyuburkan kegiatan keganasan. Ikuti episod akan datang 'FELDA Lindungi Pengganas?'

-tranungkite-

Wednesday, April 3, 2013

Ikuti lah kisah Zul Kulum ini,,, !!!!

“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta”
 "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason" 

kesah katak yng bernama zul kulim.. yng bertukau mnjadi kambing kehh..kehh..kehh.. mari kenali sapa ... si zul kulum ni..

kesah ini perlu di dedah supaya rakyat semua kenal siapa zul kulim yang sebenar.....supaya semua pakat berhati2 dengan manusia berhati busuk ini....

>>Saya dah tulis sebelum ini bahawa manusia bernama Zulkifli Nordin ini sangat saya curigai ini sebaik sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangkap di zaman Reformasi dahulu. Pada waktu itu, satu laman web yang saya percaya ada kaitan dengannya mengisytiharkan Zulkifli Nordinlah yang paling layak memimpin Reformasi setelah Anwar ditangkap.

Bukan setakat itu sahaja, malah diatur satu pertemuan dengan Almarhum Ustaz Fadzil Noor di mana Zulkifli menayangkan-nayangkan dirinya sebagai pemimpin Reformasi menggantikan Anwar. Pertemuan itu diadakan di rumah seorang tokoh yang kemudiannya menjadi bisan Ustaz Fadzil.

Begitu sekali kelaku Zulkifli Nordin.

Walaupun ketika berlawan dengan Umno, ucapan-ucapannya penuh dengan perkara-perkara yang dicurigai sebagai pembohongan sehingga akhirnya Zulkifli Nordin tidak dibenarkan oleh pengurusan Markaz Tarbiyyah PAS di Taman Melewar berceramah di situ walaupun beliau diangkat oleh orang-orang yang mudah ditipu sebagai Yang Dipertua PAS Bandar Tun Razak. Orang PAS memang cepat kagum dengan orang yang macam tu. Kalau tak, tentulah Datuk Dr Hasan Mohamed Ali tak dipilih oleh orang-orang PAS jadi Naib Presiden parti itu.

Pernah sekali saya bertemu dengan Zulkifli Nordin dalam ceramah PAS. Waktu itu saya jadi drebar seorang penceramah PAS. Zulkifli Nordin datang dengan Pak Salleh Bakar. Memang waktu itu mereka selalu bergerak berdua. Zulkifli Nordin berceramah dan Pak Salleh pula baca puisi.

Ketika makan di rumah tuan rumah di mana ceramah itu diadakan, saya kata kepada Zulkifli Nordin, "Awat hang ni ceramah kira nak membohong ja?!" Dengan muka yang langsung tak nampak rasa bersalah, Zulkifli Nordin hanya tersenyum sahaja.

Seorang pekerja Pejabat Agung PAS yang selalu memandu kereta yang dinaiki oleh Ustaz Fadzil menceritakan bahawa Almarhum Presiden PAS itu tidak suka berjumpa dengan Zulkifli Nordin.

Saya dah tulis lama dah dalam blog lama yang kini masih didelete oleh Google.

Satu hari ketika kawan tersebut memandu kereta yang dinaiki oleh Ustaz Fadzil hendak memasuki kawasan Markaz Tarbiyyah PAS di mana terletaknya Pejabat Agung PAS waktu itu, beliau lihat ada banyak kereta dan pemberita di sekitar markaz itu.

Ustaz Fadzil lalu bertanya, "Ada apa ramai-ramai ni?" Kawan itu menjawab "Ustaz Taib Azamuddin nak buat sidang akhbar".

Ustaz Fadzil tanya lagi, "siapa lagi ada?"

Pekerja Pejabat Agung PAS itu jawab, "Zul Nordin pun ada".

Ustaz Fadzil pun terus mengarahkan, "Patah balik! Patah balik!"

Ustaz Fadzil dan pekerja Pejabat Agung PAS itu kemudianya pergi minum di kedai Anuar Hasan (juga salah seorang pekerja Pejabat Agung PAS) yang ketika itu betul-betul di sebelah Markaz Tarbiyyah PAS itu.

Sampai begitu sekali sikap Ustaz Fadzil terhadap Zulkifli Nordin. Ramai yang tahu cerita itu.

Apa pun kesilapan PAS menerima Zulkifli Nordin sebagai ahlinya, perkara itu sudah ditebus menjelang pilihan raya 2004 apabila Zulkifli Nordin ditolak dari dijadikan calon PAS dalam pilihan raya tersebut oleh Majlis Syura Ulama PAS.


- pak bakaq aka penarek beca

Monday, April 1, 2013

Tiada kompromi: DAP tegasss!!!!

“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta”
 "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason" 


Tiada kompromi: DAP tegas angkat Melayu jadi MB Negeri Sembilan
1 April 2013
KUALA LUMPUR, 1 APRIL: DAP tetap melantik orang Melayu menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan jika Pakatan Rakyat (PR) diberi mandat oleh rakyat memerintah negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.
Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook berkata demikian dalam wawancara eksklusif dengan wartawan Roketkini.com baru-baru ini.
Kenyataan ini sekaligus menafikan pelbagai tuduhan jahat dan fitnah yang mendakwa orang bukan Melayu akan dilantik menjadi Menteri Besar jika PR memenangi majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri itu.
Menurut Loke, fitnah sedemikian merupakan ‘modal politik lama’ yang sama ketika oposisi berjaya menawan DUN Perak pada PRU 2008 lalu.
“Fitnah begini sengaja digembar-gemburkan ejen propaganda upahan UMNO-Barisan Nasional (BN) untuk menakut-nakutkan orang Melayu yang semakin mesra dan menyokong PR.
“Isu itu tidak sepatutnya timbul. Sudah jelas pendirian DAP. Apa yang berlaku di Negeri Sembilan sekarang, hubungan kerjasama PR negeri ini sangat baik. Kita bertemu pelbagai lapisan masyarakat melalui program seperti ceramah dan aktiviti lain. Ini yang menimbulkan ketakutan mereka (UMNO-BN),” katanya.
Ditanya mengenai situasi kempen PR negeri Sembilan, Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah berkata, akar umbi ketiga-tiga parti mempunyai persefahaman yang kuat dan sentiasa bersama dalam kempen turun padang yang dijalankan.
“Semua parti dalam PR perlu menumpukan agar kempen dijalankan bersama. Ini untuk memastikan penyokong akar umbi akan memberi undi kepada satu sama lain misalnya pengundi Cina akan memilih PAS dan PKR manakala pengundi Melayu akan memilih DAP,” ujar beliau.
Tambahnya, PR juga bersedia mengambilalih pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan daripada BN jika memenangi majoriti kerusi DUN dan akan memastikan pelantikan Menteri Besar akan diselesaikan pada malam keputusan diumumkan.
“Kita sudah bersiap sedia untuk mentadbir bermula pada hari pertama lagi,” katanya.
Berkongsi pendirian yang sama, Setiausaha DAP Negeri Sembilan, Cha Kee Chin berkata, UMNO-BN memang sangat terdesak apabila terpaksa mengitar semula isu perkauman sebagai modal politik.
Menurut beliau, dalam sesi wawancara yang lain, antara isu yang sering dimainkan UMNO ialah isu “Menteri Besar Cina” dan isu “Melayu hilang kuasa.”
“Majoriti adalah orang Melayu. Kita semua tahu, jadi untuk menempelak fitnah UMNO-BN, pada pelancaran manifesto PR Negeri Sembilan 3 November 2012 lalu, kita sudah tegaskan sekiranya PR menang, orang Melayu akan menjadi Menteri Besar.
“Kami (DAP) tidak pernah bangkitkan isu Menteri Besar daripada orang Cina, ini kerja UMNO mahu menakutkan orang Melayu. Sebab itu kami memang beri fokus menjelaskan perkara itu dalam program di kawasan pedalaman,” katanya yang juga ADUN Bukit Kepayang.
Pada Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Sembilan pada November tahun lalu, satu persefahaman dimeterai PR Negeri Sembilan yang berikrar mendokong dan menjunjung Undang-undang Tubuh Negeri itu serta Tonggak Nan 9 yang antara lain adalah ikrar untuk membela keseluruhan rakyat termasuk komuniti Orang Asal jika diberi mandat mentadbir negeri itu.-Roketkini.com

ex pengerusi JKKK join PAS

“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta”
 "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason" 

JEMPOL: Siri jelajah Negara Berkebajikan di Negeri Sembilan semalam menerima kemasukan 30 pemuda Umno ke dalam PAS yang disaksikan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Penyerahan borang permohonan keahlian PAS itu diadakan di Felda Raja Alias pada lokasi terakhir ceramah jelajah Negara Berkebajikan di Negeri Sembilan yang dihadiri kira-kira 1,000 orang.

Salah seorang bekas ahli Umno, Jamaluddin Rashid yang ditemui memberitahu beliau mengambil tindakan menyertai PAS kerana kecewa dengan tindakan penyokong Umno yang membuat kekacauan pada satu program ceramah PAS di Felcra Ayer Hitam.

Beliau yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Cawangan Umno Ayer Hitam turut mempersoalkan tentang keislaman Umno apabila sanggup mengganggu penyokong PAS yang sedang berdoa dengan mengadakan karaoke.

"Saya menyertai PAS sebab ada kejadian yang tidak pernah saya duga sepanjang 14 tahun saya menjadi Ketua Kampung.

"Padahal ceramah itu merupakan ceramah agama kita sendiri tapi tiba-tiba Umno turut membuat program karaoke dalam jarak 50 meter, jadi berlakulah satu kejadian yang tidak saya ingini.
"Selepas kejadian tersebut saya bertemu dengan pemuda-pemuda dan mereka bersetuju dengan saya untuk berubah dan mengikut apa yang dikehendaki Islam.

"Hati saya terluka dengan tindakan yang tidak bertanggungjawab, saya memang tidak bersetuju dengan sikap pimpinan Umno bahagian yang membuat perkara-perkara tersebut," jelasnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang berumur 64 tahun telah melepaskan jawatan sebagai ketua kampung yang telah dipegang selama 14 tahun atas kesedarannya.
Ini, katanya kerana sepanjang beliau memegang jawatan tersebut tidak pernah berlaku perkara sedemikian dan itu merupakan kali pertama berlaku.

"Tidak ada pemimpin Umno yang marahkan saya cuma mereka menyoal kenapa saya menyertai PAS.

"Saya tahu PAS ini membawa ke arah yang elok dan tidak perlu dipertikaikan lagi, saya sedar semua itu. Saya secara jelas tidak bersetuju langsung dengan budaya samseng yang digunakan Umno pada masa ini," tambah beliau yang pernah menerima Pingat Masyarakat Cemerlang (PMC).

Jamaluddin yang berjanji akan terus berusaha untuk mengajak lebih ramai penyokong Umno di kampungnya untuk menyertai PAS.
Beliau memberitahu, seramai 20 orang wanita Umno akan menyerahkan borang menyertai PAS minggu hadapan.-
 
 
 HD.