UMNO ini selalu menjadi mangsa
pemimpin mereka sendiri. Dalam UMNO sedang lemah dan hampir lemas Dr Mahathir
pernah berkata UMNO itu sudah busuk sampai ke ususnya. Mahathir pernah dengan
lantang berkata ‘yang pandai masuk PAS, yang cerdik masuk PKR dan yang bijak
masuk DAP’. Mahathir sedar itu semua. Begitu juga Daim yang mengatakan hanya
tiga negeri sahaja yang akan kekal dengan BN, yang lain semuanya kalah.
Sekarang kedua-dua nya mundar-mandir
memberikan sokongan dan berkempen untuk parti yang Mahathir anggap sudah busuk
sampai ke usus itu. Daim pula bertukar angin
dan kembali menyokong Najib yang beliau pandang rendah itu. Sekarang
Najib pula yang mampu untuk membawa pembaharuan untuk negara. Saya selalu
berkata yang mereka berdua ini tidak boleh dipercayai kata-kata mereka.
Kalau lah mereka ini nakhoda
kapal kita sebagai penumpang akan mabuk laut dan muntah-muntah kerana kapal
yang mereka nakhodakan itu tidak tentu arah hala-tuju nya. Tetapi sebagai orang
politik, kita tidak perlu menjadi seorang yang pandai untuk mengetahui sebab
kedua-dua nya ini bertukar menyokong parti dan pimpinan yang mereka anggap
sebagai tidak berguna dahulu. Yang tidak berguna dahulu sudah menjadi berguna.
Dr Mahathir dan Daim itu adalah
pemimpin yang tidak mahukan UMNO itu kuat agar mereka sentiasa menjadi orang
penting di mata parti dan pimpinan yang ada sekarang. Semasa UMNO itu dianggap
kuat, maka Mahathir akan memberikan segala perkara buruk terhadap UMNO dan isu
yang dimainkan oleh Mahathir terhadap UMNO itu bukannya isu yang kecil
bahangnya kepada parti itu. Jika UMNO kuat Mahathir merasakan beliau akan tidak
diperlukan lagi. Jika UMNO lemah, maka beliau akan menjadi penting dan berharap
pimpinan UMNO akan sentiasa bersandar kepada beliau.
Sekarang ini UMNO sudah tidak boleh
diperbaiki lagi dan salah seorang orang penting kepada kekusutan dalam UMNO itu
adalah dicipta oleh Mahathir. Sekarang beliau menjadi penting dan beliau
sendiri sudah menjadi ‘panic’ kerana kekalahan UMNO itu adalah satu kejadian
yang tidak mustahil lagi sekarang ini. Dalam keadaan sekarang Mahathir terus
berlegar di setiap peringkat menyanyikan lagu UMNO itu sebagai penyelamat
bangsa dan negara.
Jika kita cuba hendak
selarikan dengan komen beliau yang UMNO itu sudah busuk sampai ke ususnya tahun
lepas, bagaimana pula beliau boleh mendesak rakyat untuk kembali menyokong UMNO
yang beliau sendiri merasakan parti yang sudah busuk sampai ke ususnya itu?
Pimpinan UMNO semasa beliau menganggapnya sebagai busuk dahulu masih memegang
kuasa parti itu.
Ini adalah dalil yang pemimpin
seperti Mahathir itu hanya memerlukan parti yang memerlukan beliau sahaja yang
memerintah walau sebusuk mana pun parti itu. Yang penting bagi beliau, Mahathir
hanya memerlukan pihak mana yang boleh memberikan dan memenuhi kehendak beliau
sahaja untuk memerintah.
Mahathir akan mempersetankan
kehendak dan harapan rakyat. Harapan yang perlu di penuhi hanyalah harapan
beliau sahaja dan menjadikan pimpinan UMNO sebagai buah ‘DAM’ sahaja dan boleh
ditolak dan disorong ke depan dan ke belakang mengikut kehendak dan kemahuan
beliau sahaja.
Jika parti ini masih mentadbir
kita, apakah harapan rakyat ramai pada masa depan? Parti ini sudah dijadikan
alat permainan oleh Mahathir yang tidak puas-puas dengan kemahuan keluarga dan
kepentingan kroni-kroni beliau.
Sebenarnya Mahathir mahukan UMNO
menang tipis kerana beliau hendak terus menjadi orang penting dan kali ini
proses pengambil-alihan kuasa dari Najib untuk diserahkan kepada Muhyiddin.
Beliau merasakan permainan beliau ini akan terus berjaya lagi kali ini.
Itu sebabnya saya tidak dapat
mengalihkan persepsi saya terhadap beliau yang selagi UMNO lemah selagi itu lah
pimpinan UMNO akan di ‘gomeng’ kepala mereka sekehendak hati beliau.
Mahathir tidak pernah mahukan
kepimpinan UMNO yang kuat untuk kepentingan beliau sehinggakan UMNO itu tidak
lagi mempunyai harapan untuk pulih dan parti itu tidak mungkin pulih sampai
bila-bila.
Justeru itu, tidak salah
ahli-ahli UMNO itu memberikan sokongan kepada pihak lain kerana mereka hanya
menjadi alat untuk kepentingan mereka yang sudah ketagih dengan kuasa melakukan
apa-apa jua terhadap rakyat.
Mahathir sedang menggunakan saki-baki
pengaruh beliau dengan sepenuhnya untuk melaga-lagakan rakyat jika perlu, semata-mata
untuk kepentingan beliau selama beliau masih hidup. Beliau lah orang yang
paling sibuk sekarang ini. Tidak ada sesiapa yang lebih penting dalam negara
ini selain dari Mahathir.
No comments:
Post a Comment
Please Say Or Write Something, Thank You !