“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta”
"Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason"
kesah katak yng bernama zul kulim.. yng bertukau mnjadi kambing kehh..kehh..kehh.. mari kenali sapa ... si zul kulum ni..
kesah ini perlu di dedah supaya rakyat semua kenal siapa zul kulim yang
sebenar.....supaya semua pakat berhati2 dengan manusia berhati busuk
ini....
>>Saya dah tulis sebelum ini bahawa manusia
bernama Zulkifli Nordin ini sangat saya curigai ini sebaik sahaja Datuk
Seri Anwar Ibrahim ditangkap di zaman Reformasi dahulu. Pada waktu itu,
satu laman web yang saya percaya ada kaitan dengannya mengisytiharkan
Zulkifli Nordinlah yang paling layak memimpin Reformasi setelah Anwar
ditangkap.
Bukan setakat itu sahaja, malah diatur satu
pertemuan dengan Almarhum Ustaz Fadzil Noor di mana Zulkifli
menayangkan-nayangkan dirinya sebagai pemimpin Reformasi menggantikan
Anwar. Pertemuan itu diadakan di rumah seorang tokoh yang kemudiannya
menjadi bisan Ustaz Fadzil.
Begitu sekali kelaku Zulkifli Nordin.
Walaupun ketika berlawan dengan Umno, ucapan-ucapannya penuh dengan
perkara-perkara yang dicurigai sebagai pembohongan sehingga akhirnya
Zulkifli Nordin tidak dibenarkan oleh pengurusan Markaz Tarbiyyah PAS di
Taman Melewar berceramah di situ walaupun beliau diangkat oleh
orang-orang yang mudah ditipu sebagai Yang Dipertua PAS Bandar Tun
Razak. Orang PAS memang cepat kagum dengan orang yang macam tu. Kalau
tak, tentulah Datuk Dr Hasan Mohamed Ali tak dipilih oleh orang-orang
PAS jadi Naib Presiden parti itu.
Pernah sekali saya bertemu
dengan Zulkifli Nordin dalam ceramah PAS. Waktu itu saya jadi drebar
seorang penceramah PAS. Zulkifli Nordin datang dengan Pak Salleh Bakar.
Memang waktu itu mereka selalu bergerak berdua. Zulkifli Nordin
berceramah dan Pak Salleh pula baca puisi.
Ketika makan di
rumah tuan rumah di mana ceramah itu diadakan, saya kata kepada Zulkifli
Nordin, "Awat hang ni ceramah kira nak membohong ja?!" Dengan muka yang
langsung tak nampak rasa bersalah, Zulkifli Nordin hanya tersenyum
sahaja.
Seorang pekerja Pejabat Agung PAS yang selalu memandu
kereta yang dinaiki oleh Ustaz Fadzil menceritakan bahawa Almarhum
Presiden PAS itu tidak suka berjumpa dengan Zulkifli Nordin.
Saya dah tulis lama dah dalam blog lama yang kini masih didelete oleh Google.
Satu hari ketika kawan tersebut memandu kereta yang dinaiki oleh Ustaz
Fadzil hendak memasuki kawasan Markaz Tarbiyyah PAS di mana terletaknya
Pejabat Agung PAS waktu itu, beliau lihat ada banyak kereta dan
pemberita di sekitar markaz itu.
Ustaz Fadzil lalu bertanya, "Ada apa ramai-ramai ni?" Kawan itu menjawab "Ustaz Taib Azamuddin nak buat sidang akhbar".
Ustaz Fadzil tanya lagi, "siapa lagi ada?"
Pekerja Pejabat Agung PAS itu jawab, "Zul Nordin pun ada".
Ustaz Fadzil pun terus mengarahkan, "Patah balik! Patah balik!"
Ustaz Fadzil dan pekerja Pejabat Agung PAS itu kemudianya pergi minum
di kedai Anuar Hasan (juga salah seorang pekerja Pejabat Agung PAS) yang
ketika itu betul-betul di sebelah Markaz Tarbiyyah PAS itu.
Sampai begitu sekali sikap Ustaz Fadzil terhadap Zulkifli Nordin. Ramai yang tahu cerita itu.
Apa pun kesilapan PAS menerima Zulkifli Nordin sebagai ahlinya, perkara
itu sudah ditebus menjelang pilihan raya 2004 apabila Zulkifli Nordin
ditolak dari dijadikan calon PAS dalam pilihan raya tersebut oleh Majlis
Syura Ulama PAS.
- pak bakaq aka penarek beca
No comments:
Post a Comment
Please Say Or Write Something, Thank You !