Mohd Aizat Mohd Salleh |
ISU pembayaran balik semula PTPTN sentiasa menjadi ‘igauan’ kepada penuntut yang sudah menamatkan pelajaran di universiti masing-masing. Polisi yang dilaksanakan oleh kerajaan pada hari ini adalah, selepas 6 (enam) bulan bergraduasi, mereka wajib membayar semula pinjaman tersebut, sama ada sudah bekerja atau tidak. Dengan ditambah kos pentadbiran sebanyak 3% (dahulu), dan 1% (Ujrah), maka jumlah bayaran balik pinjaman akan meningkat, dan tidak berkurang. Jika peminjam meminjam sebanyak RM19,000, maka ditambah kos pentadbiran 3% sebanyak RM3,800, maka jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak RM23,000. (Secara purata). Jumlah ini yang menjadi ‘hantu’ kepada para pelajar hari ini. Mungkin bagi mahasiswa, mereka belum merasai lantaran masih berada di universiti dan sedang ‘enak’ berbelanja dengan wang saku mereka. PTPTN dalam ‘Buku Jingga’ Seperkara yang tidak dibuat dan tidak diusahakan pun oleh kerajaan BN pada hari ini adalah menyelesaikan kemelut anak muda ini. Iaitu bagaimana semua rakyat itu boleh mendapat pendidikan tanpa bebanan, kerana pendidikan merupakan tanggungjawab asasi yang perlu dimiliki oleh rakyat seperti juga air. Saya ingin menarik anak muda atau mereka yang lepasan universiti yang sedang bergelut dengan masalah bayaran balik PTPTN ini adalah dengan melihat salah satu manifesto PR di dalam ‘Buku Jingga’nya. Antara janji PR apabila memerintah adalah: “Menyelesaikan krisis pembiayaan pendidikan tinggi (yang dijangka akan menyebabkan defisit PTPTN melambung ke paras RM46 bilion dalam masa sedekad) dengan mengurangkan beban peminjam dengan cara memperkenalkan polisi pinjaman tanpa faedah dan membenarkan pembayaran semula enam bulan setelah peminjam mendapat pekerjaan tetap.” Saya yakin, sumber kerajaan Malaysia hari ini sangat banyak. Daripada syarikat-syarikat milik kerajaan, hasil-mahsul minyak petroleum, pelaburan saham dan sebagainya, andai diurus dengan baik, maka apa salahnya beberapa peratus disalurkan bagi mengurangkan bebanan ini. Bantuan pendidikan tidak berasaskan ‘bisnes’ Selain itu juga usaha mendapatkan pendidikan tinggi kepada rakyat pada kadar yang paling minima juga wajar diperhatikan disini: “Menjamin hak setiap rakyat Malaysia yang layak untuk mendapatkan pendidikan tinggi pada kadar yang paling minima.” Disamping mengusahakan setiap rakyat mendapat biasiswa dalam pendidikan bagi mereka yang layak dan menghentikan budaya ‘bisnes’ di dalam pendidikan wajar juga disokong: “Mengembalikan hak rakyat yang dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan untuk mendapatkan biasiswa bagi mereka yang layak dan menghentikan kecenderungan memperdagangkan pendidikan tinggi demi keuntungan.” Oleh hal yang demikian, saya bukan mahu ‘mengangkat bakul’ kepada janji PR ini, namun ia adalah pendekatan serta penyelesaian realistik yang wajar anak muda hari ini beri perhatian. Setidak-tidaknya ‘suara’ mahasiswa dan anak muda didengari oleh pemimpin PR, dan apa salahnya memberi peluang kepada PR mandat memimpin kerajaan Malaysia. Jika janji ini ditepati, maka pada penggal akan datang anak muda wajar meneruskan sokongan. Jika tidak, kita beralih kepada yang lebih baik. Mudah saja. **Penulis adalah Mantan Exco Kepimpinan, Kerohanian dan Pembangunan Insan, Majlis Perwakilan Mahasiswa, Universiti Malaya 2009 Sumber Harakah Daily |
"MEH KITA FIKIR FIKIR KAN" "Jika Anda Mengenal Diri dan Musuh Anda, Anda Tidak Akan Kalah Dalam Seratus Pertempuran" " LAWAN TETAP LAWAN "
welcome
Ni Pengikut Gua
Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world
Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world to work and live in, while Malaysians are warm, friendly people who easily accept foreigners into their circle of friends.
Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world to work and live in. In addition, the country's tropical climate with its uniform temperatures allows light, comfortable clothing throughout the year.
Expatriates and their families will enjoy a safe and comfortable living environment with 21st century amenities, good healthcare and medical facilities, excellent educational institutions, and world-class recreational and sports facilities - at costs much lower than in their own countries.
One of the country's most distinctive features is its rich diversity of cultures, a heritage derived from its racial mix of some of the world's oldest civilisations - Malay, Chinese and Indian. This potpourri of race and culture has enabled Malaysians to speak at least two, and even three, languages - Malay (the national language), English, and their own mother tongue. Living in such a cosmopolitan environment, Malaysians are warm, friendly people who easily accept foreigners into their circle of friends.
Salam Yob, Yong dah berjaya langsaikan utang PTPTN bualn april aritu bila dpt kuarkan akaun 1 EPF...pheeewww lega nak mampus, Alhamdulillah tak berhutang dgn deme lagi!
ReplyDelete