Seorang kawan menalipon saya- dia kata Dato Najib pening kepala. Mustahil saya jawab. Ini PM terbaik sejak Adam hissalam. Dia bentangkan bajet terbaik sejak Adam AS. Dia beri BR1M itu dan ini- produk 1 Malaysia ada pelbagai.
Mana boleh pening kepala?Semalam kita dengar kempen Dato Najib. Ada BN ada Putrajaya. Ada KLIA. Ada itu dan ini.
Jadi? Kerajaan- tugas nya memanglah membangunkan negara.
Negara komunis pun ada pembangunan.
Rusia ada St Petersburg Square. Kerajaan Italy ada St Peter’s Square.
Jepun ada Kansai airport.
Hong Kong ada Kaitak.
Bangkok ada Suvarnabhumi Airport.
Singapore- tak perlu cakap lagi lah.
Ertinya- bukan UMNO sahaja yang boleh membangunkan negara.
KLIA dibina berapa komsiyen yang puak UMNO dapat?
Menara kembar dibina, berapa wang Petronas dibalun?
Berapa wang Petronas dibalun untuk selamatkan bisnes Mirzan anak Mahathir? RM2 billion.
Kenapa dia dapat keistimewaan menggunakan duit Petronas? Sekarang dia muncul dengan Petron. Yang memisahkan Petronas dengan Petron ialah huruf a dan s sahaja.
Tak lama lagi semua hasil penjanaan kekayaan dibalun oleh puak UMNO.
Slogan UMNO- Balun, balun tetap Balun!
UMNO ada- kita ada komsiyen kapal selam 500 juta.
UMNO ada, berbilion hilang dengan pembelian kapal terbang yang tersadai di padang pasir di Amerika.
UMNO ada, kita balun 7 hinga 15 billion dari projek MRT.
saya sudah nyatakan banyak kali, kalau Najib boleh jadi PM, orang lain pun boleh. Kelantan tidak ada UMNO, tetap membangun. Lapuran Auidt Negara 2011 menunjukkan Kelantan mengurus dengan tata urus yang baik.
Negeri Pulau Pinang mencatat hasil pendapatan negeri yang kian meningkat. Pembangunan disana tetap rancak.
Di kedah walaupun belanja operasi meningkat, ia berlaku dengan hasil pendapatan yang meningkat.
Selangor tetap menarik minat pelabur.Reseb tunai dari RM400 juta jadi RM2500 juta. kenapa?
Sebab kerajaan yang lebih baik dan lebih jujur dan tidak rasuah.Kemajuan dan pembangunan berlaku selagi ada kerajaan. Bukan hanya kalau UMNO dan BN memerintah.
Kemajuan dan pembangunan yang lebih baik, bergantung kepada ujudnya kerajaan yang lebih baik. Ini dia yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat- kerajaan yang lebih baik. Bayangkan pencapaian PR dicapai dalam masa yang singkat- 5 tahun.Dan apa yang UMNO capai selama 55 tahun mereka memerintah.
BR1M-1 di beri kepada 4 juta orang.
BR1M-2 di beri kepada 7 juta orang.
Ertinya dari BR1M-1 ke BR1M -2, golongan miskin bertambah? 11 juta orang mempunyai pendapatan bulanan kurang dari RM3000?
Kenapa ini terjadi ketika UMNO tidak pernah sunyi memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air? Bangsa Melayu golongan terbesar yang tercicir. 8.7 juta umat Melayu Malaysia mempunyai pendapatan bulanan RM1500 sebulan dan 7.2 juta pendapatan bulanan RM1200 sebulan.
Pendapatan ini jauh dari pendapatan kelayakan RM3000 untuk BR1M.Oh..UMNO menawarkan rasa selamat dan tenteram kepada orang Melayu. UMNO penyelamat bangsa Melayu?
Kenapa 11 juta kena di BR1M kan? Keselamatan dan tenteram diberi oleh kerajaan yang mendaulatkan perintah ikut undang atau rule of law. Sebab itu gesaan dalam kitab suci Al Quran kita, ialah menubuhkan kerajaan yang melaksanakan penghukuman keatas sesama manusia mengikut the rule of law. Tapi untuk melaksanakan penghukuman mengikut pemerintahan ikut undang2 yang hak, memerlukan syarat terdahulu, yakni sebuah kerajaan yang rela diadili mengikut system pemeritahan ikut undang2.
Undang2 yang kerajaan Najib amalkan ialah system perundangan yang memihak kepada kepentingan kumpulan yang terpilih yang kaya dan berkuasa. Itu sebab nya, setiap kali Najib mengeluarkan kenyataan, ia nya omongan kosong yang
(1) menakutkan orang Melayu
(2) membodohkan orang Melayu.
Kita tidak ada halangan jika melayu UMNO mahu kekal dalam kehidupan acuan UMNO. Lantak mereka. Saya sudah nyatakan, UMNO bukan lagi jurubicara kaum Melayu.
Calun UMNO hanya dapat 2 juta undi orang Melayu dalam tahun 2008 ketika jumlah pengundi Melayu ketika itu 5.7 juta.
Buat lah kiraan sendiri- ramai Melayu sokong UMNO atau tidak sokong? Yang tak sokong UMNO- ada kita tengok mati bergelimpangan?
Fakta nya, orang Melayu tidak memerlukan UMNO tapi UMNO yang memerlukan orang Melayu.
Orang Melayu yang sedar tidak mahu menyokong UMNO.Orang Melayu di kampung dan desa tidak perlu takutkan dengan pertukaran kerajaan. Yang bertukar hanya pimpinan politik yang rasuah, kotor dan pembuli rakyat.
Urusan berkerajaan tetap berjalan seperti biasa. Penjawat awam tetap penjawat awam- SO, DO, pegawai di pejabat Tanah dan Daerah tetap dengan urusan mereka. Kita tetap bayar gaji dan elaun. Kita tetap memproses permohonan tanah hak milik dan tanah kependudukan sementara.
Yang dah lama pegang tanah TOL dan mengusahakan nya, kita beri hak milik kekal. Kita tak rampas punca rezeki orang. Polis tetap polis, askar tetap askar.
Yang diubah ialah kerajaan yang korap dan rasuah dan membuli rakyat. UMNO/BN kerajaan yang rasuah dan korap.Setiap projek yang Najib istiharkan ada cerita rasuah disebaliknya. Banyak mana anak2 Mahathir dapat bisnes dengan pembinaan menara kembar PETRONAS- dari kain langsir nya sampai kepada kelengkapan pejabat dan batu marmar.
Berapa banyak anak Mahathir dan kroni UMNO dapat bisness pula RM6 billion duit Petronas digunakan untuk membina Putrajaya.Tidak payah lah Najib dan ek dengan menyenaraikan projek2 dibawah UMNO/BN. semua nya dibina dengan mengandungi rasuah dan komisyen yang besar. 15% dari 50 billion projek MRT, 7.5 bilion masuk ke poket pemimpin2 UMNO.
Semua kerajaan melakukan pembangunan. Soalnya adakah perlaksanaan tersebut dilakukan dengan jujur dan bersih. Pembinaan PLUS kos nya hanya bermula dengan RM3billion. Bila di UMNOkan kos nya, jadi RM6billion. Berapa komsyen pemimpin UMNO balun? Sudah kutip RM24 billion pun, Najib masih mahu sambung konsesi syarikat PLUS. Kenapa? Sebab boleh share duit. RM3 billion di balun oleh malaon UMNO ketika membina jalan raya PLUS. Dah balun nak terus membalun.
Kos penyenggelaraan boleh sahaja ditampung oleh hasil dari iklan disepanjang PLUS dan hasil sewaan kemudahan PLUS. Jadi apa perlu sambung kutipan tol?
Fakta nya, kerajaan BN gagal mengurus kewangan dan ekonomi negara dengan baik. Hutang kerajaan kepada bank2 dan peminjam dalam negeri mencecah RM504 billion.
Semua rakyat Malaysia menanggung beban hutang RM17000 seorang yang akan dibayar dengan cukai yang akan dinaikkan.Atau hutang tersebut dibayar dengan pembabitan lebih meluas oleh kerajaan dalam perniagaan, tugas dan kerja kerajaan bukan berniaga.
Kerajaan melakukan kerja kerakyatan bukan kerja bukak bisnes. Jika kerajaan meluaskan empayar perniagaan maka ini petanda kerajaan tidak lagi pandai mengurus ekonomi dan kewangan negara.
By : Sakmongkol
No comments:
Post a Comment
Please Say Or Write Something, Thank You !