welcome

 

 

Selamat Datang Ke Bintongan

DIMANA MELAYU BANGGANG DI SITU UMNO MENANG

 

 

 

Ni Pengikut Gua

Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world

zwani.com myspace graphic comments



Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world to work and live in, while Malaysians are warm, friendly people who easily accept foreigners into their circle of friends.
Malaysia is among the most friendly and hospitable places in the world to work and live in. In addition, the country's tropical climate with its uniform temperatures allows light, comfortable clothing throughout the year.
Expatriates and their families will enjoy a safe and comfortable living environment with 21st century amenities, good healthcare and medical facilities, excellent educational institutions, and world-class recreational and sports facilities - at costs much lower than in their own countries.
One of the country's most distinctive features is its rich diversity of cultures, a heritage derived from its racial mix of some of the world's oldest civilisations - Malay, Chinese and Indian. This potpourri of race and culture has enabled Malaysians to speak at least two, and even three, languages - Malay (the national language), English, and their own mother tongue. Living in such a cosmopolitan environment, Malaysians are warm, friendly people who easily accept foreigners into their circle of friends.


StarBug

HATE


Berkicauan

Monday, February 4, 2013

Perletakan Jawatan Ketua Penerangan UMNO Negeri Pulau Pinang

“Respirar y Disfrutar De La Vida Que Es Muy Corta”
 "Politicians are like diapers. They both need changing regularly and for the same reason" 

Wahai penyokong TEGAR UMNO baca dan fahami la

DR NUNGSARI AHMAD RADHI  1999-A Sg Batu, 11920 Bayan Lepas, P. Pinang
 
  
4hb Oktober 1998
  
YB Dato' Mohd Shariff Haji Omar  Timbalan Pengerusi  Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang
  
Yang Berhormat,
Perletakan Jawatan Ketua Penerangan UMNO Negeri Pulau Pinang

Seperti yang telah maklum, jawatan Ketua Penerangan adalah satu
lantikan yang dibuat berasaskan kepercayaan orang yang melantik.
Saya telah dilantik oleh bekas Pengerusi Perhubungan pada tahun
1996. Untuk memberi ruang kepada Pengerusi Perhubungan yang baru
melantik Ketua Penerangannya sendiri, saya dengan ini meletakkan
jawatan sebagai Ketua Penerangan BPUN Pulau Pinang mulai hari ini.
Saya juga sedar bahawa saya tidak dapat memenuhi tuntutan jawatan
seperti yang dikehendaki pada masa sekarang.

Mungkin ada baiknya saya mengambil kesempatan ini untuk
memperkatakan beberapa perkara demi kebaikan parti.
Semasa memegang jawatan sebagai Ketua Penerangan, falsafah saya
untuk memelihara kepentingan politik UMNO ialah dengan membentuk
imej UMNO sebagai parti yang memertabatkan orang Melayu, mengangkat
maruah mereka, menyemai serta memupuk nilai dan sifat yang  membolehkan
satu tamaddun Melayu dibentuk untuk generasi akan datang. Saya berpendapat
jika UMNO dan ahli-ahli UMNO mempamerkan budaya yang baik barulah
ia boleh berjaya mencapai matlamatnya dan mendapat sokongan yang
berterusan.
Walau bagaimanapun saya amat khuatir tentang rungutan yang sering
terdengar mengenai kelemahan parti dari segi amalannya sendiri dan
dari segi tanggapan orang ramai terhadap parti.  Masyarakat melihat
politik UMNO bukan sebagai politik perjuangan tetapi sebagai politik
kepentingan diri.  Pada tanggapan mereka :

        UMNO itu adalah mesyuarat agong setahun sekali.
        UMNO itu adalah pertandingan merebut jawatan.
        UMNO itu adalah rombongan dan lawatan.
        UMNO itu adalah acara sukan dan majlis keramaian
        dan bersuka suka.
        UMNO itu platform mencari kedudukan dan kekayaan.


Politik dalaman UMNO tidak dikaitkan dengan usaha-usaha yang serius.
Masyarakat tidak nampak usaha di peringkat bahagian mahu pun di
peringkat negeri yang membincangkan soal-soal dasar dan perundangan
yang digubal dan dilaksana oleh kerajaan. UMNO nampaknya juga tidak
berbincang mengenai isu bahasa, budaya mahupun politik dalam ertikata
yang lebih luas.
Ahli-ahli UMNO dilihat sebagai tidak berilmu. Sebab itu mereka mudah
dipengaruhi oleh yang mahu jadi pemimpin. Sebab itu gejala politik
wang menjadi-jadi. Mereka yang berwang akan berjaya. Maka muncullah
satu tanggapan bahawa fitnah dan penipuan menjadi teras budaya politk
UMNO.
Tanggapan umum yang disebut di atas terhadap UMNO adalah tidak
menghairankan memandangkan terdapat kalangan ahli-ahli UMNO sendiri yang
merasakan :

        UMNO itu tidak boleh ilmiah sangat.
        UMNO itu tidak boleh Islam sangat.
        UMNO itu tidak boleh serius sangat.


Akibatnya walaupun kita berbangga dengan bilangan keahlian kita,
nyata sekali kita tidak dapat menarik  kelompok-kelompok tertentu
ke dalam UMNO.
UMNO lemah di kalangan remaja,
UMNO lemah di kampus.
UMNO lemah di kalangan golongan menengah Melayu.
UMNO lemah di kalangan
mereka yang menekankan kedudukan agama Islam.


Pendeknya,  masa depan
UMNO, samada dari segi keahlian atau sokongan boleh terjejas jika
perkara-perkara ini tidak diatasi kerana sebahagian besar daripada
orang Melayu datang daripada golongan ini.
Oleh itu usaha penerangan saya ialah untuk membenteras imej UMNO
yang negatif, membentuk suatu imej budaya politik yang berteraskan
nilai-nilai positif seperti keilmuan dan keterbukaan.  Saya telah
mendekatkan parti dengan usaha-usaha pendidikan anak Melayu
di Pulau Pinang, dengan usaha peningkatan kemahiran golongan remaja,
dengan usaha pembentukan sahsiah, dengan perbincangan dasar dan
proses perundangan.

Kita tentunya mahu mengubah dari politik mengeksploitasikan kelemahan
ahli kepada politik mengangkat martabat ahli.  Dengan ilmu
pengetahuan, ahli  akan mengetahui hak dan sempadan hak mereka.
UMNO  perlu melengkapkan ahlinya dengan sifat, nilai dan budaya yang
membolehkan orang Melayu bersaing di kurun yang bakal mendatang. Di
Pulau Pinang khususnya kekuatan politik Melayu yang berteraskan
kualiti harus diwujudkan.

Seperti yang disebutkan tadi, tanggapan umum mengenai betapa fitnah
itu berleluasa dalam politik UMNO diperkayakan pula dengan episod
Dato' Seri Anwar Ibrahim. Ia  bermula dengan surat-surat layang pada
pertengahan tahun lepas dan masih berterusan sekarang ini.  Mungkin
untuk kebanyakan ahli UMNO isu ini ialah isu antara personaliti.
Namun begitu kecurigaan di mata hati orang ramai mengenai hal ini
adalah berkaitan cara.
Cara episod ini berlaku menimbulkan banyak persoalan di kalangan
orang ramai. Bagaimana surat-surat layang menjadi buku yang
kemudiannya menjadi asas dakwaan. Orang ramai juga tidak terlepas
daripada membuat perhatian betapa luar biasanya cara-cara tindakan
yang telah diambil dari mula sehinggalah sekarang.  Nampaknya
tanah lembang dan kayu pun sudah patah.

Orang ramai tidak melihat episod ini semata-mata sebagai satu
krisis dalaman parti. Mereka sudah lali dengan gelagat ahli-ahli
UMNO semasa pertandingan di semua peringkat. Mereka juga termaklum
dengan cara yang diguna terhadap satu sama lain   Bagi orang ramai
keadaan sebenarnya adalah lebih daripada ini semua.
Oleh itu adalah sangat penting bagi UMNO untuk mencegah penghakisan
keyakinan orang ramai terhadap institusi-institusi di dalam
masyarakat dan meningkatkan keyakinan mereka kepada prinsip
keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Untuk mencapai
matlamat di atas, saya berpendapat pendekatan penerangan berkaitan
dengan kes ini yang menjatuhkan maruah seseorang itu adalah satu cara yang
tidak sesuai. Kita tidak  membunuh saudara kita yang
cedera dan memakan dagingnya.

Saya ingin menegaskan bahawa sebagai ahli UMNO saya menerima dan
menghormati keputusan Majlis Tertinggi untuk memecat keahlian Dato'
Seri Anwar Ibrahim. Walau bagaimanapun, cara keseluruhan episod
itu berlalu dan masih sedang dilalui adalah sungguh menyedihkan.
Krisis ini sekali lagi memperlihatkan gelagat UMNO yang sudahpun
menjadi tontonan orang ramai.

Gelagat inilah yang mahu kita ubah
- mencegah fitnah sebagai senjata dalam pertandingan dalaman UMNO.
Rata-rata orang Melayu dan orang Islam berasa tersangat malu
dengan imej UMNO, Melayu dan Islam yang terdedah di mata umum
ekoran daripada episod ini. Saya sendiri berasa malu dengan
segala aspek perkara ini. Saya rasa penerangan seperti yang
dijalankan sekarang akan memburukkan lagi keadaan.
Dengan hal demikian, saya percaya Dato' dapat memahami mengapa
saya tidak dapat menjalankan tugas-tugas Ketua Penerangan secara
yang diharapkan.
Saya doakan semoga Allah SubhanaWaTa'ala memberi kita semua
petunjuk dan kekuatan untuk kita sama-sama mengatasi masalah ini.
Sekian, terima kasih.


Ikhlas,

Dr Nungsari Ahmad Radhi
s.k. - YB Haji Azhar Ibrahim
          Setiausaha BPUN Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment

Please Say Or Write Something, Thank You !