Rakyat gagal dalam percubaan pada kali ini, ia mungkin terpaksa menunggu beberapa puluh tahun lagi untuk mendapat kesempatan yang serupa.
Hasil utama kerajaan Malaysia adalah petroleum. Ia mewakili 40% daripada keseluruhan hasil.
Pada tahun 2009, jumlah hasil daripada petroleum samada cukai pendapatan petroleum, duti eksport petroleum, royalti petroleum dan dividen Petronas adalah sebanyak RM63.14 billion daripada RM158.639 billion jumlah hasil kerajaan Malaysia.
Perdana Menteri dalam Dewan Negara pada 24 April 2012 menjelaskan bahawa rizab petroleum Malaysia akan bertahan sehingga tahun 2046 jika tiada medan minyak baru dijumpai.
Kenyataan seorang Ahli Lembaga Pengarah Petronas yang didedahkan oleh Wikileaks menjelaskan bahawa pengeluaran petroleum berkurangan 10% setiap tahun dan akan habis lebih lebih awal daripada jangkaan.
Perubahan politik mesti dibuat semasa kita masih punyai wang. Jika rakyat Malaysia baru sedar pada tahun 2046, ia sudah tentu tidak ada gunanya lagi.
Wang yang telah habis disamun tidak akan kembali.
Change, now or never.
No comments:
Post a Comment
Please Say Or Write Something, Thank You !