"MEH KITA FIKIR FIKIR KAN" "Jika Anda Mengenal Diri dan Musuh Anda, Anda Tidak Akan Kalah Dalam Seratus Pertempuran" " LAWAN TETAP LAWAN "
welcome
Ni Pengikut Gua
Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world
Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world to work and live in, while Malaysians are warm, friendly people who easily accept foreigners into their circle of friends.
Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world to work and live in. In addition, the country's tropical climate with its uniform temperatures allows light, comfortable clothing throughout the year.
Expatriates and their families will enjoy a safe and comfortable living environment with 21st century amenities, good healthcare and medical facilities, excellent educational institutions, and world-class recreational and sports facilities - at costs much lower than in their own countries.
One of the country's most distinctive features is its rich diversity of cultures, a heritage derived from its racial mix of some of the world's oldest civilisations - Malay, Chinese and Indian. This potpourri of race and culture has enabled Malaysians to speak at least two, and even three, languages - Malay (the national language), English, and their own mother tongue. Living in such a cosmopolitan environment, Malaysians are warm, friendly people who easily accept foreigners into their circle of friends.
Berkicauan
Monday, February 15, 2010
Tinggalkan UMNO segera..........
Assalamualaikum
Kepada seluruh ahli dan penyokong UMNO yang dihormati...
Tidak ada niat di dalam hati ini mahu menunjuk pandai apatah lagi nak mengajar Tuan / Puan, En / Cik / Sdra / Sdri sekelian.
Apa yang nak saya sampaikan di sini adalah semata-mata untuk menyatakan kebenaran demi kebaikan hidup kita bersama di dunia dan lebih-lebih lagi di Akhirat yang kekal abadi. Sebagai Muslim, kita diwajibkan oleh Allah untuk menyampaikan risalah-Nya. Dan kita semua tahu Al-Qur'an itu diturunkan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. sebagai satu panduan lengkap yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia termasuk politik, kenegaraan, hubungan antarabangsa, ekonomi dan segala-galanya.
Terus-terang, saya sendiri sebelum ini pun tidak pernah nak ambil tahu tentang politik. Malah sewaktu bertugas sebagai Guru dari tahun 1989 hingga 1995 di Sabah, saya sendiri tidak pernah ambil pusing hal ini. Juga tak pernah kisah sapa yang jadi PM ke atau parti mana yang memerintah... lantaklah. Apa yang penting hujung bulan dapat gaji, boleh bayar itu dan ini, kira oklah tu...
Diakui Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin yang saya kagumi. Waktu itu dia sebagai Timbalan Presiden UMNO dan TPM. Walau tidak pernah menjadi ahli UMNO namun bolehlah dikira saya ni penyokong jugalah. Almaklumlah... saya ni orang Johor. Negeri kelahiran UMNO. Sudah tentulah sejak dilahirkan, saya dibesarkan dalam lingkungan masyarakat Melayu UMNO di kampung saya. Dan saya masih ingat lagi, sewaktu masih berada di sekolah rendah, saya pernah mengoyakkan poster PAS yang ditampal di dinding sebuah kedai runcit kat kampung.
Kenapa saya bertindak begitu ? Sebab pengaruh dan suasana masyarakat kampung saya yang semuanya ahli UMNO piow. Dan saya sendiri pun tak pernah tahu apa itu UMNO dan sapa itu PAS. Hanya ikut orang saja. Iyalah, waktu itu masih kanak-kanak. Sunat pun belum... Pendek kata apa saja orang tua cakap, ikut ajelah... Kalau mereka suruh koyak poster PAS, saya koyaklah... Kalau mereka kata PAS sesat, saya percayalah bulat-bulat.
Benarlah kata kebanyakan orang, faktor persekitaran akan mempengaruhi fahaman dan gaya pemikiran kita. Jika kita dibesarkan dalam lingkungan keluarga dan masyarakat UMNO, maka kita akan jadi seperti mereka. Jika dalam kelompok ahli agama, maka kita juga akan jadi orang yang minat pada agama dan begitulah juga jika dibesarkan dalam lingkungan keluarga dan masyarakat PAS, maka kita akan jadi orang yang menyokong PAS.
Kenapa saya menyertai PAS ?
Bermula sewaktu saya menetap di Kedah pada tahun 1996. Di negeri Jelapang Padi inilah saya mula mengenali PAS serba-sedikit. Pernah sekali sewaktu saya dalam perjalanan pulang dari Lubuk Merbau menuju ke Jitra, setibanya saya di Pendang saya melihat beribu manusia sedang mendengar ceramah di satu kawasan lapang. Lalu kawan saya bagitau "Itu ceramah PAS dekat markaz depa. Yang sedang cakap tu Mat Sabu." Dan saya juga pernah dimaklumkan oleh sahabat tentang cerita sebenar peristiwa berdarah Memali.
Sejak itu, saya mula mencari maklumat tentang PAS dan apakah bezanya dengan UMNO. Saya juga ada membeli kaset bertajuk "Syirik dalam pemerintahan". Membaca buku karangan Syed Hawa' yang bertajuk "20 Perkara Yang Merosakkan Aqidah" dan banyak lagi buku yang saya beli. Kesemuanya membincangkan tentang soal Akidah.
Akhirnya, dalam bulan Oktober 1997 saya secara rasmi mendaftar sebagai ahli PAS setelah saya yakini dengan sesungguhnya inilah jamaah/parti yang wajib saya dokong perjuangannya. Sejujurnya, tiada seorang pun di kalangan ahli PAs yang memujuk saya untuk menyertainya. Saya masuk PAS dengan kerelaan hati sendiri setelah faham akan matlamat dan dasar perjuangannya.
Tuan / Puan, En / Cik / Sdra / Sdri,
Sejujurnya saya menyeru, tolonglah tinggalkan UMNO segera atas sebab berikut ;
1- UMNO adalah sebuah parti kebangsaan yang berfahaman sekular Kristian (memisahkan agama dengan politik). Ini disahkan sendiri oleh Almarhum Tunku Abd.Rahman.
Apakah kesannya kepada Aqidah kita ?
Selagi mana kita terus menjadi ahli atau menyokong UMNO, bermakna kita redha dengan fahaman sekular tersebut. Bila kita redha dengan sesuatu perkara yang sesat, maka kita turut menjadi sesat.
Fatwa Ulama' menjelaskan "Jalan mudah untuk menjadi kafir apabila memisahkan agama dengan politik'.
2- Bila dasar dan fahaman UMNO itu sendiri dah sesat, bermakna pemimpinnya juga turut sama sesat. Bagaimana pula dengan kita yang menyokong pemimpin sebegini ?
Dalam Surah Al-Ahzab (33) : ayat 66 - 68 ;
"Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!"
3- Kita semua mengucapkan kalimah syahadah yang bermaksud "Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad Rasul Allah".
Apakah hakikat sebenar persaksian kita yang memperakui "Tiada Tuhan Melainkan Allah" ? Maksudnya kita menyakini bahawa ;
- Hanya Allah sahaja Tuhan sekelian alam.
- Hanya Undang-Undang Allah yang wajib kita tegakkan.
- Hanya Islam agama yang Allah redha.
- Hanya hukum-hakam Allah yang kita patuhi.
- Hanya sistem Allah yang kita guna untuk diri, keluarga, masyarakat dan negara serta segala-galanya.
Kita semua dah tahu bahawa sepanjang UMNO memerintah Malaysia, undang-undang yang digunapakai ialah undang-undang Lord Reid (sekular Kristian). Apabila kita terus menyokong UMNO, bermakna kita redha dan menyokong undang-undang sekular itu. Secara tidak langsung kita turut sama menolak Undang-Undang Allah (Al-Qur'an) yang wajib kita tegakkan. Akibatnya tanpa kita sedar Aqidah kita telah rosak kerana menafikan sifat Allah.
Seperkara lagi, kenapa kita boleh percaya cakap pemimpin UMNO yang mengatakan "Kita tak boleh laksanakan Hudud kerana masyarakat majmuk".
Saya nak tanya pada Tuan / Puan, En / Cik / Sdra / Sdri, siapa yang ciptakan manusia yang berbilang kaum dan bahasa ini ?
4- Rasulullah S.A.W. sendiri pernah menegaskan "Barangsiapa yang berjuang atas dasar Assobiyah (kebangsaan), mereka bukan di kalangan kami". Maksudnya, Rasulullah sendiri tidak akan mengakui kita sebagai umatnya jika kita menyokong perjuangan atas dasar bangsa / kaum.
5- Dalam Surah Al-Baqarah (2) : ayat 208 ;
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata."
Sekadar inilah yang dapat saya jelaskan. Mudah-mudahan ianya dapat membuka minda dan hati Tuan / Puan, En / Cik / Sdra / Sdri dalam menilai antara yang haq dengan yang bathil. Perkara pertama yang wajib kita pelihara ialah Aqidah. Jika Aqidah dah rosak, maka sia-sialah saja segala amalan kita selama ini.
Akhir sekali, tiada gunanya kita mempertahankan perkara yang salah. Marilah kita sama-sama berhijrah daripada kegelapan kekufuran (toghut) kepada cahaya kebenaran (Islam).
Semuga Allah mengampuni segala dosa-dosa kita dan menempatkan diri kita bersama dengan golongan orang-orang yang beriman.
Jazakallah.
Mohd.Nazri.
Kota Kinabalu.
dari blog :monazmuslim
NEGARA DAN RAKYAT MALAYSIA SELAMAT TANPA UBN.......
'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’
™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®
!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!
Monday, April 20, 2009
Kini Baju PKR Tapi Jiwa Masih UMNO

Kalau bukan disebabkan kes Mohd Fairuz ADUN Penanti yang letak jawatan baru-baru ini pun, kita sudah nampak di dalam PKR sebenarnya cukup banyak peleset dan polong UMNO berkeliaran. Mohd. Fairus letak jawatan bukan pasal kes rasuah sangat tetapi kerana angkara kawan tikam dari belakang dan yang tikam itu ahli PKR yang masih ada jiwa UMNO.
Tidak boleh dinafikan, sebahagian besar ahli PKR, terutama yang berjawatan semuanya bekas ahli Umno. Mereka masuk PKR sama seperti Datuk Sri Anwar Ibrahim yang menubuhkan PKR: kerana tidak mahu lagi bersama Umno/BN dan ada pula yang masuk PKR kerana wawasan yang cukup jauh, duduk dalam Umno pun tak ada apa yang dapat kerana nama mereka dibalck list pasal sokong Anwar.
Datuk Sri Anwar meletakkan inti pati perjuangan menentang ketidak adilan, rasuah, reformasi tetapi yang lain kebanyakannya tidak terjerap pun tuntutan perjuangan ini. Di dalam Umno dulu kebanyakan bergantung kepada Datuk Sri Anwar, maka apabila tertubuhnya PKR, mereka mengharap apa yang dimiliki oleh Datuk Sri Anwar dalam Umno akan ada di dalam PKR.
Apa yang silapnya?
Yang silap ialah kerana mereka terus membawa bungkusan, galasan, fail-fail malah perlembagaan Umno masuk ke pejabat PKR. Mereka membawa akta dan peraturan bisnes, penswastaan, lesen kontraktor dan slogan korporat Umno; esok mau makan siapa?
Mereka melaung ‘Reformasi’ dan ‘Keadilan’.
Tetapi pernahkah anda terfikir dan mendapat tahu, selepas mereka (terutama yang berjawatan) memasuki PKR, mereka telah bersedia duduk bersila, berhimpit sesak dalam saf mendengar tuan guru membaca kitab-kitab tentang hubbuddunya, hablumminannas. Pernahkah anda dengar setiap minggu ada usrah dari naqib-naqib?
Dalam ertikata yang lain, mereka tidak ada kitab untuk dijadikan pegangan perjuangan, iaitu kitab seperti yang ditulis oleh Fathi Yakan “Kenapa Aku Memilih Islam” dan lain-lain. Ertinya dalam perjuangan PKR, tidak ada satu kitab rujukan “Kenapa Saya Masuk PKR?”
Saya menulis begini hanya sebagai satu tamsil dan ibarat sahaja. Dalam ertikata yang lain, seseorang yang ingin menyertai sesebuah parti politik, ia perlu ditanam pancang yang kuat.
Pas (bukan nak puji tak tentu hala) yang partinya berdasarkan kepada perjuangan Islam, menegak Islam, meletak Qur`an di atas, maka ahli-ahlinya terlebih dahulu mengenali Islam serta cabangnya sedikit sebanyak. Selepas itu barulah mereka masuk Pas.
Maka atas alasan ini kita jarang mendengar, walaupun badai taufan kebendaan, kemewahan yang ditawarkan kepada ahli-ahli Pas, jarang berlaku tunggang terbalik. Jarang malah hampir tidak ada Adun Pas yang boleh dibeli, letak jawatan atau lompat parti. Kelantan pernah berkuasa hanya dengan satu suara majoriti, tetapi orang lain tidak mampu memelompatklan seorang Adun tersebut.
Orang-orang PKR kenalah tanya, kenapa boleh jadi begitu? Ketika bersumpah hendak menjadi calon bertanding, wakil Pas dimestikan membuat perjanjian dengan sumpah, selain memberi bai`ah, taat kepada pemimpin, mereka diingatkan bahawa sepanjang mereka menjadi wakil mereka dilihat oleh Tuhan dan mereka adalah orang yang diberi amanah.
Apalah sangat dengan janji taat setia begitu? Sedangkan dalam mana-mana parti pun, perjanjian dan pengakuan seperti ini dibuat.
Bagaimana pun, perjanjian, pengakuan kedua-dua ini sangat berlainan. Pas ada roh janji setia berlandaskan Tuhan, keikhlasan, telus, amanah dan ini bukan menefesto, perlembagaan parti tetapi ia berasaskan taqwa. Orang yang tidak ada pancang taqwa ini tidak akan dapat menerima hakikat ini.
Maka kerana itu, saya memandang PKR, apa yang berlaku akhir-akhir ini, sama ada melompat, keluar dan letak jawatan, ia bukan berakhir dengan memilih orang lain bertanding. Ini masalah dalaman, masalah roh, masalah ketaqwaan.
DUN Penanti, bagi saya, letaklah siapa pun hal yang sama akan berulang. Datuk Zaharin bukan penyelesaian atau YB Malik bukan penyelesaian. Mereka sama seperti tokoh-tokoh yang lain, berakar umbi dari Umno dan apa yang berlaku kepada Fairus, bukan mustahil berlaku kepada juak-juak PKR yang lain.
Oleh kerana itu, Datuk Sri Anuar mestilah bertindak cepat. Beliau mestilah menubuhkan satu Jawatankuasa atau Majlis Ulama PKR. Wajibkan setiap pemimpin, YB-YB dan Jawatankuasa parti mengikuti kuliah, usrah dari Majlis Ulama. Tanamkan kepada mereka kewajipan berjuang, keikhlasan, kejujuran, ketelusan dan minta mereka belajar mengikis sekeping demi sekeping daki danur Umno yang ada di dalam diri mereka.
Cepat-cepatlah belajar dari Pas. Setiap AJK, pemimpin parti, Adun atau YB dimestikan mengikuti usrah bulanan. Di sana mereka akan ditarbiah secukupnya.
Kita bukan menuduh hal ini buta tuli. Kejadian di Bukit Selambau, di mana Manikumar di pilih menjadi calon, maka muncul bantahan-bantahan, kemudian sampai keluar parti.
Apa jadahnya hal seperti ini, kalau bukan kerana perjuangan hanya mahu pangkat dan kedudukan? Bukankah ini tidak ada tarbiah yang sepatutnya?
Adakah Pas jadi begitu. Minta dijauhkan Allah dari takbur. Di Kuala Terengganu atau di Bukit Gantang sepatutnya ada ahli Pas bangun berontak sebab yang terpilih mereka yang sudah jadi YB, tapi Alhamdulillah dengan kefahaman yang mereka miliki, dengan erti jihad, erti telus, erti jujur dan berjuang kerana Allah, tidak ada pun yang muncul berontak apa lagi yang keluar parti. Malah boikot jentera pun tidak.
Apa yang berlaku dalam PKR menggambarkan perjuangan mereka bukanlah satu perjuangan yang memiliki kelainan, malah mereka masih berjiwa Umno walaupun sudah lama berbaju PKR.
Sokongan rakyat sekarang Alhamdulillah. Tetapi ia bukan seratus peratus kepada PKR sebaliknya rakyat mahukan satu perubahan, satu alternatif dan perubahan atau alternatif itu ada pada PR. Mood rakyat sekarang bukan kepada BN maka apa saja yang ada untuk mereka memilihnya, mereka akan memilih bukan Umno/BN.
PKR perlu muhasabah tentang ini. Yang jujur dalam PKR hanya seorang saja, iaitu Datin Sri Wan Azizah yang sanggup melepas kawasan kepada Datuk Sri Anwar. Tapi itupun kerana Datuk Sri Anwar. Mungkinkah akan dilepas jika bukan Datuk Sri Anwar?
Apapun cara penyelesaian yang dibuat kepada bekas Adun Penanti itu tidak akan dapat menjamin PKR dari tidak berlaku lagi. Yang mesti dikutuk ialah kepada orang yang menikam Fairuz dari belakang dan orang-orang seperti inilah yang mesti ditarbiah secukupnya kerana orang seperti inilah berbaju PKR tetapi jiwa tetap Umno; Umno dalam konteks ini ialah sikap dan karenah, feel keUmnoan apabila berada di dalam PKR.
Di Pulau Pinang, maaf cakaplah kerana saya tidak belajar politik tinggi. Tetapi dalam telaah dan firasat, tak seorang pun dari kalangan pemimpin PKR boleh menjamin ia tidak akan berulang seperti apa yang berlaku kepada Fairuz. Ia akan berulang. Ia pasti berulang selagi jiwa mereka jiwa Umno.
Atas alasan apa telaah dan firasat ini?
Bacalah dan lihatlah lenggok lenggang, langkah-langkah, dongak dan senyum, gaya dan stail. Mereka masih 80% Umno hanya 20% sahaja PKR. Yang boleh bertahan pun kerana Lim Guang Eng duduk di atas.
Mahukah kita menerima kenyataan ini?