welcome

 

 

Selamat Datang Ke Bintongan

DIMANA MELAYU BANGGANG DI SITU UMNO MENANG

 

 

 

Ni Pengikut Gua

Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world

zwani.com myspace graphic comments



Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world to work and live in, while Malaysians are warm, friendly people who easily accept foreigners into their circle of friends.
Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world to work and live in. In addition, the country's tropical climate with its uniform temperatures allows light, comfortable clothing throughout the year.
Expatriates and their families will enjoy a safe and comfortable living environment with 21st century amenities, good healthcare and medical facilities, excellent educational institutions, and world-class recreational and sports facilities - at costs much lower than in their own countries.
One of the country's most distinctive features is its rich diversity of cultures, a heritage derived from its racial mix of some of the world's oldest civilisations - Malay, Chinese and Indian. This potpourri of race and culture has enabled Malaysians to speak at least two, and even three, languages - Malay (the national language), English, and their own mother tongue. Living in such a cosmopolitan environment, Malaysians are warm, friendly people who easily accept foreigners into their circle of friends.


StarBug

HATE


Berkicauan

Tuesday, July 28, 2009

CERAMAH DSAI

CERAMAH UMUM DSAI DAN RAKAN RAKAN

TEMPAT : KG PULAU BINTONGAN REMBAU N9 (RUMAH IBU YB TAUFIQ ADUN PAROI)

TARIKH : 11 OGOS 2009

MASA : STANDARD TIME (MALAM)

Monday, July 20, 2009

LUAHAN HATI SEORANG PENJAWAT AWAM











Sunber di petik dari Orang Gomen

Susulan daripada posting lepas, OG terima satu luahan hati seorang penjawat awam daripada salah satu jabatan Gomen yang dipanjangkan oleh seorang rakan dari sebuah syarikat akhbar perdana! Teks itu dihantar ke ruangan pembaca untuk disiarkan, tetapi rakan OG menyalurkan kepada OG untuk dikongsi bersama. Tersentak OG meneliti reaksi beliau terhadap realiti sebenar dalam sesebuah agensi Gomen. Mungkin ada lagi agensi Gomen yang lebih daring daripada ni kot..? Ntahlah..harap-harapnya tiadalah.

So di sini OG paparkan antara LUAHAN HATI SEORANG PENJAWAT AWAM berkenaan untuk renungan kita semua. Sama-samalah kita muhasabah diri untuk kebaikan perkhidmatan & agensi...



"Saya amat berterima kasih dan berbangga berkhidmat dengan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), satu-satunya agensi Kerajaan yang bidang kerjanya adalah dalam hal ehwal politik (khususnya parti UMNO). Tetapi saya bukanlah pegawai politik JASA. Saya hanyalah kakitangan sokongan sahaja di JASA.

Selama berkhidmat dengan JASA saya faham apa makna politik sebenarnya, sebelum ini saya buta dan jahil pasal politik. Sejak kebelakangan ini JASA sibuk dengan kerja-kerja pilihan raya kecil di sana-sini. Bila tiba pilihan raya, hampir semua pegawai dan jentera kerja JASA dikerahkan untuk turun padang menjalankan kerja-kerja kempen.

Yang saya hairan ialah, setiap kali pilihan raya kecil, UMNO atau BN kalah saja! Maka tertanya-tanyalah saya sendiri..apa lagi yang tak cukup? Pegawai JASA rata-rata kalau Melayu adalah orang kuat parti UMNO! Takkan tak tahu nak kempen? Nak kata duit kempen tak cukup, setiap kali buat bajet pilihan raya JASA minta beratus ribu. Untuk apa semua tu? Pegawai terlibat pula sampai beratus orang ramainya. Takkan tak boleh nak berkempen lagi kalau bercampur dengan orang UMNO atau BN di kawasan tempat pilihan raya?

Pengalaman di beberapa pilihan raya kecil akhir-akhir ini barulah saya tahu apa sebenarnya orang JASA buat di kawasan pilihan raya. Rupa-rupanya yang turun ramai-ramai bukan semua buat kerja. Ada juga yang diturunkan sebagai `pegawai tugas-tugas khas’ untuk jaga bila Ketua Pengarah turun padang. Selain dariapada itu tiada melakukan apa-apa kerja, sekadar jadi pemantau bilik gerakan macam `anjing pengawal’ gayanya.

Pegawai JASA tak sempat buat kerja kempen masa pilihan raya kerana sibuk mengikut bontot mana-mana pemimpin parti yang datang ke kawasan pilihan raya. Inilah hakikatnya! Mereka amat bermegah-megah dengan situasi ini. Mereka tolak kerja ke tepi! Bila sampai masa kena hantar laporan, mereka tulis sahaja apa kawan-kawan lain cakap. Yang paling sedih ialah ada juga antara pegawai lapangan yang `swastakan’ laporan kerana tak masuk kawasan! Apa dah jadi ni?

Ada juga yang terlibat pilihan raya semata-mata nak makan elaun dan over time. Kalau rate over time RM15 satu jam kali dengan 7 jam sehari (5ptg – 12mlm) maknanya RM105/hari over time sahaja. Itu tidak dikira hari Sabtu, Ahad dan cuti umum lagi. RM105 kali dengan 20 hari bekerja dah berapa banyak duit over time..RM2100. Patutlah lagak pegawai JASA hebat-hebat semua. Terkejut saya melihat borang tuntutan over time pegawai JASA gred S22. Yang peliknya tuntutan over time bukan sahaja di musim pilihan raya sahaja tetapi setiap bulan di semua daerah! Persoalan saya ialah apa kerja yang mereka buat, tapi pilihan raya tetap kalah! Pihak pengurusan pula tidak banyak soal, semuanya lulus. Saya beranggapan bahawa 60 peratus daripada duit JASA dihabiskan untuk membayar tuntutan elaun pegawai dan over time sahaja!

Satu lagi ialah program Taqarub! Saya lihat hampir setiap pegawai melaksanakan program Taqarub setiap hari. Satu hari bukannya satu, ada sampai lima program! Perbelanjaan pula di bayar secara tunai. Persoalan saya ialah adakah program ini benar-benar dilaksanakan dan apakah kesan atau impaknya kepada JASA dan Kerajaan? Siapa pula khalayaknya? Orang awam atau sanak saudara sahaja. Lagi pun prosedur tuntutan kepada program Taqarub amat senang! Kalau di kawasan pilihan raya kecil lagi banyak program Taqarub dan beribu-ribu khalayaknya…tapi BN tetap kalah! JASA buat untuk siapa? Untuk penyokong pembangkang kah?

Ada juga kawan-kawan di JASA bercakap, kalau musim pilihan raya inilah peluang nak tukar handphone baru, cat kereta baru, sport rim baru dan kadang-kadang siap boleh tukar kereta baru lagi! Macam mana pegawai JASA `berniaga’ dalam tempoh 20 hingga 30 hari dalam tempoh pilihan raya..? Aneh! Memang aneh kerana perkara ini memang berlaku!

Saya dapati banyak `benda-benda pelik’ berlaku dalam pengurusan kewangan dan pentadbiran JASA. Saya rasa sedih kerana Jabatan yang diamanahkan untuk menjaga rakyat ini sesunguhnya tidak menjaga rakyat, sebaliknya hanyalah menjaga kepentingan `warga kontrak’ JASA sahaja – samada pengawai DUN gred S22 hinggalah kepada Ketua Pengarah yang bertaraf JUSA. Tidak terkecuali satu kumpulan yang bergelar `Panel Pemikir JASA’.

Saya lihat panel pemikir adalah sesuatu yang merugikan duit rakyat. Mengapa perlu ada pemikir lagi kalau semua pegawai kontrak di DUN dan Parlimen itu orang-orang kuat parti dan pakar politik setempat. Panel pemikir tidak tahu apa berlaku di kampong kerana mereka berada di ibu pejabat. Latar belakang mereka pun bukan lah daripada orang politik atau strategist. Kalau panel pemikir benar-benar berfungsi, adalah mustahil semua strategi tidak menjadi! Bagaimana Kuala Terengganu yang dimiliki oleh BN boleh bertukar tangan kepada PAS? Apa yang difikirkan panel pemikir. Atau adakah panel pemikir mula berfikir bila diminta berfikir…?


Sesungguhnya kalau dilihat visi, misi dan objektif serta fungsi, JASA adalah satu-satunya nadi UMNO dan BN dalam memastikan kesinambungan pemeritahan Kerajaan hari ini. Semuanya suci, murni dan indah! Namun di mana silapnya? Adakah kelemahan ini berpunca daripada pihak pengurusan yang gagal atau bersekongkol dengan orang bawahan atau pegawai-pegawai kontak yang di pilih itu sememangnya tidak amanah. Kalau tidak amanah mengapa tidak ambil tindakan? Apa peranan pengurusan tinggi dalam hal ini. Saya tidak pasti sama ada KP menyedari kepincangan ini atau sengaja melindungi demi kepentingan diri.

Walau bagaimanapun saya mengharapkan agar kepimpinan JASA sedia ada ditukar ganti. JASA memerlukan seorang ketua yang energetic, universal dan integriti yang tinggi dalam menangani anak buah yang terdiri daripada orang-orang politik yang sentiasa berpolitik siang dan malam. JASA harus diselamatkan daripada perlakuan keji pelaku-pelaku politik yang berteraskan pangkat, perut dan poket".



Sewajarnya dalam kita menghadapi pelbagai isu dan kegawatan ekonomi, fokus dan nawaitu kena bersih dan ikhlas. Janganlah pulak menambahkan keroh dan gelombang sedia ada. Orang-orang Gomen ni tak pikir ka betapa peningnya pemimpin-pemimpin kita dok sort out masalah dalaman..ni dok nak tambah lagi.

Setelah meneliti teks luahan hati penjawat awam berkenaan, dapatlah OG simpulkan bahawa setiap penjawat awam, samada tetap atau kontrak, cermin-cermin lah diri sendiri. Tanya diri sama ada kita ini melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna atau sebaliknya.. Amanah wang rakyat dan Kerajaan terhadap kita adakah digunakan sejujurnya. Kuasa pengurusan dan pentadbiran yang diberikan oleh KSN & KPPA serta KSU kepada kita digunakan secara berkesan atau disalahgunakan?

OG dapati rakyat Malaysia hari ini banyak terdedah kepada fenomena `penyakit kritikal' sama ada fizikal atau mental. Maknanya rakyat Malaysia ni rata-ratanya TIDAK SIHAT! Berpenyakit! Daripada penyakit kanser otak sampailah ke penyakit `tak berotak'! Fenomena ini amat membimbangkan apabila menular di dalam warga perkhidmatan awam! Therefore mana penjawat awam yang rasa tak sihat dan tak mampu deliver..mohonlah berundur secara hormat! Kalau anda sayangi perkhidmatan awam khususnya jabatan/agensi anda bertindaklah sekarang.

Sunday, July 12, 2009

Dibunuh Kerana Bertudung, Mengapa Berita Ini Ditutup?

Di Ambil Dari Blog:-

Ibnu Hasyim

]Dibunuh Kerana Bertudung, Mengapa Berita Ini Ditutup?

JENDELA GLOBAL

Thursday, July 09, 2009: Seorang wanita Muslim Mesir di bunuh di dalam mahkahmah Jerman, apa anda fikir?

Assalamualaikum.

Kisah menyanyat hati ini berlaku minggu lepas. Kisahnya begini, seorang muslimat Mesir di Jerman, Marwa Al-Sherbini, yang pada Ogos 2008 telah memfailkan saman kepada jirannya yang menggelarnya sebagai 'Terrorist', kerana beliau berhijab. Diulang, beliau digelar 'Pengganas', kerana beliau B.E.R.T.U.D.U.N.G. !!

Maka setelah mendengar hujah kedua-dua pihak pada Rabu minggu lepas, mahkamah mendapati lelaki, yakni jiran kepada Marwa tadi bersalah, dan dikehendaki membayar denda 2800 Euro.

Anda tau apa berlaku sesudah itu?

Lelaki ini telah menerkam ke arah Marwa, dan menikam mangsa 18 kali!! Ya, anda tak salah baca, memang 18 kali, dan yang paling teruk, Marwa ditikam sehingga mati, sambil beliau memeluk anaknya. Dan Marwa ketika itu mengandung 4bulan...tragis bukan?
However last Wednesday, Alex stabbed her 18 times to death in a German courtroom after the judges announced she won the case against him, and that he had to pay 2,800 Euros as a fine for his previous insults. Lagi di sini.
Belum cukup tragis, ada lagi. Suami Marwar yang melihat isterinya ditikam terus menerkam ke arah lelaki tadi, dan....

...akhirnya suaminya juga ditikam 3 kali. Nah. Tidak cukup dengan itu, pengawal keselamatan yang 'melihat' kejadian tadi telah bertindak menembak suami Marwar. Nah... ini baru betul2 tragis.

Sekarang anda fikir, bagaimana logik seorang perempuan ditikam 18kali di dalam mahkamah, tanpa ada seorang pun yang bertindak menyelamatkan wanita ini, melainkan suaminya, yang akhirnya berkesudahan ditembak.

Logik atau tidak anda mengambil masa hanya 1 saat untuk menikam 18 kali? Cuba anda tikam angin 18 kali, berapa lama masa yang anda ambil, tikam secepat mungkin. Malah 1 saat untuk 1 tikaman pun sukar dicapai. Maka tidakkah anda terfikir kenapa reaksi manusia di situ terlalu lembab? Bengong bukan.

Seorang pemerhati telah berkata tentang suami Marwa, "Dia bukan seorang yang berambut perang, jadi dia tentu penyerangnya." Ya, ini logik pada pandangan mereka. Tapi sesekali tidak bagi kita.

Itu isu pertama, isu kedua adalah mengapa seakannya media barat cuba menutup isu ini. Langsung tidak dihebohkan. Adakah kerana darah orang Islam tidak sama dengan darah mereka? Ermm.. logik bukan. Hanya orang yang gila sahaja percaya ini.

Mungkin ada antara yang membaca entri ini berfikir bahawa ini hanya isu kecil, mengapa perlu dihebohkan. Ada bukan? Ini bukan soal peka semata-mata, cuba anda fikir, kalau Marwa boleh ditikam 18 kali dalam mahkamah, 'tanpa disedari' maka adakah mungkin mereka2 ini menyedari pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku nun di Gaza, di Tebing Barat, di Darfur, dan yang terbaru di China. Atau ada antara anda yang masih tidak tahu saudara kita dibunuh di China. Ya, logik la sikit kalau anda tidak tahu, sebab semua pembunuhan tadi berlaku di luar mahkamah.

Di angkat dari:
http://artofthoughts.blogspot.com/2009/07/soerang-wanita-muslim-mesir-di-bunuh-di.html

Komen Blog Ibnu Hasyim: Sila panjangkan cerita ini supaya kebenaran itu terserlah. Ingat Rasulullah SAW pernah pertahankan aurat wanita rakyatnya hingga keperingkat negara, begitu juga zaman pemerintahan selepasnya. Contohnya zaman pemerintahan Al-Muktasim, Khalifah sanggup menghantar angkatan tentera hanya kerana aurat seorang Muslimah, begitu juga dalam sejarah Islam masuk ke India juga ada kena mengena dengan aurat seorang Muslimah. Soal maruah dan penghinaan agama bukan soal kecil! Mati syahid dalam mempertahankan maruah agama yang diinjak-injak atau dipijak-dipijak. (2MA)

Tuesday, June 9, 2009

Surat Bantahan Pada Pres n Tim Pres PAS

Den KOPI N PASTE dari SINI



Surat Terbuka kepada Timbalan Presiden PAS

Jangan menguji kesetiaan dan mencabar kesabaran ahli-ahli PAS dengan menentang Tok Guru Nik Abdul Aziz. (Artikel asal oleh Pemimpin Pemuda PAS Melaka)

The Malaysian Insider (
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/28831-no2-says-tok-guru-is-not-pas) telah memetik Ustaz Nasharudin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS yang dipilih semula, sebagai mempertikaikan dan meremehkan pandangan pemimpin tersohor PAS, Tok Guru Nik Abdul Aziz, berkenaan keputusannya terhadap perbincangan (baca muqabalah) antara PAS-UMNO. Ustaz Nasharudin berkata pendapat Tok Guru Nik Abdul Aziz, yang menolak sepenuhnya rundingan perpaduan antara PAS-UMNO, adalah pendapat peribadinya dan bukan pendapat PAS. Beliau seterusnya menambah dengan menyatakan ada beberapa isu yang perlu dibicara di antara parti politik dan beliau menyatakan beliau (dan seterunya) adalah bersikap terbuka terhadap segala bentuk perbincangan.

Sebelum saya teruskan, saya ingin mengucap ini kepada
Ustaz Nasharudin Mat Isa: "Jangan menguji kesetiaan dan mencabar kesabaran ahli-ahli PAS dengan menentang Tok Guru Nik Abdul Aziz. Saya pasti anda akan kalah sekiranya anda menerus budaya sikap kurang ajar di dalam PAS.

Yang dihormati, saudara Nasha, anda sudah melampau dan mengasak sekalian rakyat yang selama ini berdiam diri. Anda perlu memikul kesan tindakan anda tersebut. Siapakah anda untuk menyanggah
Tok Guru Nik Abdul Aziz. Dato' Dr. Haron Din semalam dipetik sebagai berkata "Perbezaan di antara seorang Islam dan kafir (bukan Islam) adalah kesetiaan kepada kepimpinan", dan sekarang anda sendiri mengubah PAS menjadi parti yang "tidak islamik" dengan bersikap kurang ajar dan menyerlahkan penghinaan dan menjadi seorang yang derhaka kepada pemimpin PAS yang tersohor.

Anda tidak lagi dilahirkan di dunia ini apabila
Tok Guru Nik Abdul Aziz telah berjuang untuk PAS dan prinsipnya. Anda tidak layak bersyarah kepadanya mengenai PAS dan apa perjuangannya. Tiada sesiapa pun layak. Tok Guru Nik Abdul Aziz adalah suatu manifestasi PAS itu sendiri dan semangat, keperitan beliau mewakili semangat negara ini. Pada usia beliau dan kesihatan yang agak terganggu, serta pemerintahannya selama 20 tahun di Kelantan, beliau masih bangun seawal pagi untuk berkhidmat kepada rakyat Kelantan khasnya dan untuk negara secara amnya (anda pula tidak begitu). Kini rakyat Malaysia yang Muslim dan bukan Islam, sama-sama menyedari satu kenyataan: "Tok Guru Nik Abdul Aziz adalah Malaysia itu sendiri, iaitu manifestasi negara ini atau negarawan ulung. (maaf ler, wa susah nak alihbahasa 'conscience'..hehe)


Pada tahun 2008, anda (us. Nasha) menggunakan keistimewaan beliau untuk memenangi satu kerusi di Kelantan, di mana anda tidak berani mempertaruhkan diri bertanding di halaman sendiri di Negeri Sembilan. Pada tahun 1999, anda menang hanya kerana kebetulan gelombang kemarahan rakyat, orang Melayu khasnya, akibat penyingkiran keluar saudara Dato' Seri Anwar Ibrahim dariada UMNO dan kerajaan. Apabila anda bertanding di Besut pada tahun 2004, anda kalah teruk di kawasan yang keseluruhannya penduduk Melayu. Apakah maksudnya? Anda tidak mempunyai pengaruh tersendiri untuk membawa PAS ke mercu yang lebih tinggi.Tidak juga anda mempunyai visi atau wawasan untuk menguatkan sokongan demi mengharungi cabaran masa depan. Anda hanya terlibat di balik bayangan seseorang pemimpin lain dan sekarang berani pula menyanggah pemimpin yang kita hormati selain mengkhianati rakan-rakan seperjuangan yang telah menolong kita dan bermanfaat kepada kita.

Ustaz Nasharuddin, apabila berbicara mengenai muqabalah atau rundingan perpaduan antara PAS-UMNO, tolonglah jawab soalan-soalan saya yang berikut ini:

1} Kenapa sekarang?
2} Kenapa tidak sebelum Pilihan Raya Umum Mac 2008?
3} Apa perlu bersatu? Atas dasar apa? Apa dasarnya? Untuk apa?
4} Adakah benar PAS sebuah parti Islam yang mewakili orang Melayu dan bukan Islam, atau, ia mewakili orang Melayu sahaja?
5} Apa isu yang kita perlu bicara? Senaraikannya satu persatu. Jangan cakap merapu!
6} Kenapa PAS dan UMNO sahaja, tidak PAS-DAP-PKR sebagai satu pihak dengan UMNO-BN sebagai satu pihak lain.
7} Kenapa PAS dan UMNO dan tidak PKR-UMNO?
8} Kenapa anda, tidak Najib Tun Razak dan Anwar Ibrahim, sedangkan diketahi umum saudara Dato' Seri Anwar mempunyai lebih banyak sokongan orang Melayu dan beliau Ketua Pakatan Rakyat?
9} Apa kekurangan UMNO yang memerlukan PAS menyokongnya? Perlaksanaan hukum hudud di Parlimen? Adakah UMNO pernah mengusul hukum hudud? Jika pun pernah (diragui akan berlaku), adakah perlu kita berbincang? Tidak bolehkah kita sokong pelaksanaan hukum tersebut dalam keadaan kita adalah wakil PAS di Parlimen?
10} Kenapa kita memilih pemimpin kita semasa pilihan raya dan anda sekarang memberitahu kami semua untuk mengikut kehendak UMNO? Adakah anda tahu nilai pengorbanan kami untuk PAS? Adakah anda tahu UMNO menyeksa kami selama berabad-abad hanya kerana kami menyokong PAS? Adakah perlu kami menyenaraikan keperitan dan seksaan yang telah kami hadapi? Atau yang telah dilalui oleh
Tok Guru Nik Abdul Aziz sendiri?

Sunday, June 7, 2009

Chin Peng UMNO RACIST GILER.......

Den kopi paste dari ALHUSSEYN

Apasal kini kecuh sangat tentang 'Chin Peng' ? Umno / BN cuba mengaitkan isu tersebut dengan sentimen perkauman di Malaysia khususnya di Perak.


Rata-rata Melayu Umno mengkritik DAP dan cuba menyamakan mereka dengan perjuangan kominis.Mereka menimbulkan isu 'Chin Peng' semata-mata supaya orang Melayu bencikan orang-orang Cina DAP , salah satu komponen Pakatan Rakyat.

Apakah mereka lupa , Melayu pun ada Rashid Maidin, Abdullah C.D , Shamsiah Fakih, Musa Ahmad dan ramai lagi .....

Amboi, amboi.....Umno/BN kalau didepan mata kita , mereka menyalak , mengonggong mengutuk orang Cina bukan main lagi; tapi bila di belakang kita merekalah yang menjadi seperti anjing yang manja , seronok dibelai, digosok-gosok kepala sambil ekor tergedik-gedik terjungkit - hingga saanggup berikan tanah Melayu kepada mereka. Siapa yang jadikan orang Cina yang kaya-raya dengan mudah kalau bukan ehsan Melayu Umno yang korup? Umno sebenarnya adalah petualang bangsa dan boneka yang menjadikan Melayu sengsara sejak 50 tahun merdeka!

Berikut saya titipkan dari Wilkipedia tentang penglibatan mereka dalam Rundingan Damai Hadyai.Lihat berapa ramai Melayu yang terlibat :

Perwakilan

Datuk Wan Sidek Wan Abdul Rahman, Setiausaha Kementerian Dalam Negeri
Tan Sri Mohd. Hanif Omar - Ketua Polis Negara
Jeneral Hashim Mohd Ali - Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia
Jeneral Yodhana Yamphundi - Timbalan Pengarah Operasi Keselamatan Bahagian ke-4
Jeneral Chavalit Yongchaiyudh =Pengarah Operasi Keselamatan
Jeneral Sawaeng Therasawat - Ketua Pengarah Polis diraja Thailand.

PKM diwakili oleh :
Chin Peng - Setiausaha Agung PKM
Abdullah C.D - Pengerusi PKM
Rashid Maidin - Komander Regimen ke-10

Turut hadir ialah :
Dato Megat Junid Megat Ayub - Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia
Ai Ying atau Zainon - isteri Chin Peng
Chan Tien - Komander Regimen ke-12 PKM

Dengan perwakilan orang-orang Melayu yang seramai itu disertai sama oleh seorang Jeneral Melayu, adakah mereka tidak ambil kira tentang perasaan bekas askar dan orang Melayu sendiri dalam perundingan tersebut apabila menawarkan pengampunan kepada PKM ? Apakah kerajaan Umno/Maklaysia cuba memungkiri janji-janji yang telah dipersetujui dan cuba memainkan sentimen Melayu dengan kebangsaan yang sempit?

Isi Kandungan Perjanjian Damai Antara kandungan utama Perjanjian Damai Haadyai ialah :

  • PKM berjanji untuk menamatkan perjuangan bersenjata mereka.
  • Parti Komunis Malaya dibubarkan
  • Senjata api hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia atau Thailand atau dimusnahkan di hadapan pihak keselamatan.
  • Chin Peng selaku wakil ahi PKM berikrar taat setia kepada Yang diPertuan Agung Malaysia.
  • Ahli PKM akan mematuhi undang-undang negara Malaysia.
  • Artikel 3 perjanjian menetapkan bahawa Kerajaan Malaysia akan membenarkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang dilucutkan senjata untuk menetap di Malaysia sekiranya mereka mahu.
  • Artikel 3.1 menetapkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang memang berasal dari Malaysia akan dibenarkan menetap di Malaysia mengikut undang-undang Malaysia.
  • Artikel 4 perjanjian menetapkan bahawa kerajaan Malaysia akan membantu bekas bekas anggota Parti Komunis Malaya untuk memulakan hidup baru di Malaysia.


  • Pelaksanaan Perjanjian Haadyai Selepas perjanjian tersebut dimeterai :

  • Kira-kira 1,188 anggota pasukan keselamatan bersenjata PKM yang berada di hutan sempadan Malaysia - Thailand akan keluar dari hutan dan memulakan hidup baru.
  • Di hutan Malaysia - Thailand terdapat 694 rakyat Malaysia, Indonesia, Singapura dan 2 bekas anggota tentera Jepun.
  • Terdapat 330 ahli PKM pulang ke tanahair
  • Kerajaan Malaysia berjanji untuk membayar subsidi kehidupan sebanyak RM 8,000 sekembali ke Malaysia dan wang saranan hidup sebanyak RM300 untuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan di tanahair.

  • Kita jangan mudah tertipu dan mudah dipengaruhi oleh desakan Umno yang menggunakan isu Chin Peng ini untuk kepentingan politik perkauman mereka.Hancur Umno!

    Thursday, May 21, 2009

    Siapa Boneka di Pulau Pinang

    Siapa Boneka di Pulau Pinang (DEN AMIK DARI SINI)

    NIZAR di jatuhkan/digulingkan dan dirampas kuasanya dari Babi Negara malah Babi-babi Negara ini juga mendakwa Ir Nizar boneka kepada cina... iaitu boneka kepada Ngah dan Ngeh... Walaupun isu tanah, isu CAMRY. isu BALAK sudah diperjelaskan? Tapi masih menyalak lagi UMNO menutup mata lagikah UMNO?

    Kini setelah rampasan dibuat isu baru pula muncul dimana Babi Negara mengatakan sepatutnya bukan PAS yang memerintah tapi UMNO kerana UMNO menang banyak kerusi daripada PAS malah UMNO menang banyak kerusi dari DAP... Kuasa melayu harus dipertahankan kata UMNO..!

    Keputusan PRU 12 hanya memberi 6 kerusi pada PAS... Masih ada juga orang UMNO yang mahu pertikaikan ini...? Persoalannya ialah TIDAK HEBATKAH PAS? TIDAK HEBATKAH PAS APABILA MENANG 6 KERUSI TAPI MASIH MENJADI MB? sudah tentu jawapannya sangat HEBAT.... tapi HEBATKAH UMNO pabila menang 12/40 kerusi DUN berbanding 7/40 kerusi DUN dari GERAKAN tapi membonekakan diri kepada GERAKAN dengan memberi jawatan Ketua Menteri (KM) kepada GERAKAN...? MANA KETUANAN MELAYU Oi!? maka sudah pasti UMNO tak hebat....! Sekali lagi institusi MELAYU di perlekeh....

    Sedikit bingkisan sejarah PRU.....
    1990-1995 (GERAKAN MENJADI TUNJANG UMNO)
    Dalam pilihan raya umum 1990, Umno memenangi 12 kerusi di Pulau Pinang manakala Gerakan hanya memenangi 7 kerusi. Keputusan itu membolehkan BN terus memerintah apabila mendapat 19 kerusi berbanding DAP yang hanya mendapat 14 kerusi.

    Sepatutnya, Umno yang mempunyai majoriti lebih besar di antara kedua-dua parti di dalam BN itu berhak mendapat jawatan Ketua Menteri. Bagaimanapun, kerana terlalu bijak atau bangang, Umno menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Gerakan. Malah, kuasa pemerintahan juga telah diserahkan oleh Umno kepada parti yang didominasi oleh kaum Cina bagi menjaga hati mereka.

    1996-2000 (GERAKAN MENDAHULUI UMNO MEMEGANG TAHKTA)
    Begitu juga dalam pilihan raya umum 1995 di mana Umno menang 12 kerusi, Gerakan 10 kerusi, MCA 9 kerusi, MIC 1 sedangkan DAP menang 1 kerusi saja. Umno tetap tunduk di bawah telunjuk Gerakan dan jawatan Ketua Menteri terus diserahkan kepada parti itu.

    Lihatlah bagaimana survival orang Melayu Pulau Pinang hari ini yang gagal di tangani oleh Umno sehingga terpinggir dan terpaksa lari ke luar kawasan seperti Kulim atau Selama.

    Mana dia suara yang melalak dan melolong ketuanan Melayu itu? Apakah kerana Pulau Pinang tiada beraja maka Pulau Pinang boleh diserahkan kepada bukan Melayu sebagaimana Singapura dahulu? Siapa sebenarnya yang jadi yang menghina dan menggadaikan melayu..??

    begitu juga
    2000-2005 juga UMNO memberi laluan pada GERAKAN
    cuma 2006-2011 PR mengambil alih dan memberi laluan pada DAP (kerana DAP 19, PKR 4 , PAS 1)

    p/s : kenapa masa 1990-1995 tak bagi DAP memerintah bukankah DAP paling banyak kerusi berbanding GERAKAN? UMNO taiklah!
    baginda menggoreng dari kedahlanie dan keputusan rasmi DUN pulau pinang



    Den cilok n celah bedah FROM: baginda

    Saturday, May 16, 2009

    Minah Tudung-Video@Lirik (Tak tutup AURAT)

    Minah minah tudung zaman sekarang ramai cacat otak [bodoh]
    Pakai tudung tapi pakai pakaian ketat ketat [bodoh]
    Ada pula pakai tudung tapi pakai t-shirt pula [bodoh]
    Mana ke tidak masyarakat kita di pandang rendah [bodoh]



    Keluar dengan mak pakai tudung
    Pakai sopan aurat tertutup
    Tapi bila keluar dengan kawan aurat tertedah
    Bagi lelaki tengok percuma
    Aku sendiri tengok pon heran
    Agama kuat tapi baju ketet
    Buka tudung rambut perang

    Perang perang
    Konon tu nak tunjuk belang
    Tindik sini tindik sana
    Bukan di telinga sahaja
    Lidah pon ada
    Muke decent tetapi perangai nonsense
    Ikut sesuke hati dia
    Tapi tak ikut segi agama

    Dengan ibubapa pakai baju lengan panjang seluar panjang tapi di belakang
    Lain cerite macam monster
    Cabut kening ada tatu di badan dia
    Pakai makeup pakai lipstick punya tebal
    Macam momok macam momok

    Masya ala masya ala
    Tak boleh angkat tak boleh angkat
    Tengok dia tengok dia
    Goyang pantat goyang pantat
    Masuk club pakai tudung
    Pergi tandas buka tudung

    Ooh
    Kemana pergi budaya
    Kemana pergi agama
    Mana pergi melayu kita

    Dengar sini semua
    Jangan ikut trend masa kita
    Kita rosak kita hancur
    Siapa nak jawabkan bila kita di kubur
    Mak nak jawabkan [sorry sikit]
    Bapa jawabkan [sorry sikit]
    Atuk jawabkan [sorry sikit]
    Berani buat berani tanggung sendiri

    Pikir baik baik
    Pikir masak masak
    Jangan kita menyesal di hari kelak
    Pikir baik baik
    Pikir masak masak
    Jangan kita menyesal di hari kelak

    Berubalah kamu sebelum kamu diberubahkan
    Ye lah tuk
    Tuk juga yang pandai kan
    Wateva lah tuk
    Eh eh budak ni

    KLIK UNTUK MENONTON - MINAH TUDUNG


    KOMEN:
    Perempuan jenis begini yang paling ramai kita lihat.... pakai tudung bukan untuk TUTUP AURAT... atau menyangka bahawa BERTUDUNG sahaja sudah dianggap menutup aurat... Sedangkan AGAMA itu... mesti dipelajari. ...dan BELAJAR mestilah "BERGURU" bukan ikut-ikut atau MakTurut....

    Ambuyat!