Den KOPI N PASTE dari SINI
Surat Terbuka kepada Timbalan Presiden PAS
Jangan menguji kesetiaan dan mencabar kesabaran ahli-ahli PAS dengan menentang Tok Guru Nik Abdul Aziz. (Artikel asal oleh Pemimpin Pemuda PAS Melaka)
The Malaysian Insider (http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/28831-no2-says-tok-guru-is-not-pas) telah memetik Ustaz Nasharudin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS yang dipilih semula, sebagai mempertikaikan dan meremehkan pandangan pemimpin tersohor PAS, Tok Guru Nik Abdul Aziz, berkenaan keputusannya terhadap perbincangan (baca muqabalah) antara PAS-UMNO. Ustaz Nasharudin berkata pendapat Tok Guru Nik Abdul Aziz, yang menolak sepenuhnya rundingan perpaduan antara PAS-UMNO, adalah pendapat peribadinya dan bukan pendapat PAS. Beliau seterusnya menambah dengan menyatakan ada beberapa isu yang perlu dibicara di antara parti politik dan beliau menyatakan beliau (dan seterunya) adalah bersikap terbuka terhadap segala bentuk perbincangan.
Sebelum saya teruskan, saya ingin mengucap ini kepada Ustaz Nasharudin Mat Isa: "Jangan menguji kesetiaan dan mencabar kesabaran ahli-ahli PAS dengan menentang Tok Guru Nik Abdul Aziz. Saya pasti anda akan kalah sekiranya anda menerus budaya sikap kurang ajar di dalam PAS.
Yang dihormati, saudara Nasha, anda sudah melampau dan mengasak sekalian rakyat yang selama ini berdiam diri. Anda perlu memikul kesan tindakan anda tersebut. Siapakah anda untuk menyanggah Tok Guru Nik Abdul Aziz. Dato' Dr. Haron Din semalam dipetik sebagai berkata "Perbezaan di antara seorang Islam dan kafir (bukan Islam) adalah kesetiaan kepada kepimpinan", dan sekarang anda sendiri mengubah PAS menjadi parti yang "tidak islamik" dengan bersikap kurang ajar dan menyerlahkan penghinaan dan menjadi seorang yang derhaka kepada pemimpin PAS yang tersohor.
Anda tidak lagi dilahirkan di dunia ini apabila Tok Guru Nik Abdul Aziz telah berjuang untuk PAS dan prinsipnya. Anda tidak layak bersyarah kepadanya mengenai PAS dan apa perjuangannya. Tiada sesiapa pun layak. Tok Guru Nik Abdul Aziz adalah suatu manifestasi PAS itu sendiri dan semangat, keperitan beliau mewakili semangat negara ini. Pada usia beliau dan kesihatan yang agak terganggu, serta pemerintahannya selama 20 tahun di Kelantan, beliau masih bangun seawal pagi untuk berkhidmat kepada rakyat Kelantan khasnya dan untuk negara secara amnya (anda pula tidak begitu). Kini rakyat Malaysia yang Muslim dan bukan Islam, sama-sama menyedari satu kenyataan: "Tok Guru Nik Abdul Aziz adalah Malaysia itu sendiri, iaitu manifestasi negara ini atau negarawan ulung. (maaf ler, wa susah nak alihbahasa 'conscience'..hehe)
Pada tahun 2008, anda (us. Nasha) menggunakan keistimewaan beliau untuk memenangi satu kerusi di Kelantan, di mana anda tidak berani mempertaruhkan diri bertanding di halaman sendiri di Negeri Sembilan. Pada tahun 1999, anda menang hanya kerana kebetulan gelombang kemarahan rakyat, orang Melayu khasnya, akibat penyingkiran keluar saudara Dato' Seri Anwar Ibrahim dariada UMNO dan kerajaan. Apabila anda bertanding di Besut pada tahun 2004, anda kalah teruk di kawasan yang keseluruhannya penduduk Melayu. Apakah maksudnya? Anda tidak mempunyai pengaruh tersendiri untuk membawa PAS ke mercu yang lebih tinggi.Tidak juga anda mempunyai visi atau wawasan untuk menguatkan sokongan demi mengharungi cabaran masa depan. Anda hanya terlibat di balik bayangan seseorang pemimpin lain dan sekarang berani pula menyanggah pemimpin yang kita hormati selain mengkhianati rakan-rakan seperjuangan yang telah menolong kita dan bermanfaat kepada kita.
Ustaz Nasharuddin, apabila berbicara mengenai muqabalah atau rundingan perpaduan antara PAS-UMNO, tolonglah jawab soalan-soalan saya yang berikut ini:
1} Kenapa sekarang?
2} Kenapa tidak sebelum Pilihan Raya Umum Mac 2008?
3} Apa perlu bersatu? Atas dasar apa? Apa dasarnya? Untuk apa?
4} Adakah benar PAS sebuah parti Islam yang mewakili orang Melayu dan bukan Islam, atau, ia mewakili orang Melayu sahaja?
5} Apa isu yang kita perlu bicara? Senaraikannya satu persatu. Jangan cakap merapu!
6} Kenapa PAS dan UMNO sahaja, tidak PAS-DAP-PKR sebagai satu pihak dengan UMNO-BN sebagai satu pihak lain.
7} Kenapa PAS dan UMNO dan tidak PKR-UMNO?
8} Kenapa anda, tidak Najib Tun Razak dan Anwar Ibrahim, sedangkan diketahi umum saudara Dato' Seri Anwar mempunyai lebih banyak sokongan orang Melayu dan beliau Ketua Pakatan Rakyat?
9} Apa kekurangan UMNO yang memerlukan PAS menyokongnya? Perlaksanaan hukum hudud di Parlimen? Adakah UMNO pernah mengusul hukum hudud? Jika pun pernah (diragui akan berlaku), adakah perlu kita berbincang? Tidak bolehkah kita sokong pelaksanaan hukum tersebut dalam keadaan kita adalah wakil PAS di Parlimen?
10} Kenapa kita memilih pemimpin kita semasa pilihan raya dan anda sekarang memberitahu kami semua untuk mengikut kehendak UMNO? Adakah anda tahu nilai pengorbanan kami untuk PAS? Adakah anda tahu UMNO menyeksa kami selama berabad-abad hanya kerana kami menyokong PAS? Adakah perlu kami menyenaraikan keperitan dan seksaan yang telah kami hadapi? Atau yang telah dilalui oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz sendiri?
muko macam banggang jo...kah kah kono tipu laiee
ReplyDelete