nota:
jumpa ular jumpa ee
ketuk urs communication kah kah kah
PEMILIK TELEFONROSAK TUNTUT KERUGIAN
PUTRAJAYA 25 Jan. - Kerana menghargai hadiah pemberian suami, Norizan Mohd. Amin sanggup hadir ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia hari ini (TTPM) semata-mata untuk menuntut hak terhadap telefon bimbit yang rosak.
Menurut Norizan, beliau hairan kerana telefon bimbit jenama Nokia C7 berharga RM1,350 yang dibeli oleh suaminya pada 12 Disember tahun lalu itu rosak setelah kurang seminggu digunakan.
"Oleh kerana telefon bimbit itu masih dalam tempoh jaminan, saya memutuskan untuk ke syarikat menjual telefon tersebut iaitu URS Telemunication Sdn. Bhd. di The Mines, Seri Kembangan untuk dibaiki.
"Namun hingga ke hari ini telefon tersebut gagal dibaiki dan saya tidak dimaklumkan mengenai sebarang perkembangan masalah sebenar telefon itu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri sesi pendengaran di TTPM di sini hari ini.
Norizan memberitahu, bimbang ekoran tiada khabar berita mengenai telefonnya, dia mengambil keputusan untuk terus menghubungi syarikat tersebut bagi mendapatkan penjelasan.
Namun, dia kecewa apabila diberitahu bahawa syarikat itu kononnya masih belum menerima sebarang sebut harga daripada ejen yang dilantik untuk membaiki telefon bimbit tersebut.
Setelah meneliti hujah Norizan, Presiden TTPM, Pretam Singh memerintahkan URS Telemunication Sdn. Bhd. membayar RM1,350 kepada Norizan dalam masa 14 hari dari tarikh penghakiman dibuat.
Semasa perbicaraan berlangsung, wakil URS Telemunication Sdn. Bhd. sebagai penentang tidak hadir.
NOTA:
sila ambil perhatian nama syarikat ini
berhati hati jangan ditipu oleh syarikat ini
beritahu kawan kawan tentang syarikat ini
bila membeli talipon sila tanya apakah ianya dari syarikat ini
nota:
kedai penipu ini beroperasi di the mines
seri kembangan - sila beritahu geng !
100% gua cilok dari TUKAR TIUB
No comments:
Post a Comment
Please Say Or Write Something, Thank You !