“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta”
"Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason"

Terdapat sebuah Kumpulan Khas yang dibentuk oleh
Datuk Alies Anor Abdul, bekas Setiausaha Politik Datuk Najib Razak.
Sidek Baba
adalah salah seorang anggota kumpulan ini yang dibayar gaji sebanyak
RM15,000 sebulan. Kumpulan ini merancang bagi menjatuhkan Anwar
Ibrahim.
Mereka dihimpunkan untuk hancurkan Anwar
Ibrahim. Mari sama-sama kita teliti Minit Mesyuarat kumpulan tegar ini
dan siapakah yang bersama-sama Sidek Baba dan Alies Anor dan apa yang
telah mereka rancangkan.
Minit Mesyuarat Kumpulan Tegar Siri 4/2012
Tarikh: 15 Disember 2012
Masa: 8.30 malam
Tempat: Bilik Operasi
Senarai Kehadiran
- Datuk Seri Alies Anor Abdul – Pengerusi
- Datuk Dr Sidek Baba – Timbalan Pengerusi
- Abdul Rahman Karimun
- Raja Arif Kamaruddin
- Osman Abdul Majid
- Rahiman Salleh
- Majid Hj Daud
- Syed Abul Hussin Syed Kismas
- Abdul Rashid Buyung - Setiauasaha
1.Ucapan Pengerusi
- Mesyuarat dimulakan dengan bacaan AlFatihah.
- Pengerusi mengucapkan terima kasih diatas kehadiran semua. Minit Siri 3/2012 diteliti dan diluluslan tanpa pindaaan.
- Pengerusi mengingatkan bahawa pilihanraya sudah hampir dan tujuan
mesyuarat malam ini bagi membincangkan projek yang belum selesai dan
program yang akan dilaksanakan untuk tahun 2013.
2. Perkara-perkara berbangkit.
Datuk Dr Sidek Baba
Datuk Dr Sidek Baba memaklumkan program menghimpunkan 100 Pimpinan dan
ahli ABIM dan para cendiakawan yang ada hubungan dengan ABIM telah
berlangsung di UiTM Shah Alam . Jumlah yang hadir ialah 89 orang. Yang
agak mengecewakan tidak ramai pimpinan ABIM yang hadir. Program berjalan
lancar dan mencapai tujuan. Arahan jelas telah diberikan.
Tiga tindakan segera sebelum pilihanraya akan dilaksanakan.
- Pertama, mereka akan menulis, mengutuk dan menghentam Anwar Ibrahim dalam blog-blog.
- Kedua, sidang-sidang media akan diadakan dengan kekerapan setiap
hari bagi mendedahkan keburukan Anwar dan familinya sebaik sahaja
Parlimen dibubarkan.
- Ketiga, bahan-bahan bercetak akan diedarkan menceritakan keburukan
Anwar dan akan diedarkan di kawasan-kawasan Melayu sahaja. Semua penulis
telah dikenalpasti.
- Percetakan edaran akan dibuat oleh Dewan Bahasa.
- Senarai yang hadir dalam perjumpaan dan senarai penulis-penulis seperti yang diedarkan.
Datuk Dr Sidek juga memaklumkan beliau
akan mengadakan perjumpaan dengan bekas-bekas pimpinan Keadilan yang
meninggalkan Anwar bagi menyusun strategi dan gerakkerja untuk menyerang
Anwar sebelum dan selepas pembubaran Parlimen. Mereka yang telah
dihubungi dan bersetuju untuk sertai perbincangan ini ialah
Senator
Ezam Mohd Nor, Lokman Adam, Zahid Mohd Arip, Bekas Adun Perak Kapt.
Osman Jailu, Jamaluddin Radzi dan Bekas Adun Kedah Mohd Radzi Salleh. Ada berapa nama lagi yang sedang diusahakan.
Datuk Dr Sidek juga memaklumkan Majlis Penerangan bersiri:
Siapa itu Anwar Ibrahim
akan bermula dengan gugu-guru MRSM Melaka dalam sedikit masa lagi. YAB
Ketua Menteri telah dimaklumkan. Beliau mahu hadir bersama nanti.
Datuk Dr Sidek mencadangkan Urusetia berhubung dengan pejabat Tun Dr
Mahathir agar satu pertemuan diadakan bagi menjelaskan gerakkerja yang
kita lakukan. Juga bagi mendapat pandangan beliau apa lagi yang boleh
dilakukan kerana Tun punyai banyak strategi menjatuhkan Anwar satu masa
dulu. Mungkin pandangan Tun boleh dikongsi bersama.
En Osman Abdul Majid En Osman memaklumkan
kumpulan pelajar UUM
yang diberi tugas untuk membina blog-blog telah bersedia untuk
uploadkan berita Anwar. Empat dari mereka telah bertemu dengan bloger
Papagomo di Pulau Pinang. Urusan pembayaran selesai.
En Osman
memperingatkan mesyuarat kumpulan Pemuda UMNO yang ditugaskan untuk
ganggu ceramah-ceramah Anwar tidak bagitu berkesan. Kelihatannya mereka
takut kerana ada kes dimana mereka dipukul oleh penyokong Anwar dari
kaum India, polis tidak bertindak mempertahankan mereka. Adalah
dicadangkan khidmat Perkasa digunakan.
En Osman mohon Pengerusi
ambil tindakan memaklumkan kepada Menteri Pertahanan akan terdapat
kemasukkan Panglima Tentera secara ramai-ramai ke Pakatan Rakyat.
Pegawai-pegawai tentera pangkat rendah sudah berani menghadiri
ceramah-ceramah pembangkang. Dengan kemasukan Panglima mereka, ini akan
memberi impak yang hebat.
En Osman juga bimbang dengan moral
pihak polis yang bertugas di negeri-negeri yang diperintah oleh
pembangkang. Mereka nampak akur dengan arahan pimpinan negeri. Sesuatu
harus dilakukan. Mohon Pengerusi bawa perkara ini kepada pengetahuan
Menteri Dalam Negeri.
Syed Abul Hussin Syed Kismas
Tuan Syed Hussin bangkitkan isu garis panduan media perdana. Terdapat
isu-isu yang kontrovesial yang tidak diuruskan dengan baik oleh media.
Sebagai contoh isu Kalimah Allah. Masyarakat Islam agak keliru dengan
jawapan yang diberikan oleh Kerajaan. Minta Urusetia aturkan satu
pertemuan diantara Majlis Keselamatan Negara dengan semua pimpinan media
agar kegiatan diselaraskan. Semasa Pengerusi menjadi Setiausaha Politik
Perdana Menteri, Pengerusi mainkan peranan ini tapi kini tidak terurus.
Tuan Syed Hussin ingatkan mesyuarat Anwar mempunyai pengaruh yang kuat
dengan pemimpin Negara Islam dunia. Beliau bebas bergerak bertemu dengan
mereka pada bila-bila masa. Pengerusi diminta menasihati Perdana
Menteri supaya mesti ada program yang melibatkan Perdana Menteri dengan
dunia Islam. Antara yang boleh diambil tindakan segera ialah: 1) Lawatan
ke Palestin 2) Pertemuan dengan Pimpinan Islam di Filipina Selatan 3)
Pertemuan dengan Pimpinan Islam di Selatan Thailand 4) menunaikan
Umrah. Kegiatan ini boleh menaikkan sokongan Melayu kepada Perdana
Menteri.
Raja Ariff Kamaruddin YM Raja
Ariff bangkitkan bagaimana media nyamok seperti Suara Keadilan, Harakah
dan beberapa media lain bagitu berani menyiarkan berita Anwar. Kritikan
Anwar dimedia ini memberi kesan kepada orang Melayu. Sekatan mesti
dikenakan keatas mereka.
YM Raja Ariff juga bangkitkan isu Anwar
menang dalam perbicaraan saman Utusan Melayu dan beberapa saman yang
lain. Adakah jalan yang boleh digunakan untuk mempengaruhi mahkamah
untuk tidak umumkan keputusan sebelum pilihanraya. Jasa baik Menteri
harus diguna untuk minta hakim-hakim tangguh pengumumkan. Kita tidak
pengaruhi keputusan hakim tapi minta tangguh pengumuman sahaja.
YM Raja Ariff menyebut media perdana banyak melaporkan kes kematian kaum
India yang kononnya diakibatkan oleh Kerajaan. Anwar telah gunakan isu
ini untuk mendapat sokongan dari kaum Bukan Melayu. Satu arahan tegas
hendaklah dikeluarkan kepada media agar kes sebagini yang melibatkan
Kerajaan dipadamkan dari pengetahuan umum.
3. Lain-lain halPengerusi
maklumkan beberapa projek dan program besar akan diumum dan
dilaksanakan pada tahun hadapan dan minta mesyuarat beri pandangan dan
feedback dalam mesyauart yang akan datang.
Parlimen besar kemungkinan akan dibubarkan pada awal bulan Mac 2013
Akan ada pergerakan Polis dan Tentera bersekala besar di Sabah pada bulan Januari dan Februari 2013.
Satu team baru yang akan diketuai oleh Papagomo telah ditubuh untuk
rekacipta video clip skandal sex Anwar Ibrahim, keluarganya dan Pimpinan
Kanan Keadilan. Projek ini akan beroperasi diluar Negara.
Pengerusi meminta Datuk Dr Sidek Baba ketuai sekumpulan pemikir
bagaimana mahu pecahkan Pakatan Rakyat dan Anwar disisihkan oleh
Pimpinan Pakatan yang lain. Dr Ramzan di Pejabat Tun akan membantu Dr
Sidek.
Tuan Majid Daud diminta bina satu team bukan dari
kalangan Pemuda UMNO untuk halang dan ganggu pergerakan Anwar dengan Bas
Keadilan. Gunakan apa cara untuk memperlahan gerakan beliau. Elak dari
berlaku pertembungan dua kumpulan kita dan mereka kerana kumpulan
penyokong Anwar terlalu besar. Ini mungin membahayakan kumpulan kita.
Jika apa-apa berlaku tidak tidak akan bertanggung jawab dan kita tidak
akan mengaku mereka dari kumpulan kita.
Pengerusi memaklumkan
semua ahli mesyuarat boleh mengambil tiket kapal terbang dari Zaleha
setiausaha beliau dan mengucapkan selamat bercuti bersama famili.
Mesyuarat akan datang ialah pada minggu pertama bulan Januari 2013 dan akan dimaklumkan tarikhnya.
Mesyuarat ditangguhkan dengan membaca Wal’As