welcome

 

 

Selamat Datang Ke Bintongan

DIMANA MELAYU BANGGANG DI SITU UMNO MENANG

 

 

 

Ni Pengikut Gua

Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world

zwani.com myspace graphic comments



Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world to work and live in, while Malaysians are warm, friendly people who easily accept foreigners into their circle of friends.
Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world to work and live in. In addition, the country's tropical climate with its uniform temperatures allows light, comfortable clothing throughout the year.
Expatriates and their families will enjoy a safe and comfortable living environment with 21st century amenities, good healthcare and medical facilities, excellent educational institutions, and world-class recreational and sports facilities - at costs much lower than in their own countries.
One of the country's most distinctive features is its rich diversity of cultures, a heritage derived from its racial mix of some of the world's oldest civilisations - Malay, Chinese and Indian. This potpourri of race and culture has enabled Malaysians to speak at least two, and even three, languages - Malay (the national language), English, and their own mother tongue. Living in such a cosmopolitan environment, Malaysians are warm, friendly people who easily accept foreigners into their circle of friends.


StarBug

HATE


Berkicauan

Monday, October 8, 2012

HLANG,,, wanted

TOLONG SEBARKAN UNTUK KEPENTINGAN SEMUA !!!





TOLONG SEBARKAN UNTUK KEPENTINGAN SEMUA !!

Dengan rasa rendah diri, pakcik mintak tolong sangat2 kat semua rakan fb yg budiman.. 

Adik ipar pakcik dibawa lari ker arah utara oleh bakal tunangnya.. 

Mereka naik kereta saga BLM seperti dlm gambar..


Sehingga kini kami gagal menghubungi handphone mereka..pakcik dh buat laporan polis dan ini adalah alternatif lain untuk mengesan mereka.. 


Dan bakal tunangnya ini adalah ahli sendiket PENIPUAN PEKERJAAN DI PLUS yg telah menipu duit ramai pihak.. Jika rakan2 ada idea untuk mengesan mereka,pkcik amat alu2kan pandangan dan bantuan kalian.. Tolonglah pakcik... 


Hp pakcik: 017-275 4645 [ Farid Sham ]



LAGI PENDEDAHAN JENAYAH PENIPUAN LICIK OLEH MOHD NAJIB BIN ABU BAKAR 761122-04-5159 SEJAK DULU LAGI RAMAI WANITA TERPEDAYA !! 

MOHD NAJIB BIN ABU BAKAR 

NO IC: 761122-04-5159 

ALAMAT IC SEJAK LAHIR, 

No 1 Lorong Makmur 

Kampung Melayu Majidee
Johor Bahru. 



ALAMAT KERJA TERAKHIR DI UPDATE SEJAK 2003: 

157 Jalan Perwira 

Taman Perwira
Permatang Tinggi 


14100 Bukit Mertajam,Penang 


# VAN DIBELAKANG SUSPEK TIADA KAITAN DENGAN KES INI

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2012/10/tolong-sebarkan-untuk-kepentingan-semua.html#ixzz28hTblLqj

Saturday, October 6, 2012

KongKalikong ,,,,,,,,,,,

“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta” "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason" 

Bila kerajaan membentang bajet, menteri kewangan memohon kelulusan suatu jumlah wang dari kumpulan wang yang disatukan. Ertinya dia mohon duit dari kita. Cuba perhatikan- dia yang mintak wang, bukan beri wang. Bila kita minta dan mohon, kita guna bahasa yang halus. Kita tertib dan hormat. Maklum sahaja, ini bukan duit awak atau duit parti awak. Ini duit rakyat. Mintaklah dengan penuh hormat dan hormat institusi parlimen.
Kenapa dia mintak wang? Dia akan huraikan bagaimana wang itu hendak dipakai. Semua perbelanjaan mesti dinyatakan. Nak beri Kak Ros 111 juta? Kena beri tahu. Nak beri Ekovest RM 500 juta, pun kena beritahu. Nak beli kapal selam lagi? Kena beritahu. Nak beri RM 200? RM 500? Semua kena beritahu. Tak ada kelulusan, kalau pakai wang, nama nya mencri duit kerajaan. Kalau curi duit, kita tangkap dan jika thabit charge, kita hantar sungai buluh. Tahun depan, nampaknya, kita kena bina wing baru kat Sungai Buloh sebab nak sumbat ramai pemimpin UMNO kat sana.
Bukan dia beri durian runtuh kepada kita. Duit RM500, RM200, rebet, diskaun, semua dari wang rakyat. Bukan duit PM Najib, bukan duit BN dan bukan duit parti UMNO. Demikian juga, kalau PR bentang Bajet- dia orang pun mintak duit rakyat. Bukan Anwar Ibrahim punya, bukan PR yang punya.
Rakyat berhak melihat bagaimana wang mereka diperlakukan.  Sebab itu mesti ada debat. Sekarang, rakyat sudah boleh buat keputusan. Semua yang ponteng ketika Anwar Ibrahim membahas bajet Najib, pakat ramai2 jangan undi. Kita tidak mahu sokong sipengecut yang kurang cerdik.
Dia menyenaraikan plan dia bagaimana dia nak pakai duit rakyat. Ahli parlimen yang baik akan membahaskan cara duit dipakau. Baru2 ini bila menteri kewangan kita bentang bajet tapi kemudian dia lari tidak hendak berdepan dengan teguran, maka itu adalah perangai orang yang tidak bertanggung jawab. Ini sikap syaitan yang sombong dan engkar. Dia mesti jawab teguran keatas cadanganya keatas wang yang dimintak diluluskan.
 Duit yang mahu dikeluarkan ialah untuk digunakan menjalankan beberapa jenis perbelanjaan. Perbelanjaan yang kerajaan jalankan terbahagai kepada 2 jenis. Belanja mengurus dan belanja pembangunan. Belanja mengurus termasuklah perbelanjaan keatas bayar gaji, bayar elaun, faedah pinjaman, bayar untuk membeli asset mudah-alih( kereta menteri jabatan, dll)  dsb. Kemudian kita ada belanja pembangunan. Ini belanja untuk menyediakan prasarana, menjalankan projek2 dsb.
Kerajaan mengurus perbelanjaan daripada hasil yang mereka perolehi. Hasil kerajaan datang dari cukai pendapatan, cukai keatas perusahaan dan perniagaan dan hasil2 dari pelaburan. Jadi pada satu pihak kita ada perbelanjaan dan pihak lagi satu, kita ada hasil pendapatan. Kalau kita belanja lebih dari pendapatan, maka kita berada dalam bajet deficit. Kalau hasil > Pendapatan, kita ada bajet lebihan atau surplus. Ada lebihan kita boleh simpan. Kalau kurang pendapatan, kena hutang atau naikkan cukai.
Kita jangan ingat bila kerajaan belanja banyak , itu suatu perkara yang baik. Bila Najib beri RM200, RM500 tentulah itu disambut baik oleh penerima. Tapi penerima tahu itu semua gula2 untuk Najib merasuah penerima supaya menyokong BN. penerima tahu, duit itu tidak datang dengan percuma. Ia akan dibiayai oleh sesuatu- sama ada dalam bentuk kenaikan cukai atau kerajaan menambah hutang. Hutang mengenakakn kos ketas jenerasi hadapan.
Bukan macam ini kita urus bajet. Kita bukan gali sini, tutup sana. Tapi inilah yang dilakukan oleh Najib. Bajet Najib 2013, Bajet Kung Kali Kung!
Sebab itu saya telah nyatakan, hutang kerajaan sudah menjadi structural. Structural ertinya, walau bagaimanapun keadaan ekonomi, kerajaan terus belanja lebih dari pendapatan. Bila ekonomi menguncup, kerajaan akan belanja lebih. Itu dipanggil cyclical. Sama ada pinjam atau naiikan cukai. Kita boleh faham keadaan yang demikian. Kita akan lebih faham, kalau pendapatan kurang, perbelanjaan yang tidak perlu jangan dilakukan. Kita ukur baju pada badan sendiri.
Kalau ekonomi mengembang, maka keperluan untuk belanja lebih tidak ada. Lebihan pendapatan sepatutnya disimpan untuk hari2 hujan. Tapi kerajaan Najib tidak bertanggung jawab. Delam keadaan ekonomi baik pun, semasa pendapatan lebih, lebihan itu juga di balun. Membujur lalu melintang patah. Asal ada insang, mesti ikan.
Ini suatu sikap yang tidak menguntungkan negara dan mencerminkan kelemahan dalam mengurus ekonomi negara. Inilah yang kita hutang deficit yang structural. Dah jadi budaya kerajaan BN. hutang! Hutang! Balun dan balun. Rompak dan samun.
Bila kerajaan belanja lebih, kita tanya keatas apa perbelanjaan itu dilakukan? Kerajaan yang baik akan belanja kepada pembangunan. Membina kapasiti dan membina prasarana yang boleh mengembangkan ekonomi dan meningkatkan prodaktiviti.
Apa Najib buat? Tahun demi tahun, kerajaan Najib belanja lebih pada belanja mengurus dan operasi. Kenapa kita perlukan belanja mengurus dan operasi yang besar? Sebab kerajaan Najib menambahbesarkan jawatan2 yang tidak diperlukan. Antara nya, kenapa kita serapkan kakitangan RELA sebagai penjawat awam? Kenapa kita besarkan kakitangan KEMAS dan JASA? Kenapa kita ujudkan organisasi orang tengah yang bertindih yang memakan belanja banyak? Kita ada SPNB tapi kita tambah dengan PR1MA? Kenapa?
Sebahagian besar dari kakitangan ini tidak menyumbang kepada prodaktiviti ekonomi sebaliknya menambahkan kos belanja. Dan sebahagian besar dari anggota insitusi yang kita sebut tadi hanya berkerja untuk menjalankan propaganda kerajaan BN.
Jadi bila kerajaan belanja besar, melebihi pendapatan, itu bukan suatu petanda yang baik. Kalau 16 tahun berturut turut melakukan kerja tersebut, patut kita tukar pengurus negara ini dan buangkan pengurusan nya.
Sumber :_ dari Blog Dato Sak AK47

Inside pictures of Holy Kaaba

Wednesday, October 3, 2012

IPP

 Klik Link di bawah tuk mencerah kan lagi MINDA yg telah berkarat

Berbilion subsidi IPP, tapi kerajaan masih naikkan tarif elektrik- Rafizi


“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta” 
"Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason"

Tuesday, October 2, 2012

Soklan yg perlu anda jawap sendiri dlm HATI je !!!


SOALAN-SOALAN YANG MESTI DIJAWAB OLEH
SETIAP PENGUNDI YANG BAKAL MENGUNDI DALAM
PILIHANRAYA UMUM KE 13 NANTI

1. Presiden parti manakah yang telah menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew?
A. Presiden DAP
B. Presiden PAS
C. Presiden UMNO

2. Siapakah yang menyerahkan hak milik tanah Melayu di Genting Highland selama 999 tahun kepada Lim Goh Tong, dan menukar hutan hujan di situ kepada lubuk judi?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

3. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan 50 bilion saham bumiputera sejak merdeka?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

4. Siapakah yang menyusutkan keluasan tanah rezab Melayu yang ditinggalkan British hampir 50% sejak merdeka?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

5. Siapakah yang telah menyerahkan Pulau Batu Putih / Tanjung Pagar kepada Singapura baru-baru ini?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

6. Siapakah yang memberi arahan supaya membunuh orang-orang kampung di Memali, Kedah pada 19 Nov 1985?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

7. Negeri manakah peniaga / ekonomi Melayu lebih besar dari bangsa lain?
A. Negeri UMNO
B. Negeri PAS (Kelantan)

8. Siapakah yg menghilangkan RM 28 bilion setahun dgn audit negara mencatat audit yg pening kepala ?
A. UMNO/BN
B. PR

9. Siapakah yg me'lego' telaga minyak pada Berunai berjumlah 300 billion ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

10. Siapakah merampas Perak ala samseng dan mafia ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

11. Siapakah yg memberi arah supaya menyumbat ke dalam ISA MP dan rakyat dalam operasi lalang dahulu ?
A. Presiden PAS
B. Presiden DAP
C. Presiden UMNO

12. Siapakah yg selalu menaikan harga barang ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

13. Siapa yg menolak hukum HUDUD selama ini ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

14.Siapakah yg memberikan subsidi insentif pada kroni IPP, RM 19 billion tetapi pada rakyat subsidi mahu di hapuskan terus ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

15. Siapakah yang menghapuskan kekebalan dan kuasa Raja Raja melayu sehinggakan boleh dibicarakan Raja2 di Mahkamah?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

Dan soalan cepuemas
Siapakah bela lembu dalam kondo?

A. Anwar
B Nik Aziz
C Kak Ijat





“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta” "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason" “PAKATAN janji sekiranya kita berjaya tawan Putrajaya PRU13 nanti, Pendidikan Percuma diberikan kepada semua mahasiswa, tol di hapuskan, gaji minima RM1100, harga petrol diturunkan” 


Monday, October 1, 2012

Islam yg SEBIJI mcm KAPITALIS ,,,, tak ada beza nya malahan lebih TERUK DARI KAPITALIS ,,,,, what say U Orgy Nordin ??

“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta” "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason" “PAKATAN janji sekiranya kita berjaya tawan Putrajaya PRU13 nanti, Pendidikan Percuma diberikan kepada semua mahasiswa, tol di hapuskan, gaji minima RM1100, harga petrol diturunkan”


Syed Abdullah Osman Jamalullail :-


Mengapa pelanggan yang membuat pinjaman melalui Bank yang menggunakan kaedah cara Islam dinegara ini masih mengenakan 'faedah' yang tinggi apabila untuk membuat bayaran melangsai kesemua hutang itu. Umpamanya hutang membeli rumah RM300 ribu yang harganya menjadi RM700 ribu apabila diakadkan jual beli secara Islam, dengan alasan harga pasaran 25 tahun akan datang adalah RM700 ribu.

Selepas lima tahun meminjam dan pelanggan ingin menjelaskan baki hutang secara sekaligus, bayaran yang dikenakan yang dikenakan masih melebihi RM600 ribu. Tidakkah ini serupa dengan hutang secara konvensional yang ada unsur riba' didalamnya? Sepatutnya apabila menggunakan kaedah cara Islam apabila menjelaskan kesemua bayaran baki hutang hendaklah membayar apa yang diperoleh semasa menerima jumlah hutang tersebut.

Bukankah ajaran Islam itu adalah untuk memudahkan umatnya dan bukannya menindas atau menyusahkan umat. Hal ini kerana agama Islam adalah panduan yang terbaik yang datangnya daripada Allah yang dibawa ajarannya oleh Rasulullah SAW.

Kita tidak mahu ada lagi saki baki kaedah cara Yahudi terselit walaupun secebis di dalam kaedah cara Islam ini kerana itu adalah pekerjaan mereka untuk memesongkan akidah kita secara halus dan bermotif.

Kita juga tidak mahu menjadi seperti umat Nabi Musa yang diceritakan dalam al-Quran iaitu helah untuk menghalalkan tindakan mereka. Turun larangan Allah iaitu dilarang menangkap ikan pada hari Sabtu. Mereka menggunakan helah iaitu memasang pukat pada petang hari Jumaat dan mengambil hasilnya pada pagi Ahad dan beranggapan mereka terlepas daripada perintah. Allah menurunkan bala terhadap umat ini.

Oleh itu, saya berpandangan, janganlah mempergunakan sistem kapitalis yang dijenamakan atas nama Islam untuk keutungan yang sedikit di dunia ini.
 
 

WAHAB,,,,,,, baca demi mencerah kan minda kita semua .....

“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta” "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason" “PAKATAN janji sekiranya kita berjaya tawan Putrajaya PRU13 nanti, Pendidikan Percuma diberikan kepada semua mahasiswa, tol di hapuskan, gaji minima RM1100, harga petrol diturunkan”


N3 WAHABI INI GUA SAKAU DARI BLOG CAHAYA KEHIDUPAN


KENALI WAHABI
Wahabi (Bahasa ArabAl-Wahhābīyya‎ الوهابية) atau Wahhabisme merupakan satu fahaman atau aliran dominan yang diamalkan oleh ulama-ulama Haramain(Makkah dan Madinah) yang diasaskan oleh Muhamad Abdul Wahab. Fahaman ini dikukuhkan lagi oleh keluarga diraja Bani Saud yang kini memerintah negara Arab Saudi. Dinasti al-Saud telah memerintah Arab Saudi sejak tahun 1924. Beliau dilantik Menteri Penerangan Arab Saudi. Wahabi bukanlah suatu mazhab akidah ataupun mazhab fikah.
Fahaman ini disebut juga sebagai Wahabi atau Wahabisme. Istilah ini muncul berdasarkan nama bapa pengasasnya. Pihak British/Yahudi yang mencetuskan gelaran ini kerana melihat mereka ini sebagai ancaman terhadap penjajahan mereka. [perlu rujukan] Mereka menggelar-gelarkan orang kerana hendak memecah belahkan orang Islam. Golongan awal tidak pernah mengeluarkan perkataan Wahabi atau Wahabisme.[perlu rujukan] Golongan terkemudian lebih suka menyebut diri mereka sebagai Salafi, Salafiah, Muhawidun yang bermaksud "satu Tuhan" dan mereka menurut pemikiran Imam Hanbali (al Hanbaliah, al Hanabilah) dalam masalah fikah, yang merupakan salah satu mazhab dalam Ahli Sunah Waljamaah. Dalam hukum akidah pula, mereka berpegang kepada tafsiran Ibn Taymiyyah. Faham Wahabi dianggap sebagai penerusan faham Ibn Taymiyyah.
Aliran Wahabi ini sangat dominan di Arab SaudiKuwaitQatarSomaliaAlgeriaPalestin dan Mauritania.

Biodata ringkas

Muhammad bin Abdul Wahhab (1701 - 1793) lahir di Kampung AiniyahNajdArab Saudi. Beliau berasal dari kabilah Bani Tamim. Buku beliau bertajuk 'Kitab al Tawhid'. Beliau telah mempelajari agama daripada Syeikh Muhamad Sulaiman al-Kurdi, bapanya iaitu Syeikh Abdul Wahab dan abangnya Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahab. Setelah dewasa, beliau pergi ke Mekah untuk mengerjakan haji dan pulang halamannya. Bapa serta abangnya telah meyifatkan bahawa beliau telah terlalu jauh menyimpang dan sesat.[perlu rujukan]
Beliau merupakan seorang ulama pembaharuan dan ahli teologi agama Islam yang mengetuai gerakan salafiah. Wahabi dianggap sebagai ultra-konservatif berbanding salafi. Ia dianggap sebagai gerakan pembaharuan, bukan satu mazhab. Beliau memperkenalkan semula undang-undang Syariah di Semenanjung Arab. Beliau sangat dipengaruhi oleh Ahmad ibn Hanbal dan Ibn Taimiah.

[sunting]Penyebaran fahaman

Semasa di Madinah, beliau mendapati banyak amal ibadat orang Islam adalah bertentangan dengan syariat Islam kerana mereka lebih suka beribadat dekat dengan makam Rasulullah.
Setelah berhijrah ke Basrah, beliau telah mengeluarkan fatwa yang ganjil dan akhirnya beliau telah diusir dan lalu pergi ke Hassa. Di sana, beliau telah berguru dengan Abdullah bin Abdul Latif. Beliau diusir lagi, lalu pergi semula ke Kampung AiniyahNajd. Mulanya Raja Osman bin Ahmad Ma`mar membantunya, namun setelah mendengar fatwa-fatwa ganjilnya, beliau diburu dan mahu dibunuh.
Beliau lari pula ke Duri`yah dan mendapat bantuan Raja Muhammad bin Saud di Duri'yah. Sejak itu fahaman Wahabi berkembang pesat. Beberapa delegasi dihantar menemui syarif-syarif di Mekah dan mengembang ajaran Wahabi. Ajaran mereka ditolak, malah sebahagiannya dibunuh. Sejak itu terjadi pemusuhan antara kaum Wahabi di Najd dengan syarif-syarif Mekah. Sejak itu, Syeikh Abdul Wahab memfatwa bahawa banyak orang Mekah kafir kerana berdoa dengan bertawassul di hadapan makam NabiSyarif Mekah membenarkan orang yang datang jauh mengerjakan haji menziarahi makam Nabi, berdosa mengadap makamNabi. Syarif-syarif Mekah terus diperangi.

AMALAN DAN PEMBAHARUAN YANG DIBUAT OLEH WAHABI 
Kaum Wahabi dua kali menguasai Hijaz iaitu 1803-1813 dan dari 1924.
Perubahan yang mereka lakukan ialah :
  1. Meruntuhkan kubah / bangunan di atas perkuburan Siti Khadijah di Mualla, makam Saidina Hamzah di Uhud dan lain-lain sahabat di Baqi pada tahun 1803-1924 kerana hadith nabi melarang membuat binaan di atas perkuburan. [1]
  2. Meruntuhkan kubah / bangunan tempat maulud Nabi di Suqal-Lail di Mekah. Suqal Lail ialah tempat lahir Nabi. Wahabi berpandangan semua itu syirik dan membawa kepada penyembaahan berhala.
  3. Melarang orang ziarah makam Nabi dan berdoa meghadap situ, kerana berpendapat semua doa hanya semata-mata kepada Allah.[2]
  4. Melarang mengadakan perayaan pada hari Maulidur Rasul dan Hari Israk Mikraj. Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.
  5. Melarang melagu-lagukan azan sebagaimana dalam hadith [3], terutama menggunakan radio dan pembesar suara.
  6. Melarang membaca qasidah.
  7. Melarang melagu-lagukan al Quran.
  8. Melarang membaca Selawat Nabi, memuji-muji Nabi seperti Burdah dan Berzanji. Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.[perlu rujukan]
  9. Melarang mengaji Sifat 20 seperti yang tertulis dalam kitab Kifayatul Awam , Matan Jauharah as-Sanusi dan sebagainya. Pada Wahabi, tauhid hanya berkisar pada Tauhid Rabbubiyah dan Tauhid Uluhiyah sahaja.[4] Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.

Pandangan Kiyai Siradjudin Abbas

Siradjudin Abbas menulis susur galur fahaman Wahabi dalam buku '40 Masalah Ugama' . Beliau adalah kiyaiabuya , ulama besar di Indonesia. Konsep-konsep Moden Fahaman Wahabi yang dibawa oleh Muhammad 'Abdul wahab adalah seperti berikut :
  1. Dalam mempelajari ilmu Usuluddin (Tauhid) harus menganut fahaman Ibnu Taimiyah.
  2. Di dalam Fiqh diharuskan menampal-nampal Mazhab (Talfiq).
  3. Mengambil sumber al Quran dan Hadis yang kuat sahaja tanpa ijma ulama dan qias. Ijma' ulama' dan qias diambil sekiranya ianya berdalilkan al Quran dan hadis.
  4. Melarang keras umat Islam berdoa dengan Tawassul (Perantaraan) orang yang telah mati. Tawassul yang dibenarkan ialah sebagaimana terdapat dalam al Quran dan hadis (yakni dengan asma' al husna, amal soleh dan doa orang yang soleh).
  5. Melarang menziarahi kubur, walaupun maqam Nabi. Ulama Wahabi membenarkan orang yang pergi ke Masjid Nabi di Madinah dengan niat menziarahi Masjid, bukan menziarahi maqam.
  6. Menghancurkan tugu-tugu peringatan / monumen kerana hal ini semuanya boleh mendorong orang ke arah musyrik. Bangunan besar yang dibangunkan di atas tempat Nabi di Suq al Leiltelah lama diruntuhkan. Tugu-tugu sememangnya tidak dibenarkan dalam Islam bukan pihak wahabi yang mulakan
  7. Melarang membaca-baca Qasidah yang memuji-muji Nabi seperti QasidahBerzanjiBurdahKenduri-Kendara,Tahlil dan sebagainya kerana sebahagian qasidah-qasidah ini mempunyai kesalahan atau memuji secara melampau (ghuluw).[perlu rujukan]
  8. Melarangkan umat Islam merayakan dan memperingati Maulidur RasulIsrak Mikraj dan semua perayaan hari kebesaran Islam yang lain,[perlu rujukan] kecuali Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha kerana hadis nabi jelas menyatakan hanya ada dua hari raya bagi orang Islam.
  9. Melarang belajar tentang "Sifat dua puluh", "Kifayatul Awam", "Sanusi", "Juaharatut Tauhid", "Husun Hamadiyah" dan lain-lain yang serupa itu kerana tidak ada dalil al Quran atau hadis secara terus.
  10. Fahaman Asy'ari, iaitu fahaman kaum Ahlul Sunnah Wal Jamaah hendaklah dibuang jauh-jauh. PERINGATAN: Terdapat fahaman lain juga yang diterima di dalam Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Bukan hanya Asy'ari sahaja.
  11. Tidak boleh membaca kitab "Dalailul Khairat", "Burdah" dan lain-lain wirid-wirid yang memuji-muji Nabi s.a.w secara melampaui batas.[perlu rujukan]
  12. Tidak boleh melagukan lafaz Quran, umpamanya dengan lagu FuqaraMasri dan lain-lain. Quran harus dibaca lurus saja.[perlu rujukan]
  13. Azan tidak boleh berlagu.
  14. Membaca zikir "La illa ha illallah" beramai-ramai dilarang sama sekali.
  15. Imam tidak membaca "Bismillah" secara jahr nyata dalam Solat[perlu rujukan]
  16. Amal-amal Tariqat, umpamanya Tariqat NaqsyabandiTariqat QadiriTariqat SazaliTariqat Saman dan lain-lain yang tidak bersumberkan al Quran atau hadith dilarang keras.
  17. Wirid, berdoa secara beramai-ramai selepas solat berjemaah dilarang keras. Ini kerana mereka berpendapat adalah lebih utama berwirid secara individu. [5]


GEMPARRRR ,, ????

“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta”
 "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason"
 “PAKATAN janji sekiranya kita berjaya tawan Putrajaya PRU13 nanti, Pendidikan Percuma diberikan kepada semua mahasiswa, tol di hapuskan, gaji minima RM1100, harga petrol diturunkan”



Kenyataan Media
1 Oktober 2012
Warga Asing Beli Kad Pengenalan Palsu Diberi Peluang Mengundi - Ayuh Desak Bubar SPR Sebelum Parlimen Dibubar

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sekali lagi mendesak keras supaya SPR dibubarkan terlebih dahulu sebelum pilihanraya. SAMM sebelum ini telah membuat pendedahan kerjasama SPR dan JPN untuk menutup kerja kotor penipuan pilihanraya, hari ini mendedahkan kes terbaru yang menunjukkan warga asing diberi kelayakkan mengundi - satu pengkhianatan besar terhadap kedaulatan negara.
Merujuk kepada laporan Akhbar Daily Express bertarikh 29 September 2012, seorang warga asing bernama Hassannuddin Bin Manna memberitahu mahkamah bahawa dia telah membeli Mykad palsu dengan harga RM1000. Mahkamah juga telah memutuskan Hassannuddin didenda dan dipenjara kerana memiliki dokumen palsu, sekaligus mengesahkan Kad Pengenalan yang diperolehi Hassannuddin adalah palsu. 
Namun setelah disemak nombor kad pengenalan milik Hassannuddin (741029125463), SAMM mendapati nombor Kad Pengenalan palsu tersebut wujud dalam pangkalan data SPR dan juga merupakan pengundi yang sah. 
Persoalannya, bagaimana seorang warga asing yang telah didapati bersalah oleh mahkamah kerana memiliki kad pengenalan palsu didapati layak untuk mengundi? Kad Penganalan yang dikenalpasti tidak sah, tetapi sah untuk mengundi mengikut bancian senarai pengundi SPR? Bagaimana ini berlaku? 
Kad pengenalan ini juga didapati mempunyai rekod di JPN dengan status 'telah diambil'. Ini bermakna Kad Pengenalan palsu ini telah diluluskan di JPN. Siapa pegawai yang meluluskannya? Siapakah kerani kaunter yang melepaskan kad pengenalan palsu ini untuk diambil?
Apakah ini satu lagi kerjasama utuh di antara Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan juga melibatkan bantuan dari Jabatan Imigresen? Inikah hasil daripada program 6P yang cuba dilaksanakan secara terburu-buru oleh Jabatan Imigresen?
Isu pemberian Mykad kepada warga asing merupakan satu isu yang sangat serius ketika ada warga sendiri yang masih tidak diberi kad pengenalan kerana birokrasi melampau. Percayalah lambat laun warga negara sendiri terpaksa merempat di bumi bertuah ini. 
Keadaan menjadi lebih parah apabila warga asing diberikan pula hak untuk mengundi oleh SPR. Apakah demokrasi negara ini dibiarkan terjual kepada warga asing demi menyelamatkan Barisan Nasional daripada kehilangan kuasa?
Lihatlah bagaimana kedudukan warga asing di serata pelusuk negara walaupun tanpa memiliki dokumen yang sah, mereka mampu berniaga di pasar pagi, pasar petang siang dan malam, membuka gerai, bengkel malah ada yang mempunyai syarikat pembinaan sendiri. Bayangkan jika warga asing diberikan kad pengenalan secara sewenang-wenangnya demi mempertahan regim pemerintah sedangkan ia sebenarnya satu skim menjual negara.
Barisan Nasional sudah semakin lemah dan tidak mampu untuk menang dalam pilihanraya yang juga beberapa kali ditangguh. Barisan Nasional kini ditolak oleh rakyat negara ini, maka idea memberikan kewarganegaraan segera kepada warga asing merupakan satu jalan singkat yang mengundang padah kepada seluruh rakyat negara ini. Banyak pendedahan telah dibuat dan pendedahan terbaru ini menjadi bukti kewujudan pemberian 'kewarganegaraan segera' sedang berleluasa.
SAMM sebagai peneraju anak muda bingkas sekali lagi menyeru kepada seluruh rakyat agar tidak berdiam diri ketika negara sedang dijual sehabisnya. Semua persoalan ini bukan sahaja wajib dijawab malah SPR yang gagal membersihkan senarai pengundi wajib dibubarkan segera sebelum parlimen dibubar. 
SAMM memanggil semua NGO dan individu yang cintakan demokrasi, cintakan negara ini harus menyertai gerakan membubarkan SPR dengan segala bentuk tekanan walaupun dengan melakukan satu lagi protes terbesar menuntut pilihanraya bersih dan adil - BERSIH 5.0. Selagi pilihanraya tidak bersih, selagi itulah wajarnya protes ini dengan pelbagai pendedahan yang tidak disangkal sebagai bukti.
"Perubahan itu harus didesak bukan ditunggu"

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
www.anakmudamalaysia.com
email: edyesdotcom@gmail.com

Ni Komen dalam FB myNismilan ,,

 “Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta”
 "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason"
 “PAKATAN janji sekiranya kita berjaya tawan Putrajaya PRU13 nanti, Pendidikan Percuma diberikan kepada semua mahasiswa, tol di hapuskan, gaji minima RM1100, harga petrol diturunkan” 







 ini yg di bangga kan oleh mangkok yg bawah ni ,,,,  



Ni lah komen komen yg terdapek dalam mynismilan tu ,, ermmmmmm