KENALI WAHABI
Wahabi (
Bahasa Arab:
Al-Wahhābīyya الوهابية) atau
Wahhabisme merupakan satu fahaman atau aliran dominan yang diamalkan oleh ulama-ulama
Haramain(
Makkah dan
Madinah) yang diasaskan oleh
Muhamad Abdul Wahab. Fahaman ini dikukuhkan lagi oleh keluarga diraja
Bani Saud yang kini memerintah negara Arab Saudi.
Dinasti al-Saud telah memerintah
Arab Saudi sejak tahun 1924. Beliau dilantik Menteri Penerangan Arab Saudi. Wahabi bukanlah suatu mazhab akidah ataupun mazhab fikah.
Fahaman ini disebut juga sebagai Wahabi atau Wahabisme. Istilah ini
muncul berdasarkan nama bapa pengasasnya. Pihak British/Yahudi yang
mencetuskan gelaran ini kerana melihat mereka ini sebagai ancaman
terhadap penjajahan mereka.
[perlu rujukan] Mereka
menggelar-gelarkan orang kerana hendak memecah belahkan orang Islam.
Golongan awal tidak pernah mengeluarkan perkataan Wahabi atau Wahabisme.
[perlu rujukan] Golongan terkemudian lebih suka menyebut diri mereka sebagai
Salafi, Salafiah, Muhawidun yang bermaksud "satu Tuhan" dan mereka menurut pemikiran
Imam Hanbali (al Hanbaliah, al Hanabilah) dalam masalah fikah, yang merupakan salah satu mazhab dalam
Ahli Sunah Waljamaah. Dalam hukum akidah pula, mereka berpegang kepada tafsiran
Ibn Taymiyyah. Faham Wahabi dianggap sebagai penerusan faham Ibn Taymiyyah.
Biodata ringkas
[sunting]Penyebaran fahaman
Semasa di
Madinah, beliau mendapati banyak amal ibadat orang
Islam adalah bertentangan dengan syariat
Islam kerana mereka lebih suka beribadat dekat dengan makam
Rasulullah.
Setelah berhijrah ke
Basrah, beliau telah mengeluarkan fatwa yang ganjil dan akhirnya beliau telah diusir dan lalu pergi ke
Hassa. Di sana, beliau telah berguru dengan
Abdullah bin Abdul Latif. Beliau diusir lagi, lalu pergi semula ke Kampung
Ainiyah,
Najd. Mulanya Raja
Osman bin Ahmad Ma`mar membantunya, namun setelah mendengar fatwa-fatwa ganjilnya, beliau diburu dan mahu dibunuh.
Beliau lari pula ke
Duri`yah dan mendapat bantuan Raja
Muhammad bin Saud di
Duri'yah. Sejak itu fahaman Wahabi berkembang pesat. Beberapa delegasi dihantar menemui syarif-syarif di
Mekah dan
mengembang ajaran Wahabi. Ajaran mereka ditolak, malah sebahagiannya
dibunuh. Sejak itu terjadi pemusuhan antara kaum Wahabi di
Najd dengan syarif-syarif
Mekah. Sejak itu, Syeikh Abdul Wahab memfatwa bahawa banyak orang
Mekah kafir kerana berdoa dengan bertawassul di hadapan makam
Nabi.
Syarif Mekah membenarkan orang yang datang jauh mengerjakan haji menziarahi makam
Nabi, berdosa mengadap makam
Nabi. Syarif-syarif
Mekah terus diperangi
.
AMALAN DAN PEMBAHARUAN YANG DIBUAT OLEH WAHABI
Kaum Wahabi dua kali menguasai Hijaz iaitu 1803-1813 dan dari 1924.
Perubahan yang mereka lakukan ialah :
- Meruntuhkan kubah / bangunan di atas perkuburan Siti Khadijah di
Mualla, makam Saidina Hamzah di Uhud dan lain-lain sahabat di Baqi pada
tahun 1803-1924 kerana hadith nabi melarang membuat binaan di atas
perkuburan. [1]
- Meruntuhkan kubah / bangunan tempat
maulud Nabi di Suqal-Lail di Mekah. Suqal Lail ialah tempat lahir Nabi.
Wahabi berpandangan semua itu syirik dan membawa kepada penyembaahan
berhala.
- Melarang orang ziarah makam Nabi dan berdoa meghadap situ, kerana berpendapat semua doa hanya semata-mata kepada Allah.[2]
- Melarang mengadakan perayaan pada hari
Maulidur Rasul dan Hari Israk Mikraj. Semua ini dianggap puak wahabi
sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi
sendiri.
- Melarang melagu-lagukan azan sebagaimana dalam hadith [3], terutama menggunakan radio dan pembesar suara.
- Melarang membaca qasidah.
- Melarang melagu-lagukan al Quran.
- Melarang membaca Selawat Nabi,
memuji-muji Nabi seperti Burdah dan Berzanji. Semua ini dianggap puak
wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan
oleh nabi sendiri.[perlu rujukan]
- Melarang mengaji Sifat 20 seperti yang
tertulis dalam kitab Kifayatul Awam , Matan Jauharah as-Sanusi dan
sebagainya. Pada Wahabi, tauhid hanya berkisar pada Tauhid Rabbubiyah
dan Tauhid Uluhiyah sahaja.[4] Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.
Pandangan Kiyai Siradjudin Abbas
Siradjudin Abbas menulis susur galur fahaman Wahabi dalam buku '40 Masalah Ugama' . Beliau adalah
kiyai,
abuya ,
ulama besar di
Indonesia. Konsep-konsep Moden Fahaman Wahabi yang dibawa oleh Muhammad 'Abdul wahab adalah seperti berikut :
- Dalam mempelajari ilmu Usuluddin (Tauhid) harus menganut fahaman Ibnu Taimiyah.
- Di dalam Fiqh diharuskan menampal-nampal Mazhab (Talfiq).
- Mengambil sumber al Quran dan Hadis yang kuat sahaja tanpa ijma ulama dan qias. Ijma' ulama' dan qias diambil sekiranya ianya berdalilkan al Quran dan hadis.
- Melarang keras umat Islam berdoa dengan Tawassul (Perantaraan)
orang yang telah mati. Tawassul yang dibenarkan ialah sebagaimana
terdapat dalam al Quran dan hadis (yakni dengan asma' al husna, amal
soleh dan doa orang yang soleh).
- Melarang menziarahi kubur, walaupun maqam Nabi. Ulama Wahabi membenarkan orang yang pergi ke Masjid Nabi di Madinah dengan niat menziarahi Masjid, bukan menziarahi maqam.
- Menghancurkan tugu-tugu peringatan / monumen kerana hal ini semuanya boleh mendorong orang ke arah musyrik. Bangunan besar yang dibangunkan di atas tempat Nabi di Suq al Leiltelah lama diruntuhkan. Tugu-tugu sememangnya tidak dibenarkan dalam Islam bukan pihak wahabi yang mulakan
- Melarang membaca-baca Qasidah yang memuji-muji Nabi seperti Qasidah, Berzanji, Burdah, Kenduri-Kendara,Tahlil dan sebagainya kerana sebahagian qasidah-qasidah ini mempunyai kesalahan atau memuji secara melampau (ghuluw).[perlu rujukan]
- Melarangkan umat Islam merayakan dan memperingati Maulidur Rasul, Israk Mikraj dan semua perayaan hari kebesaran Islam yang lain,[perlu rujukan] kecuali Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha kerana hadis nabi jelas menyatakan hanya ada dua hari raya bagi orang Islam.
- Melarang belajar tentang "Sifat dua puluh", "Kifayatul Awam", "Sanusi", "Juaharatut Tauhid", "Husun Hamadiyah" dan lain-lain yang serupa itu kerana tidak ada dalil al Quran atau hadis secara terus.
- Fahaman Asy'ari, iaitu fahaman kaum Ahlul Sunnah Wal Jamaah hendaklah dibuang jauh-jauh. PERINGATAN: Terdapat fahaman lain juga yang diterima di dalam Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Bukan hanya Asy'ari sahaja.
- Tidak boleh membaca kitab "Dalailul Khairat", "Burdah" dan lain-lain wirid-wirid yang memuji-muji Nabi s.a.w secara melampaui batas.[perlu rujukan]
- Tidak boleh melagukan lafaz Quran, umpamanya dengan lagu Fuqara, Masri dan lain-lain. Quran harus dibaca lurus saja.[perlu rujukan]
- Azan tidak boleh berlagu.
- Membaca zikir "La illa ha illallah" beramai-ramai dilarang sama sekali.
- Imam tidak membaca "Bismillah" secara jahr nyata dalam Solat. [perlu rujukan]
- Amal-amal Tariqat, umpamanya Tariqat Naqsyabandi, Tariqat Qadiri, Tariqat Sazali, Tariqat Saman dan lain-lain yang tidak bersumberkan al Quran atau hadith dilarang keras.
- Wirid, berdoa secara beramai-ramai selepas solat berjemaah dilarang keras. Ini kerana mereka berpendapat adalah lebih utama berwirid secara individu. [5]
No comments:
Post a Comment
Please Say Or Write Something, Thank You !